kasutVINCCI

2.27.2006

MAKANAN KELANTAN.

Hmmm..kali ni kv nak cerita pasal makanan kelantan. Nak kasi akak2 kat kl tu (asal klate laa) telan ayaq liur. Hehehehehe.

Makanan klate ni ada bunyinya pelik, rupanya pun pelik. Kv pun bukannya tau sgt. Tapi kv cerita yg mana kv tau lah. Sebenarnya dpt idea ni bila baca komen kak sya pasal makanan tu.

LEMBU/KAMBING/BIRI2 (sewaktu dgn nya)
Dalam sekor lembu tu, yg tak boleh dimakan hanya belulang(kulit), kasut (kat kaki lembu tu) biji mata(teringat fear factor)gigi, dan najis (yeark!!!).

Yg lain semuanya boleh makan. Sampai ke telinga, hidung (buat air asam), otak (kerutup), perut (paling best perut muda- buat air asam jugak), daging kalau goreng campur sekali dgn lemak keras tu dan makan panas2. Syok. Terangkat. Kaki dan tulang boleh dibuat sup. Hati, limpa, paru2 best kalau kerutup atau buat air asam. Kecur air liur. Kat sini ada yg jual daging RM 15/kilo. Tp kv masih boleh dpt yg 14/kilo.

Teringat pulak kat kawan kv (bukan org kelantan). Masa belajar dulu slalu ikut kv balik kampung. Syok jer dia org makan, habis berpinggan nasi. Lepas tu baru tau yg dia org makan tu hidung dan telinga. Hah, nak muntah kawan.

BURUNG
Sebab kelantan masih lagi hijau (bukan parti politik tau). Banyak lagi hutan2. Jadi, kv selalu boleh makan burung. Abg kv selalu masuk hutan. Tahan getah musim panas sbb burung2 suka mandi kat sungai . Burung tu kecik jek sampai tak larat nak buang bulu. Tp bila dan masak kerutup, bertambah nasi. Boleh jugak dimasak dgn jantung pisang atau kacang. Org klate panggil sambal.

Abg kv jugak slalu tangkap burung guna teknik memikat. Maksudnya, ada sekor burung peliharaan yg dibuat denak. Burung betina ni akan buat bunyi bunyian utk memikat burung2 bersembunyi tu, Burung tu akan dtg dan masuk perangkap. Yg guna senapang patah tu biasa lah.

Selalu, kalau meronda petang2 ngan hubby, hubby akan tunjukkan kv bermacam jenis burung. Kv angguk jer padahal tak tau pun burung apa kalau tgk sekali lagi. Heheheheh.

HIDUPAN AIR TAWAR
Dulu, masa kecik2 arwah ayah kv tanam padi. Selalunya, dia akan bawa balik bermacam jenis ikan. Macam2 cara yg dia guna. Serkap lah, bubu lah. Dah mmg hobi dia. Dah besar tu, kurang skt sbb kv byk aktiviti kat skolah, pastu dok asrama, dah kerja pulak dok menyewa.

Bila kawin, suami kv pun org kampung jugak. Dan hobi dia pun suka tangkap ikan air tawar ni. Nelayan sungai la tu. Hehehehe. Kat depan rumah MIL ada tali air KADA. Pjg dan luas. Selalunya hubby tahan pukat. Kv ngan hang nadim tunggu kat tebing. Selalu dpt ikan baung, merah pipi, selat, puyu, sepat kedah, haruan, keli dan mcm2 yg kv tak kenal. Bila dpt tu, hubby tolong siang kan. Kv goreng garing dan makan panas2. Ada juga hubby mengail ikan puyu. Kalau dpt yg besar dan gemuk, kv akan panggang tanpa buang sisik. Lepas angkat tu, makan panas2 cicah ngan sos bilis (budu la tu). Isinya manis sekali. Hmmm....bestnya.

Kat tali air tu jugak, ada etak. Org luar panggil apa kv pun tak tau. Selalunya org kampung suka cari etak ni bila KADA keringkan air 3/4 parasnya. Banyak dan besar2. Ada sekali tu, kv teringin nak ikut hubby cari etak. Dah penuh satu besen, kv rasa gatal2 kat bahu. Tapi suruh hubby tgk, dia kata takde apa2. Masih lg gatal. Bila kv selak tekak baju, ada lintah kerbau. Tubuh dia besar, panjang, kuning dan berkerutuk. Kv berteriak sampai tak hengat dunia. Sampaikan hubby pun jadi panik. Cik yg tgh bercucuk tanam kat tebing tu pun terkejut. Geli nya ya Allah. Pas tu mmg kv dah serik .Pacat pun tak kuasa, apa lagi lintah.Heeeee. hang nadim pun dah takut kat pacat sbb kv selalu larang dia, nanti pacat gigit. Padahal dia tak kenal pun pacat tu mcm mana.

Ada jugak musim org mengail udang galah. Kv ngan hubby pun join sama. Hubby slalu cakap yg udang galah liar mmg best. Isi dia pejal dan manis. Tp time mengail tu, sibuk ngan hang nadim. Bukan nak dok diam pun. Bimbang takut jatuh dlm tali air tu. Tgh2 gaduh ngan hang nadim, kv perasan yg batang kail kv bergerak, bila angkat tu, wow!!!! udang galah. Heheheheheh. Tak sangka kv mengail dpt udang galah. Hubyy? Tak dpt2 pun. Riak tu.

Kat ofis kv ada sorang ejen yg pasarkan hidupan air tawar ni. Bukan selalu la. Tp ikut musim. Kv selalu beli udang galah ngan dia. Kalau besar tu, sebesar lengan kv ni. Bayangkanlah besar mana. Yg biasa tu, besar lengan hang nadim sajer. Still besar, kan? Harga? Memang murah. RM 20/kilo. Tp hanya kroni yg dpt beli. Sbb benda tu tak byk.

BUAH BUAHAN KAMPUNG
Sbb kv memang membesar kat kampung, mcm2 buah yg dpt kv makan. Paling kv suka; buah katak puru. Tak cicah cuka pun, makan mcm tu aje. Ada buah duri sakar. Rasa dia masam2 mcm buah butir gucil (pil chi kit teck aun - rupa dia bulat kecik mcm tu lah). Buah serai kayu. Masa putik, kaler hijau. Bila masak, merah kehitaman. Rasa dia kelat2 masam. Gaul ngan cuka mmg best. Buah jambu batu yg banyak biji tu. Bukan jambu batu yg jual kat pasar tu. Ni jambu kampung. Biji dia ada yg kaler putih, ada yg kaler merah(pink). Kalau tak makan cam tu, kv suka tumbuk dan gaul ngan cuka. Kecur ayaq liuq nihhh. Hantu asam betul kv ni,kan? Buah sagu pun kv pernah makan. rasa dia kelat. Lepas makan tu, mulut rasa pelik. Minum air pun tak hilang. Banyak lg, buah keriak, buah rotan, dan mcm2 lah. Apa lagi ek. kv pun dah lupa.

ULAM ULAMAN.
Sbb kv suka budu (maaf pd yg tak suka), kalau tgk ada ulam, mmg kv berselera makan nasik. Pucuk gajus, pucuk putat, pegaga, terung celur/bakar, pucuk ubi, bayam peraksi, keladi bunting (selalu mak kv buat kerabu), keladi kemahang (lama dah tak jumpa, boleh jugak disinggang).Bunga kunyit pun sedap.

UBI
Kalau nak cerita pasal ubi mmg byk lah. sbb mak kv dan atuk hubby suka tanam ubi. Ubi kayu, keledek, keladi, badak, itik dan mcm2. Rebus aje, taruk garam skt. Bestnya. Ubi kayu sedap kalau cicah kelapa muda campur gula skt.

Banyak lagi sebenarnya makanan kelantan. Ada yg pelik, ada yg biasa. Janji, korang berselera ke tak. Itu aje. kalau nak cerita kat sini, nanti korang boring pulak sbb panjang sgt. Tu belum masuk bab belut ke apa. Tp kv sendiri pun tak makan. Bukan tak boleh, tp malas lah nak makan belut. kalau pegi pasar, part org jual ikan air tawar, boleh tgk la belut2 tu berlingkar lingkar dlm besen macam ular.

Nanti la kalau ada masa dan idea tambahan, kv cerita lagi. So, mai la jalan2 kat kelantan. Macam macam ada. Boleh tambahkan berat badan macam kv. Muakakakaaka.

bayen.

--------------------oOo--------------------

2.26.2006

RINGKASAN EKTIBITI

Adihhh.....penat dah jari jemari kv menaip tadi. Tetiba black out. Huh sedih sunggoh.Kena taip semula. Gigih beb.

Ni kv nak cerita xtvt kv sehari dua nih.

RABU

Majlis assyura kat ofis. Penat la jugak tolong akak2 ofis kv masak utk makan tgh hari. Menunya ikan patin asam pedas tempoyak, ikan keli paprik, ikan tongkol singgang, ikan selar goreng kunyit, budu dan segala macam ulam ulaman. Makan punya la byk sampai tak larat nak bangkit dr krusi. Hehehe

Lepas bubur masak, tugas kv kena agihkan. Sorang staff dpt dua bekas. Mcm2 karenah. Naik kering tekak kv uruskan dia org nih. Hmmmmm...Last sekali, masing2 dah dpt bahagian semuanya balik. Tinggal sorang dua dok pakat agih kawah terakhir. Rezki mereka sbb byk lebihan. masing2 pakat isi bekas. Lantak lah korang. Kv mmg tak gemar.:)

Balik tu, gi pasar mlm kat peringat. naik motor ikut jln kampung. Tak pakai helmet pun. hang nadim dok dlm raga kat depan. Beli murtabak, apam balik, tom yam, ayam bakar, ayam goreng dan mcm2 sbb jiran pun kirim pesanan. Kv ngan hubby masak meehun sup segera PAMA. Tak de selera nak makan makanan kat pasar malam tu.

KHAMIS.

Mak kv dtg suruh bawa di gi tabung haji. Moga hasrat dia nak gi mekah skali lagi tercapai. Lepas tu, kita org berpecah. Kv gi pasar beli ikan tenggiri dan udang. Sbb hari ni pasar minggu, sedap la kv meround. Beli limau madu johor, buah salak dan ubi keladi rebus.

Balik tu rushing kemas brg sbb nak blk rmh mak kv. Seronok berkumpul adik beradik dihujung minggu.

JUMAAT
Sebok skt pagi ni sbb kakak kv nak buat majlis cukur jambul Heheheh. Menunya laksa lemak (klate), laksa penang dan laksam. Tp kv ttp kena masak utk hubby sbb dia tak suka laksa. Majlis lps solat jumaat. Penuh satu rumah org berselawat. Syukur alhamdulillah.

Petangnya balik rumah MIL.

SABTU

Ingatkan nak gi stadium, tgk futsal DIGI ERA. Sesedap landing kat katil, cik blk dan bagi tau pak sepupu hubby panggil org ukur sbb nak ukur semula tanah. Hmmm...ni pasal kes tak puas hati la ni. Ari tu, hubby dah ukur. Masuk belah dia org 160 depa. Siap bising2 kat org kampung dan kedai kopi yg kami buat aniaya kat dia org. Sedih dgr tp hubby dah pesan kat mek jgn komen apa2.

Masa org ukur tu dtg, hubby gi join skali. Saja nak tgk cara dia buat pengukuran. Kononnya kalau masuk balik dlm tanah yg hubby pag tu, ambik la balik. Kita org tak kisah. Dah selesai org tu buat pengiraan, dpt la jawapannya. Pak sepupu hubby bermastautin sebanyak seekar 230 depa. Padahal tanah dia org hanya 949 depa sajork. Hari tu hubby ambik 160 depa jer. nampak gayanya kena tambah lagi 21 depa. heheheheheheh

Nak tergelak pulak. Tak pasal2 tanah kita org bertambah lagi 21 depa. Hmmm...hari tu rate 35,000. hari dah jadi 40,000.Wink

Tu la, tak dengar org cakap.Kan dah malu sendiri. Sebenarnya tu tanah syarikat. Jadi, masa pengambilan utk buat jalan dan tali air, semua dpt habuan. Tp bila penggawa dtg nak buat pengukuran semula, tak bagi. Jd tanah MIL kat depan ni la yg jd mangsa. Makin sempit. Padahal dlm geran semua org makin surut jumlah depa nya.

Nak tergelak, tapi kesian. Tak baik kan kv gelakkan dia org. Tp kalau dgr apa yg dia org mengutuk kat family kami mmg sedih dan geram. Siap hantar org gi risik2 crita kat MIL. Ye la MIL kan meniaga kedai runcit. Jd, ada yg dtg berlakon kononnya nak beli brg, siap bertanya khabar cerita. Hmmm...mcm2.

Biar la dia org. Kita tgk pulak apa nak jadi lepas ni. Lepas ukur tu, hubby ckp kat pak sepupu dia yg hubby nak guna sempadan baru la pulak. Tak jadi sempadan yg hubby ukur hari tu.:) Terketar ketar dia org. Nak buat mcm mana dah hak kami. Hari tu eksyen sgt siap nak pakai peguam. Byk duit nampak. Heheheheh. Tak pasal2 kv lepas geram kat sini. MIl geram sgt, siap suruh hubby gi beli anak pokok mata kucing suruh tanam kat sempadan baru tu. Tp kita org play safe la. Sabar dulu. Dah tentu itu hak kita, kan?

Ok la itu saja cerita hari ni. Kv nak keluar gi luch ni. Nak gi makan nasi ikan keli,puyu,haruan dan budu ulam.Best best best. Macamana nak kurus ni??

--------------------oOo--------------------

2.23.2006

EMPAT

Ni kv nak jawab kat kak PB sebab kv kena tag ngan dia.

4 job i have in life
1. Meniaga pasar malam (masa tunggu spm- tolong kakak kv. Mcm2 ada. Nasi belauk, nasi kerabu, nasi dagang, laksam, sate, gulai nangka muda dan lain2 - syoknya makan)
2. Construction company - masa ni baru abih belajar 2 bulan
3. Construction company - projek Hosp. Pakar Perdana (masa ni sorang diri pompuan duk site. Tensionnya tak boleh nak cerita. Tp lama2 semua boleh jadi kawan)
4. Company sekarang ni.

4 movie i can watch over & over
1. Notting Hill
2. Pretty woman
3.No way out
4. Animasi 3D (bug's life, chicken run etc)

4 tv shows i love to watch
1.CSIs (Las vegas, New York, miami)
2. America's Next top model
3. America Idol
4. Dramamelayu (yg pelakon dia comel & hensem)

4 places i've lived
1. Pasir puteh - tempat lahir
2. Skudai johor - blajar kat sini
3. Kota Bharu - pernah kerja kat sini
4. Peringat - rumah MIL (ikut suami la ni)

4 places i've been on vacation
1. Round semenanjung ( Terengganu, kuantan, johor, melaka, kl dan balik kelantan)
2. Langkawi ( 3 kali - syoknya shopping pinggan mangkuk)
3. Penang - syoknya jeruk buah salak
4. Pulau perhentian (long beach - letih tgk mat saleh naked)

4 of my favourite food
1. sizzling mee (best best)
2. steak (best jugak)
3. masakan kampung ( masakan kelantan)
4. semua yg ber cheese dan asam

4 websites i visit daily
1.my own blog
2. blog kenkawan maya
3. surat khabar utama
4. website ofis

4 victims to do this tag
Ni yg parah ni. Nampaknya yg kv kenal semua dah kena tag. Tak pe lah. Tak payah tag sapa2 lah. Boleh?

--------------------oOo--------------------

2.21.2006

NTAHAPAPANTAH

Kv baru blk dr kota bharu. Nak beli set computer utk ofis. Tp stok takde pulak. Besoknya mmg tak sempat nak gi ambik sebab ada program bersama bebudak PLKN dan nak kacau bubur assyura. Nampak gayanya minggu depan jugak lah.

Sampai kat pejabat td, dah penuh satu besen besar bawang merah yg tlh dikupas. Heheheehe. Mesti ofismate ngumpat ckp kv curi tulang. Lantaklah. Nampaknya kat luar tu, acara merebus daging. Kejap lagi lepas solat nak kena join staff pulun daging pulak. Ni ngadap pc dulu sebab perut baru penuh. Makan nasi kukus lauk ayam kampung goreng. Panas2. Best dan syiok betul.

Petang ni agaknya kv blk lambat skt la kot sbb nak settle semua brg2 nak buat bubur syura tuh. Dah terbayang penatnya. Besok lagi lah. Nak layan bebudak tu lagi. Nak masak utk makan tengahari lagi. Sebab kita org decide semua staf tak blk tgh hari. Kalau blk, hangus la bubur tu. So, kena la masak utk makan tgh hari. Hari khamis pulak, lagi la letih. Upacara basuh membasuh dan kemas mengemas.

Sebenarnya kv dan hubby tak pernah suka rasa bubur syura ni. Lain org lain citarasa kan? Tiap2 tahun ofis kv akan kacau bubur syura. Selalunya kv dan hubby akan ambik bahagian masing2. Lepas tu, masing2 bagi kat parent. Entah lah, kalau panas2 (masa lembik lagi tu), kv boleh la makan secubit dua. Kalau dah sejuk tu mmg tak boleh nak telan. Bagi kv rasa bubur tu pelik skt. Tapi keluarga belah kv dan keluarga belah hubby memang suka sgt ngan bubur syura ni.

Masih kv ingat. Dulu kat rumah (masa arwah ayah kv ada) kita org satu family akan pakat ramai2 kacau bubur asyura ni. Memang meriah macam kenduri la riuhnya. Satu kawah tambah daging, satu kawah tambah ayam dan satu kawah lagi tambah telur. Kalau kakak2 kv yg tak balik kampung tu, mak kv siap kirim lagi. Takut anaknya tak boleh merasa la tu. Masa mula2 kacau tu, ramai la penyebok. Bila dah nak masak tu, hanya tinggal yg pompuan saja. Yg lelaki nya entah kemana. Curi tulang la sbb masa tu kena guna byk tenaga (bubur dah mula liat). Tapi bila dah angkat, berduyun duyun pulak datangnya.

Kat sekolah pulak lagi seronok. Maklumlah bebudak takde masalah kan. Cikgu sibuk bagi arahan saja. Tp ramai yg ambil kesempatan bercintan cintun (termasuk kv la tu ;) muakakakakaka). Ye lah, bila ada majlis mcm tu, semua murid2 bercampur. Cikgu pun tak kan syak apa2. Pandai2 la cari peluang. Hehehehehehehe. Bila diingat mmg nak kembali semula ke alam persekolahan. Tp nak buat camana, dah tak boleh. Yg tinggal hanya gambar2 kenangan. Mmg sentimental value lah.

--------------------oOo--------------------

2.20.2006

KAWAN

Sebenarnya kv tak de isu nak crita. Tp blk kerja kelmarin. masa dok lepak kat rumah tu, kv baca majalah. Dlm ruangan family tu, ada gambar kawan kv bersama anak dan suami. Baru2 ni kv tgk dia masuk pertandingan majalah dara. Pas tu pulak ibu hamil menawan. Memang dia lawa. Tak sangka masuk majalah pulak. Tp kv mmg tak terkejut sbb dia memang popular masa kat u dulu. Suaminya pun adalah kekasihnya masa kv kenak dia ketika sama2 blajar dulu. Sampai juga jodoh dia org. Alhamdulillah. Anaknya pulak mmg comel.

Lepas habis diploma mmg kv jarang contact kawan2. Maklumlah masing2 mengejar kerjaya dan nak bina hidup selesa. Lain lah kawan2 satu negeri. Selalu contact dan jumpa. Lps diploma, ramai yg terus dpt offer sambung degree. Ramai jugak yg senasib mcm kv. So, kerja la yg jd pilihan. Lepas tu pulak, ramai yg mintak sambung kat UITM. Jadi, kawan2 kv, hanya tinggal 3 org saja (sekarang ni) yg takde degree termasuk kv. Sedih dan rasa rendah diri.

Tapi kv fikir pulak. Sekarang ni kv berada di zon yg selesa. Walaupun kerjaya yg tak gah dan gaji yg ciput tp takde masalah. RUmah pun tak menyewa (rumah MIL) dan anak pun tak payah gaji pengasuh (MIL yg jaga). Suami pun kerja satu ofis. Kerja pun kat kampung. Apa lg yg kv nak? Macam tak bersyukur pulak bunyinya. Memanglah kita tidak boleh hidup di tahap yg sama. Perlu ada perubahan. Perubahan pulak mesti positif. Nanti lah kv pikir. Hubby pun ada perancangan nak bukak perniagaan. Tp kena kaji environment dulu baru boleh buat keputusan.

Kawan2 kv ramai yg tinggalkan anak kat kampung sbb nak sambung degree. Besar sungguh pengorbanan dia org dan keluarga. Tp kv rasa kv tak sanggup nak berkorban mcm tu. Tak pe la kv dok di tahap sekarang pun. Mungkin rezeki kv bukan dgn degree. Ada kawan kv yg dah bercerai dgn suami sebelum habis belajar. Mmg kv kesian dgn dia. Suaminya main kayu tiga. Itu lah risiko yg terpaksa dihadapi. Mujur lah, tuhan menemukan jodohnya dgn org yg baik2 kemudian.

Bulan lepas masa kat kb mall, kv jumpa kawan kv yg dr negeri lain tp bekerja kat kl. Rasa segan jumpa dia org sbb dah berjawatan tinggi. Tp kv pikir pulak, walaupun jawatan tinggi, tp belum berumahtangga dan belum ada apa2 'hint'. Kv, walaupun jawatan tak seberapa tapi dah ada suami yg penyayang dan anak yg keletah. Itu lah, Tuhan beri kita kelebihan dan kekurangan. Sama jugak dgn org lain. Masalah kita tak sama.

Ada jugak kawan2 kv yg berjawatan tinggi tp bersuamikan jawatan rendah. Ada jugak kawan kv yg sama2 berjawatan tinggi tetapi terpaksa duduk berasingan atas dasar tuntutan kerjaya. Jadi, apa lagi yg perlu kv mengeluh. Sepatutnya kv bersyukur dgn rezki dan kurniaanNYA.

ITu lah manusia (kv la tu ;)) selalu membandingkan kurniaan Ilahi. Padahal kalau kenikmatan yg kita kecapi mahu di tarik balik, sekelip mata sahaja ia meninggalkan kita. Jadi, kv patutnya tahu bersyukur.

--------------------oOo--------------------

2.19.2006

LEGA

Alhamdulillah syukur. Hanya itu yg mampu kv ucapkan. Mungkin yg baca en3 kv be4 nih perasan masalah kv. Last week, kv dan hubby mengadap panel penasihat. Dia org tanya ttg surat layang tuh. Kv & hubby menafikan dan disokong oleh bos. So, benda tu settle.

Sekali fikir, memang la benda tu settle dgn elok. Cuma kv rasa bimbang fasal pengdengki nih. Sebab kv dan hubby tak dikenakan apa2 tindakan. Mungkin 'dia' akan rasa tercabar dan terpaksa guna cara lain pulak. Emmm..nak kerja pun rasa dah tak bersemangat. Sebab selalu org cari salah dan nak buat fitnah.

Takpe lah. Kv hanya berserah pd Allah swt. Moga kv dan keluarga dilindungi oleh kejahatan manusia. Kv dah bincang dgn bos yg kv nak tukar portfolio. Nak kerja bahagian lain pulak. Maybe kv dpt pengalaman baru. Tak pandai pun tak pe. Nanti kv boleh belajar. Bos kata, tgk lah dulu, dia nak bincang nanti dengan yg lain.

Kita lupakan crita tu. Memang malas nak ingat rasanya. Kita crita pulak pasal benda lain. Benda apa ek? Takde menarik pun. Ok lah, ringkasan xtvt kv lah.

Khamis
Jumpa panel dan selesaikan masalah. Lepas tu bos ajak join dia gi tgk pameran kereta yg bcb nak lelong. Byk juga kereta yg menarik. Masih baru dan ok. Sekali pikir mmg nak suruh hubby belikan kete utk kv. Tp nak buat apa. Dah la kerja satu ofis. Kalau cam dulu (before kawen) dah ada kete sorang satu. Lps kawen, pagi2 pening nak bawa kete mana. Yg parah time nak byr roadtax dan insuran body. Sengkek lerrr.

Lepas tgk kete, gi lunch. Kita org makan nasi kukus. Best. Bukan nasi nya yg best. Lauknya. Sudah tu, my bos hantar ke kete. Sempat lg gi beli ikan kat pasar siti khadijah. Terus blk. Hang nadim dah bgn dr tido. Kemas2 skt. Lepas asar blk rumah mak kv. Yeaaa yeaaa.

JUMAAT
Takde apa xtvt kat rumah mak. Bosan dok layan hang nadim bergaduh berebut brg ngan sepupu2 dia. Rasa naik darah jugak. Tp sekali pikir, dah budak2 perangai dia mmg cam tu. Ptg nya blk rmh MIL. Bestnya. MIL dah siap masak utk dinner.Hehehee. Hubby plk basuh kete. Rajin sungguh. Kv, bila dah jual kete kv dulu, mmg takde dlm jadual nak basuh kete ni. Nasib la hubby.

Lps maghrib, pak sedara hubby minta tolong hantarkan tok (mertua MIL) ke klinik. Batuk, demam dan selsema. Hang nadim sebok nak ngikut. Terpaksa la kv gi skali. Sambil nunggu tu, kita org merayau kat pasar mlm. Mcm2 beli. bak kata hubby, semua terasa nak makan. Blk tu, mmg tak habis. Bazir pulak dah.

SABTU
MIL ajak gi ziarah saudara dia yg sakit kat keruak, jerteh, terengganu. Kalau org pernah gi lata tembakah mungkin perasan mana tempat nih. Sayang sekali, saudara MIL tu ke kota bharu. Tak dpt jumpa. Balik lah. Singgah kat rumah mak saudara tok hubby kat jerteh. Syoknya kawasan rmh dia. Semua jenis pokok kayu ada. Mmg kampung betul lah. Tok hubby sempat lg panjat pokok dokong nak kait buah petai. Sebok hang nadim suruh moyang dia turun. Takut jatuh. Hish budak tu, celupar pulak.

Sempat la kita org ambik anak pokok asam gelugur. Nanti nak tanam kat tepi pagar. Pucuk dia boleh makan. Bunga dia pun. Rasanya masam2. Org yg suka makan asam mesti syok makan bunga dia. Heheheheh. Lepas tu tgk pokok terung susu. Kv pun baru first time tgk. Pokok dia mmg mcm terung biasa. Buahnya yg pelik. Kaler oren mcm pisang kaki tu. Hujung buah mcm kelopak bunga. Org ckp boleh buat ubat. Tak kisah lah ubat apa pun, kv nak tanam buat bunga hiasan. Mmg comel.

Sampai rmh dah lewat sbb MIL singgah rmh mak kv. Nak ziarah kakak kv yg baru bersalin. Lepas solat, makan dan tidur. KV mmg tak boleh nak tidor tgh hari sbb rmh MIL mmg panas ya amat. So, tgk astro je lah.

Pukul 6.00 gi kb mall. Dah takde tmpt lain nak pergi. Hehehehehh. Ingat nak dinner kat luar. Tp hang nadim meragam pulak. Malas lah. Baik balik aje. Lalu billion tu, sebok pulak ajak singgah. Hmmm...malas nak layan budak meragam. last2 kv masak mihun sup segera je. Best jugak.

AHAD.
Hari ni kv sebok skt. Byk kerja sgt. Ada yg tanya pasal jumpa panel tu. Jawab pun ala kadar jer. Malas nak layan. Ni baru lepas lunch dan solat. So, luangkan masa mengadap blog. Boleh luah perasaan. Boleh baca cerita org.

--------------------oOo--------------------

2.15.2006

RINDU TERUBAT

Kelmarin kv minta nak balik awal. Boss ckp ok jerr. Maybe dia pun tak larat tgk kv yg tak bermaya tuh. Hubby kluar lunch. Kv tak ikut sbb perut rasa tak sedap. HUbby belikan kv laksam berlauk puyuh goreng. Memang sedap tapi kv takde selera nak makan. Lepas makan kita org pun balik.

Sampai kat rumah, hang nadim tidur dlm buaian. Dia mmg mcm tuh, kalau tak tidur dlm buai mmg dia takkan tido.Kecuali mlm. Tu yg susah kalau kv nak jenjalan, sebok nak kena bawak buaian dia. Kv pun mandi dan try nak tido. Hubby lepas solat terus terbongkang sebelah hang nadim. Tubuh rasa letih sgt kot, sbb tu kv tak boleh nak lelap mata. Hmm.. tgk chanel 72 ada America's next top model. Apa lg layan jer lah.

Pas tu hang nadim bangun. Dgr jer suara mama dia, dia mula tunjuk perasaan. Meraung jer. Heheheh..nak kan perhatian la tu. Lepas tu dia ok jer. Abah dia perli, suruh dia gi telefon mama. Sebab masa kv kat kl asyik mengamuk suruh abah dia call. Dia tersengih jer. Tau sgt org perli.

Kendian, hubby ajak gi kedai perabot. Nak belikan tilam utk tok sedara dia. Tok sedara hubby sebatang kara. Jd, family buat rumah kecik menumpang kat tanah kami. Boleh la dia berteduh kat situ. Kita org pun boleh selalu jenguk dia.

Balik tu, penat tak hilang lagi. Dada rasa berdebar. Maybe kv tak cukup tido la tu. Kv masuk dapur. MIL dan masak nasi. Kv just goreng ayam dan goreng cucur sotong.

Kat dapur tu, dok borak ngan hubby. Tanya kat dia fasal juru ukur dtg ukur tanah hari tu.Katanya ada la gaduh sikit2 tp semua dah settle. Sebenarnya kita org plan nak buat rumah dlm 2 tahun lg. Nak la buat loan kerajaan. Tp nak kena ada geran sendiri. Biasa la geran yg ada tu geran syarikat. Maksudnya dlm satu geran tu, ada ramai pemilik. Jd, nak usaha keluarkan geran kita org sendiri. Nak minta pakatan dgn pemilik2 dlm geran tu mmg payah. Jd kita org decide nak kluarkan belanja sendiri utk bayar lawyer. Tak kisah lah sbb kalau nak di compare kan dgn harga tanah tu mmg berbaloi.

Asal dlm geran, tanah syarikat tu memanjang ke belakang. Tanah MIL kat depan sekali. Lepas tu ada lagi kat tgh. Jadi tanah kat depan tu, kita org sepatut ada 600 depa. Bila juru ukur buat, kita org hanya guna 360 depa sajorr. Dah masuk tanah sepupu MIL kat bklg. Habis tu, hubby suruh org ukur tu buat 500 depa saje. Masuk jugak tanah sepupu MIL. Dah tu nak buat mcm mana. Dah hak MIL.

Sepupu MIL dah mengamuk kat adik beradik dia. Wife dia pun sama. Siap tuduh my hubby nak kacau tanah dia org dan nak robohkan rumah tok sedara hubby (ada 2 org tok sedara hubby menumpang dlm tanah kami). Marah betul MIL. Petang tu, balik dr kerja hubby gi jumpa pak sepupu dia nih. (Untuk pengetahuan hubby anak tunggal dan MIL pun anak tunggal).Siap bawa geran semua. Cuba terangkan agar dia org faham. Last2 tu hubby ckp kat dia, kalau nak bercucuk tanam pun hubby tak kisah. Tp dlm geran, hubby nak kan hak dia. Sebab luas tanah kita org yg dia org dok bercucuk tanam tu, harga semasa skrg ni dlm RM 35,000. Takkan nak biarkan saja. Dah tu memang hak hubby.

Nak balik tu, hubby ckp kalau nak guna tanah tu, gunalah. Tak kisah pun sbb kita org nak buat rmh nanti di atas tapak rumah sedia ada tuh. Tak perlu la dicanang kat org kampung yg kita org nak robohkan rumah2 tok sepupu kami. Cuma tak kasi tok2 sepupu ni besarkan rumah saje. Selagi dia org hidup, duduk lah kat situ. Tak kisah pun. Tp kalau sepupu2 kami ni dok buat cerita2 tak betul, hubby tak kan teragak2 utk ambik semula tanah tu. Harap2 dia org faham. Tu lah org ckp, saudara mara ni, kalau ajak bergaduh (pertahankan diri) masing2 bersatu. Tp bila melibatkan tanah, sampai mati pun bergaduh.

Ptg kelmarin, Mak Yah dtg nak ambik geran sbb nak tukar nama (tanah yg dia beli ngan adik dia) Bila dia tau perancangan kita org, terus nak join skali. Tu lah, kalau org ni berpelajaran, dia akan cepat faham.Senang nak cerita. Jadi, kos kita org nak pecahkan sempadan tu akan berkurangan sbb mak yah nak join skali. Syukur alhamdulillah.

Kv pun terfikir, nasib baik kv takde kat rumah masa kejadian tu. Takut jugak kv di tuduh hasut hubby ke apa. Tapi, just khayalan, bukan kenyataan. Heheheeheh.

Harap2 perancangan kami berjalan lancar. Moga2 Allah permudahkan segara urusan kami. Aminn.

--------------------oOo--------------------

2.14.2006

ZOMBIE

Hari ni kv bawak watak zombie kat ofis. Terhuyung hayang. Mengantuknya usahlah dikira. Lepas tu pulak, perut rasa sebu. Kembung. Rasa nak muntah. KV sampai kat rumah kakak jam 3.30 pagi tadi. Bertolak dari subang jaya jam 8.00 malam. Kv langsung tak tidur sbb memang tak selesa nak tidur dlm kereta. Bila sandar kepala rasa pening nak muntah. Dah la hujan lebat. Rasa takut jugak nak lelap mata. Sampai tu, kv sms hubby. Cakap kat dia, nak dtg kerja pagi tadi dtg ambik kv kat rumah kakak dan bawak skali baju kerja. Jam 7.30 tadi dia dah tercongok depan rumah. Heheheheh. Rindunya kat hubby. Kat hang nadim lagi la rindu. Belum sempat pun jumpa dia, terus masuk ofis.

Ok lah, kv nak cerita pasal aktiviti kv 2-3 hari ni lah.

Sabtu
Jam 7.30 pg kakak kv call cakap nak bertolak awal sikit. Kv tak packing barang pun lagih. Kelam kabut jadinya. Jam 8.00 pagi kv turun dari rumah. Hubby tolong hantar ke rumah mak kv. Hang nadim pun ikut skali. Risau jugak kalau dia tak nak ikut hubby balik lepas tu.

Pukul 11.00 baru dpt bertolak. Sampai kat sungai mas (lepas uitm) kakak kv nak beli pisang. Abg kv sorang lagi tu, tunggu kat bahu jln. Tetiba kv dgr bunyi dentuman. Tgk2 dah melayang pem bonceng motosikal. Masyaallah. Nasib baik kedua2 nya takde apa2.Mungkin jatuh dlm rumput kot. Tu yg ok tuh. Nak settle benda tu kat balai polis dlm 2 jam jugak. Kete abg kv kena hantar bengkel. Tukar dgn kete abg kv yg sorang lagih. Pukul 1.30 baru boleh bertolak.

Berhenti makan kat RR gua musang. Solat jamak sekali. Tak sangka pulak jumpa ngan kawan kv. Geng six stodgers masa utm dulu. Hehehehhh..kurusnya. Nampaknya hanya kv sorang yg gerga. Dia baru dpt kpli. So, resign 24 jam lah.

Jam 9.00 mlm baru sampai rumah anak buah kv kat usj. Hah..lega rasanya. Lepas mandi, makan dan terus buat sirih junjung. Esoknya baru nak gi beli bunga segar.

AHAD
Paginya kita org kluar ke subang parade nak beli bunga. Mak oiii...mentang2 la nak valentine's. Satu kuntum ros RM 10.00. Tak kuasa kv. Decide nak gi beli kat kedai apek je la. Dlm pd tu sempat lg survey perfume. Heheheeh..tak pasal2 kv jd wangi dgn percuma. Yg lain ada la shopping sesikit tuh.

Balik beli bunga tu, abg kv nak pekena air cendol. So, kv ngan anak buah balik dulu. Karang tak sempat siap sirih junjung pulak. Pukul 2.45 baru kita org kluar dari rumah. Rasanya dlm 30 minit dah sampai kat Taman Dengkil apa ntah. Kv lupa pulak. Majlis berjalan lancar. Cuma kv nak tergelak pd bhg permulaan tuh. Masing2 takut nak start. Lepas tu, semua ok.

Siap majlis, balik rmh anak buah kat usj.Kv ngan anak buah gi antar anak buah kv sorang lg tu kat poly shah alam. Balik tu, depa semua dah pegi vista angkasa. Rumah anak buah kv sorang lg. Janji nak jumpa kat sogo. Sempat la beli wallet utk hubby (tak bagi lagi ni). Beli jeans ngan t shirt utk hang nadim. Last skali beli perfume MNG. Dah la less 50%, dpt hand bag lagi. Yahooooo

Blk makan malam kat rmh makcik kv di SS18. Penatnya tubuh. Tak sabar nak mandi dan tidoooo.

ISNIN
Pagi nya anak buah kv masak gulai ikan tongkol. Buat nasi berlauk jer. Nak tergelaknya, kv ngan anak buah gi beli santan naik keta. Lepas dpt santan tu, kete tu mati enjin. Puas start, tp tak hidup. Call anak buah kv yg bertunang tu suruh dtg bawa motor. Hehehhehe..kita org blk naik motor. Dia pulak yg jalan kaki. Rerupanya minyak kering. Habis tu, jarum penunjuk minyak tu full tak kira masa. Teruk betul. Petang baru gi ambik kete. Nasib baik sempat park leklok.

Lepas tu gi carrefour. Masing2 cari buah tangan nak bawak blk. Pukul 4.00 baru lunch. Laparrrr.. Pukul 6.00 pakat gi rmh makcik kat ss 18 tu. Borak punya borak, sempat solat maghrib dulu. Pukul 8.00 baru bertolak.

Syukur semuanya selamat.

SELASA
Masih lagi bawa watak zombie. Mengantuk jgn cerita. Tp kv perlu selesaikan kerja yg menimbun kat meja dulu. Lepas tu ada mesyuarat kakitangan. Sempena bebudak PLKN nak mai minggu depan, pejabat kv nak buat syura. Ada la dlm 5 kawah. Dah terbayang betapa penatnya. Aduhaiiiii.

Dah tak sabar nak balik jumpa hang nadim. Kesian dia tertanya tanya mana mama dia pergi. Masa kat sogo ari tu hubby mms kv. Hang nadim tgh berdikir barat (Memang dia minat gilerr kat dikir barat). Dah la tak berbaju (rmh kita org mmg panas). Buat muka malu2 pulak. Rindunyaaaa.

--------------------oOo--------------------

2.09.2006

HANG NADIM

Hari takde benda menarik berlaku. Pagi tadi kluar site visit kjp. Balik tuh, sempat lagi merayap kat pasar minggu. Bukan ada apa nak beli pun. Tp dah ketagih. Kalau tak pegi rasa semacam pulak. Heheheh. Dlm takde nak beli tu, sempat la sambar tudung dan blaus.

Kv nak crita pasal anak jantan kv lah. Kv taruk nama hang nadim je lah (bukan nama sebenar) sbb dia ni jenis 'pongoh' (pemarah dan tak sabar). Slalu memberontak mcm hang nadim dlm crita maleyu dedulu tuh.

Lps kawen, tak samapi sbulan kv terus pregnant. Alahan punya la teruk sampaikan tgj tidur masih tersedar sbb nak muntah. Bulan kedua, kv masuk wad sbb tubuh dah kering air. 15 botol masuk air. Dasyat sunggoh. Bulan ke lima rasa ok skt. Tp stil tak boleh bau yg busuk2. Termasuk lah hubby. Before tu tak pernah perasan bau hubby camno. Hehehehehehe....

Nak masuk 7 bulan, baby mcm tak bergerak. Takde komunikasi. Risau la jugak. Gi klinik, doktor ckp semua ok. Katanya kalau kv lambat bersalin pun tak pe sbb baby kecik sgt. Rasa ok la pulak. 2 hari lps tu, kv balik kampung mak. Perut rasa sakit dan muntah teruk. Mak kv kata biasanya dah nak bersalin kalau mcm tu. Takut lak.

Masa gi kerja, perut still sakit. Ofismate bawa gi jumpa bidan minta urutkan. Tok bidan ckp, may be tak sempat 9 bulan kot. Aduhai, mana satu nih.

Balik tu, kv perasan ada darah. Macam time kita period. Decide nak gi hospital. Tp nak shopping brg2 baby dulu. Tak beli apa pun lagih. Mek kata tak payah gi beli barang lah. Terus ke wad.

Lepas wad kecemasan, kv disorong ke labour room, Doktor ckp air ketuban dah kluar. Alamak!!!!Panik beb. Doktor sorang lagi buat scan. katanya baby kecik sgt. Dia mintakv bertahan sampai 12 jam sbb dia nak injek dos utk besarkan paru2 baby. 12 lps tu kena injek skali lagih. Kv hanya mampu berdoa.

Mlm tu masuk wad. Kalut hubby ngan mek balik rumah nak pinjam alatan baby kat jiran sbb dia baru bersalin. Nak beli mmg dah tak sempat dah. Syukur kv mampu bertahan. Malam tu langsung tak tido sbb sakit tak henti.

2 hari lps tu sakit dtg lagi. Darah masih tak berhenti. Nurse check kontraksi. Takde apa katanya. Kv pun pelik. Sakit macam nak rak tp takde apa.Konfius. Doktor dtg dan check. Katanya jalan dah terbukak 5 cm. Terus disorong ke labour room.

Akhirnya lahirlah baby jam 5.38 ptg.Nurse tak tunjuk pun. Dah la hubby kluar masa tu. Dia memang tak tahan tgk darah. Kv pun tak kisah lah. Nurse sempat lagi tanya pasal perangai penakut hubby tuh. La ni kv slalu usik dia. Heheheheh.

Kv dihantar ke wad. Nurse tak tunjuk pun baby sbb baby dihantar ke ICU. Lama lps tu hubby mai dan ckp baby ok. Berat masa lahir 1.2kg jer. Keciknya. Esoknya baru kv boleh turun ke ICU tgk baby. Keciknya dan rasa mcm tak percaya yg 'tu' adalah manusia ciptaan tuhan. Tapak kakinya sebesar ibu jari kv jer. Tubuh dia sebesar lengan hubby jer.

Sejak tu, selama 35 hari kv verulang pagi dan petang ke hospital. Mcm org tak bersalin pulak. Abih tu, nak hantar susu pd baby. Nak perah kat rumah tak sebanyak buat kat hospital sbb mesin dia lg canggih.

Lepas tu dia dipindah ke dlm inkubator biasa. Seminggu kv dok dlm wad dgn baby. Berat dia 1.7kg baru boleh discharge. Nasib baik nurse ajar cara nak mandikan baby kecik sbb my MIL tak berani nak pegang.

Sekarang ni hang nadim dah besar dan kelatah. Byk cakap sampai lah tak terlayan. Agresif ya amat. My big bos masa tu ckp kena byk sabar dgn baby premature sbb dia akan jd super active. Mmg betul lah nakal dia over skt. Tp satu hari kalau tak gaduh2 manja ngan dia rasa tak lengkap pulak.

Itu lah anugerah Allah paling bermakna dlm hidup kv. Alhamdulillah.

--------------------oOo--------------------

2.08.2006

MAWI DAN PLKN

Heeheheh...buat peminat mawi kat kelate, ramai yg kecewa semalam.Mawi tak jadi turun kat kb mall. Sebabnya? Tak tau.

Malam tadi, kv,hubby dan hang nadim gi jenjalan kat kb mall. Bukan sbb mawi pun. Memang kita org selalu kluar malam selasa. Sbb rancangan tv takde program CSI (minat sgt tuh).

Ramai jugak lah yg dtg.Tetiba je dj complex tu announce yg konsert tour af3 dibatalkan atas sebab2 tertentu. Tak de pulak dibagitau sbb apa. Nampak sgt ramai yg kecewa. Ye lah, dah penyanyi no.1 nak mari nih. Excited la beb. Macam2 fesyen ada. Rasa macam kv dok kat midvalley pulak. Maju jugak bebudak klate nih.Kalah artis.

Kv lepak sambil take a dinner kat mc D. Makan fuldover share ngan hang nadim. Hubby makan big mac. Belum sempat abih makan, hang nadim sebok ajak nak gi naik beskal (heheheheh trolly tu dia panggil beskal). Letih betul lah.

Lepas makan tu, kita org pusing pusing. Takde menda nak buat. Jumpa ngan kawan hubby kat speedy video.Wife dia pengurus cawangan kat situ. Borak2 kosong. Tiba2 hubby perasan kat telinga hang nadim ada bintik hitam. Bila tgk ngan dekat. Alamak.....telinga dia kena gigit dengan PPIRAH. Tak tau org lain panggil serangga tu apa. Dia jenis hisap darah. Selagi tak kenyang, dia akan melekat kat kulit sampai jatuh sendiri kalau kita tak buang. Sakitnya jgn cerita lah. Sampai boleh demam. Patut la kv perasaan masa nak mandi, hang nadim asyik ckp 'sakit mama, sakit do'oh'. Ingat kan dia saja manja2. Maklum la dia masih lagi tunggal.;)

Balik rumah tu, cakap kat mek dan cik yg hang nadim kena gigit ngan PIRAH. Kalut org tua tu. Untuk pengetahuan, mek ialah nenek hang nadim. Cik tu moyang lelaki hang nadim. Mak (moyang perempuan hang nadim) dah tido. Nanti lah, kalau ada masa, kv cerita pasal keluarga kami pulak.

Punya la susah nak buang binatang tuh. Hang nadim meraung raung. Dah la suara dia memang femes kat kampung tuh. Amat nyaring. Aduh, letih nak tanggalkan. Dia lari dlm rumah tu beberapa pusingan. Sakit sgt la tu. Lepas tu, kita org pikir, kalau tak buang awal2 mungkin dia akan demam. So, pakat2 ngan hubby buang binatang tuh. Meraung punya la kuat. Bingit telinga. Akhirnya, dapat lah. Dia menangis terisak isak. Sampaikan gi ambik towel kecik buat sapu air mata. Kesian pulak tgk. Tp lepas tu, excited pulak nak tgk serangga tuh. Hehehehehe..

Kita org dok pikir macamana hang nadim kena gigit tuh. May be dia selalu temankan cik dia berkebun kot. Mana la tau, sebab benda tu boleh tersebar oleh angin. Ye lah, dah budak kampung. Itu la cara hidup kami. ;)

Habis cerita hang nadim. Masuk pulak cerita ari nih. Kat ofis ari ni ada program lawatan muhibbah PLKN. Kita org kena manage program untuk bebudak ni. Pagi buat gotong royog. Tengahari solat. Lepas tu ada site visit dan ada friendly match. Saja nak suka2.

Kv kena control dia org untuk gotong royong indoor. Kesian pulak tgk. Penat jugak la. Paling dia org tak nak ialah cuci tandas. Heheheheh....kv pun tak nak.

Sebenarnya program dia org ada lagi 3 kali. Sekali dtg 40 peserta. Minggu depan geng lain pulak yg datang. Nasib baik kv pun tak kena kawad. Dah tak ingat dah step dia. Maklumlah, dah pencen.

Harap2 dia org enjoy dan boleh pengalaman berguna sepanjang kat ofis kami nih. Boleh la tgk suasana kerja kat ofis macam mana. Nanti dah abih blajar seksok, masuk kerja tak la rasa jakun sangat.

Ok lah. Tu jer cerita semalam dan pagi nih. Nanti kalau ada cerita menarik, kita cerita lagih.

--------------------oOo--------------------

2.07.2006

LEBIH TENANG

Hari ni perasaan kv lebih tenang. Jiwa pun rasa lebih tenteram. Tak fasal2 kv kena tekanan perasaan pulak. Hubby byk bagi dorongan. Katanya, tak payah pikir banyak lah. Nanti sampai masa, kita akan tahu siapa yg nak buat aniaya. Yg penting, kita tak buat semua benda tu. So, pertahankan lah walau apa terjadi sekali pun.

Masa dan keadaan akan lebih menenangkan perasaan kv. Sebenarnya kv bukan takut nak jumpa pegawai atasan. Tp kv rasa takut kat suasana pejabat kv. Semua org ada buat silap. Semua org ada terlepas cakap. Tapi kenapa kena ngan kv. Sebab kv rasa kv dan hubby takde gaduh ngan org pun. Mungkin kv terpilih sbb TUHAN nak suruh kv dan hubby tak lalai agaknya. Ye lah, DIA tarik cerah mentari ganti dengan guruh dan hujan. Kita meratap sedih. Padahal kita tak tau yg DIA nak hadiahkan pelangi yg indah selepas itu. Wallahualam. Kv hanya mampu berdoa dan berdoa.

Sebab pikiran dok bercelaru, kv macam takde cerita lain nak buat en3. Asyik2 cerita sama. Kalau org lain baca sure boring punya. Tapi takpe lah. At least kv dapat luahkan perasaan kv. Sekurang kurangnya tak jadi bara dalam sekam.

Dari kelmarin lagi kita org dpt hint atau pun clue org yg buat jahat tu. Dari segi percakapan, perlakuan dan wajah nampak mengelirukan. Takpe la, minta TUHAN balas perbuatan dia tu kalau betul dia yg buat.

Tak kurang juga komen negatif atau menyokong tindakan org jahat tu. Yg pedihnya, set set perempuan yg selama ini dok bercerita, dok bergelak tawa, dok berkongsi masalah pun turut jadi nasi tambah. Kawan makan kawan kata KRU. Sedih memang lah sedih, tapi hidup mesti diteruskan. So, hayati hidup dengan cara sendiri. Rasanya akan lebih tenang dan bahagia.

Kelmarin, bila balik rumah rasa macam lemah jer tubuh. Yg herannya, bukannya teringat sgt kat masalah nih, bakpo yg tubuh dok lemah semacam jer. Ke aku peknen? Confius!! Tp kalau peknen pun syok jugak, nak sgt anak pompuan. Dah yg sulung tu lelaki. Nak pulak anak pompuan. Tp tak kisah lah tuhan nak kurniakan apa jantina sekali pun. Janji sempurna, cukup sifat dan akal.

Cakap ngan hubby. Dia pun terpikir jugak pasal peknen nih. Tp belum sampai tempoh kiraan. Kena tgk dulu. Sabarrrrr. Katanya mungkin aku kena tekanan perasaan kot. Tak pe lah. Just wait n see. Kalau betul, syukur alhamdulillah.

Malam tadi, makan nasi rasa tak berselera. Teruk betul kan? Terlalu ikut emosi pulak. Tp, paksa la jugak makan. Takut nanti gastrik dtg lagi. Boleh la. Lauknya, itik goreng garam kunyit campur cili dan bawang besar, telur dadar dan ikan sepat kedah kering. Memang makanan kampung lah. Dah lidah selera kampung nak buat macamana. Tp sesekali ada jugak bantai steak ke sizzling noodle. Heheheh.

Tadi pagi kat ofis, anak buah kv cakap mawi, felix dan amylia nak datang kat kb mall. Eh, betul ke budak nih. Mana dengar pun tak tau. Katanya dengar dlm radio. Dengar cerita, semalam dah penuh kb mall tuh. Dok pakat tunggu mawi la tuh. Rerupanya silap tarikh.

Kv bukan minat pun kat bebudak AF nih. Artis lain skali pun. Takde la kv beli album ke apa. Bukan tak menyokong industri muzik tanah air, tapi muziknya kv sempat layan dlm kereta je. Masa lain, takde luang. Zaman skolah dulu lain, ni dah meningkat ke tua, fikiran byk berubah. Mungkin negeri kelate ni dah lama takde hiburan kot. Tu yg kv tak excited. Selalunya, kalau ada artis turun ke kelantan, kv dan hubby serta hang nadim ikut serta. Sebenarnya bukan nak tgk artis pun, nak tgk gelagat manusia. Macam2 boleh lihat dgn perasaan teruja mereka tuh. Kalau jumpa artis secara kebetulan tu, kv kira bonus buat kv lah tu. Lain la member2 kat kl. Dia org lebih dekat dan byk pendedahan.

Tengoklah malam ni macamana. Kalau rasa tak penat maybe kita org joint skali kot. Hang nadim tuh, kalau malam2 yg boring asyik je ajak gi situ. Dah kelate ni tempat tu je yg luas sikit. Boleh bernafas. Kadang2 tu, naik muak jugak. Dah tak de tempat lain yg best dah. Nanti la, kalau buka pelangi mall atau mana2 yg dlm perancangan tu, mungkin kita org byk pilihan.

--------------------oOo--------------------

2.06.2006

GEMURUH

Aduhai....lagi tak sampai 2 minggu kv dan hubby nak kena mengadap pegawai - pegawai panel penasihat tuh. Macam lah kv ngan hubby lakukan jenyah. Tapi kv fahamlah, dah prosedur dia org kena buat cam tu. Kv kena la tempuhi jugak.

Kalau masa senggang kv asyik dok teringat pasal ni jer. Tiba - tiba tubuh rasa melayang gitu. kv ni darah gemuruh kerr?? Ye la kot. Walau pun kv rasa kv tak salah, tp kv asyik dok pikir apa soalan yg depa nak tanya masa siasatan nanti. Kv ada jugak risik2. Tanya jugak kalau2 ada soalan bocor. Hehehehehe. Sempat lagi tu! Yg kv dpt tau, dio org just nak bertanya betul ke idak cerita tu. Lepas tu depa akan tanya my boss pulak macamana prestasi kita org. Aduhai boss....tolong lah kami. :)

Entah lah, lambat rasanya masa berlalu. Tak sabar dah kv nak melepasi saat ini. Hubby kata mula2 rasa tak selesa. Lepas tu, bila pikir org lain kena lagi teruk. Tapi tak de tindakan apa2 pun. Lebih2 depa bagi nasihat lah. Hmm... cakap memang la senang. Tapi kita yg nak menghadapinya. Letih lah. My boss nasihat supaya releks. Org HQ pun macam tu jugak. Dia kata, may be laporan siasatan dari HQ lewat kot. Tu yg pegawai atasan ambil tindakan sendiri. Nanti kalau depa dah terima laporan penuh, masa siasatan just pergi mengiakan je lah. Tapi, kv still gemuruh. Ni masa depan kv. Maruah kv pun tercalar. Jahat nya manusia nih.

Kv pun terpikir. Kv ni, kalau ada rasa tak puas hati ngan org, dan kalau kv dah tak boleh go on ngan dia, tak payah layan lah. Takde la sampai nak memporak perandakan org. Tuduhannya pulak, tak masuk dek akal. tu yg kv bengang sgt tuh.

Hmmmm...lambatnya masa berlalu. Tak sabar nak melepasinya. Lepas tu, kv nak hidup bahgia aman dan damai with my family. Malas dah nak ambil tau pasal org. Biar lah kv jd katak bawah tempurung. Biarlah kv jadi manusia yg tak prihatin. Kv dah serik. Biar kv hidup dgn org2 yg kv percaya saje.

Hmmm...lambatnya masa berlalu.

###############################

PERTUNANGAN


Ok lah. Kita tamatkan cerita masalah kv tu. Nanti besok2 mungkin kv boleh lupakan. Ni, kv nak cerita pasal anak buah kv ni. Lelaki. Pada pandangan mata kv lah, org nya hensemla jugak. Kerja kat kl. Anak sulung.

Before raya haji, dia dah bagi tau parent dia (my abg long) yg dia dah berkenan ngan awek jawa nih. Tp ma dan abah dia buat donno jer. Lepas tu, masa raya haji tu dia remind balik. Sepupu sepapat dah ejek2 kat dia. Cari org jauh, nanti tak boleh balik beraya. Nak kena beraya rumah bini. Dia buat tak tau jer. Heheheheh.

Sebenarnya, org kelantan ni macam tu lah (tak semua, ok). Kalau boleh, nak anak2 ni dpt jodoh org dekat. Tak kerja kat kampung tak kisah. Janji org dekat. Nanti kalau ada cuti apa2, boleh satu hala je balik. Tak la pening nak bergaduh nak balik mana.

So, my abg long buat tak layan. Merajuk ngan anak dia la tu. Kita org ada la bg hint kat budak tu yg abah dia dah merajuk. Tp dah jiwa dan raga sepenuh cinta. Dalam hati ada cinta. Nak buat camno. Berkeras jugak nak. Tp parent dia still tak layan. Berharap sgt agar anak nya tu berubah hati.

Si anak pun merajuk la jugak dgn sikap berdiam diri parent dia tu. Pikir punya pikir, tak guna juga mendera perasaan budak. Nanti kalau jadi apa2, menyesal pulak. Dah dia tekad ngan keputusan dia, biar lah. Parent just harap dia bahagia jer. So, pakat la dok berbincang satu family ni. Keputusan diambil. Weekend nih kita org akan turun kl. Merisik dan terus meminang. Jalan terus. Senang, kan? Masa discussion tu, kv takdok (sbb kv dok rmh mil). My SIL call bagitau benda nih. So, kv pun call la kakak kv. Selalunya dia la mastermind dlm keluarga kami (sbb my father dah pass away).

Jadi, kv akan join la rombongan tu. Tak ramai, 2 buah kete je. Hubby tak ikut. Dia decide nak jaga hang nadim. Nanti kalau nikah, baru dia join skali. So, kv pun bincang la ngan kakak kv apa nak bawa. Barang2 lain anak buah kv beli kat kl. Kv ngan kakak kena sedia sirih dan pulut semangat. Nanti bahan2 bawa pi sana. Buat kat sana lah.

Nanti, lepas majlis tu, kv cerita la apa yg jadi. Sebenarnya excited jugak sbb dlm family kv tak pernah dpt menantu org jawa. Mesti pertembungan 2 budaya yang brlainan sekali. Tentu menarik, kan?

--------------------oOo--------------------

2.05.2006

SURAT LAYANG

Entah lah. Selama ni KV hanya dengar org lain jer yg kena fitnah ngan surat layang. Kali ni kena kat batang hidung sendiri. Betapa peritnya terasa.

Tak tau la apa yg org tu sakit hari ngan KV dan suami. KV dan suami kerja satu pejabat tp department lain - lain. Mungkin ada yg tak senang KV idup bahagia kot. Ye la kan. Dah kerja satu pejabat, mestilah breakfast dan luch sama2. Dtg kerja dan balik pun, mestilah sama2. Apa nak pelik. Dah suami isteri.

Kita org masa lunch our tak balik rumah sbb rasanya tak berbaloi nak balik dan dtg semula. Jadi, org lain syok tido, kita org lepak kat ofis la. Nak jadi cerita, boss KV beli tv. Letak dlm bilik KV. Untuk staf nonton time rehat. Takkan nak suruh staf lepak nonton tv dlm bilik bos pulak, kan?

So, surat layang tu cakap, KV tak layan customer sbb asyik tgk tv. Berdua - duaan dgn suani pulak tuh. Hai, logik la skt. Takkan lah Kv tak layan customer semata - mata nak tgk tv. Bos kv tidor kah? Baik sgt dia tgk kv layan customer macam apa tu?Big boss kv buat apa tak manage anak buah betul2.

KV tau, setiap org bukannya rajin kerja. KV pun cam tu jugak. Tp, dalam malas kv tu, semua kerja settle on time. Bukan nak puji diri, tp memang sikap kv macam tu. Tak nak tangguh, rasa tak sedap hati. Pas tu, kalau kerja settle, boleh la kv nak releks pulak.

KV rasa, ada staf kat pejabat kv yg sakit hati or cemburu ngan kita org. My husband rapat ngan my boss. Sedangkan my husband department lain. My boss tu pun tak balik tgh hari. Jadi kita org kluar lunch sama2. So, jadi rapat lah. Hmmm...entah lah, manusia nih, semuanya tak kena pada mata dia org.

Lepas tu, tuduh my husband tak duduk department dia. Asyik dok tunggu bini jer. Hai, kalau customer, takkan pulak tau siapa my husband? Lepas tu pulak, slalu tgk my husband kat department kv pulak. Terang2 staff dalaman, kan?

Tuduhan dia macam macam. Yg lawaknya, tuduhan dia tu tak berasas. Dalam surat layan tu, dia tuduh pulak kv tak jual borang. Hai, kv staff teknikal, tu kerja kerani. Apa kaitan dgn kv?

Minggu lepas, wakil HQ datang buat siasatan. Memang rasa kecut perut. Tapi, berani kerana benar, kan? Last skali, org HQ cakap nama penghantar surat tu dan tandatangan kat bawah surat tu pun dah lain. Nampak sgt menipu. KV rasa syukur sgt kerana dpt sokongan drp boss dan staff lain.

Org HQ cakap, surat tu tak tuduh kv tak buat kerja, tak tuduh kv terima rasuah. Nampak sgt memang nak musnahkan kv dan suami. Dia pun rasa sakit kepala. Tp dah prosedur dia kena siasat, so dia just jalankan tugas.

Masuk kerja hari ni pulak, my boss bagi surat yg di fax dari pihak atasan yg mengambil kv dan suami kerja dulu. Minggu depan kv dan suami kena mengadap pegawai perkhidmatan. Just siasatan saja. Rasa berdebar pulak. Tp, tak pe lah kan. sbb kv rasa kv dipihak yg benar. Apa nak takut. Cuma kv bimbang pembawaan diri kv dan suami depan pegawai tu saja. Tak pe la. Harinya akan tiba, pasti kv dpt tempuhinya kerana kv tau, sesungguhnya Allah s.w.t tu sentiasa bersama org2 yg dizalimi.

KV baca majalah wanita keluaran Januari. Ala cover up dia wanita no.2 negara tuh. Dia cakap, kalau 70% org yg suka ngan kita, dah patut kita bersyukur. Sbb, yg 30% lagi tu, kita buat apa sekali pun, takkan kena pd mata mereka.

Puas kv pikir. Dlm masa setahun ni, takde kv gaduh ngan sesapa. Hubby pun cam tu jugak. Tu yg dok pikir, sapa yg sakit hati ngan kita prg tuh. Mungkin ada yg tak senang tgk kv bahgia ngan suami kot.

Sekali pikir, kecil dugaan yg Allah taala beri pada kami. Kami hidup bahagia anak beranak. Makan pakai semuanya cukup. Tak perlu berkira. Kereta pun kira dah berjenama. Sikit lagi nak buat rumah sendiri dah. Umur masih muda lagi. Mungkin DIA nak uji kv agar tidak lalai dan berhati hati dalam pergaulan. Ya Allah, lindungi lah kami dari kejahatan manusia.....

KV ada satu sikap buruk. KV ni jenis berterus terang. KV sebenarnya baik hati ( macam perasan jek) dan peramah. Suka tolong org kalau kv mampu. Tp kv jenis tak suka org yg ambik kesempatan dan mulut macam puaka. Kalau org tu buat kv sakit hati, kv cakap ngan dia direct atau pun kiasan biar dia tahu betapa sakit hatinya kv pd org tu.Kv ni kiranya mulut laser lah. Mungkin org tak suka kot. Tp, kv dok pikir dalam 2-3 bulan ni, rasanya kv tak de melaser sesiapa pun. Mungkin dendam lama kot.

Takpe lah. KV pun selalu sembahyang hajat dan berdoa agar TUHAN tunjukkan org yg buat jahat pada KV dan suami tu. Bukan KV nak balas atau apa, just nak kenal sajork.

Panjang entry ni, kan?

--------------------oOo--------------------

2.02.2006

AUDIT

Hari ni kita org nak kena audit ngan unit naziran. Aduhai, nak audit benda yg lama ni buat pening kapla KV sajork. Nasib baik benda yg dia org nak tu mampu kv sediakan. Imagine kalau benda tu hilang dari fail, tak ke haru. Atau pun dalam fail tak sama dgn yg dlm komputer.

Ok lah. kita tinggalkan set set naziran tu. Kv nak crita xtvt kv masa cuti pjg ari tuh. Takde yg menarik sebenarnya. Cuma negri kelate darul naim ni dilimpahi jem yg amat teruk. Kalau jem strawberi sedap jugak makan ngan roti. Hehehehe...awal2 cuti tuh, kv balik kampung. Rumah mak kv. Biasalah, every weekend pun kv akan balik kecuali ada benda yg menghalang. Seronok adik beradik berkumpul.

CNY tu, kv ada undangan majlis perkahwinan. Kiranya saudara dekat jugak lah. Seronok la jugak. Dapat jumpa Shazlin wife radhi OAG tuh. Lawa org nya. Kat dlm magazine nampak macam kecik jek. Tgk yg real, dia berisi skt. Maklumlah, dah beranak sorang.

Hari seterusnya, kv ke Machang. Ada pasar tani. Saja nak jalan - jalan tgk org. Biasanya tgk perantau yg shopping tak ingat dunia tuh. Muakakaaka. Punya la ramai org. Nak jalan pun terpaksa berhimpit himpit. Dah la nak cari parking dekat setengah jam. Hubby dah nak balik dah. Merajuk lah tu. Tp, dah sampai sana, takkan nak balik pulak kan? So, dpt parking jauh skt. Tak kisah la.

Esoknya, kita org buat family day kat rhu muda. Tahun 2004 before sunami tuh, pantai nya elok, bersih dan cantik. Ari tu, terkejut tgk. Pasir pantai nya dah naik ke darat. Dah kurang lawa. Pantai dah jd dekat. Tp xtvt di teruskan jugak. BBQ la yg no.1. Ayam ada, ikan ada, dan kepah pun ada. Senang nak dpt kepah kat situ. Byk peniaga tepi jalan. Beli jer. Anak anak buah ada yg cari kat pantai. Kepahnya lain skt. Lebih cantik. Yg kita org beli tu, kepah air payau. Yg org kampung cari kat lagun. Tp rasa dia mmmg sedap.

Itu aje lah xtvt sepanjang cuti nih. Memang seronok la kiranya.

Kejap lagi nak pegi pasar. Ari ni ada pasar minggu. Macam macam ada jual. Heheheheh, curi tulang kejap. Bukan selalu ok. Tgk la, kalau kerja semua dah settle, boleh la keluar. ;)

--------------------oOo--------------------

2.01.2006

TAKDE TAJUK

Heheheheheheh.... tak tau nak tulis tajuk apa utk en3 nih. Sambungan en3 lepas lah. Actually, say dah berapa kali cuba nak post en3 baru. Tp, server kat ofis ni teruk pulak. Dah elok2 pakai streamyx, HQ antar kontraktor nak tukar line private. Ingatkan lagi laju. Rupanya hampeh. Ari baru di baiki. Ok la sikit.

Ok, berbalik pada tajuk saya tak reti english. Memang bahasa inggeris saya teruk sgt. Rasa malu, tak berkeyakinan dan tak bersemangat bila melibatkan bahasa omputeh ni.

Saya org kampung, skolah pun kat kampung. Result spm tu takat masuk local u jer. Tu pun buat diploma. Nak sambung degree terpaksa tunggu, sbb result ciput. Muakakaaa

Masa kat u memang culture shock. Kebanyak speaking london. Nasib saya baik sbb silibus dlm malay. Kalau tak, tak tau la saya mampu grad ke tak. Saya akui, bebudak klate bahasa inggeris dia org memang teruk. Termasuk saya la tu. ;) Tp tak semua. Ada yg biso.

Kerja pun kat company yg tak praktikkan english sgt. So, tak boleh improve lah. Dulu, before keje kat company nih, saya kerja kat satu firm yg semua org terror omputeh. Saya? Ternganga beb. Balik kerja memang sakit kapla. Tension, kak!

Tapi tak pe lah kan. At least saya ada pendapatan tetap. Saya pun belajar sikit - sikit. Boleh la paham. Tp memang tak boleh speaking. Malu kan? Nak masuk kelas english pun, mmg tak sempat. Hang Nadim kat rumah tu, kalau tak mengamuk satu hari memang tak sah. Penat layan karenah dia jek.

Kat rumah tu, ada jugak saya speaking london ngan hubby. Berterabur. Pakat pakat gelak pulak. Sekali pikir, memang kelakar. Sekali pikir, memang teruk.

Saya rasa, suasana kehidupan saya kot yg membuatkan saya tak reti omputeh nih. Dah la duk kat kampung, kerja pun kat kampung. Takde perkembangan kan? Tapi tak pe la, dah rezki saya kat sini. Org lain penat cari jalan nak balik dok kat kampung. Kalau musim raya, berduyun duyun pulang. Saya, rilek je kat rumah.:)

--------------------oOo--------------------

server teruk

--------------------oOo--------------------