kasutVINCCI

7.31.2006

NYUT

Pernah dengar perkataan nyut tak? Kekekekeke. Kalau dlm bahasa kelate, 'nyut' bermaksud perbuatan menekan dgn anggota badan ke atas apa2 brg ke bawah supaya benda boleh bergerak ke atas dan ke bawah. Contohnya menghayunkan buaian. Bukan ke kiri atau ke kanan. Tapi ke atas dan ke bawah.

Kv setiap hari berjumpa dgn perkataan ni. Maklum la, si hang nadim tu, asal merajuk ke, demam ke, mengada ngada ke mesti nak naik buaian. Perkataan yg dia selalu sebut,
"Nyut, mama" mesti dia akan suruh kv menghayunkan buaian tu utk dia.

Petang kelamrin kv sampai rumah dlm pukul 6 lebih. Sbb nya kv balik rumah mak krn nak gi meminang kawan baik kv. Kebetulan si lelaki ni kawn baik kv (sedara mak kv lak tu) akan bakal berkahwin dgn kawan baik kv jugak. Makanya kv kena jadi org tgh. Tu yg kv kena ikut sama gi meminang.

Dlm 5 lebih mek call hubby tanya sama ada lambat balik ke tak. Dia bagitau hang nadim demam. Aduh...demam lagi. Patut la mata kiri dia dah dua tiga hari asyik berair dan berta*hi. Selalunya simpton gitu dia akan demam.

Dah sampai rumah tu, dia melompat turun dr ayun. Mukanya merah, matanya berair. Kesian sungguh melihatnya. Pas tu asyik suh kv 'nyut' aje. Satu hari suntuk tak makan apa. Susu pun tak byk dia minum. Mek risau takut dia sakit perut pulak.

Malamnya pujuk dia makan. Makan shifon kek pandan jek. Pas tu minum susu sikit. Lps solat isya' kami gi beli ubat. Antibiotik, ubat demam dan ubat gatal 'kenan'. On the way balik tu, dia terlena.

Lps tgk csi kami angkat dia ke katil. Dah la belum tu terketar ketar dia sejuk. Pakaikan stokin dan selimut, baru berhenti gigil tu.

Pastu tidur dia mmg tak lena. Asyik merengek jer. Kami pun rasa sikit tension, sikit jer tau. Kekekekeke. Angkat dia ke ruang tamu, masukkan dia dlm buaian. Pas tu asyik asyik 'nyut, mama', 'nyut, mama', 'nyut, mama'.

Dari malam sampai pagi asyik 'nyut, mama'. Sampaikan kv rasa lengan kv kiri dan kanan macam apa dah. Pagi ni ingat takmau dtg keje, tp bila ingat masih byk keje belum settle, kv dtg gak bila tgk hang nadim ok sikit.

Bila call, mek pulak jadi tukang nyut dia. Hadoiii...ntah la nyah.

--------------------oOo--------------------

7.30.2006

HANG NADIM DAN SEKOLAH

Tahun ni hang nadim baru 3 tahun. Kv pun cam blur sket nak hantar dia ke sekolah tahun depan ke, tahun depan satu lagi.

La ni, dia bangun pagi2 belum mandi pun dah siap cari kasut. Pakai kasut siap2 tunggu bas skolah. Kuat sungguh angan2 dia tu. Tp bagus gak angan2 gitu dr angan2 ntahapapantah tu.

Bila ditanya nak kemana laju jer dia jawab tunggu bas nak gi sekolah. Kasut pun dia pakai sendiri. Tak mau org tolong.

Kv pun masih tak buat keputusan lagi bila nak hantar dia ke tadika. Sbb nya kat kawasan rumah kv tu (kampung) hanya ada tabika KEMAS jer. Tp kv ingat nak hantar dia ke tadika multimedia ke, atau seperti nya. Nak suh dia maju bahasa inggeris. Memandangkan zaman persekolahannya nanti semuanya memerlukan bahasa inggeris kan.

Jadi, kalau kv nak hantar ke tadika sebegitu, hanya ada kat pekan jer (kalau yg plg dekat ngan rumah la). Bimbang jugak nanti nak balik (sbb kena lalu jalan utama), takut mek atau che bawa motor tu. Jalan sibuk benor. Bahaya.

Kalau hantar kat kawasan pejabat kv ni (byk tadika cam tu) pulak, bimbang dia kena dok skolah satu hari. Ye lah, abih masa kerja kv baru dia boleh balik rumah gak. Nanti masa dia hanya kat sekolah jer.

Entah lah, kv pun malas nak fikir lagi. Tahun depan baru nak bincang dgn mek. Kalau dia sanggup nak ambik hang nadim masa balik pun, hubby pulak yg tak setuju. Bimbang pasal keselamatan katanya.

Bila dok imagin hang nadim gi sekolah kan, kv rasa nak tergelak tau. Kat rumah dia lah yg berkuasa (sbb sorang kan). Pas pulak tu manja lebih. Nanti gi sekolah mesti peringkat awal tu susah dia nak shared apa2 barang ngan kawan2. Lagi pun kat rumah dia hanya kejap2 jer main ngan rakan sebaya. Byk habiskan masa kat kebun atau kedai dgn mek, che dan mak. Percakapan dia pun cam org tua pulak jadinya. La ni dah pandai ikut che gi kedai kopi. Org kelate panggil 'makan tea'.

Lagi satu peel dia yg kv geram sgt2, dia terlalu cermat. Bila dah cermat sgt, jadi kedekut lah. Mainan dia, kalau angin kus2 tak dtg, dia akan kemas elok2. Tapi tak kasi org lain main. Kecuali kalau dia rasa nak berkawan baru dia offer barang mainan dia tu. Habis tu camana nak gi sekolah nanti. Harapnya masa dan keadaan akan merubah cara dan perangai dia.

Kv pun dah tak sabar nak tgk dia gi tadika. Dia pun semangat tgh berkobar kobar tu.;)

--------------------oOo--------------------

7.27.2006

BAJU RAYA.

Jangan pulak ada yg kerut kening baca tajuk en3 kv kali ni. Hmmm....kat pejabat kv dah kecoh pakat dok beli kain pasang buat baju raya. Errrrkkk... naik heran kv. Masalahnya raya lambat lagi. Puasa pun lagi dua bulan ek.

Kebetulan hari ni pasar minggu kat depan ofis kv ni. Oleh kerana kv takde kerja sgt, kv pun tumpang sekaki la gi menyongket kat pasar minggu tu. Org punya la ramai. Tp bila tgk kat gerai2 kain pasang ni mmg penuh dgn org. Berkerumun seolah olah kain tu org nak kasi free jek. Kekekekekeekke..

Baru la kv tau ropenya dorang tu nak beli kain buat baju raya. Aduh....awalnya nak buat persiapan. Kalau kv tumpang beli jugak, maknanya entah berapa pasang lagi kv beli nak tunggu sampai raya ni. Kat kelate kan kain murah2. Tu yg kalau beli byk kali pun tak terasa sgt. Lagi pun baju kv yg belum siap pun ada lagi 2 pasang. Nanti la, bulan puasa ni baru kv beli kain pasang untuk raya.

Tapi kan takut tukang jahit pulak tak terima. Tp tukang jahit kv tu dah maklum, makanya anytime kv boleh hantar kat dia nanti. Hmm...nampak gayanya bulan depan kv dah kena beli utk mak, mil, atuk dan kakak2 sbb takut dorang tak sempat nak tempah. Yg utk kv tu nanti dulu lah.

Peniaga ni pun pandai tau, dah tau minggu ni ramai yg dah terima gaji dia org lelong kain2 pasang tu. Sepasang 10 ringgit sajork. Lawa lak tu. Fabrik dia pun mmg ok. Kv tgk aje la. Seronok makcik makcik memilih corak yg berkenan di hati.

Kejap jer kan. Pejam celik pejam celik dah nak puasa pulak. Rasa baru jer tahun 2006. Hmmm...entahlah.

--------------------oOo--------------------

7.26.2006

SESI MAKAN LAGI.

Hikss..dah takde idea kv nak merapu. Kv cerita fasal makan lagi lah. Kelmarin kv tak masuk ofis sbb gi periksa P*K. Aduh dah berapa kali periksa masih tak pas pas lagi. Rasanya masa periksa kat univ dulu tak la seteruk ni. Kekekekek. Kak alinlai, cemana dah lulus ker? ;)

Dah abih exam tu (sejam sajork) kami pakat ponteng tak masuk kerja. Hiks...ngalahkan budak skolah. Kv gi mydin dulu, beli barang kedai mek. Punya la panas ini hari. Sakit kapla. Dah la kv demam selsema. Mrasa kv baca kertas soalan tu berbayang bayang. Lalok sajork. Nampak gaya nya lps ni kena isi borang mohon semula. Kih kih kih.

Sudah kat mydin, kami plan nak gi beli mainan utk hang nadim. Sibuk dok mengamuk mintak mainan tu. Ala..yg ada abc tu, pas tu bila tekan dia bunyi la. Elok untuk pembelajaran peringkat awal cam dia. Sepupu dia yg beli dulu. Tu yg dia pun sibuk nak jugak.

Tp dah tak tahan dahaga, masa tu pukul 12.00 tgh hari, kebetulan kete parking depan hayaki cafe(sebelah mydin), kami pun minum la kat situ.

Pine apple ice blended. Hmm...merasa lagi gatal tekak kv melantak air nenas ni. Tp dah suka punya fasal, layan jer lah.

Pas tu tgk menu dia, cam best sajork. Murah pulak tu, kv pun order black papper chicken chop. Hik hik hik..release tension lps exam tuuu.

Sambil makan tu sambil layan lagu lagu korea kat cafe tu. Rasa macam dlm cerita winter sonata lak.

Pas tu tambah duit parking, kami menapak gi kedai mainan kanak2. Offer sampai 80% ni. Yer ker? Hmm...hampeh. Takde pun mainan yg hang nadim mintak tu. Menapak semula ke pantai timur shopping centre, kebetulan nak gi beli ikan kerapu kat pasar siti khadijah tu. Mujur ada. Hmm...la ni musim mega sale ek. Byk sungguh jualan murah. Hubby sempat beli kasut camel active. Tak sampai seratus pun. Tu pun kv belanja sbb dah lama nak belanja dia kasut. Nampak gayanya nya birthday dia ogos ni tak yah beli dah. Kekekeke

Mainan hang nadim nak tu ada. Hubby beli gak helmet utk hang nadim. Utk keselamatan. Bimbang gak sbb dia selalu bonceng motor ngan mek sokmo.

Sudah ke pasar, tgk jam 1.45 tgh hari. Kami pun gi kb mall. Singgah solat kat situ sambil cuci mata sempena mega sales ni. Hik hik hik.

Kv ronda - ronda kb mall, singgah kedai vincci. Hiks...sempat beli sepasang tu. Ingat nak beli sandal rendah jek. Mudah nak gi jalan2. tapi kat vincci mahal pulak yg jenis rendah rendah ni. Kv pun gi vad & vid pulak. Byk yg less 50% lawa2. Hik hik hik..beli lagi sepasang. 15 ringgit sajork. Tu pun hubby tak ikut sekali. Kalau dia ikut, mau tak boleh membelinya.

Sudah tu, gi cari hubby kat kedai sony. Patut lah lama dia kat situ, rupanya jumpa member kami. Kawan kami tu nak beli digicam. Kebetulan jumpa hubby, dia mintak suggestion. Takde model yg nak kat sony tu, kami gi seng heng. Penat usha, akhirnya beli la yg model apa ntah (kv lupa) sony kaler hitam. Tp member tu dapat diskaun sbb wife dia ahli seng heng, pas tu waranti dpt 3 tahun, kalau bukan ahli setahun jek.

Dah membeli kat seng heng tu, dpt voucher pizza hut. Bayar 15.00 untuk set 3 org. Tgk jam dah 3.30. BOleh lah isi perut lagi. Hik hik hik. Kami pun borak2 sambil makan2 kat pizza hut tu.

Singah bon*a. Tgk ada sales. Tp kan beg yg kv nak tu mmg dah takde. Kv pun beli la yg kaler lain. Lepas geram. kekekekekekek.

Balik rumah dalam 4 lebih. Hang nadim pun dah bangun tido. Suka kemain tgk kv dah beli tek tek (mainan tu dia panggil tek tek sbb berbunyi). Pas tu dpt spek lagi, helmet lagi. Ptg tu gi pasar beli halia pun pakai helmet. ;)

Utk makan malam kv masak steam ikan kerapu. Best sbb ikan tu segar.

Sambil tunggu ikan tu masak, kv makan colek buah stia. Pernah dengar tak? Kekekekeke. Tgk rupa dia cam buah setor, tapi kaler dia kuning cerah, isi dia lebih putih dan lembut. Tak de la kelat sgt. Bestt. Colek pulak bukan guna cuka biasa tu, kv pakai cuka nipah. Rasa dia masam gak, tapi ada rasa lain lagi. Nak cerita pun tak reti. Cuka nipah ni baik utk sakit tekak, dan org sakit kencing manis pun boleh amalkan. Petua org tua tu.

Dah abih dah satu hari yg penuh dgn aktiviti makan.

Oh ya, sbb ponteng kerja kan, makanya kelmarin tak main badminton la sbb racket tertinggal kat pejabat. Hikss.

--------------------oOo--------------------

7.24.2006

BERSUKAN

Semenjak dua menjak ni, kv baru perasan yg kv aktif betul bersukan. Chewah. Niat nak mengKURUSkan (wah..huruf besar tu) tu satu hal, satu hal lagi untuk kesihatan yg utamanya. Sbb ramai member pejabat dok perli, sikit lagi fit la. Hek eleh, perli ler. Kv dah malas nak timbang berat. Takuuut. Asyik bertambah tambah jek. Kalau belah malam, kv rasa perut ok, kv ratah lauk jer. Temankan hubby makan.

La ni, selain berbowling (mcm la bowling mampu mengeluarkan peluh), kv gak sebok dok training badminton utk perlawanan antara jajahan nanti. Kv kena paksa main utk pejabat kv. Ada sorang lagi kakak yg jugak dipaksa main. Hik hik hik. MUlanya kv target reserve jek, tak pasal2 jadi pemain utama lak. Tak tau la kv nak buat lawak apa dlm gelanggang nanti.

Track suit pun dah siap dibahagi bahagi. Kalau main tak bersungguh sungguh lagi tak tau lah. Dah dekat 2 minggu lebih kami keluar training. Big boss bagi kelepasan keluar awal. Jam 3.00 ptg. Biasa habis pukul 5.00. Ramai yg mintak awal sbb rumah jauh dr pejabat. Kv kalau boss tak bagi masa tu, mmg kv tak main dah kalau lepas waktu pejabat. Kesian kat hang nadim satu hal, kesian kat mek yg menjaga hang nadim lagi lah. Rasa bersalah pulak.

La ni, kalau tak sempat main kat rumah dah memadai lah dgn yg kv dok main kat pejabat tu. Kami pinjam dewan sekolah dekat2 pejabat. Baik jer pengetua kasi pinjam kemudahan dorang kan.

Hubby pun pantang kv kemas baju sukan, sibuk suh kemaskan dia punya sekali. Ye lah, perut tu makin naik. Bulat gete kata org kelate. Tu yg dok pun sibuk nak main gak. Saja suka suka, keluarkan peluh.

Kv tak pandai main pun. Sbb sebelum ni takde penyertaan wanita. Utk tahun ni wanita diwajibkan. Agaknya yg buat undang2 ni wanita yg pandai main tak. Tu yg dia sebok sgt ngan kategori wanita ni.

Kejap lagi kv nak naik mandi dan solat. Terus salin pakaian sukan. Pukul 2.50 drebar dah tunggu nak punggah set set yg pandai serba salah ni ke dewan. Kekekekekekeke.

Oh ya, hari tu boss kv nak belanja kasut sukan. Tapi sekali fikir, tak perlu la kut. Sbb kv dah ada 2 pasang kasut sukan. Lagi pun bukan aktif cam sekolah dedulu tu. Khamis mlm jumaat tu, dah balik rumah mak kv, kv ajak hubby gi pasar malam tok bali. Kalau sesapa yg pernah pegi, pasar malam ni mmg besar sgt kan. Tak habis kv merayau. Sakit kaki kaedahnya.

Pusing pusing tu, sambil tgk set set bundle meniaga. Ramai betul lah. Tatau nak tengok gerai yg mana satu. Ada dua tiga gerai yg jual kasut 5 ringgit satu. Kv berhenti la tgk. Jumpa la kasut adidas sepasang. Mmg sedang elok ngan saiz kv. Tak pasal2 kv berminat nak beli kasut bundle pulak. Hikss..murah sgt kan. Pas tu hubby mintak kv hulur sepasang kasut puma putih. Kv membebel, kasut apa tah lagu tu. Hubby tempelak kv balik, apa la, kasut boling pun tak kenal. Terbeliak mata kv. Kasut tu baru sgt2. Harga 5 ringgit. Ha...dapat dua pasang kasut dgn harga sepuloh ringgit. Berbaloi kan. Kekekekekeke

Ptg sabtu ari tu, kv dah try pakai kasut puma tu. Ok lah. Markah kv lagi tinggi dari boss. Hik hik hik...penangan kasut baru kata dorang. Lagi pun lima ringgit sajork. Tak yah sewa kasut yg bau hapak tu. Ptg kelmarin pun kv dah try pakai kasut adidas tu masa main badminton. Lagi selesa dari kasut reebok tu. Kira ok lah dgn harga dia tu. kekekeke.

--------------------oOo--------------------

7.23.2006

MEMANCING

Kelmarin (sabtu) hubby dapat tiket free utk pertandingan memancing anjuran salah sebuah jabatan bertempat di muara tok bali, pasir puteh. Bukan Bali indonesia tau. Hiks

Makanya kv mendobi, menyapu dan mengemas rumah cam lipas kudung sbb hubby kata 9.30 nak bertolak. Ye lah, perjalanan pun makan masa 45 minit gak dari rumah kami.

Dok huha huha tu kami bertolak sharp 9.30. Padahal hang nadim dari pukul 8.00 lagi dah bersiap bagai. Jenuh bagi alasan kenapa tak mau pegi lagi sebelum pukul 9.30.

Sampai sana, hubby gi daftar dulu. Pas tu kami cari port yg sesuai utk duduk. Bukannya terrer mancing pun. Tapi sekadar mencuba nasib. Mana lah tahu menang cabutan bertuah motosikal ker. kekekekeke. Dah siap angan2 bagai ni, camana lah nanti nak bawak balik motosikal tu sedangkan helmet tak bawak. Kekekekeke...tapi selalunya org yg angan2 lebih ni hampeh pun tarak.

Ni la port yg kami duduk. Bawah jambatan. Cuaca pun redup elok jer. Mmg tak panas langsung. Nampak tak pakcik baju biru tu. Lepas kv snap gambar ni, dia dpt ikan kerapu bunga 1.7 kg. Wah....best kalau masak steam tu. Tapi dia dapat no.2 sajork.


Hang nadim tersengih jek bila kv snap gambar dia. Masa ni dia belum boring lagi tunggu abah dia. Lepas tu penat nak memujuk. Sibuk ajak balik. Mmg dia cepat boring lah.


Ni pulak gambar muara tok bali tu. Kalau tgk dari atas jambatan mmg lawa sgt. Nampak tak peserta2 joran tu. Tak ramai pun. Rasanya tak sampai 250 org.


Masa ni dah tamat masa memancing (hon dibunyikan tepat jam 12.00 tgh hari). Ada acara teka berat batu. Satu penyertaan 2 ringgit. Tp kv malas ambik pusing.

Pas tu penyerahan wang tunai kepada pemenang. Kami tak dapat apa pun utk cabutan bertuah. Dah la hubby mancing tak dapat ikan walau sekor pun. Asyik terlekat kat batu sajork. Penat salin mata kail. Dah takde rezeki kan.;)

Ramai org komplen yg pengajur tipu. Byk cabutan bertuah dpt kat staff dorang. Peti sejuk, tv dan motosikal pun dpt kat staff dorang. Tak serik2 lagi, padahal 3 tahun lps pun dah jadi kes gini. Hmmm...lantak dorang lah!!

On the way balik tu hang nadim tidur kat seat belakang. Lepas solat zuhur hubby join hang nadim tidur. Kv tgk tv. Malas la nak tidur siang.

BOWLING

Lepas asar kami gi kb mall nak main bowling. Sambil tu nak beli barang dapur sikit. Dah janji ngan boss kv nak jumpa kat sana. Hang nadim pun bukan main excited bila tau nak gi main bowling.

Sampai kat kb mall dah 5.45. Terus sewa lane. Hang nadim tersengih sengih suka. Dekat nak habis game pertama, kv terpandang 3 org jejaka. Cam pernah tgk jer. Lerrr....ex coursemate kv dulu. Tak cam sekali pandang. Dorang pun tak berapa cam kv. Kebetulan lane yg dorang sewa sebelah kami jer. Hmm...byk cerita bila lama dah tak berjumpa. Dua org belum kawin. Sorang tu anak dah nak baya hang nadim.

Hmm...tak sangka dorang tu memilih nak kerja kat kelate. Ingatkan pakat nak dok kl.;). Mereka berpakat bukak kedai perfume dan printing. Perfume yg dorang jual tu dekat separuh harga sbb perfume reject. Maknanya perfume yg di reject sbb kotak rosak dsb. Tapi perfume tu tak rosak pun. Ada sapa2 yg berminat? Nanti kv bagi contact number dorang.

Belumpun habis game kedua hang nadim mengadu sakit perut. Kv ingat dia main2. Tp bila dia dah start menangis, kv tau mmg dia tak tipu. Berpeluh peluh menahan kesakitan. Cuba pujuk, dia duk atas dokong tapi terbongkok bongkok jer. Nampak dia lain macam kv ajak hubby balik rumah terus, kebetulan hubby pun dah habis main.

Dalam kereta tu kv sapu bam gamat. Nampak dia cool sikit. Sampai kat rumah tu dia mintak nak tidur dlm ayun. Sambil tu mek urut betis dia. Kv solat maghrib dulu. Jam 9.00 tu dia muntah. Agaknya mmg perut dia masuk angin kut. Dekat pukul 10.00 mlm dia muntah lagi, lembik jer. Mek cadang suh gi klinik. Hubby call klinik yg kita selalu bawak hang nadim tu, doc sanggup tunggu. Pas check bagai tu, kata doc salah makan. Dia injek utk tahan muntah. Kalau bagi ubat makan pun, takut muntah lagi.

Lps tu dia muntah lagi. Kami balik rumah. Dia nampak mcm penat sgt. Kesian sungguh tgk dia. Kami dah agak sbb angin pasang. Sapu ubat yg tukang urut bagi. Tapi tak baik2. Angin pasang tu tersekat. Keras cam batu. Hubby pujuk dia, urut pelan2. Tu pun kejap je bagi. Pastu meraung tak nak. Kami pun tak tau nak buat apa. Susu pun tak nak minum. Tu yg perut lagi masuk angin tu.

Pukul 3.00 pagi kv tidur bila tgk dia dah tidur nyenyak. Sedar2 mak ngan che bukak pintu nak gi masjid. Pukul 6.45 sudah kv solat tu, hang nadim bangun. Tersengih sengih. Lega kv tgk dia. Dah tak sakit dah dia kata. Kv bagi dia susu dulu. Takut perut sakit semula. Angin pasang dia pun dah hilang.

Tgh bersiap nak gi kerja tu dtg kawan che dtg tanya khabar. Dia ajak gi tempat dia selalu berurut tu. Tp ada sorang lg kawan che suh gi rumah dia dulu sbb dia nak usahakan urutkan hang nadim tu. Moga lepas ni dia lebih sihat. Kesian sungguh tgk dia menahan kesakitan tu.;(

Tgh hari td hubby call tanya khabar. Hang nadim yg jawab telefon. Bila tanya mek, mek kata dah ok. Kalau ada angin kat situ pun, bila diurut, angin tu hilang. Tak macam malam tadi. Ptg nanti hubby bawak dia gi jumpa kawan che tu.

Nak gi kerja tadi tak payah suruh, dia dtg cium tangan, cium pipi kiri dan kanan dan cium hidung. Alangkah bahagia hati seorang ibu!!


--------------------oOo--------------------

7.19.2006

HASAD DENGKI

Kv sebenarnya dah lama nak tulis isu ni. Tapi asyik tak berkesempatan sahaja. So, hari ni dah ada peluang, baik kv ambik peluang ni kan. Bagi korang yg membaca, niat kv menulis isu ni bukan kerna mempunyai apa apa agenda, sekadar untuk meluah perasaan.

Masa kv kerja kat company ni kv belum pun berumur 22 tahun. Posting sekali ngan hubby. Masa tu la kv kenal hubby. Tapi sekadar kawan biasa atau kawan kerja. Tgh muda remaja kan, ramai lah org nak kenen2. Macam yg kv cerita before ni. Tapi mmg dah tersurat jodoh kv ngan hubby. Lagi pun mmg kv bahagia ngan hubby.

Ada sorang pakcik ni. Jawatan dia pemandu kat company ni. Dia ni pantang tgk perempuan berdahi licin. Selalu nak masuk line. Alasan dia nak buat menantu. Umur dia pun boleh dianggap bapa kv. Anak sulung dia pun baya kv jugak. Masa kerja masuk kerja dulu, takde pompuan muda. Hanya kv sorang.

Masa tu kerja kv byk kena meround kawasan. Jd kv byk guna khidmat dia. Tp lama kelamaan kv perasaan yg dia over sikit. Kv ni jenis menyampah kalau org tak sedar diri ni. Bukan darjat atau apa, sbb kv pun org susah, budak kampung. Selalu duduk nak rapat2, pas tu barang2 kv dia buat mcm harta dia sendiri. Kv pun naik geram lah.

Kebetulan pulak hubby masa tu tgh dok ngusha kv. Selalu kalau nak balik kerja dia berebut ngan hubby nak hantar kv (masa tu kv belum beli kete lg). Tapi mesti lah hubby yg dpt kan. Lps kv kawin, pakcik ni cam biasa aja. Tapi kv tak layan sgt dia, selain menyampah, kv kan dah jadi bini org.

Sehingga la 2 tahun lps tu ada sorang staff pompuan muda masuk kerja. Dia dah tak layan kv. Mmg kv bersyukur sgt. Kv pun buat biasa jer la. DIa dok ngusha awek ni, sedangkan awek ni dah ada boifren pun. Kami pakat dok gelak lah. Pas tu budak2 training masuk, pantang ada yg lawa, ada jer idea dia nak buat menantu. Hai, anak jantan dia tak boleh cari sendiri ker? Kami pakat dok gelak tgk telatah dia yg mmg over tu.

Sehinggalah awal tahun ni, masa kat KL, akak ofismate (Kak Z) bagitau yg pakcik ni dok tekan Kak Z suh tukar kv. Mmg terkejut besar kv. Rasa mcm nak gi jumpa jer dia. Bila Kak Z tanya apa alasan, dia bagitau yg dia terasa hati ngan kv. Ceritanya, (dah setahun lebih rasanya, kv pun dah lupa) ofis kv ada buat lawatan ke langkawi. Tapi tak mendapat sambutan. Jadi lawatan tersebut terpaksa di kansel kan. KV, hubby, boss kv dan kuncu2 lain tetap gi jugak langkawi. Tapi semuanya atas perbelanjaan sendiri. Mana boleh guna duit kelab kan. Masak nak menjawab nanti.

Masalahnya puak2 yg tak faham bahasa ni dok pakat tuduh kami gi makan angin guna duit kelab. Termasuk la pakcik ni. Dia la yg plg becok. Dia mai bilik kv siap perli bagai, mintak minyak gamat la, kain batik la. Mana kv tak panas hati. Kv pun sembur dia balik. Masa kita nak marahkan, nada tinggi sikit la. Tapi takdelah kv sumpah seranah apa. Hanya itu alasan dia. Setelah setahun setengah berlalu. Sedangkan dlm tempoh itu byk kv dan hubby dok tolong settle masalah dia. Tu yg kv tak faham.

Bila balik dr kl, my boss bagitau ada surat layang pasal kv dan hubby. Surat tu tuduh mcm2 dan mmg semuanya fitnah (en3 lps ada cerita fasal ni). Kak Z la yg main peranan menyelamatkan kv dan hubby. Betul benda yg dituduh tu kv tak buat, tapi masaklah nak menjawab kat panel tatatertib. Masa kv gi jumpa panel tu, deme tu just bagi nasihat sahaja. Katanya kalau tak buat pun, kena beringat. Tu pun big boss kv back up habis habisan. Bila difikir balik, dgn surat layang tu sampai dan gesaan dia pd kak Z suh tukar kv, anda rasa apa perkaitannya?

Mmg kv rasa teraniaya. Selalu kv berdoa moga Allah SWT balas segala apa perbuatan jahat yg org2 tu buat (kv tak mau tuduh sesapa). Kv pun tak bagitau bigboss pasal cerita pakcik ni. Tak mau boss pening kapla.

Masa pun berlalu. Cerita pun berlalu. Tapi luka yg masih berbekas dihati kita tetap meninggalkan parutnya.

2 minggu lepas, masa kv gi kb mall nak tempah baju utk family day, Kak Z cerita yg pakcik ni bagitau dia cerita sensasi. Kv dah agak dah dia bercerita fasal kv. Cerita kak Z, pakcik ni berborak dgn sedara hubby. Jadi dalam dok berborak tu timbul isu fasal kami.

" N (my hubby) ni orgnya baik, tapi manja (refer to hubby anak tunggal) tapi sayang kawen ngan kv. Padahal sebelum kawen dulu, ambo (bahasakan diri dia) dah nasihat N tu supaya tak kawen ngan kv. Ambo dah bagitau satu satu fasal budak kv tu. Tapi tak dengar jugak. Nak jugak kawen ngan kv tu"

Maksudnya kv ni jahat lah kan?

Kv dengar ayat dia tu, kv rasa tang tang tu jugak nak gi cari pakcik ni. Mmg nak kena sembur. Sbb dia dah menggugat maruah kv. Kalau lah betul dia bercerita dgn sedara hubby, mesti tanggapan sedara2 yg lain bahawa kv ni mmg perangai tak elok. Kv memang hangin satu badan. Hubby nasihat suh kv bersabar. Jgn buat kecoh. Tapi kv sound hubby balik(sbb masa tu amarah kv dah sampai kemuncaknya) kalau hubby tak kerja satu ofis ngan kv, kv dah gi jumpa pakcik tu. Walaupun kv pompuan tapi mmg kv tak heran pakcik tu. Tapi hubby kv kerja sepejabat. Apa guna hubby kerja satu tempat ngan kv tapi tak mempertahankan maruah kv?? Itu yg kv persoalkan. Kalau org tu mengumpat ngan sedara kv memfitnah fasal hubby, apa yg hubby rasa? Mungkin nanti tersebar kat seluruh kaum keluarga benda yg tak betul fasal kita. Fitnah pulak tu.

Hmm...kv dah racun hubby. Sbb kv rasa kv berhak mempertahankan maruah kv. (Padahal sedara yg pakcik tu bercerita mmg gaduh besar ngan hubby fasal isu ukur tanah hari tu). Hmm... ni lah peluang dorang nak hentam kv habis habisan,kan?

Hubby kata, dia tunggu peluang pakcik tu tegur dia. Dan dia akan sound direct pak cik ni. Masalahnya pakcik ni berkokok kat belakang jek. Nak tgk muka kami pun takut. Hubby kata tak manis la dia nak gi sembur pakcik tu menonong jer. Malu kat ofismate lain. Masa berlalu dan kv dah cool sikit. Tapi masih sakit hati dan marah!!

Kami berdoa siang malam supaya pakcik ni mendapat pengajaran. Moga dia tak memfitnah rumahtangga org lagi.

Tgh hari Ahad (minggu ni) kv cuti sbb nak bagi peluang mek (MIL) rehat dr jaga hang nadim, my ofismate call kv dan bagitau ada berita terkini. Kv dah gabra. Apa lagi masalah yg nak menimpa kv ni? Rasanya dah tak tertanggung dah. Lepas satu, satu. Dia suruh kv call boss kv.

Kv pun dah tak sabar dah nak tau berita apa, kv call boss. Rupanya pakcik ni buat perangai dan big boss mengamuk sakan. Big boss siap panggil boss kv mintak pendapat, unit mana dia nak tukar pakcik ni.Sebelum ni pak cik bawak pajero. Tu yg sesedap hati meronda sana sini bawak budak2 training. Big boss nak tukar bawak kenderaan lain. Yeehaaa...ramai yg bersorak sbb pakcik ni mmg berlagak lebih. Dah pulak tu suka memburukkan org asalkan dia lepas. Mmg busuk hati sungguh dia.

Rasanya dlm hidup kv, kv tak pernah jumpa org yg sejahat ini. Dia la satu2nya. Sampaikan masa surat layang tu dulu, ramai yg dtg jumpa hubby, buat offer nak tolong lepuk pakcik tak sedar diri ni.

Hmm...kv tak sabar nak tgk dia ditukarkan. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dia selalu bersama org yg teraniaya. Sbb sebelum big boss mengamuk marahkan dia pun, claim overtime dan perjalanan dia byk yg disekat. Byk menipu. Dan tipu pulak tak munasabah. Sebelum ni dia cari makan dgn cara tu lah.

Ramai yg datang kat kv bila tau dia cerita fitnah fasal kv, mintak kv sabar. Tapi bagi kv sabar manusia ada hadnya. Hari ni mungkin kv masih boleh bersabar, suatu hari nanti kv tak tau. Moga ada secebis lagi kesabaran dlm diri kv. Sbb kv percaya pada qada dan qadar Allah SWT.

Pas tu ramai yg komplen,

" Dia nak buat kv menantu dulu, tapi tak dapat, tu yg dia meroyan sakan tu"

Ada jugak manusia cam ni ek.

--------------------oOo--------------------

7.18.2006

JOM MAKAN MAKAN.

Hari ni kv buat en3 fasal makan. Hehehehehehe. Mana tak makin tembam. Asyik cerita fasal makan sajork.

Tgh hari kelmarin, masa kluar lunch ngan hubby kami singgah pasar basah. Terpandang sotong putih. Best kalau buat sambal sotong. Gulp. Telan ayaq liur. Org kelate panggil sotong ngabe. Kv pun taktau istilah ni apa maksud dia. Agaknya ngabe tu maksud dia besar kut. Sotong ni isi dia keras sikit, tapi sedap. Org cina suka makan sotong ni.

Besar tak besar sotong ngabe ni, pinggan sebiji pun tak muat. Nampak tak gambar kat atas tu. Harga dia RM 16.00 sekilo. Yg kv beli ni 800 gram. RM 14.00. Mrasa la sekor sotong harga sama mahal dgn daging lembu sekilo. Tapi bukannya selalu dpt makan,kan.
Ni ler rupa sambal sotong kv yg telah siap dimasak.

Menu lain untuk tambahan, kv bakar ikan cencaru cicah air asam.

Ni ler rupa bentuk air asam tu. Ingredient dia, jus asam jawa, gula, garam, cili padi, belacan dan bawang merah. Kalau nak lagi masam, perah jus limau nipis.

Ni ler rupa bentuk ikan cencaru yg telah siap dibakar. Kalau kat asrama budak2 panggil ikan jaket. Kalau kat kelate, org panggil ikan keronge. Kih kih kih...boleh sebut tak?

Dah siap masak tu, hubby ajak gi kebun. Durian masih ada walau pun tak byk. Boleh lah nak makan cicah dgn budu tu.:) Kami bonceng motor ke kebun. Dapat la 6-7 biji.

Jemput lah makan durian. Hiksss.

--------------------oOo--------------------

7.17.2006

KUALA LUMPUR ~ Part 3 (akhir)

Bersequel en3 kv. Maklumlah balas dendam sbb dah lama nak update tapi asyik tak dpt aje.

Kl International katanya. Hmm...mudah nak cari makan kata ofismate kv. Maklumlah tak boleh nak makan steak bagai ni. Kena makan nasik jugak. Dekat area chow kit kan banyak gerai makan. Teringat lotter dgn lagu chow kit road. Tapi tak sempat tgk. Khabarnya lotter dah kluar. Nanti la tgk konsert ulangan.

Bilik nya agak besar. Standard room. Dpt less lg untuk gomen staff. Hik hik hik.
Ni la view dari bilik 1703. Nampak General Hospital tu. Bangunan design tanjak tu apa ek? Kv ingat balai seni, tapi silap. Darat sungguh!

Pagi tu lepas sarapan bagai kami ke chow kit road beli buah buahan. Pas tu lama tunggu geng, pakat dok tgk spek hitam. Macam fesyen. 8.00 ringgit satu. Murah rezeki budak tu pepagi.

Sudah tu, kami gi pertama komplex. My boss nak beli kasut reebok utk wife dia. Pas tu dia nak hadiahkan kv kasut sepasang. Buat kenangan katanya. Tapi pilih punya pilih, tak jadi beli. Entah lah, tgk kat kota bharu lah nanti. Bukan selalu main badminton pun.

Kawan kv siap beli raket ni. Semangat hangat2 tah* ayam.

Sambil tu gi sogo lak. Tunggu ofismate beli jubah kat deretan kedai depan tu.

Jam dekat pukul tiga baru kami beransur pulang. Singgah kat gerai genting sempah makan tgh hari.

Perjalanan tu kejap2 berhenti. Minum ayaq kopaq kata kawan kv. Ni la akibatnya kalau taktau bahasa utara tp nak cakap jugak. Istilah ni timbul masa kami gi langkawi dulu. Hikss

Singgah solat dan makan malam kat RR Gua Musang. Semua pakat makan meggi. Tak sedap la. Kv tak habis separuh pun. Ofismate tolong habiskan. Jam 11.00 mlm sampai rumah ofismate. Kat sini kami berpecah sbb kv dan hubby tumpang bos pulak nak balik rumah.

Itu lah episod jalan jalan cari makan kv ke kuala lumpur. Sori lah sbb tak hubungi kawan2 blogger. Selain dr tak tau contact no, kv mmg tak sempat nak jumpa korang.:)

Insyaallah kalau ada rezeki dan kesempatan, pasti kita kan berjumpa.

Adios!!

--------------------oOo--------------------

KUALA LUMPUR ~ Part 2

Ni la view dari bilik 727. Kalau malam best gak sbb nampak menara kl dan klcc yg bercahaya tu.;)

Dinner kat food court best gak. Selalunya kv akan order yong tau fu sup. Kat klate susah nak jumpa yg bersup. Selalunya hanya sos ajer.


Tinggal sikit yong tau fu, baru teringat nak snap gambar. Kekekekekeke

Yong au fu tu sebenarnya sampingan ajer. Kv shared ngan hubby. Menu utama dinner mlm tu sirloin steak. Hubby lak makan steak kambing.;)


Hari Jumaat.
Kami sarapan pagi cafe cititel. Rasa tak berselera sbb perut rasa sebu. Masuk angin kot.

Kv just makan nasi kerabu ikan masin. Tu pun ak habis separuh.

Ni sarapan ofismate kv.

Pas tu gi Kajang, ambik barang yg telah dijanjikan. Siap kerja, time untuk menyongket dah tiba. Singgah bandar kajang dulu sbb ada dua org yg belum sarapan lagi. Sempat ler meronda supermarket kajang tu sambil tunggu kiosk cel*om bukak sbb oifmate bak bayar bil.

Sudah kat situ kami berpecah. Kete satu lagi gi klang. Kami gi mid valley semula. Janji nak jumpa kat KL International jam 3.00. Kat mid valley tak beli apa pun. Jalan2 ajer, sambil makan2. Kekekekekeke

Pukul 3.30 baru sampai kl international. Geng satu lagi dah puas pusing sogo. Kami check in dulu. Sudah solat jamak, kluar gi sogo pulak. Geng satu lagi balik bilik mandi dan solat. Pas tu sama2 jumpa kat the mall.

Hmm...hasrat kv nak beli handbag b*nia tak kesampaian jugak. Patnet yg kv mau tu dah habis. Dari midvalley, gi sogo, gi the mall. mg takde. Kat butik dia pun takde.Frust!!

Malamnya gi makan ikan singgang kat medan tuanku. Boring lah, dah dari klate pun masih gak cari ikan singgang. Darat sungguh. Tu lah antara kutuan kami kat ofismate sorang ni! Kekekekeke

Tapi time makan, yg lain mengalahkan sorang tu. Kekekekek

Balik bilik, mandi dan solat jamak borak borak kat bilik. Kaki rasa nak tercabut ajer. Pas tu tak terperasan bila mata kv terlelap. Bangun pagi tu, baru tau yg geng lain siap gi supper bagai lagi. Lantak dorang lah.;)

Sambung lagi en3 part3.;)


--------------------oOo--------------------

KUALA LUMPUR

Byk en3 kv nak buat sebenarnya tp masalah servis internet ofis kv mmg hazab sgt. Pening org t*l*k*m dibuatnya. Last tukar port baru nampak perubahan.

Kv gi KL hari khamis. Sambil2 makan angin kebetulan ada kerja sikit kat *KR*M Kajang.

Pagi Khamis bertolak lebih kurang jam 9.00. Sebenarnya nak bertolak lg awal, tapi sorang member ni masih ada masalah yg belum settle. Kami bertolak dulu janji jumpa kete satu lg ni kat RR Gua Musang.



Pas tu ingat nak berhenti makan tgh hari kat bentong, tetiba kete yg satu lagi tu kepanasan. Rupanya hos bocor. Padahal dia dah servis be4 ni. Lama gak tunggu sejuk, habis 5 botol air mineral kecik tu bagi kat kete yg kehausan tu. Singgah bandar bentong tukar hos dulu. Pastu baru makan.

Sudah makan kami terus ke KL.

Kuala lumpur, here i come!

Terus gi bangsar sbb nak check in kat cititel. Kami suka dok situ sbb kalau malas nak kluar ngan kete pun boleh rewang2 kat midvalley.


Masa ni kv tgh tunggu boss check in kat lobby.

Ini la bilik kv. Kekekekeke.
Sempit sgt kan. Ingatkan superior berbeza luas dia ngan standard room. Rupanya tipah tertipu bang.

Pas tu siap solat jamak kami gi jusco sbb nak beli track suit utk player badminton ofis kami. (Huhuhuhu..kv pun dipaksa main jugak, tp dpt track suit free..kekekekeke)

Lama kat situ. Ye lah, nak mencukupkan saiz dgn bilangan sampai pening minachi sales girl tu. Siap situ, kv rasa sakit tekak. Kering. Dahaga air. Balik bilik dulu hantar baju2 tu. Pas tu kluar gi makan kat food court mid valley.

~sambung entry lps ni.:)

--------------------oOo--------------------

7.09.2006

FAMILY DAY

Fuhhhh...akhirnya dpt gak kv update blog. Sibuk tu mmg la sibuk tapi servis internet kat sini teruk sikit. Asyik hang jek.Nak update pun asyik tersangkut sangkut.

Seminggu minggu lepas mmg ofis kv kalut buat persiapan utk family day. Lelah. Sbb ada jawatankuasa yg lepas tgn. Terpaksa jugak campur tgn. Kalau tak haru biru jadinya. Nak mengelak masalah terpaksa back up atau potong Q terus. Main by pass jer.

Meja kv yg berserabut. Tgh packing goodies bag utk kanak2.


Bilik kv yg berserabut dgn goodies dan mug cenderahati.

Kv dilantik ajk makanan dan minuman. Hmm..kakak kv kan pengusaha makanan. Peniaga pasar malam. kv tempah jer kat dia. Mudah nak atur. Harga pun takde la mahal sgt. Berpatutan lah.

Family day bermula jumaat malam sabtu dan hari sabtu. JUmaat petang, kv gi check in dekat bali beach resort, tok bali. Kv kena tidur kat situ sbb jv kan ajk makanan. Nanti takde makanan, berlapar pulak.

Perjalanan ke bali beach resort. Gambar ni kv snap semasa berada di atas jambatan tok bali.


Ni la pintu masuk bali beach resort. Hanya ada tak sampai 20 bilik jer. Tp sbb dekat, boleh la buat family day tak bermalam. Staff boleh dtg mlm dan pagi.

Org yg menghantar ikan dan sotong tiba jam 5 lebih. Terbongkok bongkok kami menyiang ikan dan sotong 60 kilo tu. Yg geramnya, dah awal2 janji nak beri kerjasama, main riba tgn jer. Mana tak naik angin.

Satay tiba jam 7.00 mlm. Anak buah kv dah start pangganga ayam. Lepa stu baru ikan dan sotong. Kehadiran malam tu ramai gak. Aktiviti malam tu just makan dan beramah mesra.

Esoknya, jam 7.30 pagi kv dah kluar ke padang. Sambil tunggu nasi goreng, nasi lemak dan kuih2 untuk sarapan pagi. AJK sukaneka dah nerada tgh padang dok sibuk touch up lane utk sukaneka.


Padang depan resort. Ok gak sebab luas dan rata. Pokok pun tak berserabut mana. Jauh gak dari pantai.


8.00 pagi pendaftaran bermula. Setiap peserta diberi nombor cabutan bertuah dan goodies utk kanak2 12 tahun ke bawah. Staff dan ahli bersekutu mendapat mug cenderahati sorang satu.

Sukaneka bermula dgn acara tiup belon kanak kanak. Pastu mcam2 lg lah. Banyak betul acaranya. Kv main cucuk manik. Dpt nombor satu you. Kekekeke. Yg lain tu terketar2 nak cucuk manik tu. Lagi pun ramai bersungut mata kabur.;)

Pastu kv main bowling kelapa. Susah gak sebab padang tak la rata sgt. Buah kelapa tu pun bukannya bulat. Dah aim betul2, dekat nak sampai pin (botol mineral) terus kelapa tu melencong ke lain. Dapat la nombor 4.

Ingat nak main sambung perkataan. Tapi hang nadim meragam pulak. Kv bawak hang nadim balik blik dulu. Bagi susu dan mandikan dia. Pas tu kv pun mandi sama. Sakit kepala lah. Padahal cuaca bukannya panas sgt pun. Tp belengas dgn angin pantai tu.

Dah siap bagai tu kv gi tunggu makanan utk tgh hari pulak. Gulai kawah, ayam masak merah, acar mentah, ikan kering, agar2 dan sambal. Makanan terpaksa kv kontrol sbb ada yg tamak kan. Kalau makan kasi habis takpe jugak. Biasa la bila barang free ni semua berebut rebut. Kalau tak catu mmg kesian org yg lambat. Lagi pun staff lelaki tgh dok main bola tampar pantai.

Majlis habis jam 2 lebih. Hubby pun dpt hadiah nombor satu utk bowling kelapa dan nombor 4 untuk sambung ayat. Semua yg menyertai dpt hadiah saguhati. Saja nak suka suka kan. Pas tu dpt hamper sorang satu. Beza dia kecik dan besar ajer.

Berakhir lah family day kami. Meriah sgt walaupun ada masalah. Biasa lah tu.

--------------------oOo--------------------

7.02.2006

HARI MINGGU
Ptg khamis kv balik rumah mak. Tidur satu malam, ptg jumaat ofismate call bagitau yg dia dah buat janji ngan tukang urut. Kami nak urut hang nadim yg ada masalah angin pasang tu. Terpaksa la keluar dari rumah mak sebelum asar.
Siap mengurut bagai tu, balik terus ke rumah mek. Masih awal lagi, hubby ajak gi cuci mata kat pantai irama (dah dekat laluan balik tu), tp kv rasa malas lak. So, terus balik ke rumah. Tgk mak dgn mek sibuk dok rendam beras pulut. Nak buat pulut semangat sbb esoknya (sabtu) che ada majlis khatam quran. Setiap tahun YB Dato Anuar Musa buat majlis khatam quran bawah dun nya. Jadi che kena bawa 2 org murid yg dah khatam ke majlis tu.
Kami dah takde kerja nak buat. Nak masak lauk dinner pun hubby nak makan nasi goreng. Kami pun main badminton. Boleh lah nak keluarkan peluh tu. Masalahnya timbang berat malam tadi naik lagi sekilo. Camno tu. Ke penimbang kv rosak? Kekekekekekekek
Pagi sabtu hubby tak jadi gi hantar mek dan che ke majlis khatam tu sbb makcik hubby nak tolong gi hantar. So, hubby gi meracun rumput dalam bendang (padi baru 8 hari disemai). Kv lak mendobi, menyusun melipat kain. Pas tu iron baju kerja utk esok. Sudah tu jahit kain sarung mak 5 helai. Main gasak je lah. Bukannya reti sgt pun. Kerat kaki jeans kv yg labuh tu. Tu pun gasak jugak.
Hang nadim tidur jam 12.00 lg sbb dia dah boring sgt. Lps zuhur hubby gi ambik mek dan che terus singgah kenduri naik rumah baru mak sepupunya. Kv masak mihun sup segera jer. Belum pun makan hang nadim dah bangun. Panas sgt kat rumah, kami decided nak gi jenjalan kat kota bharu. Lagi pun my boss smsed bagitau pasific bowl dah bukak. KB mall lagi. Maaf yer, dah takde tempat lain kami nak pegi. Kekekekekekek
Hang nadim bila tgk kv dan hubby cari stoking dia pun sibuk sama. Sebelum ke kb mall gi stadium dulu sbb hubby nak beli stok prepaid. Tgk2 ada expo kat situ. Ada macam2 gerai dan permainan. Expo apa pulak tak tau lah. Hang nadim dah bising bila tgk keretapi. Tapi kami tak singgah pun. Pas tu hubby singgah kedai gambar nak tgk digicam yg kawan dia kirim. Hmm..rasanya seng heng lagi murah. Beli kat kb mall jer lah.
Sampai situ, lalu tepi kb bazaar. Ada pertandingan tariking (susu cap apa eh?) peringkat negeri. Tapi tak berminat, terus ke parking basement. Ada roadshow bmw. Tapi malas la nak gi tgk sbb mmg tak berkemampuan kan. Pusing tu tgk ada badut tgh bagi belon mcm2 bentuk kat kanak2. Hang nadim takmau berganjak nak tgk badut. Ajak gi dekat takmau, takuut.
Nampak tak badut yg pakai topi bola tu.

Boring tunggu hang nadim tgk badut, kami gi pacific bowl. Akhirnya kelate ada gak pusat bowling baru sbb yg kat perdana tu mmg dah hazab sgt. Kami pun join sekali main. Best gak gelanggang baru ni. Besok janji ngan ofismate nak gi main pulak.

Ingat tak nak makan sbb dah makan mihun sup tadi. Masih kenyang. Tapi hang nadim sibuk nak makan mee (sizzling), terpaksa la turutkan sbb kalau dia mintak mmg dia makan byk selalunya. Kalau time lain mmg payah pujuk dia makan.

Pas tu hubby gi beli digicam kat seng heng. Kv ingat nak beli skirt jeans kat reject shop tu sbb ada saiz besar dan takde belah sana sini tu. Tapi fitting room pompuan tutup pulak. Susah susah sgt tak jadi beli. Selamat duit kv. Kekekeke

Nak balik tu masuk pasific beli ubat nyamuk keping. Dan beli roti utk dorang kat rumah tu. Hang nadim bila dah nampak belon, tak makan pujuk dah. Beli la belon sepeket utk dia.

8.00 mlm sampai rumah. Mandi manda segala, 8.30 malam tgk AF4. Akhirnya salima keluar jugak. Tak konsisten jugak pengundi dia ek.

Betul ker gossip datuk K pinangkan siti utk dr fazley. Kekekekeke nama lagi gossip. Tapi sedihkan mawi putuskan pertunangannya.

--------------------oOo--------------------