kasutVINCCI

8.30.2006

MERDEKA 49

Kesempatan hari ini kv, hubby dan hang nadim nak ucapkan kepada semua kawan2 blogger dan seluruh rakyat malaysia selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yg ke 49.



Semoga kita merdeka, bebas dari segi pemikiran. Semestinya org islam wajib berlandaskan ajaran Islam. Karang bebas tak tentu fasal pulak.

Masa sekolah dulu kv mmg tak minat sejarah. Sbb nya kv tak minat membaca dan menghafal fakta. Nasib baik spm kv utk subjek sejarah takde la teruk mana. Disebabkan pernah belajar sejarah, kv pun tau la fasal kemerdekaan tanah melayu pada 31 ogos 1957. Terima kasih kepada generasi terdahulu yg memperjuangkan kemerdekaan Malaya. Wah.. bahasa, patriotik sungguh.Hiks

Program malam merdeka kv biasa la, pusing2 kota tgk lampu neon. Makan2. Kalau jumpa kawan2 tu borak - borak dulu. Pas tu detik 12 malam gi tgk fire cracker kat stadium. Tapi kena pastikan hang nadim tidur dulu baru boleh keluar. Tak kuasa nak bawak dia malam2 buta. Nanti dia besar sikit lg baru boleh bawak.

Selamat hari merdeka buat semua!!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

--------------------oOo--------------------

8.29.2006

MALAM TADI DALAM SEJARAH.

Sapa yg tak tgk tv malam tadi? Hmm... pening gak eh nak tgk saluran mana. Kalau ada 2 tv pun pening nak tgk yg mana.

Kv pulak tgk dua2. Boring tgk siti sanding, tukar tgk mawi. Menyampah tgk mawi, tukar tgk datuk k pulak. Alahai..datuk k, tgk closed up mmg hensem. Tgk jauh..nampak tua sgt ler. Takpe lah dah jodoh siti. Dah tertulis di loh mahfuz.

Nak komen apa ek?

Eh... nasib baik kv sempat tgk once nyanyi lagu dealova tu secara live. Malatop. Fuh....best la lagu tu.

Pas tu tukar tv3 tgk ziana zain nyanyi lagu 'syurga di hati kita'. Ingat tak lagu tu kv tuju kat hubby masa anniversary kita org dulu. Tak sangka siti pun minat gak lirik lagu tu.

Masa hetty koes endang nyanyi perfomed 'when u tell me that u love me' tu mmg meremang bulu roma. Wow! Hebat weh. Itu la penyanyi yg berpengalaman.

Bab mawi dan ina pulak, moga terbuka fikiran kita. Mawi pun nampak cam poyo jer. Mungkin byk benda yg menjadi sekatan hingga mawi langsung tak berterus terang. Moga maruah ina pun pulih. Dan ina pun tak payah lagi mengaitkan mawi dgn kerjaya baru dia. Jadikan pengajaran.

--------------------oOo--------------------

8.27.2006

SUMMARY

KHAMIS

Iv sms kv cakap nak jumpa. Actually rabu tu pun iv dah sms. Kv ok jer. Kebetulan depan ofis kv tu pasar minggu. Ingat iv nak dtg belah pagi. Tapi tak dtg2 pun.

Dlm pukul 2.30 iv call bagitau yg dia on the way. Kv naik solat kat surau dulu. Suh hubby tunggu, kot2 iv nak park dlm ofis kv. Dlm 3 lebih, iv call bagitau yg dia dah sampai. Dia parking depan ofis jer dan kebetulan iv ada urusan kat bank depan tu.

Kv pun jalan kaki gi cari dia. Hik hik hik..berdebar weh. Nasib baik dlm blog iv, iv pernah publish gambar dia. Dok rewind balik la cemana rupa iv in real life. Heheheheehe.

Bila tgk kenari kaler hitam berplet wilayah, kv dah agak dah yg tu mesti kete iv. Tgk ada baby girl, dan sorang makcik. Agaknya che iv (mil). Tgk kat seberang jalan (dekat bank) ada sorang pompuan tu. Ni mesti iv.

Mulanya kv nak lintas jalan. Tp iv dah siap urusan dia, kv pun tunggu la tepi kete dia. Cuaca punya la panas. Nasib baik ada van tu ye IV. Hik hik. Dpt gak berteduh. Sayang, hanya si kakak yg montel tu jer ada. Adik nya tak ada. Kempunan jugak tak dpt jumpa si adik.

Borak pun tak lama. Tp dah tau mana rumah che iv. Tepi jalan sajork. Insya allah kalau takde aral melintang kita boleh jumpa lagi kan iv? Nice to meet u.;).

Petang, balik ambik hang nadim. Kemas barang sikit, kami bertolak balik rumah mak kv. Malam tu gi rumah kakak kv sbb nak jumpa anak buah kv yg patah peha tu ada balik. Borak2 tu, dlm 10.30 balik rumah mak. Kv tidur awal sbb sakit kepala. Hang nadim entah pukul berapa terlena.

JUMAAT
Biasa la kat rumah mak. Aktiviti masak2. Tp mak kv puasa. Makan tgh hari dgn anak2 buah mmg kecoh.

Petang pukul 6, balik rumah MIL pulak.

SABTU
Baru jer nak sms iv nak tanya pukul berapa bertolak, IV dah sms bagitau (hik hik hik... sori yer iv, hari minggu ni sibuk mendobi sikit).

Kv pun teruskan keje2 mengemas yg tak sudah2 tu. Tu baru anak sorang. Hang nadim dah ikut che dia gi kebun. Hubby lak sibuk basuh kete. Dlm pukul 9.00 hubby ajak gi kebun ambik hang nadim sbb mek dah pesan suh gi ambik. Hang nadim tu bukan boleh lama, asyik ajak balik nak menyusu jer.

Lepak kejap kat kebun, kv balik masak. Padahal hari masih awal. Tapi masak awal dpt rehat awal,kan? Tgh hari tu hubby, mek dan hang nadim gi kenduri kat kubang kerian. Kv malas nak ikut. Layan tv jer la.

Lps asar tu hang nadim masih tidur. Kv ngan hubby pun gi kenduri kawan skolah hubby. Hmm...dah lama tak makan nasi kenduri (walau cuti skolah tp kv tak dpt jemputan, hiks). GUlai daging campur umbut kelapa mmg favourite kv. Sambal taucu kacang panjang pun best. Hmm.. tpi ratah lauk jer sbb mlm nanti janji nak jumpa kawan. Mesti la acara makan2 pulak.

Balik tu hang nadim tak bangun lg. Terpaksa kejut kan dia. Tu pun menderum derum enjin tangisan. Mandi pun mata terpejam. Dlm 6 lebih kami gi kb mall. Ingat nak jumpa kawan kat situ, tp lawyer hubby call nak jumpa 8.30 mlm kat kubang kerian pulak dah. Terpaksa tukar plan.

Bawak hang nadim gi minum dulu. Teman dia makan roti. Biasa ler, lps bangun tidur mesti lapar. Pas tu gi solat maghrib. Nak keluar kb mall tu, iv sms bagitau dia dah sampai jitra pukul 3.00 ptg. Alhamdulillah semuanya selamat.

Keluar tu hujan punya la lebat. Masa ni hubby dok membebel menyesal tak buat kacamata utk masa malam. Hmm...malas nak komen. Kalau suh gi buat, dia tak layan.

Tgh dok tunggu hubby settle urusan, hang nadim pulak beronar nak terkucil. Selekeh sungguh. Nak turun hujan lebat kemain.Nanti tambah2 demam pulak. Pujuk dia pakai diapers, tak nak pulak. Mati kutu diuatnya. Karang terkucil dlm kete pulak. Kekekeke. Kv pun mai idea ntahapapantah, suh dia buang hajat dlm plastik. Mau jer dia. HIsh... buruk peel sungguh. Desperate kan. Mujur ada air mineral. Kekekekeke

Pas tu gi jumpa kawan kami dekat food court sri pauh seafood, panji. Masih hujan lg time tu. Makan chicken chop yg ntahapapatah. Sesal lak oerder chicken chop tu.;(

Borak punya borak punya borak, kami pun balik ler.

--------------------oOo--------------------

8.23.2006

KENAPA?

En3 ni sebenarnya dah lama kv nak buat. Banyak benda yg bersarang dlm otak ni, tp masa dan keadaan selalu shj menghalang. Bukan niat kv nak mengumpat menambahkan dosa atau jauh sekali nak memalukan mana2 individu, tapi kv nak kita sama2 renungkan.

Kv ada sorang kenalan. Pompuan. Dia ni agak senang dan suami nya mmg berharta. Dari cerita yg kv dengar (byk sumber) dia tdk mendapat nafkah batin. Agaknya dah lama benda tu berlaku dan mungkin dia pun dah tak mampu manahan perasaan, menyebabkan dia meluahkan kpd kawan2. Kawan2 lak jenis mulut lahanat, cecer cerita kat org lain pulak. Kv pun dengar gak cerita ni, tp diam jer lah. Sbb ni melibatkan maruah org. Kesian gak kat suami dia.

Masalahnya, kenalan kv ni boleh kv ibaratkan seorang yg perasan. Mudah ditimpa perasaan. Maaf cakap lah, tp mmg dia begitu. Sampai kadang2 kv pun naik loya dengar cerita2 rekaan dia. Kononnya ramai lelaki2 malah jauh lebih muda darinya yg pakat dok syok kat dia. Pukul dua tiga pagi masih lagi dok sms ucap kata sayang, cinta dan rindu. Sealau ajak jumpa.

Mula2 dengar mmg kv percaya. Tapi ada sekali tu kena dgn sahabat baik kv sendiri,mmg kv pun tau lah yg dia mmg kaki reka cerita. Kawan kv ni baik ngan dia. Hubungan dah macam adik beradik. Dgn suami dan anak2 nya pun mmg rapat. Tapi dia bercerita dgn sorang lagi kawan dia yg sahabat kv ni syok kat dia. Menitik air mata kawan kv ni sbb terlalu terkilan dgn perangai dia. Mulai hari tu mmg kawan kv ni berpura pura sahaja berkawan ngan dia. Takkan nak masam muka pulak kan. Tp mmg byk kena berlakon lah.

Nak jadi cerita, kenalan kv ni syok dgn sorang lelaki (yg juga kawan baik kv). Lelaki ni kalau pompuan tgk mmg mudah masuk hati. Walau pun tak hensem mana, tapi dia baik. ramai org senang dgn sikap dia. Mula2 si lelaki ni layan biasa jer la kenalan kv ni. Tapi lama2 tu, pompuan ni dah tak malu tunjuk aksi yg dia suka kat lelaki ni. Depan kv pun dia siap cuit2 dan pegang2. Si lelaki ni mmg segan kat kv, mengelak dgn cara baik takut dia malu. Tapi dia tak malu pun. Kv pulak yg naik segan.

Si pompuan ni akan reka macam2 cerita nak bagi si lelaki ni jeles. Tp tak jeles pun. Kekekeke. Kv kadang2 tu menyampah jugak, tapi takkan nak bergaduh bagai kan? Sabar jer la. Tp kadang2 tu masam muka jugak sbb dia selalu akan buat alasan kalau ada apa2 yg tak kena dan kv selalu jadi alasan dia. Tak ke bengang macam tu. Tapi kawan kv yg lelaki ni selalu nasihatkan kv supaya bersabar. Kadang2 tu dah hilang sabar, dua tiga hari gak kv tak layan dia.

Kemuncak dari perangai dia yg ntahapapantah itu, ada satu kes yg membuat si lelaki ni bertekad utk betul2 menjauhkan diri dari dia. Satu petang tu, si pompuan ni nak ke kedai, lalu dia tumpang sorang kenalan kami (lelaki). Balik dari kedai, mata dia merah. Ada sorang kawan kami ni terlihat lalu bertanya. Ceritanya, lelaki yg beri tumpang tadi cuba mencabul dia. hah??? Terkejut dog kami dibuatnya. Biar betul! Sbb lelaki yg dituduh mencabul tu mmg kami kenal hati budi dia. Takkan la!

Tapi kan, kalau tak percaya, takkan dia nak reka cerita yg dia nak kena cabul pulak. Siap described bagai peristiwa tu. Aduiii.....sakit kepala kv dibuatnya. Weh...maruah org ni, takkan dia nak reka cerita, Sudah nanti kalau dia reka, dia akan malu besar.

Tapi ada antara kami yg buat andaian yg dia cuba tarik perhatian sang lelaki yg dia dok syok tu. Konon konon nak kasi sang arjuna tu cemburu. Tapi kami masih confused.

At last, ada sorang kawan kami ni called lelaki yg dituduh cuba mencabul tu. Mengucap panjang dia. Siap nak junjung al quran bagai. Sampai menangis dia cari kami nak ceritakan hal sebenar. Malu dia kat kami. Aduhai....dari cerita lelaki yg dituduh mencabul ni, si pompuan bercerita yg lelaki yg dia dok syok kan tu tgh dok gila kan dia. Muncap pjg pulak sang arjuna tu. Adoii...berbelit belit cerita ni. Tahu la kami bahawa cerita tersebut direka reka.

Masalah sebenarnya, kalau pun dia cuba menarik perhatian sang arjuna tu (kononnya nak kasi jeles) kenapa sanggup menjaja maruah diri? Dah la dok jaja cerita yg suami dia tak 'mampu'. Pas tu dok fitnah org melakukan zina. Paling dasyat melibatkan maruah sendiri. Dlm byk2 cerita yg direka, ini lah yg plg dasyat yg kv tahu fasal dia.

Kenapa ada perempuan macam ni? Moga kv atau keluarga atau kawan2 tak jadi gini. Moga kita pandai jaga maruah diri. Bukan nak tunjuk pandai, tapi bila dah tahap ni org tak respek kita dah. Dosa pahala usah cerita sbb kv bukan org alim yg andai membicarakannya.

--------------------oOo--------------------

8.22.2006

JALAN JALAN KE DABONG

Hari Ahad lepas, kv, hubby dan sorang staff lagi serta pemandu di arahkan ke dabong utk sama2 menyibuk sempena kedatangan PM ke kawasan tu. Majlis mula pukul 10 pagi, tapi kami jam 9.00 pagi masih tak sudah sarapan lagi. HIks.

Dlm jam 11 kami sampai kat simpang antara jelawang ngan dabong.

Kat sini, ada sekatan polis lak sbb pm baru sampai dan nak lalu dulu. Hmm.. tunggu la situ sambil makan nenas (panas). Disertai dgn perarakan motosikal membawa bendera2. Dah on d way tu sibuk ngan geng kembara merdeka. Oh ye, kami pergi ikut jalan jeli.

Lepas PM sudah lalu tu, kami pun ikut belakang menuju ke tempat yg sepatutnya tu lah. Jem teruk gak tp still bergerak. Dalam 500 meter nak sampai polis dah buat sekatan pulak dah. Tak bagi masuk. Kat dalam sana mmg kete dah tak boleh bergerak. Polis suh kami park kat situ. Huh... tak kuasa kv nak jalan kaki panas2 terik cam ni. Kv pun call driver boss inform yg kami dah sampai tp tak boleh masuk. Hubby siap ambil gambar tempat tu nak bukti kan yg kami dah sampai. Kekekekekee

Malas nak tunggu kat situ kami patah balik ke jelawang semula. Ingat nak gi air terjun gunung stong yg tertinggi di asia tu (betui ke fakta ni) Dan mengikut org situ, walau pun kemarau, air terjun tu tak pernah kering. Entah ler, kv tatau.

Sampai simpang nak masuk ke gunung stong tu polis buat sekatan pulak, tak kasi masuk. Rupanya dorang tgh prepare sbb PM nak lunch kat situ. Hmmm... frust ler tak dapat gi kaki air terjun tu. Kv tak pernah sampai pun kat situ.

Rupa air terjum gunung stong dari jauh. Boleh ler jadi 'ubat' kecewa tak dpt pergi situ.

Helikopter yg diguna oleh PM dari kb ke dabong. Gerun kv tgk, cam lusuh ajer.

Malas nak berlama kat situ kami bertolak balik. Sambil tu dok pikir nak singgah kat mana. Teringat air terjun sungai renyok yg kami nampak signboard dia masa mula2 dtg tadi. Boleh gak gi situ.

Ni ler rupanya air terjun sungai renyok. Ada mini hidro kat sini. Tp sayang, mini hidro tu jer yg berfungsi. Kemudahan lain semua dah hancur, tak terjaga. Kawasan dia tak berapa cantik sgt. Panas dan kecik. Kami pun balik ler.

On d way balik tu, singgah bukit bunga dekat air lanas. Macam2 barang ada. Ala cam pengkalan kubur ke, rantau panjang ke. Dekat sempadan thailand. Byk brg jualan drp sana. Tapi harga dia mahal sikit kalau nak banding dgn pengkalan kubur. Kami beli jajan jer. Tak kuasa nak beli anak patung bagai.

Dah tgh hari, singgah makan kat machang. Nasi campur. Kv makan nasi dgn gulai kuning telur itik. Lama tak makan gitu, berselera sungguh. Teringat masakan mak kv. Dia suka sgt masak gulai telur itik tu.

--------------------oOo--------------------

8.21.2006

PERKAMPUNGAN HADARI KELANTAN



Kesempatan adanya perkampungan hadari kelantan hari minggu lepas, makanya kv pun turut menyibuk sama. Yg bencinya, lokasi yg dipilih tu tak strategik langsung. Hanya ada 2 jalan masuk sahaja. Malam pertama tu kami gi ngan kete. Punya lah jem, sampai 1 1/2 jam terperangkap tu. Hmm...gigih weh. Hubby punya la tension. Hang nadim pun pandai tension. Kv la pulak terpaksa menenangkan dorang ni. Hish...

Sudahnya, lari sikit dr jem tu, hubby patah balik rumah. Dah la perut lapar. Kekekekekeke.

Esoknya kami buat plan baru. Kebetulan hubby nak jumpa lawyer fasal tanah dia tu kat Kubang Kerian, kami gi ngan motosikal jer. Weh...jd minah rempit la pulak. Hang nadim tinggal kat rumah. Malas nak bawak dia, cuaca panas terik. Terpaksa tipu sunat cakap nak gi kerja. kekekeekekk

Sampai kat sana, kv rasa lapar la pulak. Singgah gerai makanan yg ada kat dlm tu.

Ni pemandangan yg kv lihat dari pintu masuk utama. Masa ni baru sampai. Pastu sempat tgh azizah arifin ngan cher rahman adabi tgk buat lintas langsung utk wanita hari ini. Pas tu kami gi soru dulu. Ex boss kv call tanya kat mana. Dia balik kampung hari minggu. Usai isi perut, dia sampai. Naik motor gak. Kekekekekek. Borak panjang. Eleh...macam la lama tak jumpa. Rindu kat adik2 dia la tu. Hiks

Kami meround sakan. Tgk endon mastura, linda onn, teh syuhada, pengacara tv 9 tu nama zakiah apa ek? Kv pun lupa la. Pas tu ramai lagi la, kv tak tau nama. Panas weh tgh hari berdiri tuu.

Sudah meround tu, ex boss kv balik dulu. Kami pun nak balik gak, tp gi beli barangan mister potato dulu. Dpt la pusing roda, hiks kv dapat botol air mamee gambar mawi. Hu hu hu.Dapat la hang nadim buat eksyen. Pas tu gi beli biskut julies. Dapat payung my vito. Sudah beli tu, ada org announce boleh tandatangan fifi bersama mu dekat payung. hiks..kv pun turut menyibuk sama. Keke keke kekek


Ni ler rupa tanda tangan fifi kat payung kv. Bukan minat dia pun. Saje jer.

Fifi posing untuk blog KasutVincci.

balik rumah tu hang nadim dah tidur. Kv ngan hubby layan kepak ayam panggang dulu baru solat zuhur. Hubby gi rumah pak sepupu dia settle kan perihal pecah lot pecah sempadan tu. Kv tgk tv jek le.

Lepas asar dlm jam 5.30 kami keluar ke kb mall. Sibuk sgt hang nadim dok ajak. Bagi yg tertanya tanya kv gi kb mall ke tidak, hah dah menjadi satu kewajipan setiap hari minggu tu. Kekekekeke. Parking punya la susah nak dpt, sampai ke bumbung. Ye la, parking aras dua tu dah ditutup sbb nak buat pusat snooker (dah beroperasi pun) dan panggung wayang (dlm renovation).

Sampai sana, gi tgk dulu pesta PIKOM. Punya la ramai org sampai nak berjalan pun susah. hubby selalu sibuk nak tgk lap top. Masalahnya tgk saje, beli nya tak.

Rasa lapar, hubby ajak makan mcD. Kv tak makan sgt sbb rasa kenyang. Kongsi ngan hang nadim. Pas tu gi solat maghrib kat surau. Masa tu org punya la ramai sbb dah start cuti sekolah kan.

Ex boss call tanya kat mana. Kami pun plan nak main bowling. Gi pasific bowl. Tgk takde org, hubby pun malas nak booking dulu. Tunggu ex boss sampai jer la. Dlm dok borak sambil tunggu tu, ex praktikal student tegur kami. Dia tanya kami nak main bowling ke tak, kalau nak main gi booking awal2. Kami pun heran sbb tgk takde org. Rupanya org dah booking utk boat tournement. Hiks...gelak besar kami. Punya la dungu.

Tak habis gelak lahi, ex boss kami sampai. Hmm..sambung gelak lagi. Kami pun decided gi minum dekat perkampungan hadari (jalan masuk). Sambil minum boleh tgk org. Tak sangka pulak dpt jumpa kawan kv yg kerja jpj tu. Masa last jumpa, dia tgh peknen anak sulung. Dah 2 1/2 tahun dah anak dia. Dah ada sorang lagi baby. Hishh...dulu punya la susah nak lekat. Siap kena operate bagai sbb dia ada masalah ovari tersumbat. Rezeki dia kan.

Sebenarnya byk gambar kv nak upload, tapi tak dpt. Terpaksa la pilih2.

Oh ya, baru jer selesai tgk majlis akad nikah siti dan datuk k. Yg kv dok tergelak sampai saat ni, ramai yg kata lafazan datuk k tu tak tepat. Kena ulang sekali lagi. masalahnya kan saksi dah kata benda tu sah. Kecoh betul. Hik hik hik.


--------------------oOo--------------------

8.17.2006

DUA INSAN BERCINTA

Kali ni kita tinggalkan en3 suram. Hari ni en3 pasal org bercinta pulak. Kategori apa kv nak taruk pun tatau ler.

Kat ofis kv la ni ada lebih kurang 20++ org pelajar praktikal. Kebanyakan dari intitusi yg sama. Makanya dorang ni cam kaduk naik junjung tau! Berlagak semacam jer. Tapi kv tak ambil pot mana sbb sebulan kebelakangan ni mmg kv sibuk sgt (tp masih sempat ber blog tuu. Kekekekeke). Nak pulak otak dok ting tong sehari dua ni.

Kelmarin masa dok borak kat luar bilik kv dgn staff lain, kv tgk melayang bekas tisu (tisu gulung~bekas dia bentuk silinder). Ingatkan napa, rupa2 nya ada budak pompuan tu yg lempar bekas tisu tu.

Kv sebenarnya dah maklum yg dlm grup dorang tu ada couple yg bercinta. Selalu berdua duaan mengalahkan kv dan hubby yg laki bini ni. Sampai berpegang pegang tangan depan org tua dgn selamba jer. Tapi cam selalu lah, kv malas nak ambik pusing.

Rupa2nya, dari cerita staff2 lain, dorang ni hari2 akan bergaduh tak kira masa dan tempat. Pernah sekali kv tgk budak pompuan ni menangis depan depan ramai. Kat tgh semua member dia. Kita org yg dok lalu lalang ni naik pelik pulak rasanya. Yg lelaki pulak, pujuk la pompuan tu. Depan2 ramai pulak tu. Member2 dia semua berubah wajah. Mungkin malu kat kita org kut.

Rupa2 nya, pompuan ni jenis cemburu buta. Tak tentu fasal, saje jer nak cari kes. Sampai kan yg budak lelaki tu pun dah mati kutu tak boleh nak kontrol awek dia. Kelmarin jugak. Masa kat ruang dapur, budak pompuan ni tikam budak lelaki tu dgn garfu. Nasib baik budak lelaki tu sempat alih lengan dia. kalau tak, tak fasal2 pulak kena hantar hospital. Kekekekekek. Padahal masa tu, ada sorang staf lelaki tua tgh minum kat dapur tu. Bertengkar, bercakar, biasa jer. Budak lelaki tu usah cerita la. Pijar jek muka.

Ada sekali tu, motor budak lelaki tu di tolak. Habis tumpah minyak. Depan ramai lak tu. Kesian budak lelaki tu. Hik hik hik. telefon tu usah cerita la, hari hari cam kena tukar yg baru. Kalau telefon tu jenis kuat tak pecah ler. Dah hobi dia kut, asal merajuk ngan pakwe, lempar barang. Ish..teruk betul naa?

Cerita ni kv baru tau kelmarin. Nak kata org reka cerita pun, versi yg sama jer kv dengar. Maknanya cerita ni betul lah. Yg kv tgk sendiri, bekas tisu tu melayang. Kekekekeke. Hmm... tak pe, nanti kalau berlaku depan kv tau la kv nak sound dia org nanti. Nak bergaduh pun, jgn nak musnahkan harta org. Kan?Kan?? Kan???

Ramai yg pakat dok komplen budak lelaki tu dungu. Awek malukan macam tu sekali depan org pun, still dok pujuk awek dia. Hmm... entahlah, tatau nak komen. Sayang pun sayang jugak. Tapi kalau menjatuhkan maruah, buat apa tunggu. Pompuan tu bukannya lawa pun kalau nak banding kan dgn member2 dia yg lain.

Entah ler....

--------------------oOo--------------------

8.16.2006

ABANG

Hari department kv masih lagi suram. Tapi kalau nak dibanding kan dgn kelmarin, hari ni dah ceria sikit. Kebetulan audit nak dtg hari ni, kami kalut siapkan fail meja dan dokumen2 yg berkaitan. Makanya, hari ni terpaksa stand by kat ofis sbb tatau geng audit tu nak dtg pejabat kami atau pun pejabat lain.

Kv nak sambung en3 lepas, Sbb hari perasaan dah pulih sikit. 2 hari lepas mmg rasa low sgt2.

Kv anak bongsu dari 8 adik beradik. Ada 4 abg (satu dah meninggal) dan 3 org kakak. Mak dan arwah ayah kv hanya org kampung. Hidup kami sederhana. Tak de lah susah mana.

Namun, hubungan kv dgn abg2 tak rapat mana. Mesra tapi tidak rapat. Kebetulan beza umur kami agak ketara. Dan masa kv kecik 2 abg dah kawin. Anak buah kv pun umur sebaya kv dan ada yg lebih tua dari kv. Malah kawin lebih awal dari kv. Hiksss

Masa kecik kv hanya ada mak dan ayah yg ambil tahu fasal kv. Tapi dorang tu dah tua, org kampung lak tu. Perihal sekolah ke apa ke kv byk selesaikan sendiri. Kiranya mmg berdikari betullah.

Masuk u pulak, kv ke johor. Kakak dan anak2 buah semua dpt area selangor dan kl. Makanya, hidup la kv sorang sorang. Semua kv uruskan sendiri.

Bila kawin, dapat pulak suami yg berstatus anak tunggal. Semua perkara terpaksa kami selesaikan sendiri. Nak pulak MIL pun anak tunggal dan arwah ayah hubby meninggal masa hubby sekolah rendah lagi. Pas tu MIL pun tak kawin kawin. Hidup kami mmg penuh berdikari lah kiranya.

Bila ex bos kv posting kat pejabat kv (masa tu kv dah dekat 2 tahun kerja), kami jadi rapat sbb time lunch hour kami tak balik. Org lain semuanya rumah dekat. Balik lunch kat rumah lah. Dari situ mmg kami kamceng sgt2. Sampaikan staff lain pernah menyuarakan cemburu dan tidak puas hati dorang.

Kv pun rasa bengang gak dgn situasi gini. Ex bos kv pun mmg frust jugak lah. Sampaikan macam2 cerita timbul. Ex bos tak layan, malah bertegas dgn mereka yg hubungan kami (kv, hubby dan dia) bukan setakat hubungan kerja sahaja tapi dah macam keluarga sendiri.

Dia mmg ambil berat fasal kv dan hubby. Mmg dia bersikap seperti abang. Walau pun kv ramai abang, tapi kv tak pernah rasa perhatian dan kasih sayang seorang abang seperti yg dia tunjukkan. Hubby apa lagi sbb langsung tak mempunyai adik beradik.

Disebabkan hubungan kami yg rapat ni la, ramai yg cuba memporak peranda. Tak makan keji dan umpatan, blackmail la pulak, pas tu fitnah macam2. Tapi kami tak pernah tergugat. Mungkin sebab tu pengdengki2 makin bengang. Tapi nasib baik big boss pun baik dgn kami sbb kerja kami beres, takde masalah.

Sebelum ex bos kv pergi, macam2 dia dok pesan kat kv dan hubby. Katanya, kami kena kuat sbb bila dia tak ada mungkin ramai yg akan ambil kesempatan. Pas tu dia pesan lagi, jgn masuk campur urusan org. Buat urusan kita sendiri. Mana lah tahu org nak ambil kesempatan jugak. Kv jawab kat dia, takpe lah abang, kita serah je pd TUHAN. Asal kita tak buat jahat dgn org. Dia Maha Mengetahui. Bila dengar kv cakap mcm tu dia nampak cool sikit.

Hari dia pergi tu, kv mmg tak sanggup nak bercakap dgn dia. Sebak sgt. 1/2 jam selepas dia bertolak kv smsed dia mintak email address. Ye lah, selama ni mana nak guna emel kalau bercakap ngan dia kan. Kami pun luah lah apa yg kami rasa. Ucap terima kasih, minta maaf. Kelmarin dia balas emel kv, bergenang air mata kv bila dia bagitau yg dia sebak sgt. Menangis sepanjang perjalanan.

Tapi kami kat pejabat berlagak biasa. Telefon dan sms dia sambil gelak2. Tak nak kasi dia sebak dan tension sgt. Bila dah hubungan macam keluarga, mmg sayang nak tinggalkan.

Harap maaf kalau korang membaca rasa jemu dgn en3 kv kali ni. Sbb kat blog sendiri lah tempat kita meluahkan perasaan.

Pagi kelmarin masa iron baju, air mata kv tumpah jugak. Terkenang kan dia sorang2 dok melayan perasaan kat sana, risau dan bimbang fasal kami kat sini. Penat pulak hubby nak memujuk. Katanya 'Mama kena kuat, mama kan selalu org yg kuat semangat'. Namun makin hubby pujuk makin sebak pulak rasanya. Kadang2 menangis jugak satu terapi untuk menenangkan perasaan.

Pagi kelmarin, big boss panggil kv mengadap dia. Dia tunjuk sms dari HQ KL yg bagitau kemungkinan ex boss kv akan balik semula ke kelantan atas permintaan chairman. Mungkin ke kota bharu. Kalau lah jadi, kami sentiasa akan berjumpa dan bekerjasama. Insyaallah.

--------------------oOo--------------------

8.14.2006

SELAMAT MAJU JAYA

Sebelum kv mulakan en3 fasal tajuk kat atas tu, kv update dulu fasal perlawanan bowling kelmarin. Kumpulan kv dapat no 2. Kekekekeke...satu mata lebih tinggi dari kumpulan hubby. So, hubby dapat nombor 3 ler. Kumpulan yg dapat nombor satu tu diragui kerana ramai yg menyaksikan dorang main ilat. Kekekekek. Ye lah, yg pandai tolong baling utk yg kurang pandai. Takde semangat kesukanan langsung. Tapi takpelah, sekadar untuk suka2. Hadiah pun semua org dah dapat pagi tadi.

Sudah bowling tu, kami gi solat asar dan maghrib pastu gi dinner kat nasi kukus zakini. Kak pb, kak nik atau sapa saja yg pernah makan nasi kukus zakini ni?

Habis en3 fasal bowling.....

Sambung en3 fasal tajuk kat atas tu.

Sebenarnya, hari ni kv rasa sedih. Sbb boss bahagian kv akan bertolak ke KL kejap lagi. Makanya berakhir la khidmat dia kat pejabat kv ni. Ye lah, naik pangkat kan. Takkan tak nak pegi pulak.

Boss kv ni, kv dah anggap mcm abg sendiri. Dia pun bahasakan kv adik. Dia jaga kv mmg kv pun tak boleh nak balas jasa dia. Terlalu byk jasa dan pengorbanannya pada kv. Dari segi kerja mmg byk tunjuk ajar dan ilmu yg dia curahkan. Sampaikan dari tak tahu apa2, la ni kv dah boleh buat kerja dgn lancar. Dari segi hal peribadi pun sama. Apa saja masalah kv dan hubby, kami luahkan kat dia dan dia la penyelesai masalah, pendengar dan penasihat yg setia.

Terima kasih yg tak terhingga pd dia. Tadi, masa dia panggil kv, tangan dia menggeletar masa bercakap tu.Kv cuba sedaya untuk berlagak biasa. Masa menaip en3 ni pun air mata kv tak henti2 bergenang. Penat kv tahan. Malu kat org weh. Nanti apa pulak org kata.

Dia byk back up kv dari anasir2 jahat (chewah ayat). Fasal blackmail hari tu dia yg byk mainkan peranan. Dia yg byk promote hasil kerja kv kat bigboss. Tadi, dia bagi tau chairman call bagitau yg kv dapat 'cemerlang' prestasi kerja. Masalahnya periksa masih tak lulus lagi ni. Hmm kenaikan gaji tahap biasa ler jawabnya.

Hmm...dlm dok tulis en3 ni, dia dah bertolak. Ingat nak gi bye bye kat dia. Nak buat biasa kononnya. Rupanya kv ni tak kuat mana. Tak sanggup weh. Kv tgk melalui tingkap bilik kv jer lah.

Harapnya dia terus berjaya dlm hidup dan karier. Moga hubungan kami yg dah terbina mcm keluarga tu kekal tak termakan dek masa. Moga janji nak main bowling hujung minggu tu sentiasa jadi (kalau takde aral melintang) Hik hik hik. Dan moga perancangan big boss nak kan khidmat dia semula kat pejabat kami ni terlaksana.

Selamat maju jaya, abang!

--------------------oOo--------------------

8.13.2006

TAKZIAH
Pertama.
En3 hari ni fasal berita yang suram. Pertama sekali kv bak ucap takziah buat kawan kv, Kak Bid fasal kematian anaknya yg berusia dua tahun kerana komplikasi paru - paru. Kv ingat lagi masa kv gi melawat arwah baiti masa kak bid dlm pantang dulu. Comel lote dan sihat walafiat. Masa tu doc dah sahkan dia mengidap jantung berlubang dan ada g6pd.

Tapi dia sihat. Kv sempat jumpa dia masa dia umur setahun lebih (kak bid kerja kat KL). Mas tu dia dah operate besarkan paru2. Mulanya, doc kat ijn nak operate jantung dia, tapi paru2 dia pulak terlalu kecil. So, kena operate paru2 dulu.Dia langsung tak bermasalah lepas operate tu. Membesar dengan baik dan amat periang serta lincah.

Dua bulan lepas dia operate jantung pulak. Masa nak gi OT tu, dia jalan kaki sendiri dan siap nyanyi bagai (cerita atuk dia). Tapi 3 minggu lepas dia mula mengalami komplikasi paru2. 4 hari lepas dia meninggal dunia dlm keadaan tidur (doc injek ubat tidur).

Kv terima sms dr kak bid sendiri. Masa kv call tu tak dpt bercakap sbb bateri telefon kak bid dah habis. So, kv contact abah kak bid (bekas staff pejabat kv) ingatkan mereka ada sekali tapi rupanya kereta lain2. So, dengar cerita dari abah dia je lah.

Semoga arwah baiti dilimpahi rahmat. Buat kak bid dan suami serta keluarga, bersabar lah, tuhan lebih menyayanginya.

Kedua.
Ingat tak en3 kv fasal blackmail dan fitnah (rujuk en3 yg lepas). Org tu, yg selalu dok cari fasal ngan kv dan hubby telah meninggal dunia tengah hari kelmarin. Kematiannya di sahkan hospital tidak mempunyai sakit apa2 (setelah post motern dibuat), sekadar demam.

Namun dlm demam tu, dia meracau dan tersentak sentak. Entah lah, sbb kv tak pergi ziarah dia. Tu pun cerita dari kawan2. Anaknya bercerita macam dia takutkan sesuatu. Istilah kelate cakap 'naik angin'. Bukan naik angin marah. Hanya seminggu dia demam, lantas menemui ajal. Ajal maut ditangan tuhan. Tiada siapa yg tahu.

Kv tak tau nak gambarkan macamana perasaan kv. Mmg kv nak marah dengan perbuatannya terhadap kv. Namun kv bersyukur sbb kv dan hubby mampu bersabar dan kami tak buat apa2 pd dia. Hanya rakan2 rapat yg tahu masalah kv dengan dia.

Mungkin ada rahmatnya buat kv. Suasana kerja kv akan lebih tenteram. Dah tak ada org mengacau gugat. Pas tu dekat kampung ( kampung hubby) dah tak sampai berita buruk yg semuanya fitnah fasal kv). Namun, jgn salah anggap. Sesekali pun kv tak pernah pinta dia 'pergi'.

BOWLING
Malam tadi kv tak pegi jamuan makan malam sempena pembahagian hadiah kejohanan badminton ari tu. Tapi kv gi beli baju raya kat satu butik di medan selera stadium. Pas tu gi kamdar. Aduii..rambang mata lah. Nanti la kv gi semula kat kamdar tu. Ptg kelmarin sibuk ngan hubby dan hang nadim (asyik dok main celah2 kain tu, bimbang hilang pulak. Hubby pulak tak boleh nak kontrol hang nadim tu, mula la dia tension).

Pas tu gi mydin beli barang kedai mek. Dinner kat Hayaki cafe. Mihun goreng kv dihabiskan hang nadim sorang. Pas tu gi kb mall sbb janji ngan geng ofis nak main bowling.

Gege riuh puak2 darat tu dok main bowling. Kekekekeke....sebenarnya hari ni pejabat kv buat pertanding bowlin tertutup antara staff. Tu yg ramai pakat gi mlm tadi nak try dulu. Maklum la, umur2 jadi org ni, tak pernah pegang bola bowling pun. 11 lebih baru kami bertolak balik. Hang nadim bukan main suka lagi tu.

Esok kv update pasal perlawan bowling tu.

p/s: wei..kv tak beli lagi hadiah besday utk hubby ni. Bizi sokmo weh. Tok dan.

--------------------oOo--------------------

8.09.2006

7877

Sebenarnya entry ni patut kv buat 2 hari lepas. Hari yg sepatutnya tu kv bizi yg amat sampai terlupa terus. Kelamrin pulak dah ingat, tapi masih tak berkesempatan.

Dua hari lepas, 7 ogos 2006 adalah ulangtahun kelahiran hubby yang ke 29 tahun. HIks..dah kertu hubby ni ek.;)

Siang hari tu langsung kv tak ingat. Hubby pun mmg bizi tahap dewata raya la hari tu. Sampai ke malam. Kv nonton drama Mentari Jingga kat ch 4. Dlm drama tu tunjuk anak beranak tu sambut aniverseri parent dorang. Kv pun dok congak2. Betui la hari tu 7 hari bulan. Hiks.... dasyat sungguh kv terlupa birthday hubby.

Tapi kv tak wish masa tu. Kv tunggu time masuk bilik. Masa nak tidur. Masa tu lagi romantik kam? Kes kes kes. Jgn muntah deh! Selalunya kv akan wish tepat 12 malam hari 7hb tu. Sanggup berjaga atau kunci jam ni. Tp tahun ni terlupa terus. Manusia kan.Hmmm...

Tak beli hadiah apa pun lagi kat hubby. Nanti lah. Tatau nak beli apa. Selalunya kv beli baju sluar, kasut ke. Tgk la nanti. Hmm..harap hubby tak terasa hati ngan kv. DIa pun cakap dia lupa fasal birthday dia. Ke dia sengaja nak ambil hati kv tak? Kes kes kes

Cerita fasal 7877 ni, kv teringat ler zaman2 bercinta dulu. Masa tu kv taktau birthday dia 7877. Masa dia mai beraya rumah kv, ada kete sedara kv yg plet no dia 7877. Masa tu dia excited sgt. Tp kv tatau napa. So, nak buat surprise kat dia (dia tatau kv nak beli kete), kv book no 7877. Kat ofis, bial dia tgk ada kete baru bawah garaj, dia dah agak dah tu kete kv sbb no plet tu.

Lama lps tu baru kv tau tu tarikh birthday dia. Kv book tu sbb kv tahun 78 dan dia tahun 77. Kebetulan kan? Tp kete kv tu hubby dah jual. Ye la, cam pakai Merc pulak instalment bulan2. Hik hik hik. Better pakai satu kete la dulu. Akan dtg no 7877 tu mungkin akan kami miliki semula.Hmm..mudah mudahan.

Buat hubby tersayang, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, sayang dan jaga kami anak beranak, cam yg hubby selalu dok buat tu. Moga masa depan kita seperti perancangan.Lagi satu, moga hubby tak terjatuh chenta ngan pompuan lain.Amin.

--------------------oOo--------------------

8.07.2006

TELUR IKAN DURI

Kawan2 blogger pernah tgk tak telur ikan duri? Nak kata makanan eksotik pun tak jugak, tapi zaman la ni payah nak jumpa. Ikan duri tu mmg byk, tapi jarang yg ada telur kalau kita beli kat pasar.

Kecik2 dulu mak kv selalu masak asam pedas ikan duri ni. Kebetulan ayah kv dulu penjaja ikan. So, selalu la dpt makan ikan yg mcm2 tu. Telur ikan duri ni pun mmg kegemaran kv gak. Sbb susah nak jumpa agaknya. Hiks..

Telur ikan duri ni (rujuk gambar di bawah) saiz dia besar dari telur ikan biasa (butiran telur tu) Pas tu pulak dia ada selaput kat luar. kalau telur tu dah tua, butir dia tu keras. Kalau telur muda, butir dia tu lembut. Melekit cam kuning telur ayam tu. Walau selama mana kita masak pun, telur tu takkan beku.

Dua hari lepas, hubby gi pasar. Tersengih sengih dia balik. Ingatkan kenapa. Rupanya dia beli telur ikan duri. Banyak pulak tu. Tak pernah kv jumpa lak peniaga jual telur ikan duri ni. Kalau telur ikan lain tu, biasa lah.

Masalahnya kv tatau nak masak camana telur tu. Kalau mak kv, ikan duri ni dia akan masak asam pedas. Kalau MIL pulak, dia akan singgang. Tapi tu ikan, bukannya telur. Kalau masak ikan tu, telur hanya ada satu jer. Yg ni mmg byk. Kv pun mati kutu nak masak camana. Hubby tak mau singgang. Nak masak asam pedas pun kv tak expert mana. Last2 tu, pikir nak masak padprik ker.


Ni ler rupanya telur ikan duri tu.

Masak punya masak, kv tambah sikit garam, perasa, kunyit, bawang putih dan bawang besar. Pas tu try rasa. Hmm ok gak. Tak jadi la nak masak padprik. Jadi goreng kunyit la pulak. Kekekekekee.

Rupa telur ikan tu yg sedang digoreng. Masak tu, kv ngan hubby ratah telur tu gitu jer. Nyum nyum... Tapi kan, bila dah makan byk tu (with out nasi) rasa semacam lak. Kelate kata berasa 'luga'. Luga ni macam kembang tekak nak muntah ler. Sudahnya, malam tu kv tak makan nasi sbb 'luga'. Minum air sunquick sajork. Hubby layan makan sorang2. Hah..pagi ni rasa kan perut kv meragam tak ingat dunia!

--------------------oOo--------------------

8.06.2006

KALAH

Hik hik hik...mula mula kv nak gelak dulu. Weh...italy kalah laa (rujuk en3 sebelum).

Kami dah main bersungguh sungguh, namun kali kalah. Sebabnya;
~tiada pemain yg betul2 berbakat
~tiada jurulatih
~tempat nak training pun takde (kena pinjam)
~masa yg singkat (regu tak sempat serasi)
~gemuruh
~lain lain lagi
dgn erti kata lain tak cukup training lah!!

Kekekekeke...byk sungguh alasan kv. Tp itulah sebab yg kami jumpa setelah post motern dibuat.

Oleh itu, rancangan nak membangunkan dewan sedang dirangka. Ahli bersekutu akan memberi modal dan gunapakai konsep konsesi. Kv harap takde la semangat hangat2 tah* ayam.Boleh la kv teruskan sukan badminton ni. Bukan nak join match ke apa, sekadar nak mengeluarkan peluh pun jadi lah.

Yg penting kami main tanpa tekanan (sbb dah tau regu lawan mmg kuat), namun tetap main bersungguh - sungguh. Bersemangat ni. Kami enjoy.

Masa ni lepas perlawanan malam kedua. Kami kalah 2-3. Tak kisah lah. Lepas keluar dewan semua singgah makan minum di d'village depan husm kubang kerian.Berborak tak ingat apa, sambil tu flash back apa yg berlaku masa perlawanan. Kelakar weh. Cam rusa masuk kampung.

Keesokan harinya (sabtu) perlawan suku akhir, separuh akhir dan akhir pd sebelah malam. Hubby dok ajak gi tgk. Tp sebelah pagi mil ajak gi gudang barang plastik sbb nak tambah stok dlm kedai.

Sebelum gi tu hubby sempat basuh kereta dulu. Tgk hang nadim tu, sibuk gak nak basuh kete.

Sebelah petang, sudah solat asar, kami keluar jalan2 dulu. Usai solat maghrib kami gi makan nasi kerabu kat yati ayam percik. Best gak. Dalam 8.30 kami sampai dekat dewan. Sambil2 tu dengar gak radio era. Konsert akhir af4 katanya. Tapi aura badminton lagi kuat, tu yg kv tak kisah tak sempat tgk live konsert kat tv tu. Mmg gamat lah dlm dewan tu. Pasukan lain pun ramai yg dtg beri sokongan. Serumpun kan.

Suasana dlm dewan. Masa ni regu pertama baru start main. Org pun tak penuh lagi. Masa regu kedua main, hang nadim dah mengantuk dan asyik dok mintak balik sajork. Hubby pun decided nak hantar kv ngan hang nadim balik dulu pas tu gi ke dewan semula. Semangat betul hubby.

Sampai kat rumah sempat lak kv tgk faizal perfomed lagu baru dia tu. Dah agak faizal akan jadi juara. Hish..dpt vios tu. Dah rezeki dia.

Habih konsert, kv masuk tidur dulu. Sedar2 hubby baru balik. Entah pukul berapa. Bangun solat subuh tu, sibuk dia menanya sapa yg menang af4. Kekekeke..takpe la, nanti tgk konsert ulangan.

--------------------oOo--------------------

8.03.2006

BADMINTON.

Tak habih2 lagi cerita fasal badminton. Hari ni pukul 3.00 group kami akan masuk gelanggang. Berdebar weh. Ye lah, kv pun kena paksarela main jugak kan.

Masalahnya grup kami diundi dlm kumpulan top star semua. Kami yg underdog ni rasa aduhaiii...tak boleh nak cerita la. Semua group lain pakat dok ejek kami, 'malangnya nasib korang'. Hmm....

Tapikan, yg beregu pompuan ni ada satu grup jer yg kuat dan hebat dlm kumpulan kami tu. Yg lain semuanya mmg 'ewek' la. Termasuk kv dgn partner. Hmm.. tu yg boss pun ckp dia taruh harapan kat beregu wanita ni.

Pukul 12 nanti kami akan bertolak ke bilik penginapan. Makan tgh hari dan solat lps tu ke gelanggang. Hadoi...kv dah rasa kecut perut dah ni. Malam nanti ada lagi satu game jam 10.00 mlm.

Besok pulak mula 8.30 pagi dan seterusnya pukul 10 malam. Adoi......dah lama kv tak join tournement kan. Gabra beb! Kalau dpt masuk semi dan fina lusa pulak.

Dari kelmarin lagi perut kv memulas mulas. Aduhai perut, kenapa la pd saat2 ini ekau buat hal? Nampak sgt kv gabra ni. Tadi dah telah sepeket pil chikiteckaun. Kelmarin dah habis secawan teh uncang tanpa gula kv telan. Baik kejap jek. Pagi ni sakit semula.

Takpelah, menang ke, kalah ke yg penting kena cuba,kan.

Boss kv kata, anggap lah grup kami ni italy. Semua org cakap brazil menang. Bila brazil out, argentina menang, pas tu jerman menang, last sekali perancis menang, jarang org duga italy yg menang. Ye ke?

--------------------oOo--------------------

8.02.2006

ASAM

Hari ni kv nak cerita fasal asam. Kekekekeke. Nak kasi ibu ibu mengandung telan ayaq liur. Wei..MR, hang tak teringin ka?

La ni kan musim buah. Makanya macam2 jenis buah ada kat kampung sekarang ni. Kebetulan kelmarin kv gi site, dekat dgn rumah sorang staff ni. Rumah dia dah ler tepi sungai. Byk pokok buah buahan lak tu. Kami pun apa lagi, ambik kesempatan laa, kan?


Ni ler antara pemandangan kat tepi rumah kawan tu. Mula2 kv gi jenguk tu (masa tu org lain tgh kait mempelam atau org kelate panggil pauh ringan) ada sekor biawak tengah berenang renang. Relex jer dia. Kv ingatkan buaya sbb mmg besar sgt2. Ni sebenaqnya kv cuba snap buaya/biawak tu, tapi henpon murah kan, tak nampak la pulak.

Mempelam muda dan buah sentul.
Ni pokok sentul. Betul2 ditebing sungai. Kalau buah tu masak ranum, gugur, automatik akan jatuh ke dalam sungai tu. Sori sbb gambar tak terang.


Ingat tak yg kv cerita fasal nenas hijau/duri hari tu. Ni buah dia yg masak ranum. Kuning lehe org kelate kata.
Sapa pernah makan buah kundang. Org kelate panggil buah setar. Tu yg kalau kalau kaler purple, org kelate panggil biru butir setar. Masamnya aduhai....tapi best. Jom la makan colek. Kekekekekek

ok lah itu aje pasal asam asam. Nanti kita cerita lagi naa. Bayen.

--------------------oOo--------------------