kasutVINCCI

8.14.2006

SELAMAT MAJU JAYA

Sebelum kv mulakan en3 fasal tajuk kat atas tu, kv update dulu fasal perlawanan bowling kelmarin. Kumpulan kv dapat no 2. Kekekekeke...satu mata lebih tinggi dari kumpulan hubby. So, hubby dapat nombor 3 ler. Kumpulan yg dapat nombor satu tu diragui kerana ramai yg menyaksikan dorang main ilat. Kekekekek. Ye lah, yg pandai tolong baling utk yg kurang pandai. Takde semangat kesukanan langsung. Tapi takpelah, sekadar untuk suka2. Hadiah pun semua org dah dapat pagi tadi.

Sudah bowling tu, kami gi solat asar dan maghrib pastu gi dinner kat nasi kukus zakini. Kak pb, kak nik atau sapa saja yg pernah makan nasi kukus zakini ni?

Habis en3 fasal bowling.....

Sambung en3 fasal tajuk kat atas tu.

Sebenarnya, hari ni kv rasa sedih. Sbb boss bahagian kv akan bertolak ke KL kejap lagi. Makanya berakhir la khidmat dia kat pejabat kv ni. Ye lah, naik pangkat kan. Takkan tak nak pegi pulak.

Boss kv ni, kv dah anggap mcm abg sendiri. Dia pun bahasakan kv adik. Dia jaga kv mmg kv pun tak boleh nak balas jasa dia. Terlalu byk jasa dan pengorbanannya pada kv. Dari segi kerja mmg byk tunjuk ajar dan ilmu yg dia curahkan. Sampaikan dari tak tahu apa2, la ni kv dah boleh buat kerja dgn lancar. Dari segi hal peribadi pun sama. Apa saja masalah kv dan hubby, kami luahkan kat dia dan dia la penyelesai masalah, pendengar dan penasihat yg setia.

Terima kasih yg tak terhingga pd dia. Tadi, masa dia panggil kv, tangan dia menggeletar masa bercakap tu.Kv cuba sedaya untuk berlagak biasa. Masa menaip en3 ni pun air mata kv tak henti2 bergenang. Penat kv tahan. Malu kat org weh. Nanti apa pulak org kata.

Dia byk back up kv dari anasir2 jahat (chewah ayat). Fasal blackmail hari tu dia yg byk mainkan peranan. Dia yg byk promote hasil kerja kv kat bigboss. Tadi, dia bagi tau chairman call bagitau yg kv dapat 'cemerlang' prestasi kerja. Masalahnya periksa masih tak lulus lagi ni. Hmm kenaikan gaji tahap biasa ler jawabnya.

Hmm...dlm dok tulis en3 ni, dia dah bertolak. Ingat nak gi bye bye kat dia. Nak buat biasa kononnya. Rupanya kv ni tak kuat mana. Tak sanggup weh. Kv tgk melalui tingkap bilik kv jer lah.

Harapnya dia terus berjaya dlm hidup dan karier. Moga hubungan kami yg dah terbina mcm keluarga tu kekal tak termakan dek masa. Moga janji nak main bowling hujung minggu tu sentiasa jadi (kalau takde aral melintang) Hik hik hik. Dan moga perancangan big boss nak kan khidmat dia semula kat pejabat kami ni terlaksana.

Selamat maju jaya, abang!

--------------------oOo--------------------

6 Comments:

Blogger ontahsapo said...

sama sama dik..!

3:34 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

OS,
hikss..weh dah tak gatal ke?

3:37 PM  
Blogger Alinlai said...

sedih lagi ka? janganlah sedih lagi kalau pi KL boleh pi jumpa dia suruh dia belanja (sebab dia boss...he he he)

2:20 PM  
Blogger zino said...

mana tau lepas ni di gantikan dengan bos yg lagi baik lagi ..

selamat maju jaya kepadsa bos tu.. dan selamat meneruskan perjuangan utk KV jugak..

9:44 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

kalau akak pun berderai2 air mata laju keluor apatah lagi dia banyak bantu kita masa susah senangkan?

moga KV dpt pengganti yg lebih baik lagi. amin

9:48 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

kak alin,
mood hilang terus. Kat bahagian kv ni mmg suram sgt. Nasib baik byk kerja. Tu pun ada yg bersungut, kalau boss ada, takde la kelam kabut cam ni. Hik hik hik. Tapi rasanya tak lama dia kat KL, dah ada berita sampai kat kv, Mungkin bulan depan dia balik kelate semula.

brader zino,
sebenarnya dah ada pengganti. Boss bahagian lain, tapi big boss paksa ke bahagian kami. Dah kenal pun hati budi boss baru tu. Harapnya kv tak menghadapi masalah.

kak syikin,
kelmarin air mata kv tumpah jugak. Penat hubby nak pujuk. Kekekekek. Tp lps bercakap dlm telefon ngan dia dan dok sms (fasal kerja) rasa sedih tu kurang sikit. Ye lah, masih baru kan, lama2 nanti dpt la kami sesuaikan keadaan.

8:50 AM  

Post a Comment

<< Home