kasutVINCCI

8.13.2006

TAKZIAH
Pertama.
En3 hari ni fasal berita yang suram. Pertama sekali kv bak ucap takziah buat kawan kv, Kak Bid fasal kematian anaknya yg berusia dua tahun kerana komplikasi paru - paru. Kv ingat lagi masa kv gi melawat arwah baiti masa kak bid dlm pantang dulu. Comel lote dan sihat walafiat. Masa tu doc dah sahkan dia mengidap jantung berlubang dan ada g6pd.

Tapi dia sihat. Kv sempat jumpa dia masa dia umur setahun lebih (kak bid kerja kat KL). Mas tu dia dah operate besarkan paru2. Mulanya, doc kat ijn nak operate jantung dia, tapi paru2 dia pulak terlalu kecil. So, kena operate paru2 dulu.Dia langsung tak bermasalah lepas operate tu. Membesar dengan baik dan amat periang serta lincah.

Dua bulan lepas dia operate jantung pulak. Masa nak gi OT tu, dia jalan kaki sendiri dan siap nyanyi bagai (cerita atuk dia). Tapi 3 minggu lepas dia mula mengalami komplikasi paru2. 4 hari lepas dia meninggal dunia dlm keadaan tidur (doc injek ubat tidur).

Kv terima sms dr kak bid sendiri. Masa kv call tu tak dpt bercakap sbb bateri telefon kak bid dah habis. So, kv contact abah kak bid (bekas staff pejabat kv) ingatkan mereka ada sekali tapi rupanya kereta lain2. So, dengar cerita dari abah dia je lah.

Semoga arwah baiti dilimpahi rahmat. Buat kak bid dan suami serta keluarga, bersabar lah, tuhan lebih menyayanginya.

Kedua.
Ingat tak en3 kv fasal blackmail dan fitnah (rujuk en3 yg lepas). Org tu, yg selalu dok cari fasal ngan kv dan hubby telah meninggal dunia tengah hari kelmarin. Kematiannya di sahkan hospital tidak mempunyai sakit apa2 (setelah post motern dibuat), sekadar demam.

Namun dlm demam tu, dia meracau dan tersentak sentak. Entah lah, sbb kv tak pergi ziarah dia. Tu pun cerita dari kawan2. Anaknya bercerita macam dia takutkan sesuatu. Istilah kelate cakap 'naik angin'. Bukan naik angin marah. Hanya seminggu dia demam, lantas menemui ajal. Ajal maut ditangan tuhan. Tiada siapa yg tahu.

Kv tak tau nak gambarkan macamana perasaan kv. Mmg kv nak marah dengan perbuatannya terhadap kv. Namun kv bersyukur sbb kv dan hubby mampu bersabar dan kami tak buat apa2 pd dia. Hanya rakan2 rapat yg tahu masalah kv dengan dia.

Mungkin ada rahmatnya buat kv. Suasana kerja kv akan lebih tenteram. Dah tak ada org mengacau gugat. Pas tu dekat kampung ( kampung hubby) dah tak sampai berita buruk yg semuanya fitnah fasal kv). Namun, jgn salah anggap. Sesekali pun kv tak pernah pinta dia 'pergi'.

BOWLING
Malam tadi kv tak pegi jamuan makan malam sempena pembahagian hadiah kejohanan badminton ari tu. Tapi kv gi beli baju raya kat satu butik di medan selera stadium. Pas tu gi kamdar. Aduii..rambang mata lah. Nanti la kv gi semula kat kamdar tu. Ptg kelmarin sibuk ngan hubby dan hang nadim (asyik dok main celah2 kain tu, bimbang hilang pulak. Hubby pulak tak boleh nak kontrol hang nadim tu, mula la dia tension).

Pas tu gi mydin beli barang kedai mek. Dinner kat Hayaki cafe. Mihun goreng kv dihabiskan hang nadim sorang. Pas tu gi kb mall sbb janji ngan geng ofis nak main bowling.

Gege riuh puak2 darat tu dok main bowling. Kekekekeke....sebenarnya hari ni pejabat kv buat pertanding bowlin tertutup antara staff. Tu yg ramai pakat gi mlm tadi nak try dulu. Maklum la, umur2 jadi org ni, tak pernah pegang bola bowling pun. 11 lebih baru kami bertolak balik. Hang nadim bukan main suka lagi tu.

Esok kv update pasal perlawan bowling tu.

p/s: wei..kv tak beli lagi hadiah besday utk hubby ni. Bizi sokmo weh. Tok dan.

--------------------oOo--------------------

9 Comments:

Blogger Sastri said...

Takziah kepada keluarga arwah...

Cadang nak beli apa utk hubby tu? :D

9:48 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

sas,
tatau nak beli apa lagi. Hmm...nak beli apa ek?

8:16 AM  
Blogger zino said...

takziah kepada keluarga yg kehilangan org tersayang..

al-fatihah..

9:58 AM  
Blogger Arena said...

sure pening nak beli hadiah apa..saya dulu selalu beli hadiah yang aka manfaat myself jugak..hahhha contohnya bercuti kat mana2 ke.. kekkeekke teruk ke cam tuh..

10:07 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

brader zino,
al fatihah...

arena,
hik hik hik... best gak idea tu. Tp my hubby lak susah sikit bab berjalan + makan angin ni. Mcm2 alasan. ;)

12:36 PM  
Blogger NONIE AZIZ said...

Takziah utk kawan KV tu!! apa yang kosong? tak kosong pun KV?

2:07 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

al-fatihah utk dua2 keluarga arwah.

moga kita semua meninggal dlm husnul khatimah (keadaan yg baik) amin.

dah beli ke barang yg dihajati?

3:21 PM  
Blogger NBK466 said...

Takziah pada kawan KV...Al-fatihah.

Yg tak gi dinner pemberian hadiah badminton tuh sbb mmg tak dpt hadiah langsung kot..he..he..he..

3:36 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

MR,
hikss...kejap ada kejap takde. Asal aku bukak blos OS, jd hilang blog aku. Lama sikit, ada pulak. Dua kali jadi lak tu. Hmmm...nway, TQ.

kak syikin,
belum. Kelmarin sebelum lawan bowling, kv dah survey. Ingat nak beli kemeja. Bonia pun byk sales. Tp tak sempat pulak. Pakat dok call bagitau bowling dah nak start. Tak beli lagi. weekend ni la jawabnya.

nbk,
walau pun kalah tetap ada hadiah tau! Kekekekekeke.
Dpt la towel selai sorang. Ok lah.;)

4:33 PM  

Post a Comment

<< Home