kasutVINCCI

8.07.2006

TELUR IKAN DURI

Kawan2 blogger pernah tgk tak telur ikan duri? Nak kata makanan eksotik pun tak jugak, tapi zaman la ni payah nak jumpa. Ikan duri tu mmg byk, tapi jarang yg ada telur kalau kita beli kat pasar.

Kecik2 dulu mak kv selalu masak asam pedas ikan duri ni. Kebetulan ayah kv dulu penjaja ikan. So, selalu la dpt makan ikan yg mcm2 tu. Telur ikan duri ni pun mmg kegemaran kv gak. Sbb susah nak jumpa agaknya. Hiks..

Telur ikan duri ni (rujuk gambar di bawah) saiz dia besar dari telur ikan biasa (butiran telur tu) Pas tu pulak dia ada selaput kat luar. kalau telur tu dah tua, butir dia tu keras. Kalau telur muda, butir dia tu lembut. Melekit cam kuning telur ayam tu. Walau selama mana kita masak pun, telur tu takkan beku.

Dua hari lepas, hubby gi pasar. Tersengih sengih dia balik. Ingatkan kenapa. Rupanya dia beli telur ikan duri. Banyak pulak tu. Tak pernah kv jumpa lak peniaga jual telur ikan duri ni. Kalau telur ikan lain tu, biasa lah.

Masalahnya kv tatau nak masak camana telur tu. Kalau mak kv, ikan duri ni dia akan masak asam pedas. Kalau MIL pulak, dia akan singgang. Tapi tu ikan, bukannya telur. Kalau masak ikan tu, telur hanya ada satu jer. Yg ni mmg byk. Kv pun mati kutu nak masak camana. Hubby tak mau singgang. Nak masak asam pedas pun kv tak expert mana. Last2 tu, pikir nak masak padprik ker.


Ni ler rupanya telur ikan duri tu.

Masak punya masak, kv tambah sikit garam, perasa, kunyit, bawang putih dan bawang besar. Pas tu try rasa. Hmm ok gak. Tak jadi la nak masak padprik. Jadi goreng kunyit la pulak. Kekekekekee.

Rupa telur ikan tu yg sedang digoreng. Masak tu, kv ngan hubby ratah telur tu gitu jer. Nyum nyum... Tapi kan, bila dah makan byk tu (with out nasi) rasa semacam lak. Kelate kata berasa 'luga'. Luga ni macam kembang tekak nak muntah ler. Sudahnya, malam tu kv tak makan nasi sbb 'luga'. Minum air sunquick sajork. Hubby layan makan sorang2. Hah..pagi ni rasa kan perut kv meragam tak ingat dunia!

--------------------oOo--------------------

15 Comments:

Blogger zino said...

apa khasiat telur ikan tu..?

5:09 PM  
Blogger Unknown said...

saya memang suka sgt mkn telur ikan duri ni, tapi biasa buat asam pedas ler. Kalau masak paprik tu, tak pernahlah pulak, tp mcm kv ckp sbb telur jer kan. kalau yus bantai jer asam pedas....teringatlak dulu2, selalu berebut ngan adik telur ni.

Salam kenal.....first time bg komen di sini walaupun dah selalu singgah. Telur ikan duri punya pasal..hehe

10:25 PM  
Blogger AppleB said...

ngeri lak aku tgk rupa telur tuh. agaknya imaginasi aku dah ke lain nih hehehhehehe

10:24 AM  
Blogger Ayu Mohamad said...

best ker... telur ikan tak penah mkn le pulak.. tapi mak kite suka mkn..

11:44 AM  
Blogger Kunci said...

tak pernah makan telur ikan duri. Tengok rupanya..mcm tak menarik. Tapi asam pedas..letak apa pun sedap!

1:21 PM  
Blogger FaEzHussain said...

tak pernah tgk lagi telur ikan duri ni. ikan duri pung tok pernah tengok (agaknya lah), darak dih kawe ni?
dekak nok balik doh ni. hujung bule 9 maybe ko KB...

2:19 PM  
Blogger lempoyak said...

kv aku dh lama teringin nak mkn telo ikan duri tp sampai dh nak meletup ni belum lg dpt mkn.. bila ko bukak je cite telo ikan duri ni lg lah rasa teringin tu dtg balik.. sian kat baby aku tak de rezeki nak mkn.

2:35 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Oooo...itu telur ikan...sekali pandang ingatkan perhiasan perempuan...

Ikan duri tu tak kenal la pulak...? hehehe...

5:53 PM  
Blogger Sastri said...

err... sas cuma makan telur ikan terubuk jer... sedap bila dibakar, digoreng... kalau yg masin pun sedap digoreng...

6:57 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

zino,
entah la apa khasiatnya. Tak pernah kv tau pulak.;) Yg kv tau sedap dimakan jek.Kekekeekek

yus,
salam kenal. He hehee he..telur ikan duri punya fasal kan? Hari kedua kv masak singgang. Hari ketiga (ada lebih sikit lagi) MIL goreng pedas bersama udang. Ok jer.

apple,
wei...hang imagine apa ek?

kak pb,
kv suka semua. Mmg hantu telur lah!

ayu,
lain org lain citarasa. Hmm...camana hang tak suka tp mak hang suka pulak. Moskel ni!

kunci,
asam pedas mmg sedap!

kak faez,
ikan duri pun tak kenal, cemana nak kenal telur dia. Kekekekek. Hmm.. nanti akak balik dok kb mungkin dpt jumpa.;)

lempoyak,
alahai...kesiannya. Mmg susah nak jumpa telur ni. Kalau lem dok dekat, kv dah kasi lem makan dah.

BP.
hang pung tak kenal jugak? Rupa ikan duri tu nak kata macam ikan jaws pun tak jugak. Tapi lebih kurang lah. Tp bukan ikan jaws!

sas,
telur ikan terubuk pun sedap jugak. Masak apa pun, mmg sedap. Mmg kv ni hantu telur!

9:26 AM  
Blogger Led said...

masak lemak santan beralda best tak?
teringat ali mamak....dalam citer masak lemak santan berlada...masa kecik2 dulu

11:23 PM  
Blogger h@sh said...

Teringinnye nk mkn telor ikan duri ni...my mom slalu msk kari..sedap woooo...ni tgh ngidam sgt smp google nih...sonok dpt jmpe blog nih..tp blm sonok sbb xdpt jmpe telor ikan duri nih..huhu..sape tau sekitar kuantan ktne leh dpt ikan n telor ni???plssss... ;)

4:36 AM  
Blogger h@sh said...

Teringinnye nk mkn telor ikan duri ni...my mom slalu msk kari..sedap woooo...ni tgh ngidam sgt smp google nih...sonok dpt jmpe blog nih..tp blm sonok sbb xdpt jmpe telor ikan duri nih..huhu..sape tau sekitar kuantan ktne leh dpt ikan n telor ni???plssss... ;)

4:36 AM  
Blogger Nur haura afeeya said...

Salam

9:34 PM  
Blogger Nur haura afeeya said...

Pesakit radang paru-paru Copd

En. Abd Kadir bin Sumardi berusia 42 tahun ialah pengguna produk jus Jutawan herbs. Beliau telah disahkan mengidap kanser radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit yang dihidapinya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakalanya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta ,batuk beliau tetap tak sembuh selain itu juga sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
Banyak rawatan alternatif dari produk luar yang beliau ambil tapi tak berkesan. Kemudian rawatan hospital diteruskan termasuk prosedur X-ray dan sebagainya. Doktor pun mengesahkan beliau mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia.

Untuk makluman, En. Ab Kadir bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Dengan bantuan sahabatnya yg telah berkongsi testimoni pengguna-pengguna produk Jutawan Herbs yang lain di facebook Jutawan Herbs, beliau pun menghubungi saya untuk mencuba jus tersebut. Beliau mendapatkan nasihat dan pandangan daripada saya lalu saya mengesyorkan beliau jus-jus yang sesuai dengan radang paru². Alhamdulillah dalam masa 2 minggu minum jus tersebut ,katanya sekejap saja kesan sudah terasa. Batuk samakin berkurang, nafas semakin lancar dan lega, beliau terus mengamalkan 2 jenis jus yang disyorkan selama beberapa bulan sehingga masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Dari pengalaman yang saya berjumpa pesakit-pesakit sebelum ini, penyakit radang paru-paru copd adalah penyakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini beliau makin sihat dan terus mengamalkan jus ini. Syukur pada tuhan atas kesumbuhan yang diberikan. Semoga maklumat yang sedikit ini dapat membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay👇🏻
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

😁kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

9:34 PM  

Post a Comment

<< Home