kasutVINCCI

7.19.2006

HASAD DENGKI

Kv sebenarnya dah lama nak tulis isu ni. Tapi asyik tak berkesempatan sahaja. So, hari ni dah ada peluang, baik kv ambik peluang ni kan. Bagi korang yg membaca, niat kv menulis isu ni bukan kerna mempunyai apa apa agenda, sekadar untuk meluah perasaan.

Masa kv kerja kat company ni kv belum pun berumur 22 tahun. Posting sekali ngan hubby. Masa tu la kv kenal hubby. Tapi sekadar kawan biasa atau kawan kerja. Tgh muda remaja kan, ramai lah org nak kenen2. Macam yg kv cerita before ni. Tapi mmg dah tersurat jodoh kv ngan hubby. Lagi pun mmg kv bahagia ngan hubby.

Ada sorang pakcik ni. Jawatan dia pemandu kat company ni. Dia ni pantang tgk perempuan berdahi licin. Selalu nak masuk line. Alasan dia nak buat menantu. Umur dia pun boleh dianggap bapa kv. Anak sulung dia pun baya kv jugak. Masa kerja masuk kerja dulu, takde pompuan muda. Hanya kv sorang.

Masa tu kerja kv byk kena meround kawasan. Jd kv byk guna khidmat dia. Tp lama kelamaan kv perasaan yg dia over sikit. Kv ni jenis menyampah kalau org tak sedar diri ni. Bukan darjat atau apa, sbb kv pun org susah, budak kampung. Selalu duduk nak rapat2, pas tu barang2 kv dia buat mcm harta dia sendiri. Kv pun naik geram lah.

Kebetulan pulak hubby masa tu tgh dok ngusha kv. Selalu kalau nak balik kerja dia berebut ngan hubby nak hantar kv (masa tu kv belum beli kete lg). Tapi mesti lah hubby yg dpt kan. Lps kv kawin, pakcik ni cam biasa aja. Tapi kv tak layan sgt dia, selain menyampah, kv kan dah jadi bini org.

Sehingga la 2 tahun lps tu ada sorang staff pompuan muda masuk kerja. Dia dah tak layan kv. Mmg kv bersyukur sgt. Kv pun buat biasa jer la. DIa dok ngusha awek ni, sedangkan awek ni dah ada boifren pun. Kami pakat dok gelak lah. Pas tu budak2 training masuk, pantang ada yg lawa, ada jer idea dia nak buat menantu. Hai, anak jantan dia tak boleh cari sendiri ker? Kami pakat dok gelak tgk telatah dia yg mmg over tu.

Sehinggalah awal tahun ni, masa kat KL, akak ofismate (Kak Z) bagitau yg pakcik ni dok tekan Kak Z suh tukar kv. Mmg terkejut besar kv. Rasa mcm nak gi jumpa jer dia. Bila Kak Z tanya apa alasan, dia bagitau yg dia terasa hati ngan kv. Ceritanya, (dah setahun lebih rasanya, kv pun dah lupa) ofis kv ada buat lawatan ke langkawi. Tapi tak mendapat sambutan. Jadi lawatan tersebut terpaksa di kansel kan. KV, hubby, boss kv dan kuncu2 lain tetap gi jugak langkawi. Tapi semuanya atas perbelanjaan sendiri. Mana boleh guna duit kelab kan. Masak nak menjawab nanti.

Masalahnya puak2 yg tak faham bahasa ni dok pakat tuduh kami gi makan angin guna duit kelab. Termasuk la pakcik ni. Dia la yg plg becok. Dia mai bilik kv siap perli bagai, mintak minyak gamat la, kain batik la. Mana kv tak panas hati. Kv pun sembur dia balik. Masa kita nak marahkan, nada tinggi sikit la. Tapi takdelah kv sumpah seranah apa. Hanya itu alasan dia. Setelah setahun setengah berlalu. Sedangkan dlm tempoh itu byk kv dan hubby dok tolong settle masalah dia. Tu yg kv tak faham.

Bila balik dr kl, my boss bagitau ada surat layang pasal kv dan hubby. Surat tu tuduh mcm2 dan mmg semuanya fitnah (en3 lps ada cerita fasal ni). Kak Z la yg main peranan menyelamatkan kv dan hubby. Betul benda yg dituduh tu kv tak buat, tapi masaklah nak menjawab kat panel tatatertib. Masa kv gi jumpa panel tu, deme tu just bagi nasihat sahaja. Katanya kalau tak buat pun, kena beringat. Tu pun big boss kv back up habis habisan. Bila difikir balik, dgn surat layang tu sampai dan gesaan dia pd kak Z suh tukar kv, anda rasa apa perkaitannya?

Mmg kv rasa teraniaya. Selalu kv berdoa moga Allah SWT balas segala apa perbuatan jahat yg org2 tu buat (kv tak mau tuduh sesapa). Kv pun tak bagitau bigboss pasal cerita pakcik ni. Tak mau boss pening kapla.

Masa pun berlalu. Cerita pun berlalu. Tapi luka yg masih berbekas dihati kita tetap meninggalkan parutnya.

2 minggu lepas, masa kv gi kb mall nak tempah baju utk family day, Kak Z cerita yg pakcik ni bagitau dia cerita sensasi. Kv dah agak dah dia bercerita fasal kv. Cerita kak Z, pakcik ni berborak dgn sedara hubby. Jadi dalam dok berborak tu timbul isu fasal kami.

" N (my hubby) ni orgnya baik, tapi manja (refer to hubby anak tunggal) tapi sayang kawen ngan kv. Padahal sebelum kawen dulu, ambo (bahasakan diri dia) dah nasihat N tu supaya tak kawen ngan kv. Ambo dah bagitau satu satu fasal budak kv tu. Tapi tak dengar jugak. Nak jugak kawen ngan kv tu"

Maksudnya kv ni jahat lah kan?

Kv dengar ayat dia tu, kv rasa tang tang tu jugak nak gi cari pakcik ni. Mmg nak kena sembur. Sbb dia dah menggugat maruah kv. Kalau lah betul dia bercerita dgn sedara hubby, mesti tanggapan sedara2 yg lain bahawa kv ni mmg perangai tak elok. Kv memang hangin satu badan. Hubby nasihat suh kv bersabar. Jgn buat kecoh. Tapi kv sound hubby balik(sbb masa tu amarah kv dah sampai kemuncaknya) kalau hubby tak kerja satu ofis ngan kv, kv dah gi jumpa pakcik tu. Walaupun kv pompuan tapi mmg kv tak heran pakcik tu. Tapi hubby kv kerja sepejabat. Apa guna hubby kerja satu tempat ngan kv tapi tak mempertahankan maruah kv?? Itu yg kv persoalkan. Kalau org tu mengumpat ngan sedara kv memfitnah fasal hubby, apa yg hubby rasa? Mungkin nanti tersebar kat seluruh kaum keluarga benda yg tak betul fasal kita. Fitnah pulak tu.

Hmm...kv dah racun hubby. Sbb kv rasa kv berhak mempertahankan maruah kv. (Padahal sedara yg pakcik tu bercerita mmg gaduh besar ngan hubby fasal isu ukur tanah hari tu). Hmm... ni lah peluang dorang nak hentam kv habis habisan,kan?

Hubby kata, dia tunggu peluang pakcik tu tegur dia. Dan dia akan sound direct pak cik ni. Masalahnya pakcik ni berkokok kat belakang jek. Nak tgk muka kami pun takut. Hubby kata tak manis la dia nak gi sembur pakcik tu menonong jer. Malu kat ofismate lain. Masa berlalu dan kv dah cool sikit. Tapi masih sakit hati dan marah!!

Kami berdoa siang malam supaya pakcik ni mendapat pengajaran. Moga dia tak memfitnah rumahtangga org lagi.

Tgh hari Ahad (minggu ni) kv cuti sbb nak bagi peluang mek (MIL) rehat dr jaga hang nadim, my ofismate call kv dan bagitau ada berita terkini. Kv dah gabra. Apa lagi masalah yg nak menimpa kv ni? Rasanya dah tak tertanggung dah. Lepas satu, satu. Dia suruh kv call boss kv.

Kv pun dah tak sabar dah nak tau berita apa, kv call boss. Rupanya pakcik ni buat perangai dan big boss mengamuk sakan. Big boss siap panggil boss kv mintak pendapat, unit mana dia nak tukar pakcik ni.Sebelum ni pak cik bawak pajero. Tu yg sesedap hati meronda sana sini bawak budak2 training. Big boss nak tukar bawak kenderaan lain. Yeehaaa...ramai yg bersorak sbb pakcik ni mmg berlagak lebih. Dah pulak tu suka memburukkan org asalkan dia lepas. Mmg busuk hati sungguh dia.

Rasanya dlm hidup kv, kv tak pernah jumpa org yg sejahat ini. Dia la satu2nya. Sampaikan masa surat layang tu dulu, ramai yg dtg jumpa hubby, buat offer nak tolong lepuk pakcik tak sedar diri ni.

Hmm...kv tak sabar nak tgk dia ditukarkan. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dia selalu bersama org yg teraniaya. Sbb sebelum big boss mengamuk marahkan dia pun, claim overtime dan perjalanan dia byk yg disekat. Byk menipu. Dan tipu pulak tak munasabah. Sebelum ni dia cari makan dgn cara tu lah.

Ramai yg datang kat kv bila tau dia cerita fitnah fasal kv, mintak kv sabar. Tapi bagi kv sabar manusia ada hadnya. Hari ni mungkin kv masih boleh bersabar, suatu hari nanti kv tak tau. Moga ada secebis lagi kesabaran dlm diri kv. Sbb kv percaya pada qada dan qadar Allah SWT.

Pas tu ramai yg komplen,

" Dia nak buat kv menantu dulu, tapi tak dapat, tu yg dia meroyan sakan tu"

Ada jugak manusia cam ni ek.

--------------------oOo--------------------

11 Comments:

Blogger kasutVINCCI said...

moon,
hukum karma kan. Hmm...entahlah. Takat ni kv masih boleh bersabar. Moga Allah swt membalas segala perbuatannya.

8:14 AM  
Blogger Monster Mom said...

Hi, just blog hopping n terbaca lak yr entry. bout ppl cam ni, kekadang tu kita tak payah layan. kita byk kena sabar sebab what goes around comes around. my fren, S ni pun kena fitnah dgn si X. Mcm mcm dia kata kat S. Slut la, black magic la, tuduh anak org anak luar nikah la etc... kesian S smp nangis n gaduh ngan hubby dia. Tapi saya nasihatkan dia jgn jadi bodoh, biar siX tu gila sorang sorang. jgn dilayan nanti kita pun gila. Now si X dah bercerai ngan hubby dia. Si S pula, bahagia di samping suami n now tgh mengandung anak ke 3. Allah maha besar.

10:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

aku tak puas hati part "hubby duk tengah usha kv" yer ker..?

10:28 AM  
Blogger NBK466 said...

Wah...okey gak idea 'usha tuk jadikan menantu' tuh yek...tapi lum ada anak lelaki ler pulak nakkan 'menantu' p'puan....emmmmm

10:30 AM  
Blogger rina said...

manusia n mcm2 perangai... banyak2 bersabar yer KV...

11:00 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

junita,
tq sbb sudi singgah sini. Mmg kv tgh bersabar. Takat ni kv dan hubby tak ambil apa2 tindakan pun. Moga Allah sentiasa bersama kami.;)

os,
ek eleh...tu pun nak tanya ker? Kekekekekeke

nbk,
jadikan lah pengajaran dr cerita kv ni. Sbb nya, anak pakcik ni, org pandang wajah dia pun org dah gelak sakan. Kesian budak tu tak salah apa2. Ayah dia yg sew*l.;)

rina,
trimas...

kak pb,
tak de lah big boss nak tukar ke tempat lain, just tukar unit jer. Yg tak berapa glamer. Org panggil peti sejuk. Biar dia bekerja di bawah tekanan big boss. Baru dia tau langit tu tinggi ke rendah.

12:43 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Huh...macam-macam peel manusia ni.... Itulah....Rambut sama hitam, hati tak siapa yang tau....

1:40 PM  
Blogger Mummy Rizq said...

org yg suka bawak fitnah memang tak selamat.

2:11 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

bagusnya kv masih dpt bersabar..

nampaknya Allah dah mula tunjukkan pada pakcik tu jalan kebenaran.yg penting kawan ofis kv semua tau yg perangai pakcik tu camner.

2:51 PM  
Blogger Kopi Suam said...

KV,
Ini ke kisah black mail dulu tu.iskhh laa pakcik ni takl sedo diri betul. Tapi kv dlm dunia ni manusia berperangai berbagai-bagai jadi kena kenalah berhati-hati...

bila kat luar baru ada chance nak tinggal komen kat blog kengkawan...

2:05 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

BP,
ye lah, kita tak pernah bersangka buruk dgn org. Tapi tak sangka kan, ada yg tergamak jugak melakukan kejahatan.

Mar,
kv tgk sekarang ni hidup dia tak berapa tenteram. Moga dia memperoleh pengajaran.;)

kak syikin,
alhamdulillah, takat ni kv masih mampu bersabar. Harapnya masih tebal kesabaran kv.

ks,
alahai..kesiannya baru boleh komen ek. Macam tu lah manusia pengdengki ni, tak pernah mengkaji mengapa mereka susah, hanya tahu nak menjatuhkan org yg senang sedikit.

alang,
kv pun harap macam tu lah. Sbb la ni budak2 training dekat 20 org lapor diri. Lawa2 pulak tu. Takkan nak angkut naik lori kan? Kekekekek

8:41 AM  

Post a Comment

<< Home