kasutVINCCI

6.27.2006

HANG NADIM DAN KASUT BARU

Hari ni kv nak cerita pasal hang nadim dan kasut barunya. Balik dr kerja tu dia tgh merengek ajak mek gi rumah mek ja (kawan dia). Tapi mek tak layan. Bila kv bagitau yg kv dah belikan kasut utk dia, terus tak jadi gi rumah mek ja. Dia ikut jer kemana kv pegi. Dapur lah, dalam bilik la. Tak sabar nak tgk kasut baru.

Bila dah tunjuk kasut baru tu, mmg tersengih sengih cam kerang busuk lah. Suka sgt dia. Maklum lah dah lama mintak, baru mama kasi. Sebok menceceh bagitau mek dan mak yg kasut dia lawa. Dah try pakai tu tak mau bukak dah. Ajak mek gi rumah mek ja. Nak nyohor (tayang) kasut baru dia. Kekekekekee. Bebudak kan.

Mak bawak lah dia gi rumah mek ja. Lps solat asar kv masak utk dinner. Sudah tu kv dan hubby main badminton. Baru jer main, dengar suara dia memanggil. Hah..terkejut kv tgk kasut dia. Dah kotor dah. Ish..geram pun ada. Sayang ngan kasut ni. Rupanya sebab mlmnya hujan, jd kawasan yg selalu dia main kat rumah mek ja tu becak sikit. Tu yg kotor jadi kasutnya.

Malas nak bising, kami terus main badminton. Dia pun main tepi2 tu lah. Nak naik kerumah tu dia ke baldi air, terus curah kat kasut. Terkejut kv tgk. Baru kv perasan, selalunya kan di apakai selipar. Nak naik ke rumah (ikut pintu dapur lah) mak ajar dia basuh kaki dulu. Tu yg dah jadi habit tu. Habis lencun kasut.

Geram punya pasal kv cadangkan kat hubby gi beli kasut bundle jer kat hang nadim (utk dia main kawasan rumah). Kami pun bonceng kapcai buruk gi le kedai kasut bundle tu. Hmm..dah gelap (nak maghrib), jd tuan kedai tak bukak yg dlm guni tu. Yg dok pamer tu takde saiz hang nadim. Hmmm...nampak gayanya jadi belacan lah kasut baru. Kekekekekek

Pagi ni, bila bangun dari tidur. Dengan botol susu kat mulut, bantal kucing kat tangan dia menjerit mintak abah pakaikan kasut. Nak pegi sekolah katanya. Ish... fantasi betul hang nadim ni. Bila Abah dia mandikan terus mintak kasut.
Sambil2 tunggu bas sekolah., sarapan roti canai dulu. kekekeke. Buruk betul cara duduk tu. Tak mau bersila takut tertinggal bas. Punya la tinggi imaginasi dia.
Hang nadim posing dengan mulut yg comot (tak basuh) lepas sarapan.

--------------------oOo--------------------

12 Comments:

Blogger Angah said...

I have a confession to make

Arief dah macam ibu dan ayahnya, gila kasut (dia tak tau apa2 sebenarnya eheh)

aaaaaa kasut ada 3, sandal ada 3, selipar ada 3. sport shoe ada 2

11:10 AM  
Blogger Mummy Rizq said...

MB pun baru belikan rizq sandal baru ari sabtu yg lepas. kan main suka lagi. dia pun macam hang nadim.. asyik pakai kasut tak nak bukak bukak..

11:13 AM  
Blogger Biarlah rahsia said...

muka hang nadim ni ikut muka sape yea?

11:35 AM  
Blogger Alinlai said...

mujur masa tido dia buka kasut, kalau tidak lagi haru :)

12:13 PM  
Blogger ontahsapo said...

tu baru kasut, tunggu nanti bila dibelikan ps2....

1:10 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

yeye dpt kasut baru :)

tak penah akak makan durian ijau..bestlah tgk kebun tu..

1:10 PM  
Blogger - tety - said...

huhu sib baik tido x mtk pakaikan kasut...

harus mama kena g beli byk2 kasut bundle nti...

2:11 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

angah,
hang nadim pun byk selipar. 4 pasang. Tapi kasut takde. Masa dia kecik dulu mmg byk. Dah besar sikit kv beli selipar je sbb mudah nak sarung.

mar,
mlm be4 tido pun dok cari kasut dia dok mana. Haru sungguh.!

kak bie,
agaknya ikut muka abah dia kut. Eh, akak dah peknen ker?

kak alin,
makan pujuk jugak. Sibuk ngan kasut jer ke mana mana.

OS,
setakat ni dia tak minat mana kartun. Dia akan tgk sports dan machinery yg cangih2 tu. PS2 tatau la sbb si abahnya pun kenkadang tu melalut nak beli PS2 jugak.

kak syikin,
asal benda baru jer mesti seronok sgt kan. Kv masa kecik dulu tak sabar tunggu hari siang, nak pakai. Agaknya dia pun cam tu.

tety,
rasa sayang sbb dia buat kotor kasut tu. Tu yg timbul idea kv nak beli kasut bundle utk dia main kat rumah. Tapi takde yg sesuai,nampak nya kena gi siang hari sikit.

3:37 PM  
Blogger aNIe said...

hahaha...bebudak biasalah kalau dpt bende baru...tak sabar2 nak pakai...& kalau dah pakai takmo pulak bukak...

4:56 PM  
Blogger NBK466 said...

Sib baik kasut lencun masa nak masuk rumah...kalau idok...ada yg tido peluk kasut mlm tuh selama seminggu dua tuh..he..he..he...

2:43 PM  
Blogger WRA said...

lawa kasut hehehehehe...

sedap weh tengok buah durian kat bawah tuh...hehehe

11:54 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

moon,
dah beli pun sepasang lagi.;)

kak bie,
mudah mudahan dgn izin NYA. Kv pun cam tu jugak.

kak lady,
dlm rumah jer tak pakai kasut tu (sbb dah kotor), asal keluar jer mesti mintak kasut.

nbk,
dia simpan dlm almari kasut. Tp pantang org tersebut pasal kasut la, berlari gi ambik kasut dia tu.

kak we,
dah musim buah ni. Tak nak balik kampung ker?

8:10 AM  

Post a Comment

<< Home