kasutVINCCI

6.19.2006

ISU SEMASA

~Berakhirnya kisah Cinderella
Akhirnya bercerai jugak erra dan yusry. Kv bukan peminat fanatik diaorg. Tak pernah beli cd nyanyian atau menonton wayang pun cerita lakonan dia org. Namun masa dorang kawen dulu, kv siap beli semua magazine dan cd perkahwinan (walaupun pirate~hiks). Sampaikan hubby membebel bebel, marah kv buang duit katanya.

Dlm majalah tu mcm2 aksi ada. Yg havoc tentulah peminat2 dorang. Sampaikan baby belum pun lepas 40 hari diusung ke taman tasik tu. Semata mata nak menyaksikan atau meraikan hari bersejarah idola mereka.Kan?

Apa pun sudah tertulis di azali dan yang terindah itu hanya lah sementara. Sampai sini sahaja jodoh mereka. Berusaha sedaya upaya menyelamatkan (kata mereka lah, mana kita tau kan), namun jalan perpisahan juga yg mampu meleraikan kekusutan. Apa pun masalah yg dihadapi hanya mereka yg mengetahui. Bagus jugak mereka memilih utk tdk mencanangkan punca sebenar. Baik buruk rumahtangga sepatutnya hanya pasangan yg mengetahui.

Masa ikatan terpatri, kv membayangkan alangkah bertuahnya mereka. Pasangan cantik lawa, glamour karier. Seolah olah cerita dongeng yang berakhir dengan : "mereka pun hidup bahagia buat selama lamanya". Namun kita hanya mampu membayangkan, mereka yg melalui.

Kv sebenarnya sedih dgn kisah mereka ni. Mungkin ini jalan yg terbaik. Benarlah kata org, hidup dlm kemewahan, penuh kerdipan glamour, belum tentu bahagia menyebelahi nasib.

Moga pasangan ini mampu menempuhi hari mendatang dengan positif.

++++++++++++++++++++++++++++++

~Rich terkeluar
Tgh hari kelmarin, lps solat zuhur, kak PB sms kv bagi tau 'Yg dundi keluar ialah RICH'. Hmmm...kv tak kisah sapa pun yg keluar. Dah format rancangan tu gitu kan. Last2 nanti akan tinggal 5 org jer utk final. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Mlm td kv menonton siran ulangan kat ch 15. Walau kecik tp ok lah. Bila tgk sa5 buat persembahan, kv rasa tak sedap hati pulak. Entah lah ek, tak tau nak descibed cemana perasaan ni. Tp bila tgk sa5 dok menari2 tu rasa tak sedap tgk pulak. Padahal kalau kita kat skolah dulu (kelantan kebanyakan bertudung) tak de la rasa pelik gitu. Mungkin agaknya sebab dlm kaca tv kut.

Kv bukannya alim agama. Pakai tudung sebab mmg dah kewajipan kita org islam dgn nawaitu krn Allah taala. Kv bersukan, terlompat lompat gak. Malah pakai t shirt lengan pendek pun. Agaknya sbb kita tak mendapat perhatian, rasa benda tu selamba je.

Sabtu lepas, kv ke kb mall dengan anak beranak. Tgh berjalan jalan tu terpandang satu anak gadis ni, muka dia mmg lawa. Body pun lawa. Yg slack nya, dia bertudung tapi pakai skirt bawah sikit pd lutut. Menampahkan sebahagian besar betisnya. Mmg pemandangan tu pelik (walaupun pernah gak jumpa style gini). Malah remaja tu mendapat perhatian org. Langkah yg diatur pun nampak sumbang.

Pendapat kv lah kan, kalau dia nak pakai gitu, dan kalau dia tak bertudung mungkin tidak begitu menarik perhatian org. Walaupun dah sah2 membuka aurat itu haram.Bila dia dah pakai sedikit pelik gitu, niat dia nak me'window shopping' dah terbantut. Kv percaya dia ada perasaan malu dengan reaksi spontannya terhadap pandangan dan lirikan org.

Itu just pandangan kv, kalau ada yg tak senang mahun pun tak bersetuju kv minta maaf dgn hati ikhlas. Kalau tak suka, abaikan apa yg kv taip ni.;)

--------------------oOo--------------------

15 Comments:

Blogger Ayu Mohamad said...

tuh la susahnya KV..mmg tak salah kalo nak menyanyi tuh tapi bio le bertempat.
kalo nak tgk waheeda dgn dia.. rasanya pakaian waheeda lebih bersopan le kann entah le.. susah le org zaman skang ni KV

2:27 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

ayu,
kv pun tatau nak komen apa. Sbb AF ni menyediakan diari. Kita boleh tonton kehidupan dia org selain atas pentas. Tu yg nampak kalau menggedik skt, cam pelik pulak. Padahal kalau kehidupan biasa kita mmg selalu benda gitu.

3:06 PM  
Blogger abi said...

nak komen post yg lepas. mcm kenal jer tmpt tu. hehehe... masa mula2 operation dulu selalu la tgk hawk (yg jatuh dlm laut baru ni) pusing2 atas rumah tok. rendah sungguh smp bleh nmpk pilot dlm tu. kalu nasib baik bleh tgk mig29 wat lintas hormat. besh tu besh la... tp bunyi mak aii... pekak telinga. :)

dah jodoh kat situ nak wat camne nak. tp tu la... fitnah (read: gossip) ni mmg lebih bahaya dari membunuh pun.

3:56 PM  
Blogger ontahsapo said...

diorang akan cakap..takder jodoh....dan aku lagi suka cara farhan nyanyi....!!!

5:15 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

kak bie,
peminat setia eh. Siap nak nangis bagai nih.Kekekekekeke

dato'seri,
dekat dgn rumah eh?Dorang tgh dok buat landasan baru.Bila siap, sukoi akan mendarat kat situ. Tunggu tahan tenlinga lah org kawasan tu.
Fitnah mmg lebih merbahaya dr membunuh. Ia melibatkan maruah.

OS,
kv pun suka farhan.Calit sikit Heheheheheheheh

8:23 AM  
Blogger AuntieYan said...

kv: susah nak cakap le jaman sekarang ni....bertudung memang dah ramai, tapi ramai jugak tak respek diri sendiri.Kalau dedulu orang pakai tudung memang orang respek habis....la ni, tudung ke tak tudung ke sama saja....anak dara bertudung pun dok gedik main futsal sama naik dengan yang tak tudung....hemmmm...tak tahu lah...apo nak di kato.....:-(

8:53 AM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Kalau artis yang bercerai orang akan berkata, 'Alah artis...biasa la...dah tak ada jodoh...'.

Begitulah takdir.....Kita cuma merancang....

8:56 AM  
Blogger Nik Ha said...

Dah agak dah dorang cerai..he..he..tak baik tul! Abe akak pun siap beli mjlh & cd lanun gak..hak..hak..tulah akak rese deme tu sesuai jd kwn jer sbb kalau dah jd hubby&wife ni byk kena tolak ansur/sacrifice. Kalau pkt nak glemer susah gak. Lg satu psl belanja ribu raban tu...mmg lah dorang artis cegitu kan, tp akak caya sgt dgn maksud hadis yg ckp belanja murah2 ni berkat..he..he..idok membazir ye dak. Maybe sbb tu Allah pjgkan jodoh. He..he..wat syarahan lak kat sini. Akak mmg takleh nak bygla nape peminat sanggup gi esp. lps pantang tu. Takde pekdahnyer!

Satu lg bab sa5 tu mmg malu sgt tgk dia dressing & joget2. Salah konsep tu. Aurat bkn tdg jer...hmmm..tataula apa pemahaman dorang...mintak jauh ank cucu lagu tu.Akak suka Farhan nyanyi gak.

10:30 AM  
Blogger Kaklong Syikin said...

yg akak rasa nak marah tu, masa berita tv3 announcekan perceraian depa tu, sblm announcement tu siap buat poll sms lagi lebih krg "yusri -erra sememangnya tiada jodoh" beri jwpn ya atau tidak..apalah dia orng ni, fikir nak kaut untung jer.yg tv3 pun satu hal, taulah nak tinggikan rating, tp bab cerai berai ni sensitif..yusri n erra tu mesti tengh sedih sangat esp. errakan.

bab tudung ni mmg ramai salah faham, org ingat tutup rambut aje..yg lain tak tutup. akak pernah jumpa sorang pompuan pakai tudung berskirt jeans labuh sampai tumit, masalahnya kat belakang belah sampai nampak peha..nak nangis bila menengoknya..sian depa tak faham konsep tudung tu camner.

12:25 PM  
Blogger NONIE AZIZ said...

mR setuju pasal sa5 tu....

3:19 PM  
Blogger kunci hilang said...

bercerai? Hmm.. macam rutin pasangan hollywood.

10:56 PM  
Blogger Angah said...

era & yusry... logically kalau nak selesaikan masalah kena dok sebumbung kan.. omputih kata kiss and make up.. tapi tu lah mereka je yang tau camne keadaan sebenar. tapi siap peluk2 kuar mahkamah tu tak elok ler... ntah..

AF4..tak pernah ikut pun sejak musim 1 lagi. pasal salima tuh nak buat camne, dia kena ikut acuan program tuh ler nampaknya.

1:11 PM  
Blogger NBK466 said...

AF dah masuk musim ke-4, kalau musim pertama mungkin tak tahu format, apa2 aktiviti, apa yg akan dilakukan oleh pelajar. Mmg nampak sangat AF nie bukan platform yg sesuai utk gadis2 bertudung.

Erra & Yusry...what to say... both sama cantik & sepadan... Wedding Of The Year lagi....tapi sememangnya KEBERKATAN itu legih penting....

4:57 PM  
Blogger FaEzHussain said...

Tiada lagi alunan UCAPKANLAH dari yusri kepada erra. YANG TERINDAH HANYA SEMENTARA. mungkin kah akan ada kali ke DUA. atau JANGAN LAFAZKANNYA.

bersetuju, tudung tu dah jadik cam fesyen jek, bukan kerana nak ikut suruhan agama.

kat sini pun ada gak yg bertudung, tapi pakai skirt separuh kaki, tapi dorang pakai stokin hitam tutup semua kaki.
terkilan rasa, bila tengok, bertudung tapi berbaju lengan pendek dan singkat nampak perut.

inilah yg dikatakan rasullallah, yg 'berpakaian' tapi sebenarnya bertelanjang.

wallahu'alam

11:08 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

auntie yan,
trima kasih sudi datang blog kv.Hmm ontah ler, apo nak dikato...

BP,
dah mmg takde jodoh mereka

kak nik,
bukan syarahan, tapi pandangan.Kekekekeke..minat farhan gak!

kak syikin,
kv tak perasan pun tv3 buat camtu. Teruknya!!

MR,
setuju weh

kunci,
rutin ker? kekekekekeke

moon,
kv pun pening tgk fesyen tudung.Macam2.

angah,
pelik kan?Bila bercerai siap peluk pinggang bagai ni.Tak faham lah.

nbk,
kv setuju lah af ni tak sesuai utk gadis bertudung. Kalau nak nyanyi jugak, mcm wahida tu ok sket. At least kita tak nampak kehidupan biasa dia. Atas pentas semuanya berlitup.;)

kak faez,
wah...akak ungat semua tajuk lagu dorang eh? kekekekekekeke

8:09 AM  

Post a Comment

<< Home