SITI NUR HALIZA
Sejak kelmarin, ofis kv kecoh dengan statement pakcik Ibrahim Deraman, 81 tahun atau dengan nama lainnya (panggilan mesra kat kampung) Pak Him yang mendakwa beliau merupakan ayah kandung siti. Hik hik hik
Masa kv tgh sebok blogging, hubby mai bilik kv dan bukak harian metro dlm internet. Ingat berita apa dia nak tunjuk. Sambil gelak2 pulak tu. Suspen di buatnya. Bila baca artikel tu, kv pun tergelak sama. Kesian kat siti, pakcik yg dah tua nyanyuk pun nak interframe jugak.
Dalam artikel tu, dakwaan dia bahwa anak dia berumur setahun lebih, nama Za dan diserahkan pada sorang polis nama Din di Balai Polis Bukit Yong (dekat kv selalu makan nasi ulam dan ikan darat tu) lebih kurang 25 tahun yg lalu. Za ni anaknya bersama isteri yg bernama Semah. Dah kena la dgn za=siti nurhaliza, din=tarudin dan semah=siti salmah bachik tu. Masalahnya takkan makcik siti salmah tu sekali dia serahkan kan pada polis din tu. Hik hik hik
Aduhai, pakcik ni..tak pasal2 nak glamour jugak dia rupanya. Kami pakat dok gelak bila terkenang kan kampung dia sama ngan ofismate kami J. J ni mmg kelakar org nya. Masalahnya, sampai la ni kami tak jumpa pun lagi si J ni untuk mendengar ulasan dari dia. Dah terbayang lawaknya.
Bila dirisik risik rupanya Pak Him ni peniaga atau penjaja ubat ubatan tradisional. Ramai gak yg kenal atau perasan dengan wajah dia. Hanya kv sorang jer yg dok ter imagine rupa Pak Him tu cemana. Masih tak mai rupa dia dlm minda kv ni.
Baca paper hari ni pulak (harian metro), anak2 pak Him buat kenyataan menafikan dakwaan ayah mereka. Kesian pulak kat anak2 Pak Him tu bila diingatkan. Hik hik hik. Nak tergelak pun ada. Ingatkan, besok kami nak pusing la pasar minggu cari yang mana satu Pak Him ni. Dah terbayang dah, org ramai mengerumuni dia yg tgh dok jual ubat tu. Maklum lah, ayah kandung Siti Nurhaliza. Penyanyi tersohor tu. Kekekekekeke
Kv sebenarnya dan plan nak ambik gambar pak him tu. Nanti boleh share ngan korang. Ambik pakai camera phone mungkin dia tak perasan kut. Masalahnya, Pak Him dah melarikan diri ke rumah sedaranya akibat tak tahan di usik kawan kawan. Hiks..
Nanti lah kalau ada kesempatan, kv cuba. Kalau takde aral la. Kang tak pasal2 kv kena kejar ngan Pak Him tu semata mata nak ambik gambar dia.
Kesian siti kan. Itu lah bayaran yang perlu dibuat bila menjadi org glamour ni. Kv tak minat siti. Sekadar dengar nyanyian dia jer. Boleh lah. tapi kv harap siti sabar dlm menempuh dugaan ini.
Tak sangka tempias glamour berada dekat2 saja ngan kita. Hikss
--------------------oOo--------------------
11 Comments:
uiks.. orang pertama!
apapun, MM bukanler merupakan peminat siti. kakak MM kata MM jeles ngan siti. jeles ker? nak jeles pasai apa lak?
KV.. kalau dah glamour tu ramai nak numpang.. tapi yg dok heran tuh apa hal lak reporter ni leh caya cakap pakcik ni... tak faham kak sya
lawak tul, tp pakcik tu tak pikir ke kesan dia buat dakwaan tu? sendiri yg susah terutama dpt perhatian org ramai..
nyanyuk doh tu kot....sian family dia...
ahahahahaha kelako le tersengih kite baca ni KV weii.. hang pon bleh gak buat kenyataan... hang kakak siti nurhaliza hahahaha masuk paper.. galmer KV hehehehe
MM,
kita tak minat jer. BUkan kita jeles. Nak jeles pasai apa? Hik hik hik hik
kak sya,
reporter ni kan, kadang kadang tu nak naikkan paper masing2 sanggup buat apa saja. Tak sedar perbuatan mereka mengguris perasaan dan mecalar maruah org.
kak syikin,
mmg kesian kat anak2 dia turtr kena tempias sama. Keliling kelalang pakat dok ngusik tu.Hik hik hik
kak we,
mmg dah nyanyuk (mengikut statement anak dia). Tapi tau gak dia pasal siti eh.;)
alang,
simpati pd mereka...
ayu,
dah pakcik tu nama ibrahim. My boss pun ayah dia nama ibrahim. Pakat dok gelakkan dia, rupanya dia pun abg siti. Kekekekekekeke
Pakcik nie malu2 pulak....suka katakan suka...setakat belum ada title isteri orang...masih ada peluang nak meminang CT tuh pakcik weh..hi.hi..hi.
yer la kan, kut dia nak kan siti tu.
heheheh...aku pun bantai gelak jugak kat opis ni...sian siti...
MR,
gelak wei, jgn tak gelak. kekekekee
esok akan ada makcik yg mengaku datuk k tu anak dia, dah lama dia bagi kat orang.......
Post a Comment
<< Home