kasutVINCCI

5.28.2006

HANG NADIM DAN BOWLING

Pemula cerita kv nak citer pasal hang nadim dulu. La ni mmg budak tu kemaruk nak main bowling. Padahal kalau gi boling centre tu bukannya dia main pun, tukang tgk jer. Ni kalau mama dan abah balik kerja, sebok jer ajak gi main bowling.

Kami pun rasa dah serabut ngan ajakan dia tu, plan la nak gi pasir tumboh, pusat beli belah keluarga katanya, PKT. Nak cari boling set (mainan kanak2 tu). Cari punya cari, ingatkan dah takde, nasib baik hubby jumpa. Tu pun hanya satu tu yg tinggal. Hang nadim kemain happy. Siap peluk2 sbb hubby dok usik dia takmau beli bowling set tu. Kiranya tercapai la jugak hasrat dia nak main bowling. Hik hik hik

Dah tu, kami singgah minum milo beng kat gerai tepi PKT tu. Hang nadim asyik dok ajak balik, tak sabar nak main bowling tu.
Ni la bowling set yg satu2nya ada kat kedai tu. Nasib baik ada. Harga nya RM 9.90 sajork.


Hang nadim tgj buat aksi. Tak mau minum, asyik ajak balik jer. Tapi minum nya kemain byk lagi.


Malu malu kucing.

HANG NADIM DAN KAKI SAKIT

Pagi jumaat tu kami balik rumah mak kv. Plan nya ptg nak gi berderat kat pasar malam kampung sebelah b4 balik rumah MIL. Dah terlanjur gi tu kv tolong la kakak kv meniaga. Hang nadim lak syok main ngan sepupu2 dia. Tetiba terdengar hang nadim menjerit, hubby melaung panggil kv. Rupanya kaki (jari kelingking) hang nadim luka. Dalam gak la. Agaknya dia tersepak kaca atau tin susu kot. Aduhai...

Kv pun dokong dia, sambil balut kaki dia ngan towel kecik nak kasi darah tu sejat dulu. Byk betul lah darah dia. Naik kete tu, hang nadim dah berhenti menangis. Dah tenang sikit kut. Siap sambung makan satay lagi (masa kaki luka tu dia tgh makan satay). Kami plan nak balik rumah sbb nak cuci luka dia dulu dan nak tgk seteruk mana. Tetiba, hubby bersungut yg kereta macam takdak angin. Laa...tayar bocor pulak. Hmm..alhamdulillah sbb hang nadim dah cool down. kalau tak lagi panik kami dibuatnya.

Kete hubby tu pulak jenis lowed sgt. Ni yg selalu kv membebel kat dia. Nak guna jack buaya tu punya la susah sbb tak lepas. Terpaksa la kv tolong sama sambil dokong hang nadim. Nasib baiktayar spare hubby dah pam angin b4 ni. Dah siap tu, hujan pun turun dgn lebatnya. Alhamdulillah, sbb hujan turun bila semuanya dah selesai. kalau tak dah lencun kami.

Malam tu hang nadim asyik sedar jer time tidur. Agak nya sakit sgt la tu. nak cuci ngan dettol pun dia tak kasi. Last2 tu kami balut ngan kain satu kaki dia. Mcm org cedera parah lak. Kekekeke. Pukul 2 tu dah tercabut kain balutan, terpaksa kerjakan dia yg tgj melalak tu, letak plaster. Ok lah, boleh tidur sampai pagi.

Kelmarin dah tak boleh berjalan dia. Mcm org patah kaki. Teruk betul. Padahal boleh, saja dia penaku dan nak bermanja. Tgh hari takmau tidur, mek pun bawak dia gi makan gulai (kenduri). Kata mek kemain byk dia makan nasik, siap bertambah tambah lagi. Semua org dok tunggu dia yg tak sudah2 makan tu. patut la lama sgt peginya. Sampai naik boring kv ngan hubby tunggu kat rumah. Jam 5++ baru diaorg balik.

Ingat mulanya tak nak gi kota bharu sbb dah lewat. tapi teringat yg stok diapers hang nadim dah nak abih. Diapers ni dia pakai time tidur jer. Takut dia terkenc*ng dlm tidur. Pas tu stok prepaid pun dah nak abih, kena la gi beli jugak. Hang nadim dah mengantuk tapi masih gagahkan diri. Terpaksa la sorong dia ngan trolly. dah takmau jalan. sakit kaki katanya. Beli gak stok susu hang nadim dua peket.

Malam tadi kemain gaduh (cepat2) kami balik. Nak tgk AF4. Ingatkan konsert prelude mlm tadi, rupanya malam ni. Tipah tertipu bang!

--------------------oOo--------------------

5 Comments:

Blogger kunci hilang said...

kalau ada masa bawalah hang nadim main bowling di sunway pyramid. Kalau ada minat dan bakat dari kecil, gilapkan terus. :)

5:02 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

kunci,
jauhnya sunway pyramid tuh. Kekekeke..nanti lah kalau kesempatan gi rumah makcik kat SS 18, mungkin kami gi situ.

9:35 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

kak bie, luka dah ok sikit. Kalau pakai selipar dah boleh jalan sendiri. Kalau dlm rumah terus tak boleh jalan. Terhenjut henjut pulak. Karenah kanak kanak kan.

1:21 PM  
Blogger NBK466 said...

Emm...rasa2 cam pernah den suggest set mainan bowling nie kat someone...tapi terlupa suggest kat sapa..he..he..he... Teruja ker Hang Nadim ngan set bowling dia tuh?

10:50 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

nbk,
siap silang silang kaki lagi lepas lempar bole tu. Kemain dia!

2:48 PM  

Post a Comment

<< Home