kasutVINCCI

5.18.2006

BOWLING

Sebenaq nyer, kv nak tulis en3 ni kelamrin. Tapi terlupa. Tak pasal2 gi tulis en3 tembakau darat lak. Hari ni sebab takdak idea, kv cerita la jugak.

Malam kelmarin (selasa malam), kv janji ngan ofismate nak gi main bowling. Ye la, dlm geng kami hanya hubby dan sorang anak buah kv ajer yg pernah main bowling. Tu pun lama tak practice. Kv selalunya tukang sorak ajer. Bukan gadis pom pom okay!.

Dgn semangat berkobar kobar nak mencuba, maka kami pun pergi lah. Before pegi tu, kat ofis dah gegeriuh (pepatah DIGI) sapa yg kalah kena belanja minum. Kekekekekee..takat belanja minum berapa sen la sgt! Macam ejekan antara satu sama lain. Kat ofis, semangat bukan main.

Bila gi sana, semua frame penuh. Penuh dgn student2 IPT. Pas tu penuh ngan bebudak training sukma. Naik segan pulak rasanya. Nak tunggu giliran kemain lama. Dpt no 5 bila booking. Ofismate kv masa memula sampai tu dah gubra, takdak org masuk longkang pun, komen dia. mati la. Kekekekekeke

Kebetulan, kawan kami bawak anak2 dia main bowling, dia yg tolong adjust dpt giliran awal. Kiranya potong Q lah. Kv dah gubra. Segan weh! Hubby tanya saiz kasut Ish nak main ke tak ni? Cekal kan hati, main jugak. Tak kira lah, malu ke apa, dah kv baru first time main kan, mmg la tak pandai! Org lain yg terrer tu pun bermula dgn tak pandai mcm kv jugak. Hik hik hik..nak pujuk hati.

Nak mula tu, pegang bola pun tak pandai. Mula2 masuk longkang kiri, pas tu masuk longkang kanan. Bila kena pin tak pernah strike pun, spare jer (nbk, betul ke istilah kv guna ni) Bila pusingan ke 6 lontaran, dah lenguh lengan kv. Tapi enjoy lah.

Lain kali nak main lagi. Best jugak.

Kv terpaksa escape dulu, banyak kerja.

Selamat berhujung minggu. Bye.

--------------------oOo--------------------

11 Comments:

Blogger Alinlai said...

ok la tu 1st time bleh 'spare' dah lama tak bowling free :) (main masa suka staf je sebab tu main free...)

4:56 PM  
Blogger ibuVouge said...

kv bila tak pandai, blaja main.
dah pandai xde sape la nak sapu longkang..hehehhe

11:05 AM  
Blogger ontahsapo said...

balik rumah, cuba bowling dgn buah kelapa dulu, baling mana2 ayam yg lalu, dah seminggu cam tu baru pegi balik..sure masuk lane sebelah..!!

12:10 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

cayalah kv ada aktiviti baru..lepas2 ni, hujung minggu mesti kat pusat bowling punya..go go kv..

2:03 PM  
Blogger NBK466 said...

Main bowling nie yg pentingnya FUN.. It's good KV enjoy it even menjadi pembersih longkang tak bergaji..he..he..he... Den yg ada bola sendiri pun sometime melongkang jua...

p/s : SPARE - kesemua pin dijatuhkan dgn 2 kali balingan... (perasan MURAHGURU ler den nie.. he...he..he..)

3:12 PM  
Blogger aNIe said...

kv...kak lady ni pun juara longkang jugak...sesekali dpt spare & strike pun dah bukan main bangga lagik...sebulan cerita tak abis lagik....

Tapi bila dah mula main...ketagih dah pulak....

9:48 PM  
Blogger NBK466 said...

Ha'ah...bowling nie skali dah kena...mmg ketagih.... Macam SHABU...

10:44 AM  
Blogger Kaklong Syikin said...

kv..tak update lagi? biasanya akak tak terkejar ngan update awak..ke awak p praktis bowling lagi ? kalau camtu..go go chaiyyo kv!!!

5:55 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

a.l.a.n.g,
patutnya dlm lingkang kena letak jugak pin, kan.Kekekekekeke

kak alin,
naik segan kv, asyik2 longkang. Tapi buat bodoh jer lah.

kak pb,
ingatkan bahu akan sakit sgt keesokan hari tu (cam main volley ball or badminton) tapi ok la, tak terasa sgt. Boleh gi main lagi ni.

9:02 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

IV,
nampak gaya, kv ni taraf sapu longkang lagi. Kekekekekekeke

OS,
agaknya kan, kv ni mmg tak berbakat la main bowling. Sbb boling kelapa lagi teruk dr bowling biasa. Masa family day ofis kami dulu, siap keluar gelanggang lagi buah kelapa tu. HIk hik hik.

kak syikin,
ofismate asyik dok ajak gi main bowling jek. Kami lak yg asyik tak sempat. Kena curi masa ni!;)Go Go Go!

nbk,
mmg fun sesangat. Time bola kena pin terlompat lompat tak hingat apa. Teruk kan. Tak pasal2 jd cam budak2.

9:05 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

kak lady,
betul kata org kan. Belum cuba belum tau. dah cuba ketagih lak. Kebetulan pagi kami ada kerja kat HQ, lunch hour boleh la main. Dgn baju kurung ni.Kekekekekek

nbk,
cam SYABU ek? Mmg seronok lah.;)

kak syikin,
kv cuti jumaat dan sabtu (hari minggu). Kat rumah takdak internet. Tu yg time kerja jer boleh memblog. Nanti petang kv update yer.Rindu eh? Kekekekekekek

9:08 AM  

Post a Comment

<< Home