kasutVINCCI

5.09.2006

pagi ni kv lewat sikit masuk ofis sbb singgah pejabat tanah dulu. Che dan mak nak pindah milik tanah kepada hubby. Nasib baik dah kenal lama ngan salah sorang ADO kat situ. So, urusan jadi lebih mudah lah sebab semua dokumen dah disediakan sebelum mengadap dia. Dalam pukul 9.00 dah siap urusan. Jadi hubby gi anto mak dan che naik teksi dulu. Kv terus masuk pejabat.

kat pejabat pagi ni sibuk dgn penyediaan court volley ball sebab esok bebudak plkn nak mai ofis kv. Ada acara sukaneka sikit. Boling kelapa lah, macam2. Geng pompuan lak dok kalut nak gi training bowling sbb hari khamis nanti ada match antara district. Hik hik hik..yg ni kv gelak dulu sbb akak2 tu, semuanya tak pernah hayat hayun pun main bboling. Kekekekek...nasib baik nama kv tak tersenarai sbb kv pun tak pernah main boling. Biasanya menonton hubby jer main. Tak pernah cuba.

petang kemarin sbb takde kerja nak buat (lepas masak utk dinner), kami ronda2 keliling kampung. Bonceng kapcai buruk. Masa nak balik tu, kv sempat snap gambar keindahan alam semulajadi. Ni kv nak share kat sini.



kelmarin kv dan anak buah sikit sibuk sbb baru dpt senarai nama tambahan pemborong. Jadi, para pemborong ni lebih tahu dari kami. Tu yg belum pun senarai nama tambahan dipamerkan dia org dah tercongok kat ofis kami. Gara2 politik punya pasal! Kelam kabut jadinya sebab kami tak ready. Terasa kering tengkuk bila dah habis urusan utk petang kemarin. Hmm...nasib badan lah. Bila kerja dlm tergesa - gesa mesti ada benda yg tak sempurna. Kv benci betul kerja cam gini. Nampak macam kita ni lemah ajer. Pagi ni sambung lagih. Tak pe lah, dah kv kerja lagu ni, maka lagu ni la kv kena hadapi.

hmm...tadi masa nak menulis rasa cam banyak idea. Bila dah mula, mati kutu pulak jadinya. Kv stop sini dulu lah. Selamat berkerja semua!

--------------------oOo--------------------

8 Comments:

Blogger ontahsapo said...

semulajadinyerrr gambar tu....

11:00 AM  
Blogger NBK466 said...

Syiok apa main bowling nie KV... cuba ler.... lagi longkang lagi ler meriahnyer...hi..hi...hi...

11:11 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

os,
ye lah tu

nbk,
kv segan nak main takut jadi raja longkang cam mawi. Hik hik hik

11:16 AM  
Blogger Ron97 said...

eh eh, org kota bharu,
KB kat mana?

12:12 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

saya mmg suka gambar2 pmandangan awan nih..tq so much.

hehe..layan bowling tu jgn tak layan.

kv..nanti jd penyorak setia tau...

12:19 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

kak pb,
klate ni mana ada tempat lain. Bowling perdana tu jer. Punya la buruk!

hang buah(encik),
kota bharu dok jugok. Kawase peringat jah. Tapi masih dlm jajahe kota bharu.

syikin,
kv ni entah pegi ke tidak sbb hari khamis tu ada program kat pejabat yg kv kena lead.

moon,
natural beauty gitu. Hiks

alang,
tgh hari td dia org balik dr training, gelak sakan kami bila dpt tau pengurus yg main sendiri sbb anak buah tak masuk ajar. Kekekekeke..sedangkan pengurus pun tak pernah jejak lane.Tetiba semangat ajer dia. Motif?

3:30 PM  
Blogger Mamamanja said...

sib baik kutu yang mati.... hehehehe

12:03 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

mamamanja,
aah kan, seb baik kutu yg mati.;)

12:21 PM  

Post a Comment

<< Home