kasutVINCCI

4.27.2006

hai semua...

kv nak upload gambar tapi masih tak dpt2. Rasanya bukan servis line yg peot, agaknya komputer kv yg dah kertu. Ihiksss...

kelmarin kv agak sibuk. Sampaikan kv rasa berpinar pinar. Hik hik hik..ye la, selalunya bukan takde kerja, tapi tak byk dan dateline nya boleh dikejar. Teringat nostalgia kerja syarikat kontraktor dedulu. Time nak isi borang tender, mmg berkampung kat ofis lah. Nak cari quotation bukan main sakit kepala. Nak kejar dateline tutup tender tu sampai demam2. Hikss..tu belum kena bambu dgn bos lagih.

kv pun kenkadang tension kalau kerja jadi lagu ni. Dah la benda tu sampai lewat, nak pulak suruh hantar cepat2. Kak sya mesti biasa senario gini kan?. Hehehehehehehe. Dua hari lepas kv terpaksa kontek 69 org pemborong sbb bos nak beri taklimat berkaitan projek. Penat tangan mendail nombor. Tak pepasal kv kena jd operator pulak.

taklimat dibuat kelmarin. Bertembung pulak dgn program plkn. Hmm..sibuk sgt ofis kv jadinya. Ada pulak perlawanan panton (betui ke eja ni) dan ping pong. Mmg gamat lah.Tgh hari baru bebudak tu balik kem.

kv ngan bos pulak dok berperang di bilik mesyuarat dgn para pemborong tu. Macam2 soalan. Dah la payah nak faham. Sudah tu, kv kena selesaikan beberapa perkara sbb my bos kena gi sambut menteri yg nak datang. Esoknya (hari ni) bos mesyuarat di KL. So, kv kena siapkan beberapa item utk ditandatangan. Rasanya nak bernafas pun tak sempat. Berhenti makan dan solat kejap, pas tu sambung balik.

adoii..nasib ekau lah kv.

balik rumah kv rasa penat sesangat. Hmm..kalau penat mcm main badminton ok jugak. Rasa segar tubuh. Ni penat otak. Mmg penat sesangat lah. Nasib baik ada pasar malam, tak payah la kv memasak utk dinner. Kami bonceng kapcai buruk gi pasar malam peringat. hang nadim mintak murtabak. Kami beli nasi ayam utk kami. Beli nasi kerabu utk mak dan mek. Che pulak beli mihun celup.

lepas isya', iron baju kerja. Tak laratnya rasa. Pas tu, zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz tidur depan tv. Tak sempat nak tgk CSI.

hari ni, kv horay horay kat ofis sbb bos besar takdak. Bos kecik sikit biasa lah jenis faham jiwa. Pepagi lagi ajak kv gi site sbb nanti nak bagi peluang kv gi meronda pasar minggu pulak. Kekekeekekek. Patut la kv penat kelmarin, ari ni boleh releks sbb semua kerja dah beres.

kat pasar minggu, kv sempat beli kain pasang. Sutera shiffon. Colour peach, bunga kaler purple. Ingat nak pakai masa annual dinner jabatan nanti. Keh keh keh. Tgk tudung opel. Nama tudung tu tudung mawi. Penjual tu la yg cakap. Murah giler. 2 ringgit satu. Harga asal tudung tu 25 ringgit. Ye ke tak kv tak tau la. Tapi mmg murah lah. Berduyun duyun org berkerumun. Termasuk kv la tu. Hehehehehehehee.

pas tu gi beli baju baby. Bukan utk hang nadim. Kv nak gi ziarah anak kawan kv yg dah sebulan lebih bersalin. Geram betul tgk baju2 tu. Comel sangat! Dah tu, rasanya takde benda nak beli. Kv pun masuk ofis semula.

itu aje lah.

bituai bituai bye.

--------------------oOo--------------------

10 Comments:

Blogger ontahsapo said...

nak beli baju baby? apsal tak sound gua....hehehehehe

3:40 PM  
Blogger kunci hilang said...

kawan saya di bt.jalil minta saya belikan barang baby yang canggih-canggih katanya. Ha ha.. saya tiada idea.
Lalu saya belikan uniform ultraman utk baby.

3:58 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

baca je pun dah letih kv.

tak pelah, nanti ada rezeki blh beli baju baby sendiri

9:02 PM  
Blogger aNIe said...

Kv...beli baju lagi ke?...heheh..seronok dpt ronda-ronda pasar minggu. Tudung mawi rm2.00 betul ke...hehehe...boleh le sedekah kat kak lady satu nanti...

11:45 PM  
Blogger Ayu Mohamad said...

KV murahnya tudung Mawi .. nak jugaaaaaaaak

10:02 AM  
Blogger ibuVouge said...

kv ..blogspot ni bengong agaknya..bape kali..Iv post comment, tapi failed..malas sgt..baca je
post gambar pun x leh..

10:20 AM  
Blogger NBK466 said...

KV..biasalah tuh...Kucing takde.. tikus2 bermaharajalela...
miah..ha..ha.. Samalah kat opis den nie hah kalau boss takde...

11:54 AM  
Blogger Kopi Suam said...

KV,
nak kirim tudung Mawi yang RM2 tu boleh tak...kita bayar le duit posnya sekali....

12:16 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

seronok gak baca jurnal seorang yang bernama si kasut jenama Vincci ni...hehehe

12:26 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

ontahsapo,
teringan gak nak beli baju2 OS tu. Masalahnya jauh. Tu yg terpaksa beli kat lain. Sedih....;(

kunci hilang,
hik hik hik..kv kalau gi bukit tar atau haji kasim(sebelah siam) mesti gelak tgk baju superhero tu. Siap ada topeng bagai lagi. Complete set. Canggih jugak idea hang tu.

syikin,
tu la fasal, teringin nak beli utk baby sendiri, Tapi belum ada rezeki.

kak lady,
hmm..kalau kak lady kat kota bharu mmg kv dah bagi kat kak lady satu. Hiksss

ayu,
nak jugak?Hmm..kv beli 3 ajer. Utk kakak dua org dan kv sendiri. Minggu depan entah ada entah tidak. Kekekekekekekek

iV,
kv pun naik boring jugak time service kaput tu. Geram!

nbk466,
hik hik hik...tikus menari lagu cha cha ke?

kopi suam,
entah ada entah tidak minggu depan. Sbb geng melelong ni barangnya selalu tukar tukar. Tgk stok. Kena tgk dulu berkenan ke tidak.

blackpurple,
kalau seronok, selalu lah jenguk kat sini.;)

10:55 AM  

Post a Comment

<< Home