Macam biasa, petang khamis kv balik kerja. Siap baju dan barang hang nadim, balik rumah mak kv. Selagi kv terdaya (hikss) itu la rutin mingguan kv. Balik jenguk mak. Kalau tak balik kan tertunggu tunggu pulak org tua tu.
Sampai rumah mak hari dah nak gelap. My sis pun ada balik jugak. Ramai la penghuni pd hari minggu. Selalunya my sis yg sorang lagi aje yg ada. Dia mmg dok ngan mak kv. Bersama suami dan anak2 dia lah.
Aktiviti hang nadim dan sepupu sepapatnya.
Tangkap burung. Kesian anak burung ketitir ni. Baru jer nak belajar terbang bebudak tu dah tangkap. Letih jer gayanya. Kami pun pujuk la bebudak tu suruh lepaskan. Kesian kat mak dia dok cari anak hilang.;)
Hang nadim bersama sebahagian dari sepupu sepapatnya.;)
Lepas tangkap burung dan lepas kan, aktiviti dia org kutip buah buahan kampung keliling rumah.
Buah ceri kegemaran hang nadim.
Buah salak..putik lagi.
Buah jambu...best makan colek cuka.Nyum nyum
Petang jumaat kami balik semula ke rumah MIL. Kv masak utk makan malam. Simple ajer. Goreng kunyit ikan bawal, singgang ikan tenggiri dan rebus telur penyu. Telur penyu tu kakak ofismate bagi sbb dia baru balik kursus dari kemaman. Kopok lekor masih ada dlm peti, tak sempat nak makan lagi.
Sabtu pagi, Kv mengular dulu. Hik hik hik...bestnya hari minggu. Boleh landing lelama atas katil. Tok lebe dah beli sarapan pagi. Nasi kerabu ayam goreng. Kv share ngan hang nadim.
Pas tu hubby ajak teman kan dia gi mesin lalang dalam kebun. Perancangan nya nak mesin kat kebun pisang dulu. Nanti buah durian nak tiba musim luruh, baru nak mesin semak samun kawasan tu.
Hubby tgh menjalankan kerja - kerja nya. Kv ngan hang nadim lapak bawah teduhan daun pisang jer. Lepas tu cek datang tolong. Dia merumput tempat yg hubby dah masin tu. Biar kan kering dulu, esok baru gi bakar. Kv pun tolong cek sesikit. Adoii penat la jugak. Boleh la nak keluarkan peluh tu.Hikss
Kendian, hang nadim dah boring, asyik merengek nak balik ajer. Kebetulan cek dah penat, so dia la bawak hang nadim balik dulu. Kv tunggu sampai hubby siap. Minggu depan ada sikit lagi nak habiskan.
Balik rumah kv basuh baju2 yg tak boleh dimesin. Kalau mesin jugak, habis koyak or tercabut segala manik2 tuu.Hmmm...masa membasuh tangan tu, baru rasa nyesal lak beli baju2 tu. Sbb malas nak basuh tangan.Hikss. Pas tu nak beli lagi.:)
Sudah tu, kami bersiap nak gi HUSM. Ramai sedara mara yg sakit dan masuk wad. Memula tu lawat saudara hubby yg kena ceaser sbb high blood pressure. Anak dia sihat dan besar. 1.7kg walau pun 7 bulan kalau nak bandingkan ngan hang nadim dulu 1.1kg jer.
Sudah tu gi ziarah bekas cikgu hubby yg kena kanser saraf. Baru hari ni boleh makan. Ye la dia buat kemo kan, mana selera nak makan. Siap bermaaf maafan lagi. Bergenang air mata hubby. Umur dia dah 63 tahun. Tgk keadaan dia macam tak lama dah. Tapi wallahualam.
Pas tu gi ziarah kawan hang nadim. Budak pompuan. Umur 12. Selalunya dia suka melayan hang nadim main bola. Kesnya jangkitan kuman pd saraf. Macam kita kena tindakan reflek tu. Maknanya, pergerakan tubuh tanpa kawalan otak. Masa nak X ray terpaksa di pegang sbb dia mcm menggelupur. Bila ditanya, katanya mmg dia pun tak tau kenapa tubuhnya ter laku cam gitu. Pelik sungguh penyakit zaman sekarang.Kelmarin dia dah ok sikit.
Balik rumah, hang nadim tidur. Lepas asar, kejutkan dia sbb kv dah janji nak gi birthday party anak kawan kv. Dia buat kat A&W. Ingatkan biasa ajer. Rupanya grand sesangat. Hmm..naik segan pulak kv. Bebudak pakat dok takut kat maskot beruang tu. Hikk hik hik..hang nadim pun siap meraung jugak. Pas tu sebok menanya badut (maskot tu) gi kemana. Byk sungguh dia makan. Pas tu pakat2 main gelungsur. Nak bersurai tu, tuan tanah siap bagi goodies(betui ke eja ni) lagi. Hik hik hik naik segan pulak kv. Ye la, hadiah yg kita bawak tak seberapa. Hang nadim siap dpt 2 goodies bag lagi. Tapi terlupa nak ambik gambar.
Usai kat situ, kami ke kb mall pulak. Ingat nak buat pemeriksaan gigi percuma. Bila pikir kat hang nadim yg cepat boring, cancel lah. Dapat belon ajer lah. Kami beli barang dapur sikit. Balik tu singgah beli roti canai kat cek dan mek. Sampai rumah, sebok hang nadim menceceh cerita pasal maskot A&W tu. Siap mimpi2 lagi. Pagi tadi elok aje bangun tidur. Bila ditanya pasal maskot tu (dia panggil badut) tersengih sengih dia. Hmmmm...bebudak kan, bahgia nya dunia mereka.
--------------------oOo--------------------
19 Comments:
penuhnya aktiviti kv.
untung mil kv dapat anak cam hubby kv yg rajin tolong parent :) n untung mil kv sbb dpt kv as menantu yg sporting n kv untung gak sbb dpt parent in law yg sporting :)
wah..nanti birthday H.Nadim tu blhlah wat kat sana plak..mesti dia suka :D
entah la kak syikin, rasanya hubungan in law ni sama2 kena give n take. Masing2 ada benda yg tak suka, tapi kena selalu think positif lah. Setakat ni ok ajer. Tapikan, hubby mmg jenis yg ambik berat sgt pasal org2 yg dia syg. Kv jenis malas nak melayan, hubby sebaliknya. Tapi tgk keadaan la jugak.;)
Birthday hang nadim, selalu kv beli kek sebijik jer. Pas tu campur makanan lain. Ajak kawan2 dia dtg makan.Simple ajer.Hikss
hehehe...hubby kv macam abah aku...suka dgn berkebun ni...gambar atas tu gambar burung puyuh ker?
best aaa gi kebun.. kite sukaaa.... suke kampung....
MR,
tu burung ketitir la. Kat kedah aku tak tau pulak org panggil apa.
Ayu,
mmg kampung best. Tapi kat bandar best jugak. Canggih!
best nyer, aku pun sempat balik this week, tapi setakat sempat sembang and makan sama jer la, lain tak sempat...
Rajin sungguh cik abe memesin rumput.. Kalau FREE buleh ler tulung mesin rumput dumah saya nie..he.he..he..
Moga kawan hang nadim cepat sebut daro penyakitnya & girang seperti kanak2 lain.
ontahsapo,
makan pun best apa..
nbk 466,
kv pun kesian sgt kat kawan hang nadim tu. Moga dia cepat sembuh.
Hmmm..berapa ringgit/kaki persegi ekau nak upah mesin rumput tu? Hehehehehe..
salam kenal.. singgah dr laman blog iv
best sungguh suasana kampung nih..mengembalikan nostalgia sokmo...bahaya jugok sakit kawan Hang Nadim tu yek? kesian dia, kecit2 dah kena sakit...
mamamanja,
salam kenal jugak.Trimas sbb sudi singgah sini.;)
Kak we,
hik hik hik..nostalgia ker?;)
Kak bie,
wah..selamat pulang perantau. Rumah kv kat peringat.;) Pauh la ni ada yg sekilo 2 ringgit ada yg 3 kilo 5 ringgit. Tgk jenis, saiz dan tempat jugak.
kv mcm mari blaja buahan je hiks..
oh ade burung tuh suker sgt buat rumah dia kat postbox ku..haha
IV,
tak kisah lah...hik hik hik
petiais,
dah bertelur ke burung tu. Dekat pokok bonsai kv pun bulung cak tuli buat sarang. Nanti kalau sempat kv snap snap.
Wah baguhnya laporan KV ni, siap dgn gambo lg..he..he..k.nik meme peminat setia blog kv ni. Suko baco aktiviti2 di kg + gamba2. Baguh2!
Suka nyer suasana kampung...tidur pakai kelambu dan ubat nyamauk, pagi2 mandi air perigi, petang2 mandi sungai, makan buah2han...seronok betul tapi cuaca ada kampungker?
Bestnya kat kampung. Segar minda....
Hang Nadim? Jarang orang zaman sekarang nama klasik macam tu.. Tahniah..
ps: selalu jumpa Putra Hang Jebat kat masjid Ulu Klang... hehehe
Hey ade gok hok kenal buoh khekut yea?.. aku puah doh citter ke oghan.. buah nie kena gentel baru buleh makan.. kalau idak ia kelat.. sket
ha sapa tau buah pioh.. warne hijau / perang.. kene katok dulu baru isi 'lekang'.. butir tiga segi macam buah ketapang / butir bunga zaitun.
kalu makan sure banyok lekat gigi macam biskut marrie.. unik gile buah nie
se lagi.. ade sapa tau kat mana koleksi buoh / pucuk, ulam kampung lain.. senang aku nok citte ke anok2 aku.. survival skill masuk hutan tur...
Post a Comment
<< Home