Kv cuba pulish lagi gambar2 taman orked tu. Akhirnya dpt la jugak.Gigih betul katanya.;)
Hik hik..tgk la mama hang nadim yg syok dok melilau tgk bunga kertas tu.
Salah satu mercu tanda dlm taman tersebut.
Pameran bunga ros. Macam2 jenis ada. Siap letak tag supaya jgn cium.Ahaks..
HARI MINGGU.
Kv tak balik bermalam kat rumah mak sbb nak tgk suhu tubuh hang nadim dulu. Takut demamnya melarat. Hari jumaat tu kita org melenggang ke kb mall.Ke mana lagi ye? Ada road tour tourism malaysia. Macam2 promosi pelancongan ada. Hos dia osman kering, jali salam pantai timur dan deejay manis fm yg kv tak kenal pun. Hmmm..bosan.
Hang nadim dok merengek nak makan mee (sizling yee mee). Terpaksa la ikutkan hasrat hati anak bujang ku yg sorang tu. Byk sungguh dia makan. Lepas tu dia meragam bila dah kenyang. Geram betul. Abah dia ajak gi kat indoor game sebelah food court tu. So, kv layan makan sorang sorang.
Dah siap makan tu, nak gi cari hubby ngan hang nadim. Tetiba rasa cam pernah tgk jer org tu. Bila dia pandang kv, dia pun menghadiahkan senyuman. Manis sungguh. Walaupun orgnya tak lawa mana (pendapat kv la tu), tp manis betul senyumnya. Sharifah Shahora tgh minum ngan kenkawan dia. Ada shooting kat kota bharu kot.
SABTU.
Pagi ni kami rancang nak balik jenguk mak kv kejap. Rasa tak sedap hati kalau tak balik setiap minggu. Sejam perjalanan aje kan. Dekat aje lah. Tp hubby dok sibuk ngan pukat dia pulak. Kali ni dia beroperasi di tali air depan rumah aje. Sibuk suruh kv buat pekasam ikan air tawar tu. Kv pun bagi cadangan, bawak balik rumah mak kv, nanti mintak tolong dia buat kan. Mithali betul kv kan?
Hasil tangkapan pagi sabtu tu.
Petangnya, balik semula rumah MIL. Kawan lama hubby datang. Dia kerja kat kl. Katanya cuti 2-3 hari. Dia tolong hubby kutip ikan belah petang pulak. Kv hadiahkan kat dia semua tangkapan belah ptg. Ye lah, org dok kl mana la nak merasa ikan darat kan. Bagi chance lah.
Banyak lagi kv nak cerita. Tp macam over pjg pulak.Hikss. Nanti esok lah kv sambung lagi. Enjoy ya. Ibarat kata kak nik, kalau nak merasa suasana kampung jenguk la blog kv. Pure org kampung.;)
--------------------oOo--------------------
7 Comments:
kv: banyaknya hasil tangkapan ikan2 darat tu.mmg suami kv ni tak leh dipisahkan ngan memancingkan. syukur kv ni understanding..kalau tak...alamat cold war lah jawapnya ;)
kasut,
saya dah link kan alamat kamu.hehe
salam lawatan sambil belajar menangkap ikan dari hubby kasut
KV,
banyak betullah pamean kat Kelantan ni..jeles le pulak..semua tu memang KS giller..lagi2 kalau pameran pokok bunga rose...
lepas ni nak buat projek satu bulan satu pasu rose :)
kak syikin,
hubby mmg hobi dia tangkap ikan. Mengail la, tahan pukat la. Pantang tgk air surut or tempat elok, ada je plan dia nak tangkap ikan. Kalau kv rasa mood ok, kv ikut dia. Kalau rasa penat, kv tgk astro ajer.
semut,
terima kaseh la sbb sudi gak jenguk sini.Kalau nak tgk ikan darat boleh la jenguk sini ye.
kopi suam,
sebenarnya pesta flora tu sekali setahun aje. Boleh la nak tgk segala mcm bentuk rupa flora.;) Wah, nanti penuh rumah KS ngan bunga ros la.Hik hik
kak bie, sayang nyer.Pesta Flora tu abih 8 april lepas.Hik hik hik tahun depan kalau pjg umur mungkin kak bie boleh sampai situ. Jgn kecewa ye.;)
Awatnya tak leh cium bunga tuh? Bunga plastik kot....
Mmg rajin sungguh menagkap ikan abe KV nie yek....leh bukan pasar basah nie..he..he..he..
nbk466,
entah la kenapa tak bg cium, takut abih bau kot.Hehheheh.
Ofismate kita org pun selalu perli, boleh bukak bisnes ikan pekasam. Padahal dia org pun dok ngap ikan darat tu jugak. Free kan. Sedap la melantak.Hik hik.
Post a Comment
<< Home