kasutVINCCI

4.02.2006

PUJA UMUR ~ part 1

Akhirnya, setelah penat dok publish gambar (laaaaaaama sgt), menjadi la jugak. Sakit kepala kv dok pikir kenapa 'slow' sgt servicenya. Hikss...tak sabar sungguh.

Malam Sabtu (hari Jumaat) kami ke kota bharu. Saja nak ronda2 tgk ragam org di musim 'puja umur' ni. First nya, kami ke kb mall dulu sbb ada urusan yg nak dibereskan. Sempat jenguk kat handbag yg sale 70% Ingat nak cari kaler pink, bila berkenan teringat pulak patent nya sama cam ofismate kv. Tak jadi la. Pas tu kami pusing2 bandar. Singgah stadium kejap tgk org. Lagi pun hang nadim sibuk nak tgk keretapi. Hiksss..

Jalan sibuk tp tak berapa jem. May be kv dah lewat skt kot. Dapat park dekat ngan stadium. Punya la ramai umat manusia. Pening2 lalat kv dibuatnya. Tambah pulak tangan hang nadim dok heret ke sana dan ke sini.

Penat berpusing, kami singgah minum kat food court sebelah stadium. Kalau dulu, belum dibuat bangunan baru tempat ni dikenali sebagai kedai payung stadium. Macam2 fesyen manusia ada. Wah gitu.

Dekat situ jugak, ada pertunjukan wayang kulit. Tp, malas la nak tgk sbb terlalu ramai org. Hang nadim pulak dok jual perangai. Ishh... geram kv. Pusing2 pameran, bosan hang nadim dok mengamuk, kami terus ke kereta.

Dah lewat malam, so beransur keluar dr bandar kota bharu. sambil2 tu cuci mata ngan lampu lip lap lip lap yg di hias indah. Nampaknya kota bharu tak tidur sempena pesta puja umur ni. ;)




Antara pintu gerbang berhias yg kv sempat snap.


Crowd yg turut serta menghangatkan malam di stadium.

Itu aje lah untuk part 1. Nanti kv sambung lagi kalau berkesempatan. Daa..



--------------------oOo--------------------

10 Comments:

Blogger Mummy Rizq said...

wah.. hang nadim kekecik lagi dah pandai lepak malam malam yea....

10:25 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

mar,
hang nadim mmg gitu. Kalau bab berjalan mmg laju sokmo. OK sentiasa. Padan la mama dan abah dia pun gemar ronda2.:)

4:14 PM  
Blogger WRA said...

PB, meh kelik rama2 hehehehe...

Saye betul lo ni tak dok kereto berhias doh...kalu tidok haruh merioh lagi dih? Dulu maso kecik, relo jjale kaki jauh2 nok cari port baik nok tengok kereto berhias nih....

lepah tu ado bungo api la kat stadium tuh...ingat lagi ado arwoh Wok Sir nga Pok Ya buak persembahae...kat stadium tu dulu mok sepupu k.we ado keda make, jadi gak singgoh ssitu sokmo kalu pujo umor ni...sambil tunggu bungo api sambil kutip minuman kat keda tuh hehehehehe....lo ni dio jua doh keda tu ko ore lain...

6:41 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

ya Allah, wak sir meninggal dah? Wallahi saya tak tau.

cantiknya gambar2 ni..mmg meriahla.

9:52 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

Kak PB,
jom la kelik klate. Hiksss

Kak we,
kv kalau keto berhias siap tidurkan hang nadim dulu. Pas tu bonceng motor ngan hubby. Motor kan boleh park plg dekat. La ni dah takde. Kenangan sungguh.

Kak syikin,
meriah la jugak dgn kota bharu yg tak seberapa nih. Kalau nak dibandingkan perayaan kat ibu kota mmg jauh lah.

9:57 AM  
Blogger abi said...

eh... pesta puja umur? dok penoh dgr pun.

gemuloh wok sir? bilonya? isk... teringat lagi ayat dio dlm cerito fatimah oh fatimah: ok aloh kereto ni brokna pulok.

KV, ada kedai roti bakar tak kat tepi stadium? apa nama ek?

10:50 AM  
Blogger Ayu Mohamad said...

tgk gambo nya nampak meriah gile.. cantik2 lampunya tuh.

*tak penah jejak negeri kelantan...tingin sangat nak g sana

2:46 PM  
Blogger Kopi Suam said...

cantik2 gak pintu gerbang kat KB ni ek..awat masa pi sana dulu tak perasan pun...hmmm lama dah tak pi KB..teringat coconut shake kegemaran KS

3:01 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

Dato'
bukan pesta puja umur sebenarnya. Mana boleh puja umur, kan. Tp perayaan sempena sambutan ulangtahun kelahiran al sultan.
Kv tak pernah perasan pun ada kedai roti bakar dekat stadium tu. Kalau popia tu, famous la jugak.

Ayu,
kelantan pun biasa cam negeri lain jugak. Yg membezakan tentu lah adat dan budaya. Apatah lagi dialek nya yg 'canggih' tu. Kalau ada kesempatan jemput la dtg sini.

3:02 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

Kopi suam,
pintu gerbang berhias ni biasanya akan dipasang lampu2 nya time ada perayaan. Mungkin time Ks dtg sini tak terkena dgn masanya kot.

3:03 PM  

Post a Comment

<< Home