kasutVINCCI

6.29.2006

CUTI
Kelmarin kv ambik cuti rehat. Hubby pun cuti gak sbb nia nak sudahkan tebas kebun. Kv pun malas gak nak gi kerja. So, join hubby tebas kebun gak. Memula sampai tu kami kutip durian yg gugur dulu. Pas tu call kawan ofis ajak gi kebun. Tapi dorang sibuk sgt tgh recci resort nak buat family day. Masih tak jumpa jumpa lagi. Semuanya dah penuh.Durian yg gugur sebelah pagi.
Kebun kami yg masih lagi semak. Ni gambar kv snap masa tunggu hubby bawah teduhan pokok rambai yg rendang tak berbuah.

Pas tu hang nadim tiba dgn mek. Siap bawak ubat nyamuk lagi. Padahal kami dah pasang anti moskito dlm henfon kv. Tapi belum pun sempat sampai ke dangau (pondok) dia dan jatuh. Habis patah ubat nyamuk tu. Menangis kesakitan dia sbb tercalar betis. Bangun tu terus dilempar ubat nyamuk tu. Macam la ubat nyamuk tu yg membuatkan dia jatuh. Kekekekekekekee.
Masa tunggu abah dia menebas, hang nadim sebok suh kv buat ketupat palas. Ni la hasilnya.

ROTI

Belah petang sbb takde benda nak buat, kami gi kb mall. Takde benda nak beli pun. Saja jalan2 cuci mata. Kami singgah minum dekat kiosk muhibbah cake. Sambil2 minum sambil tgk org lalu lalang. Best jugak camtu.

Tetiba kv terpandang papan iklan muhibbah cake tu. Gambar kat bawah.

Tergelak sakan kami. Teringat masa hang nadim dalam ICU dulu (masa baru lahir). Kv ngan hubby dah lama bincang nak taruk nama apa sbb dah tahu jantina. Bila sepupu tanya, kami bagitau la nama Muhamad Danish Azran. Bulat mata sepupu kami.

"Bakpo buh nama roti nya?" tanya sepupu

Hubby buat muka blur. Kv dah gelak dah. Kekekekekekekeke.

Ye lah, cam style omputeh pulak buh nama benda.;)

Kv jawab kat sepupu, takpelah nama roti pun, mudah mudahan murah rezeki. Danish tu maksudnya kebijaksanaan.;)

Sudah minum, kami gi pacific sbb nak beli susu hang nadim. Beli gak kasut 1 lagi untuk hang nadim. Boleh la nanti dia pakai kasut tu kalau nak main keliling rumah.

Hang nadim bergaya dengan kasut baru malam tadi. Sori gambar gelap sbb kv lupa nak guna night mood.:)


--------------------oOo--------------------

6.27.2006

HANG NADIM DAN KASUT BARU

Hari ni kv nak cerita pasal hang nadim dan kasut barunya. Balik dr kerja tu dia tgh merengek ajak mek gi rumah mek ja (kawan dia). Tapi mek tak layan. Bila kv bagitau yg kv dah belikan kasut utk dia, terus tak jadi gi rumah mek ja. Dia ikut jer kemana kv pegi. Dapur lah, dalam bilik la. Tak sabar nak tgk kasut baru.

Bila dah tunjuk kasut baru tu, mmg tersengih sengih cam kerang busuk lah. Suka sgt dia. Maklum lah dah lama mintak, baru mama kasi. Sebok menceceh bagitau mek dan mak yg kasut dia lawa. Dah try pakai tu tak mau bukak dah. Ajak mek gi rumah mek ja. Nak nyohor (tayang) kasut baru dia. Kekekekekee. Bebudak kan.

Mak bawak lah dia gi rumah mek ja. Lps solat asar kv masak utk dinner. Sudah tu kv dan hubby main badminton. Baru jer main, dengar suara dia memanggil. Hah..terkejut kv tgk kasut dia. Dah kotor dah. Ish..geram pun ada. Sayang ngan kasut ni. Rupanya sebab mlmnya hujan, jd kawasan yg selalu dia main kat rumah mek ja tu becak sikit. Tu yg kotor jadi kasutnya.

Malas nak bising, kami terus main badminton. Dia pun main tepi2 tu lah. Nak naik kerumah tu dia ke baldi air, terus curah kat kasut. Terkejut kv tgk. Baru kv perasan, selalunya kan di apakai selipar. Nak naik ke rumah (ikut pintu dapur lah) mak ajar dia basuh kaki dulu. Tu yg dah jadi habit tu. Habis lencun kasut.

Geram punya pasal kv cadangkan kat hubby gi beli kasut bundle jer kat hang nadim (utk dia main kawasan rumah). Kami pun bonceng kapcai buruk gi le kedai kasut bundle tu. Hmm..dah gelap (nak maghrib), jd tuan kedai tak bukak yg dlm guni tu. Yg dok pamer tu takde saiz hang nadim. Hmmm...nampak gayanya jadi belacan lah kasut baru. Kekekekekek

Pagi ni, bila bangun dari tidur. Dengan botol susu kat mulut, bantal kucing kat tangan dia menjerit mintak abah pakaikan kasut. Nak pegi sekolah katanya. Ish... fantasi betul hang nadim ni. Bila Abah dia mandikan terus mintak kasut.
Sambil2 tunggu bas sekolah., sarapan roti canai dulu. kekekeke. Buruk betul cara duduk tu. Tak mau bersila takut tertinggal bas. Punya la tinggi imaginasi dia.
Hang nadim posing dengan mulut yg comot (tak basuh) lepas sarapan.

--------------------oOo--------------------

6.25.2006

RENTETAN HARI MINGGU

Jumaat.

Kv tak balik rumah mak ptg khamis sbb hubby nak menebas dalam kebun dulu pagi jumaat tu. Kv pun menolong sama. Tapi byk tolong tgk jer lah. Hang nadim pulak sibuk nak ikut sekali. Tapi tak boleh bawak sbb tak muat nak bonceng motor. Pujuk dia suh gi lps tu dgn mek.

Sampai kat kebun tu hubby tebas jalan masuk dulu sebab terlalu tebal semak samun. Hubby guna mesin galah (mesin rumput tu) tapi guna mata piring (besi) sbb kalau mesin rumput tu guna mata tali(tangsi). Mesin galah tu boleh diguna sbb pokok tak de la besar mana. Cuma tebal sikit lah. Kv tolong tebas anak2 pokok getah yang meninggi tu (btg dia besar skt, tak berapa sesuai guna mesin tu)

Kv sebenarnya cuba snap gambar buah durian atas pokok, tapi teknik pencahayaannya tak kena. Tak nampak buah2 durian tu.
Ni buah durian yg kv jumpa dekat jalan masuk.
Hubby tgh menjalan kan tugas memesin semak samun.

Pondok buruk tempat kv tunggu hubby.


Nenas pun ada jugak. Tapi dlm gambar kat atas ni nenas hijau. Korang pernah jumpa tak? Nenas ni walaupun dia masak, buah dia ttp hijau jugak. Isi dia rangup dan manis. Hubby panggil nenas duri. Mungkin pokok dia berduri lebih dari nenas biasa tu.

Pagi jumaat tu kami berhenti menebas dekat jam 10.00 pagi. Esok kena sambung semula. Pas tu balik bersiap kemas nak balik rumah mak kv pulak.

Sampai rumah mak, abg kv dab BIL tgh merepair motor pengepam air. Enjin air tu dah jem. Seminggu dah mak kv terpaksa karai (cebuk air guna timba). Kesian org tua tu. Tapi penat dorang cuba tak menjadi jadi jugak. Hubby pulak sambung, tak menjadi jugak.

Pas tu BIL gi hantar kedai repair lps solat jumaat. Bila dihitung kira lebih baik trade in. Dapat enjin baru. Balik tu BIL sensorang dok pasang enjin tu. Hubby tidur dulu sbb dia penat sgt. Dah ok enjin tu, BIL tukar kepala paip dan gam semula paip2 yg bocor. Pastu hubby join sama. Dah siap tu tetiba enjin jem pulak. Hairan betul.

BIL kv dah bengang. Dia gi hantar balik dan tukar ambik enjin lain. Naik heran tokey cina tu, tak pernah2 jadi gitu katanya. Dah bawa balik enjin baru tu, mula lah dorang menggodek. Puas fikir tp tak menjadi. Last2 teringat nak tgk valve yg kat dlm telaga tu. Bila di check tgk, dah tersumbat pasir. Telaga rumah mak kv sebenarnya dlm. Tapi ada satu hari tu kerek telaga yg kat bawah2 tu runtuh. Jadi dasar telaga tu dah jadi tak sama. Agaknya dorang silap letak batang paip tu (dekat sgt ngan pasir). Tergelak kami bila pikir dah rosak enjin baru (yg memula tadi) gara2 valve tersumbat pasir.Kekekekeke

Bila dah cuci valve tu, hubby cuba turunkan semula batang paip tu ke dalam telaga. Tapi, paip sambungan (bentuk L) tersadai atas bumbung pulak (btg paip tu pjg). Aduh, masa tu dah pukul 7.00 ptg. Hubby pun cari galah nak kait paip yg tercabut tu. Dalam bengang kami gelak gelihati. Ujian betul hari tu. Nasib baik lah btg paip tu dpt diambil semula. Dah 15 minit org azan maghrib baru lah semua settle. Mak kv pun menarik nafas lega. Alhamdulillah. Dari pagi buat kerja, sampai malam baru jalan. Mujur dia org tak cepat fed up. Hiks.

Lepas solat maghrib kv bertolak balik rumah mek. Dekat 9.30 baru sampai. Melepas lah nak tonton diari.

Sabtu.

Kami sambung menebas pagi ni. Dah nampak dah rupa kebun sikit. Kv tolog gak la hubby. Hari ni masih terasa lenguh2 jer lengan ni. Tgh dok menebas tu, dum sana dum sini. Durian gugur. Tu yg hubby pakai topi keselamatan masa menebas. Takut tertimpa kepala. Tapi peringkat awal ni byk durian yg tak menjadi. Org kelate cakap buang buruk. Maknanya durian yg gugur tu, yg tak menjadi, dah byk hari sikit (dah habis yg tak elok tu) baru la yg molek tu gugur.

Pukul 12.00 baru kami balik. Hang nadim dtg dgn mek. Siap pakai baju dan seluar pjg. Nyamuk byk sgt. Tp mek terlupa bawa ubat nyamuk. Mmg penat sgt hari ni. Sampai rumah tu pinggang kv skit sgt2. Terseliuh urat kut. Baring dlm 1/2 jam baru rasa lega.

Petang pulak, sebab nak tgk konsert AF4 belah malamnya, kami decided keluar ke kb sebelum asar. Mula tu terkejar2 ke stadium sbb hubby nak beli stok prepaid. Tapi belum pun jam 5.00 india tu dah tutup kedai. Punya la bengang. Berkejar pulak ke tempat lain. Dah start hujan. Jalan pun jammed teruk. Tgh tunggu hubby beli repaid tu hang nadim pulak terken**ng dlm kete. Pada hal seminit sebelum tu kv dah tanya dia. Jawap dia takmau. Geram sungguh kv. Agaknya sejuk sbb hujan kan. Terpaksa la kv godek dlm kete tu cari diapers. Geram sungguh kat hang nadim ni. Terpaksa la dia menahan kesejukan dlm kete tu tanpa pakai seluar.

Sampai kat kb mall, kv bawa dia gi beli seluar lain dulu. Tak pepasal dpt seluar baru pulak. Pas tu bawak dia gi salin dan kv gi solat asar. Hang nadim siap baring bagai masa tunggu kv tu. Agaknya penat sgt kut. Sudah tu dia tuntut janji. Agaknya dah 1/2 tahun kut hang nadim mintak dibelikan kasut. Semenjak dia pandai pakai selipar kv tak pernah belikan dia kasut. Saje jer. Byk kali dia minta tp kami buat tak tau jer. Kali ni kami dah tak boleh mengelak dah.

Gi kedai Bata, ada yg berkenan tapi takde saiz. Pujuk dia tak yah beli dulu, tapi tak makan pujuk pulak dah.Takkan nak beli kasut ketat pulak. Ajak dia gi kedai lain. Nasib baik dia ikut. Penat pusing satu kb mall tp tak jumpa kasut yg berkenan. Kalau padan saiz, patent kartun overdose tu pulak. Buruk jer nampak. Kalau yg berkenan pulak, takde saiz kecik. Last2 pujuk hang nadim makan kfc dulu. Mujur dia mengangguk. Pas tu masuk pasific gi beli barang dapur sikit. Sampai la hang nadim dah lupa pasal kasut tu.

Tapi pagi ni tuntut janji semula. Mmg kv dah niat nak gi beli kat Bata dekat ofis kv ni. Dah gi beli pun tadi. Harap2 muat la kaki dia tu. Tapi dah janji ngan org kedai bata tu kalau tak muat nak gi tukar esok. Mesti ptg karang dia excited tu.

--------------------oOo--------------------

6.22.2006

SUMMARY 2-3 HARI.

Dah byk hari (hiks byk hari ke) kv tak buat en3. Bukan takmau tp mmg tak sempat nak ngadap blog. Kebetulan my big bos yg gi be***ng seminggu dah balik 2 hari lepas. Byk kerja yg tertunggak terpaksa di settle kan.

Selasa
Big boss dah balik tp tak masuk ofis sbb terlalu penat. Kesian dia, perubahan cuaca membuat kan dia asyik terbersin achom achom. Tapi kami kat ofis buat kerja cam biasa cuma kalau ada benda yg nak dirujuk kena gi jumpa dia kat rumah lah.

Recci kami ttg resort nak buat family day tu masih tak siap. Tak jumpa lagi resort yg ada bilik byk dan boleh bawak masuk caterer sendiri. 2 tahun lps kami buat kat Perdana Resort. Kali ni ngan perasan kekwat takmau dah buat kat situ, takut boring tempat yg sama. Tapi tak kesudahan gamaknya. Hanya tempat tu yg sesuai. Bilik banyak, murah dan boleh bawak masuk caterer sendiri.

Kami pun decide gi situ nak ambil quotation. Tapi sempat lagi singgah kat perdana bowl. Layan boling dulu seround sorang. Kekekekeke. Tapi geram la tgk pasangan bercinta di kiri dan kanan kami tu. Asyik berpeluk jer. Ish...dah moden sgt bebudak ni. Garfu asyik berjalan jek. Tempat awam lak tu.

Sudah bowling tu kami pun gi la PCB. Cari puan norliza (eh ke cik ah? kv pun tak perasan). Dulu kami mmg berurusan ngan dia. Mmg tip top la kak liza ni. Rupa2 nya dia dah tukar jaga restoren pulak. Tapi dia masih layan kami. Baik sungguh kak liza. Harga bilik naik sikit. Ye lah, dah 2 tahun tak gi situ kan. Tapi dia akan bagi diskaun kalau kami jadi buat kat situ. Masalahnya tarikh untuk Julai takde yg kosong utk weekend. Ada satu tarikh yg hanya ada separuh dari bilik yg kami nak. Mana boleh kan.

Kami sebenarnya nak cepatkan sbb boss kv dah confim dpt naik pangkat. Kemungkinan besar awal ogos ni akan posting. Tu yg big boss pun kalut suh buat julai.

Selesai bincang ngan kak liza (akan ada perbincangan lg), dia pelawa kami makan tgh hari. Hikss sengaja gi time lunch ni. Kami pun cam org mengantuk disorongkan bantal lah. Pelayan restoren tu suggest kami makan nasi kerabu goreng seafood sizzling. Wah..dengar nama cam sedap jer. Kami pun angguk aje. Hmmm...mmg sedap lah korang. Hari ni masih ingat lagi aroma dia. Kalau org kelate yg biasa makan nasi kerabu tumis, bau dia lebih kurang gitu lah. Tapi lagi kaw. Nasi kerabu dia best. Pas tu ada sotong besar, ada udang besar dan ikan tenggiri dengan rempah. Masa pelayan tu serve, rempah tu meletup letup dlm pinggan besi panas tu. Pinggan tu kiut la, bentuk lembu. Tapi ada yg terjamah pinggan tu sampai melecur tangan. Darat sungguh. Sampai ari ni jd bahan gelak ketawa. Muakakakakaka. Eh lupa nak bagitau, harga dia 10 ringgit jer sepinggan. Murah kan? Nanti nak pegi lagi lah.

Rabu
Big boss masuk kerja ini hari. Maka dengan automatiknya kv pun turut sibuk la dari biasa. Hmm...rasa macam tersekat sekat nafas. Sampai kv berhenti makan dan solat jer, pas tu sambung kerja semula. Ofismate bising dok ajak makan colek nenas dan buah setar (buah kundang) pun kv tak sempat nak join. Mujur la dorang simpan utk kv. Kv layan sorang2 kat rumah.

Kv goreng mihun utk dinner. Malas nak makan nasi. Hubby layan ikan 3 rasa yg abg restoren (kawan kami) bagi masa lunch tgh hari td. Mak, mek dan che makan mee tomyam yg kami beli kat pasar malam.

Balik dari pasar malam tu lalu ikut kebun. Nampak mek dgn che tgh bakar rumput. Kami pun tinggalkan hang nadim kat situ. Apa lagi boleh main badminton dengan jayanya. La ni kan cuaca teruk sgt (hujan campur ribut dan petir). Padang badminton kami kan open air. So, air bergenang memenuhi court la. Macam kerbau berkubang la kalau kami main. Tapi petang kemarin pun masih basah lagi. Layan ajer. Sempat la keluar peluh.

Oh..kalau ada yg tak tau lagi, kat kelate ni durian kampung dah start luruh. Tp masih peringkat awal lah.

Ok..itu jer lah citer kv. Nak sarap dulu bcoz kejap lg ada meeting.

Bayen.

--------------------oOo--------------------

6.19.2006

ISU SEMASA

~Berakhirnya kisah Cinderella
Akhirnya bercerai jugak erra dan yusry. Kv bukan peminat fanatik diaorg. Tak pernah beli cd nyanyian atau menonton wayang pun cerita lakonan dia org. Namun masa dorang kawen dulu, kv siap beli semua magazine dan cd perkahwinan (walaupun pirate~hiks). Sampaikan hubby membebel bebel, marah kv buang duit katanya.

Dlm majalah tu mcm2 aksi ada. Yg havoc tentulah peminat2 dorang. Sampaikan baby belum pun lepas 40 hari diusung ke taman tasik tu. Semata mata nak menyaksikan atau meraikan hari bersejarah idola mereka.Kan?

Apa pun sudah tertulis di azali dan yang terindah itu hanya lah sementara. Sampai sini sahaja jodoh mereka. Berusaha sedaya upaya menyelamatkan (kata mereka lah, mana kita tau kan), namun jalan perpisahan juga yg mampu meleraikan kekusutan. Apa pun masalah yg dihadapi hanya mereka yg mengetahui. Bagus jugak mereka memilih utk tdk mencanangkan punca sebenar. Baik buruk rumahtangga sepatutnya hanya pasangan yg mengetahui.

Masa ikatan terpatri, kv membayangkan alangkah bertuahnya mereka. Pasangan cantik lawa, glamour karier. Seolah olah cerita dongeng yang berakhir dengan : "mereka pun hidup bahagia buat selama lamanya". Namun kita hanya mampu membayangkan, mereka yg melalui.

Kv sebenarnya sedih dgn kisah mereka ni. Mungkin ini jalan yg terbaik. Benarlah kata org, hidup dlm kemewahan, penuh kerdipan glamour, belum tentu bahagia menyebelahi nasib.

Moga pasangan ini mampu menempuhi hari mendatang dengan positif.

++++++++++++++++++++++++++++++

~Rich terkeluar
Tgh hari kelmarin, lps solat zuhur, kak PB sms kv bagi tau 'Yg dundi keluar ialah RICH'. Hmmm...kv tak kisah sapa pun yg keluar. Dah format rancangan tu gitu kan. Last2 nanti akan tinggal 5 org jer utk final. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Mlm td kv menonton siran ulangan kat ch 15. Walau kecik tp ok lah. Bila tgk sa5 buat persembahan, kv rasa tak sedap hati pulak. Entah lah ek, tak tau nak descibed cemana perasaan ni. Tp bila tgk sa5 dok menari2 tu rasa tak sedap tgk pulak. Padahal kalau kita kat skolah dulu (kelantan kebanyakan bertudung) tak de la rasa pelik gitu. Mungkin agaknya sebab dlm kaca tv kut.

Kv bukannya alim agama. Pakai tudung sebab mmg dah kewajipan kita org islam dgn nawaitu krn Allah taala. Kv bersukan, terlompat lompat gak. Malah pakai t shirt lengan pendek pun. Agaknya sbb kita tak mendapat perhatian, rasa benda tu selamba je.

Sabtu lepas, kv ke kb mall dengan anak beranak. Tgh berjalan jalan tu terpandang satu anak gadis ni, muka dia mmg lawa. Body pun lawa. Yg slack nya, dia bertudung tapi pakai skirt bawah sikit pd lutut. Menampahkan sebahagian besar betisnya. Mmg pemandangan tu pelik (walaupun pernah gak jumpa style gini). Malah remaja tu mendapat perhatian org. Langkah yg diatur pun nampak sumbang.

Pendapat kv lah kan, kalau dia nak pakai gitu, dan kalau dia tak bertudung mungkin tidak begitu menarik perhatian org. Walaupun dah sah2 membuka aurat itu haram.Bila dia dah pakai sedikit pelik gitu, niat dia nak me'window shopping' dah terbantut. Kv percaya dia ada perasaan malu dengan reaksi spontannya terhadap pandangan dan lirikan org.

Itu just pandangan kv, kalau ada yg tak senang mahun pun tak bersetuju kv minta maaf dgn hati ikhlas. Kalau tak suka, abaikan apa yg kv taip ni.;)

--------------------oOo--------------------

6.18.2006

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Hikss mcm bebudak skolah pulak. Actually kv ngan boss gi satu kem ni 3-4 hari lepas. Ada sikit urusan kerja kat situ. Nak masuk kem ni kena tinggalkan ic kat pondok pengawal (provos). Mula2 tu kami berangan cantik tak mau tinggalkan ic. So, bagi la kad kerja. Tp pengawal kat situ kekwat sgt takmau terima kad kerja kami. Tegas katanya. Dah bagi ic kat provos tu kami diberi kad pelawat sorang satu. Dgn adanya kad ni, kami dibenarkan memasuki kem dia org. Takde la kalau spotcheck nanti kami kena tembak bagai. Hiks.

Sudah kat situ kami pun blah. Dlm pd nak blah tu timbul idea nak meround kawasan dia org. Nak tgk life dia org dlm kem tu cemana. Kv sebenarnya dah biasa gi situ tp tak pernah nak survey ke apa.
Luas terbentang kawasan kem. Dpt teka tak kem apa (mati la teka teki)Hiks.

Dalam meround tu dpt la kv tgk bermcm mcm kemudahan yg terdpt dlm kem tu. Mmg canggih sesangat. Pas tu tinggalan kubu jepun pun masih ada. Tp tak sempat nak snap gambar lah. Cik driver bawak kami melihat kawasan pendudukan pelarian vietnam masa perang kat negara dia org dulu. Yg tinggal hanya tapak shj. Tp kat belah belah situ masih ada lg bangunan lama masa pemerintahan inggeris dulu. Hmm..satu pengetahuan dan pengalaman baru buat kv.

Dpt jugak dilihat pihak bomba tgh menjalani latihan asap. Kv tgk bangunan tu hitam legam. Agaknya dah kerap kali ujian kebakaran kan. Hmm... tak terbayang kalau kv terperangkap kat dlm tu. Mati tersedut asap.

Sudah situ kami gi kawasan kuarters dia org pulak. Hikss tertengok koperasi dia org. Sibuk my boss suh driver gi situ. Ofismate kv pun sama. Cerita dia org, barangan utk anggota beruniform (koperasi pern*ma) mmg murah sbb hanya utk jualan kat mereka saje kan. Semuanya ada termasuk barangan runcit, keperluan rumah spt barangan letrik, pinggan mangkuk, motosikal pun ada. Kv tertarik ngan pinggan mangkuk. Harga nya kv rasa cam kat langkawi pulak. Tp sekali pikir takkan kv nak membeli belah kat situ pulak. Last2 beli kacang butir sajork. Muakakakakaka.

Lps tu kami pun balik ler. Sempat ler tgk pdg golf dia org. Dilarang memancing katanya. Singgah kat provos ambik ai kami semula. Daaaa....

SABTU YG MERIANGKAN.

En3 kedua.
Kelmarin kami gi kb mall. Bosan tahap cipan dok kat rumah. Pas pulak tu panas ya amatzz. Nak melingkar cam ular pun mata tak mau pejam.;)
Sampai kat sana, kami dengar kuat sgt org menyanyi. Ingatkan dia org pasang lagu kuat sgt. Rupanya kumpulan hijjaz tgh buat persembahan. Kami pun join sama la menonton. Akhbar kosmo tgh buat road show sempena jualan akhar tersebut kat kelate ni. Ada gak jualan majalah terbitan mereka yg dijual ngan harga murah.

Ni kumpulan kedua, Mirwana tgh mempersembahkan lagu Aku Tanpa Cintamu. Hiks...ingat tajuk lagu ni sbb dia tak macam lagu nasyid ajer.

Pastu hang nadim pun dah merengek lapar. Kami pun gi minum lat kiosk MUhibbah Cake. Alaa...mcm side walk cafe tu. Byk hang nadim makan sandwich sardin. Kv makan karipap sebab teringat karipap ikea yg nbk pomote tu. Inti dia ada gak telut tp kv tatau la rasa dia boleh menandingi karipap ikea tu ke tak. Nanti gi kl kena gi ikea ni, nak try karipap tu.Kekekekekee

Hang nadim senyum sumbing tgh menanti abah dia order makanan.

Sudah minum kami meround ler. Ingat nak cuba masak spageti. Kami pun gi la beli alatan dia. Siap situ gi solat maghrib kat surau level 2. Hang nadim cam biasa la menjalankan tugas dia menunggu beg mama.

Usai kat situ kami keluar dr kb mall nak gi mydin lak bcoz mek kirim brg kedai. Che pun kirim beli kopiah. Masa kat mydin tu kv beli satu buku tuk hang nadim. Buku bergambar segala macam kenderaan. Hang nadim mmg minat sgt ngan kenderaan ni. Segala machinery yg besar2 tu mmg dia excited sgt. Kemain suka dia bila dpt buku tu.

Lesai kat mydin dah 8.30 malam. Kalau balik nak masak spageti karang kebulur pulak (makan masa gak kan). Hubby pun suggest gi pasar malam buluh kubu sajor. Kami beli nasi lemak sambal kerang satu (shared ngan hubby) pas tu beli ayam bakar bangkok.

Makcik + pakcik yg meniaga ayam bakar bangkok tu.

Sampai rumah dah 9.45 malam sbb be4 tu hubby singgah beli stok prepaid dulu. Kami solat isya' dulu baru dinner.

Habis la hari sabtu yg meriangkan.

--------------------oOo--------------------

6.15.2006

ENTRY PAST TENSE KATANYA

Dah 2 hari kv sakit jiwa (sakit jiwa jer, bukan gila tau!) internet access kat kawasan kami ni terputus. Memula tu ingatkan router pejabat yg terbakar. Bila org t*l*k*m mai check, rupanya rosak kat kota bharu. Ptg kelmarin baru jalan, tp servis nya slow sgt.

Ok lah, sbb 2 hari takleh nak update en3, kv buat en3 past tense dulu.HIks. 3 hari lepas boss ajak kv gi recci lg tmpt nak buat family day ofis kami ni. Ye lah, nak cari quotation dulu. Yg termurah dan baik la yg dicari. Kali ni kami gi besut gak tp menghala ke Bukit Keluang.Dekat situ jumpa Dem*ng Beach Resort dan Swe*t Beach Resort dekat Tanjung Dem*ng. Dah bincang sikit sebanyak tu, hajat lps tu nak gi cuci mata kat Pantai Bukit Keluang. Kalau ada yg pernah sampai, pantai ni byk gua dan tunggul laut.

On d way nak gi tu, kami terpandang satu resort yg keless la pd pandangan kv. Apa lg, terus strorm membelok masuk ke resort tu.
Owh..Bukit Keluang Resort katanya. Dekat juga ngan pantai. Tp kalau jalan kaki, boleh melecet dibuatnya. Patut la dia menyediakan basikal utk disewa.

Ni gambar kv snap kat lobby reception dia. Macam hotel lak sekali tgk. Tp mmg lawa dan nampak sedikit mewah.
Ni pulak antara dekorasi yg terdapat kat sini. Kebanyakan hiasannya style Bali. Mmg vastt.
Kereta lembu pun ada jd pameran.

Ni pemandangan dar pintu masuk (tempat parking) menuju ke reception dia.

Sebenarnya kv byk ambik gambar. Tp bila upload asyik hang sajork. So, hanya ni lah yg boleh diletakkan dalam blog. Mmg resort ni lawa. Harga di ok lah jugak. Tak mahal dan tak murah. Kalau ada yg nak pergi honeymoon kena declare dulu. Nanti diaorang hadiahkan kek. Kalau nak gi ber gewe tu, nahas nanti dia org report kat pencegah maksiat.

Ada kawasan paya yg dibiarkan kekal, pokok pokok bakau yg besar pun byk yg dikekalkan. Kalau nak mengail ikan toman tu rasanya boleh la kut.

So, hari tu kami hanya recci kat kawasan Bukit Keluang tu jer lah. Ingat nanti nak gi PCB lak. Tp masih tak sempat lg. Masa dan keadaan tak mengizinkan.

En3 lps ni kv cerita lak pasal lawatan sambil belajar kv ke kem T*DM Gong K*dak pulak.

--------------------oOo--------------------

6.12.2006

DEMAM AF

Tgh hari kelmarin kv tak sempat tgk live konsert ke 2. Jadi rasa terkilan gak ler. Tp kan masa gi recci resort kat kuala besut tu sempat la tgk velvet performed kejap. Best la jugak. Tapi suspen gak sbb tatau sapa yg keluar.

Jd mlm td masa hubby dok sebok nak tgk bola dan tennis (dlm masa sama) kv cuba cari2 channel mana yg ulang tayang konsert tu. Dpt la tgk channel 15. walaupun kecik tp quite ok la sbb tak yah tunggu lama2 nak nengok nyer. Bila baca yg bebudak dok chating tu, tau la kv yg KAREN keluar. Dah nasib dia tak lama dlm akademi kan.

Tp yg spoiled nyer, awat la astro tu rancang gewe karen tu naik pentas. Byk kali mamat tu enterframe. Kesian kat Karen, segan. Pas tu siap bawak budu bagai ni. Tau la org kelate. Tapi benda dah jd, komen byk pun tak berguna.Kan?

CERITA PEJABAT

Tadi masa kv meeting (dgn big boss dan panel dr jabatn lain) hubby diskas ngan my boss pasal kemungkinan besar my boss ni akan naik pangkat dan bertukar ke tempat lain. Carta pejabat kv la ni, satu big boss, 4 org second boss baru anak2 buah dan lain lain lg. So, bila kemungkinan mcm tu, big boss dah risau sbb kalau ikut pengalaman dan suasana kerja, boss kv ni yg plg boleh diharapkan. Yg sorang lg tu boleh buat kerja tapi byk masalah (sakit dsb), yg dua lagi tu mmg hancur la. Anak buah masing2 kerja sendiri2. Kiranya berdikari tanpa pengawasan bos lah.

Yg bermasalah tu jugak (selalu sakit~kdg2 was2 sakit betul ke tak)kemungkinan jugak akan ditukarkan ke pejabat cawangan lain. Tu yg big boss risau sgt2. My boss lak risaukan kv, takut kv tak boleh nak join ngan bos pompuan ni (bos hubby la ni). Hubby pulak ckp, tak kisah sbb mmg isu ni kami dah lama bincang. Kv sebenarnya tak kisah kv bawah boss mana pun. Kalau takde boss pun, kerja kv byk direct dgn big boss. Tapi tak sedap pulak la kan kalau kv tak duduk bwh second boss ni. Apa kata org lain.

La ni big boss tgh pening. HQ pulak arahkan big boss kv pikir apa yg patut dibuat secepat mungkin, takut2 bos kv ni cepat naik pangkat. Kena rombak carta. Aduhai, kesian pulak kat big boss. Lagi la licin kepalanya. Hikss.

Tak pe lah, hanya tunggu dan lihat. Harapnya, walaupun bawah seliaan sapa, kv dpt bekerja seperti biasa dan tiada tekanan yg tidak bersangkut paut dgn kerja. Yg tu mmg la sesapa pun tak boleh nak terima.

Tgh hari td, kv ngan hubby melenggang ke dlm pasar nak gi lunch. Teringin nak makan nasi air pakcik dlm pasar tu. Nasib baik ada satu meja kosong. Best la nasi air dia. Rege pun murah saja. Sudah makan singgah pasar basah beli ikan jap. Pas tu tertengok sorang makcik jual rojak buah. Best gak makan time panas2 ni.
Isi dia mempelam muda, jambu batu dan nenas. Sos dia besttt.

Oh ya, kv lupa nak publish gambar purse yg kv beli utk anak buah kv ari tu. Harga dia mmg murah. Satu 3 ringgit, kalau beli 2 hanya 5 ringgit. So kv pun pakat la ngan ofismate beli sorang satu. Macam2 pesen dan kaler ada. Anak buah kv tu gemar sgt ngan kaler purple. Kebetulan ada yg kaler purple. Kiut ler kiranya ngan harga 2.50 tu.Hiks

--------------------oOo--------------------

6.11.2006

CERITA SEMALAM

Macam biasa, hari khamis kv balik rumah mak lps gi kenduri aqiqah. Sampai pun dah ptg, dlm jam 6.30 lebih kurang. Malam tu kakak kv (tengah) nak gi KL. Kv tak pernah cerita pun pasal kakak kv ni. Umurnya dlm 40an, dan dia mengidap kanser pangkal rahim. Hari tu dia kena tahan kat USM dekat sebulan gak. Doc kata tahap 2 dah. Tapi semangat dia kuat dan tidak terlalu beremosi. Dia berjaya menjalani rawatan dgn baik. Tp belum tahap kemo lg. Cuma guna rawatan laser. 8 kali rawatan laser di luar badan. Dan 2 kali rawatan laser ke rahim tpt kanser tu. Apa nama rawatan tu tak reti kv nak sebut. Nak jd cerita, mesin laser rawatan kanser bhg dlm tubuh kat USM ni rosak, so kakak kv kena gi GH utk menerima rawatan tu. Malam tu dia gi dgn bas. Kebetulan anak buah (anak abg sulung) pun nak gi ke UKM semula, dia tolong temankan makcik dia ni. Alhamdulillah ada org yg temankan dia.

Sampai kat hentian putra, anak buah (anak sulung abg sulung kv) ambik kat sana. Bersamanya anak sulung kakak kv yg baru habis exam poly shah alam. ALhamdulillah gak sbb kat semasa rawatan nanti ada org yg boleh temankan dia. Anak2 buah kb yg lain pun (yg dok kl) berjanji akan sentiasa memantau keadaan dia. Harapnya kakak kv cekal dan tabah dlm menghadapi dugaan ini. Rasanya dia kena dok GH dlm 2 minggu sbb satu rawatan utk seminggu. Semoga semuanya berjalan lancar.

Kelmarin, cam biasa ptg sabtu kami bawak hang nadim merewang. Mcm dah jd aktiviti wajib lak. Ye lah, anak sorang ni kemana pun boleh pegi. Tak susah sgt nak kontrol. Dah ramai nanti tak kuasa lak. Haruu...

Ingat nak gi pantai irama. Ada expo kat situ. Tapi tak sure dah habih ke belum. Sekali pikir dgn cuaca yg mengalahkan negara arab panasnya ni, tak kuasa kv nak berpanas dgn angin pantai tu. Last2 hanya boleh minum ayaq nyioq dan makan colek seafood jer.

So, kami pun gi kb mall. Dah takde tpt lain kan. Sambil tu hubby nak beli stok prepaid gak. Rewang2 kat kb mall tu, kami gi KB bazaar. Punya la tongong masa first tu, tak tau pun ada jejantas menghubung kb bazaar dan kb mall tu. Tp masa nak park kete kat basement tu kv dah perasan, cuma tak sure kat mana. So, kami gi ikut luar kb mall la.

Naik kb bazaar tu tak byk outlet yg bukak. Tak penuh maka tak meriah sgt la. Tapi kain batik sutera nya mmg vast la. Cam design tersohor jer. Sutera shiffon pun byk. Rege dia mak ai, pikir 100x kv nak beli. Tp lawa la. Cuba kenen hubby nak pakai raya nanti, hmmmm...dah agak jawapannya. Tak boleh. Hik hik hik masa masih pjg lg. Nanti kv merengek cam MR tu lg. Mana la tau silap haribulan hubby kasi beli.Kan?

Pas tu naik KB mall semula ikut jejantas tu. Masuk popular book store beli mini kamus dan clear folder. Kamus tu nanti mudah kv nak rujuk perkataan english yg kv tak paham. Clear folder tu hubby nak taruk segala mcm geran, insuram dsb. Mudah nak cari bila filing kan. Dah kat situ gi tgk pacific bowl. Ingat nak try main bowling kat kb mall pulak. Tp masih tak dibuka, Intai2 tu bebudak kerja tgh melayan bowling. Ambik kesempatan sebelum perasmian la tu.

Ronda2 pulak, byk sales. Hubby beli short pants dan stokin. Ingat nak beli hang nadim underwear (dah tak pakai diapers). Tp bila tgk purse dah kosong, maka dikanselkan. Nanti weekend ni lah gi beli. Takkan nak serek kad kredit semata2 nak beli underwear tu.

Dah lapar, kami makan kat foodcourt. Tp hubby takmau makan, just beli fishball jer utk dia. Kv ngan hang nadim layan yee mee sizzling. Byk betul dia makan. Pas tu gi solat maghrib. Selalu kv nak tergelak bila solat kat mana2 (selain dr rumah).Hang nadim akan jd penunggu segala beg. Baik jer dia tunggu. Tak beronar pun. Kalau kat rumah, mati hidup semula takkan baik cam tu. Sayang anak mama.Hiks

CERITA HARI INI

Ahadkan hari pertama kelantan kerja setiap minggu (yeay, IV pun kerja Ahad). Jadi hari ni sibuk la sikit. Tgh hari my boss ajak gi recci tpt nak buat family day nanti. So, kami gi Kuala Besut dulu.
NI gambar kv ambik masa kat jambatan kuala besut. Kat bawah tu jeti nak gi Pulau Perhentian.


Tempat pertama kami gi, Primula Coral View Beach Resort. Dah buruk...

Pas tu gi resort lain yg berdekatan. Nak survey tempat dan harga. Kat satu resort ni (kecik jer tp terlupa nak snap gambar), pejabat dia kat rumah dia gak. Anak2 dia tgh layan konsert AF. Laa..baru kv perasan hari ni konsert ke2. So sempat la tgk Velvet yg dinamik dan powerfull tu. Dah tu boss ajak balik.

Kami singgah makan tgh hari kat kuala besut tu. Gambar kat atas ni view depan restoren tu. Ramai mat saleh dan korea dok lalu lalang. Nak gi pulau la tu.

Tu je journey kv 2-3hari ni. Bayen.

--------------------oOo--------------------

6.08.2006

SEMINAR C**B

Kelmarin kv tak masuk pejabat sbb ada seminar C**B kat Grand River View Hotel, Kota Bharu (asyik2 situu jek). Hubby pun kena gi sama, termasuk my boss sorang. Dah parking depan store kat situ, kv dgr satu kete ni hon. Owh..kawan kv masa belajar dulu pun kena gak hadiri seminar tu. Tajuk apa seminar tu kv tak leh nak ckp. BUkan rahsia tapi tak ingat. Bolehhh?;)

Naik ke dewan seminar tu, baru kv perasan rupanya view hotel tu lawa jugak kat belakang. Sungai Kelantan terbentang luas. Selalunya kan gi utk dinner, so pemandangannya tak nampak la. Gelap. Malam.Kv ada ambik gambar tp dlm henfon hubby. So, tak leh nak upload kat sini.

Dah daftar tu dpt la sorang satu goddies bag. Mcm2 ada dlm tu. Pastu pakat masuk dewan. Bermula la sesi seminar. Yg bestnya kami dok meja paling belakang, di sudut yg view sungai. Sambil org kat depan bg ceramah, kami kat belakang pun buat seminar sendiri. Kekekekeke...tak terasa sampai jam 2.00. Maklumlah, byk tajuk yg kami bentangkan. Agaknya, apa la peserta lain CDH kat kami tu. Terasa cam dlm dewan kuliah masa kat skudai dulu jer. Maklumlah, ada coursemate, pas tu ada junior2 dan senior2 masa belajar dulu. Tak sangka di alam kerja pun jumpa dia org.
Pen ni antara benda2 yg terdapat dlm goddies bag tu.

Gula2 ni belum pun habis satu tajuk pembentangan, dah habis kami melantak. Dah tu, takde tambah2 lagi. Minum air sejuk sajor. Dah la ekon sejuk cam kat kutub. Tak tahan kv asyik gi toilet jek. Pukul 10.00pg ada minum pg. Mihun goreng dia sedap sgt. Kuih akok pun best.

Dah seminar tu, ada buffet lunch. Beratur punya la pjg. Cam bebudak skolah pulak. Kv ngan kawan L, potong Q. Mati la tumbuh tanduk ni. Kekekeke. Best gak menu dia. Sup tulang, Ayam halia, daging rempah, sotong tumis pedas, sayur pakis lemak dan ikan tenggiri masak oren. Pas tu ada desert sagupal dan buah buahan. Kv ambik nasi skit jer. 1/2 senduk, tapi ambik lauk nya kemain byk. Kekekekekekek. Kenyang. Alhamdulillah.

Sudah situ, ingat nak gi main bowling lps solat zuhur. Tp hubby nak singgah KA*A beli padi benih. So, kensel. Tapi sebelum tu, kawan kv si L ni gatal nak tgk MyVi kawan kami si A. Ye la, dah takde rupa bentuk MyVi lg dah. Dah jd toyota Passo lak. L ni mmg tau, dah leklok pakai civic 1.7 SE gatal nak tukar MyVi. Katanya boleh lasak2 gi site. Yo lah tu. Tp ok gak naik MyVi, walau pun sekali tgk cam kete kebal (kata L) (sori bg pemilik MyVi yer), mmg selesa lah. patut lah hubby berangan angan mat jenin nak beli myvi utk second car. Tp angan2 jek la. Pulusnya tak dak.

BILLION

On the way balik tu kami singgah billion. Beli t-shirt kaler pink selai (dah lama mengidam t shirt kaler pink), pakaian wanita dan hubby beli belt. Dalam nak balik tu sempat melencong ke M*LAN Optical. Nak survey bingkai spec baru. Dalam dok terjengah jengah tu, tertengok la bingaki B*NIA. Lawa tul. Bingkai besi, tp design dia cam bingkai plastik. Mmg lawa lah. Tapi hubby tak kasi beli dulu. Tak elok boros berbelanja katanya. Ye la, tak nak durhaka kv ikutkan saja. Hiks. Pas tu singgah beli char kue tuk mak kat rumah. Balik tu solat zuhur dan tunggu asar kejap. Hubby sempat tidur lg tu.

PASAR MALAM

Dlm pukul 6.00 kami bonceng motor gi pasar malam. Yey..tak yah masak. Dok sebok2 tgk benda apa yg nak makan tu, terpersan satu kejadian tuhan yg pelik la kiranya. Jarang dijumpai.Gambar kat bawah tu.
Peniaga buah ni pamerkan buah nenas yg entah berapa biji saling melekat. Tapi buah tu leper saja. Tgk dlm gambar cam tak berapa nampak sgt. Tp mmg pelik la.

Ingat lepas beli makanan kat pasar mlm tu nak blk cepat2 sbb nak main badminton pulak. Tp kawan hubby call bagi tau yg dia pun ada kat pasar mlm tu jugak. Ye la kan, coti2 skolah ni ramai yg balik kampung. So, layan hang nadim makan ayam bakar sambil tunggu abah dia berborak. Sampai rumah dah 7.15 mlm. Sempat la main dlm 10 minit sblm azan maghrib. Kira dah sempat keluar peluh2 degil lah. Selalunya kami layan sampai 1 jam.

MESIN JAHIT

Malamnya hubby dah start pasangkan benang kat mesin jahit. Mlm before tu kemain kami menggodek mesin jahit tu tp tak reti nak angkat benang bwah. Puas dok tgk buku arahan tu, tak paham2. Pas tu bukak cd, baru tau cemana nak buat. Hiks. Kalau dr awal bukak cd tu tak payah pening2. Tapi tangguh sampai mlm td baru sambung. Dah boleh guna tu, apa lagi, kv pun start la tampal seluar la, baju la, kain la. Kira berbaloi gak la beli mesin jahit tu. Kekekekekek

Ni ler rope nya mesin jahit kv tu. Hik hik hik.

CERITA OFIS

Pagi ni dibuat mesyuarat agung kelab sukan ofis kami. AJK lama dibubarkan dan AJK baru akan dilantik. Kv dah berangan angan takmau terlibat dah dgn AJK kelab ni. Bukan apa, segala apa yg kelab rancang mesti ada komen negatif yg timbul. Padahal kelab buat tu untuk kebajikan ahli. Betul la kata org, bukan semua org pendapat sama ngan kita. Tapi dah majoriti setuju (dlm satu2 perkara) patutnya terima lah suara majoriti. Ni tidak, taunya komplen saja. Bukannya buat kerja pun. Yg penatnya set2 AJK ni lah. Sakit kepala lg satu hal. Kalau yuran tu dibayar, ok gak.

Malangnya, kv sekali lg dilantik sbg AJK. Biro apa tatau lg. Akan diputuskan dlm mesyuarat AJK nanti. Hubby pun terpilih sama. Dah penat bg isyarat supaya jgn undi (angkat tgn) kv, tp masih sangkut gak. Boring nyerrr.

Dah tu ada jamuan laksa. Laksa lemak (kelantan) dan laksa penang. Ada buah rambutan dan tapai beras. Ok lah tu. Banyak tak habis, kv tapau tuk hang nadim skt. Balik ni nak gi kenduri aqiqah pulak. Khabarnya sembelih kambing. Ada yg tak makan kambing ke? Selain bau hamis boleh buat darah tinggi dan sakit kepala. Kv pun tak gemar sgt.

--------------------oOo--------------------

6.06.2006

MESIN JAHIT

Yehaaa...hari ni tiba saat yg ku idamkan. Hik hik hik. Hasrat kv nak memiliki mesin jahit sendiri akhirnya tercapai. Bukan lah bercita cita nak menjadi tukang jahit pun, tapi nak jahit kain sarung, nak tampal baju koyak ke, seluar tembus ke.

Ari tu masa baca majalah keluarga, ada ruangan belajar menjahit bersama SING*R. Dlm artikel tu jugak ada tawaran potongan 15% untuk mesin2 jahit tertentu. Kv tertarik kat satu jenis mesin jahit ni. Harga asal dia hanya 690 (lebih kurang), kira ok lah tu bagi harga mesin jahit moden. Bila less 15% akan jd lebih kurang 590 jek.

Ingatkan nak gunting offer tu sbb nak gi beli kat outlet dia, tp hubby suggest suh tanya kawan kami yg ada branch sing*r tu. Terlupa lak kv kat dia. Bila tanya dia, dia cadangkan nak mohon harga staff. So, boleh la jimat sikit. Dlm 2 minggu tunggu, tgh hari td dia hantar ke ofis kv ni.






Bil yg kv terima. RM 550. Tp kawan tu less lg RM 50.00. So, kv just bayar RM 500.00 jer.Hikss








Ni lah rupa kotak mesin jahit tu. Kv tak bukak pun lg. Malas nak buat kube (sepah) kat ofis. Nanti balik rumah kv ambik gambar. Hikss





Kv sebenarnya mmg tak mahir menjahit ni. Entah boleh guna atau tak. Tapi cuba la sbb ada direction nya kan. Tp kawan kv tu janji, kalau tak reti guna, weekend ni dia tolong gi ajarkan.

Hmmm...kv nak jahit apa dulu ek?

--------------------oOo--------------------

6.05.2006

RIBUT TAUFAN

Kalau korang baca paper atau dgr radio era hari pasti perasan satu berita. Dekat Pasir Puteh, Kelantan lebih kurang 100 buah rumah rosak dan rosak teruk di landa ribut.

Masa kejadian, petang sabtu tu kv ada kat rumah mak (salah satu lokasi ribut tu). Memula tu pakat dok lepak kat tangga. Hujan turun lebat disertai dgn petir sambar menyambar. Biasalah musim ni kan, hujan perolakan. Bila guruh dan petir tu kuat sgt (tak henti2), hubby arahkan semua naik ke atas rumah. Tapi mak kv dok kat muka pintu. Dia tgh tunggu hujan teduh sbb nak gi kenduri jiran kami.

Tetiba kv dengar teriakan mak. Kalut dia arah cucu2 masuk dlm rumah sbb ribut kuat sgt. Bila kv jengah mmg kv tak pernah tgk pun ribut cam gitu sekali. Langsung tak nampak apa. Kelabu jer. Hubby arah mak tutup pintu. Risau gak, kut2 melayang atap rumah org. Kv jengah kat garaj. Tgk kete hubby cam nak terangkat jer. Risau dan takut. Kv selawat tak henti2, berdoa minta pd Allah swt agar tak de musibah menimpa kami.Seminit lepas tu, reda semula. Kami pun lega. Budak2 start bergurau senda semula.Alhamdulillah.

15 minit kendian, abg hubby mai rumah mak (rmh dia dlm kampung tu jugak). Tanya khabar apa yg musnah. Tapi kami cakap semua ok. Terkejut dia, namun syukur katanya. Rumah abg kv terbang atap byk keping jugak. Rumah kakak kv pun byk keping gak atap yg terbang. Rumah abg kv yg satu lg hanya sedepa batang pokok tembesu hampir menimpa putra anak sulung dia.

Mai jiran belakang rumah. Katanya rumah dia dihempap pokok kelapa. Lepas tu mai jiran sorang lagi, katanya dapur dia dihempap pokok pinang. Kv pun turun dr rumah sambil dokong hang nadim (tak nak berenggang sbb takut). Mmg dasyat sungguh ribut tu. Rasanya bukan ribut biasa. Mungkin angin puting beliung sbb kebanyakan pokok bukannya tumbang, tapi patah2 cam kita patahkan lidi tu. Dasyat sungguh.

Ada rumah yg hilang terus atapnya. Lori hicom abg kv hampir terbang dibawa angin. Nasib baik khemah lori baru dibuang, kalau tak dgn dia2 terbang sekali. Masa tu dia tgh alihkan lori. Pokok2 byk tumbang dan patah termasuk wayar tnb dan telefon byk yg putus. Mmg membahayakan.

Mak kv gi jugak tempat kenduri lepas hujan teduh. Cerita mak, masa kepala ribut tu dtg, pengantin tgh bersanding. Pecah 3 biji pasu hiasan pelamin. Org kat khemah kenduri bertempiaran lari. Jalanraya semua terputus hubungan. Tnb pesan supaya kanak2 dijaga agar tdk bermain dekat dgn wayar letrik yg putus.

Org kampung mula bergotong royong bersihkan pokok2. Jalan raya utama pula pihak bomba yg menguruskan. Cepat sungguh bomba sampai. Tak sampai 1/2 jam lepas kejadian. Rumah sorang jiran kv hanbis mati angsa dan itik dia. Byk ekor la jugak. semua dok dlm reban, Agaknya kena panah petir ke apa, wallahualam.

Syukur alhamdulillah tiada nyawa yg melayang. Rumah mak kv hanya patah arial tv. Syukur sgt2. Sebelum ni kv hanya tgk dlm tv atau paper, tapi kali ni kv mengalami sendiri. Satu kampung bergelap 2 hari. Alhamdulillah hari ni dah ada karan semula.

Abih cerita ribut petir. Syukur...

CELEBRATE ANNIVERSARY.
Disebabkan kami tak berkesempatan nak celebrate anniversary hari tu, kelmarin (Ahad) kami gi celebrate kat pizza hut kb mall. Walau pun tak grand, kiranya ok la bagi kami ni. Nak makan kat secret recipe pun cam takde menu yg berkenan. So, makan pizza jer lah.

Lepas tu gi ambik jam bonia kv yg dibaiki ari tu. Jam tu sebenarnya masih dlm guarantee. 2 bulan pakai, asyik2 mati. Mulanya kv ingatkan abih bateri. Gi nak tukar tu, tokei kedai bitau bukan masalah bateri, dia tolong cucikan habuk dekat enjin jam tu. Lama lepas tu mati lg. Kv pun gi tukar bateri. Pakai 2 hari mati lg. Mmg bukan masalah bateri lah tu. So, kena hantar kat dealer dia di kl nun. Kelamarin dah siap. 2 minggu gak.

Sudah tu gi solat maghrib disurau kb mall. Penuh. Maklum lah hari cuti kan (cuti ganti hari agung). Kv letak hang nadim kat sebelah. Nasib baik dia tak meragam masa kv solat tou. Baik jek.

Pas tu gi beli sikit groceries kat pacific. Sudah tu hang nadim demand nak makan roti inti lak. Gi kedai roti beli roti coklat utk dia. Byk gak dia makan. Pas tu gi mydib beli barang kedai yg mek pesan. nak dpt kan paring punya la susah sampai 2 x pusing. Org dlm mydin tak la ramai sgt.

Usai kat mydin kami gi pasar malam. Saje nak tgk org. Punyai la ramai umat manusia. Kebanyakan org luar. Makan angin la cuti skolah ni. Peniaga pun apa lg, ambik kesempatan la. Nak tergelak kv dgr tawar menawar antara pembeli dan peniaga. Singgah 7e beli big gulp. Ingat nak cari baju batik sutera chiffon tu, tp takde pulak. Kena gi pasar MPKB lah. Dekat butik kb mall pun ada, tapi terlalu mahal.

Puas pusing tu, singgah beli sotong bakar. hang nadim pun dah keletihan. Kami pun balik lah. Sempat la layan CSI.

p/s: Ingat nak share crita pak him tu. Tapi byk version sgt. Takut jd something yg tak elok. Tak payah crita kat sini lah. Karang, indah khabar dr rupa pulak. Just wait n see.;)

--------------------oOo--------------------

6.01.2006

MINDAKU

Wah tajuk, mengalahkan karangan SPM. Hik Hik hIk. Hari ni kv nak merapu byk topik skt. Kalau korang byk masa, layan jer lah.

Pd en3 lepas kv cerita pasal Pak Him tu yg mengaku bahwa dia ayah kandung siti. Hari ni, pasar minggu depan ofis kv ni. Selalunya Pak Him tu berniaga ubat kat pasar minggu ni. Bila timbul isu ni, dan baca paper kemarin, anak dia bagitau yg Pak Him dah lari ke rumah sedara dia, maka kv pun dah set yg takkan jumpa pak him dlm pasar minggu hari ni. Yg geram nya, bila anak buah kv balik dr pasar minggu, dia bg tau dorang jumpa pak him tu. Hik hik hik. Melepas la kv nak tgk cemana rupa pak him tu. Ramai org dok bertanya kat dia, betul ke dakwaan dia tu. Dia pun mengiakan jer lah. Itu cerita anak buah kv. Kalau dia tipu, maka tipu la crita ni. Kv tatau. Ishh awat la si E(anak buah kv) ni tak ambik gambar pak him tu. Dah terlepas....

Abih cerita pak him

Kv nak usik topik AF4 pulak. Bukan demam sgt pun. Tapi turut memeriahkannya. Hik hik hik. Jam 8.30 dah tak bg hubby tgk berita. Nak tgk diari ni. Pas tu start minggu ni dah takde keluar malam. Rugi. Nak tgk diari. Hik hik hik. Save la minyak kete. Untung tuuu.

Masalahnya mlm ni melepas kut kv nak tgk diari. Sbbnya tok sedara hubby (Pak sedara arwah ayah hubby) mai bercuti ke kelantan. Tok Su ni dok bermastautin kat perak. Ni baru first time kv jumpa dia. Kiranya mlm ni dia nak tidur kat rumah kami la. Dgn anak menantu dan 3 org cucu. Takkan la lps dinner nanti kv terus nak tercongok depan tv. Tak meraikan tamu pulak namanya. Takpelah, demi hubby ku tersayang, berkorban lah sikit. Chewah. Tapi kalau line clear, sambil2 tu boleh gak bukak tv. Kan? Kan?? Kan???

Malam tadi (petang sebenarnya) dia org singgah kejap ambik che sbb nak gi rumah sedara dia yg pegang geran tanah. Mereka balik nak setelkan hal tanah gak sebenarnya. Balik tu, singgah solat maghrib rumah kami. Tapi tidur kat rumah kawan anak dia. Malam ni baru giliran rumah kami (mcm kawen 2 lak). So boleh lah kv layan af4 mlm tadi.

Tapikan, tak boleh layan sepenuhnya lah. Kerana, jeng jeng jeng!!!!. Petang kelmarin kami gi pasar malam naik motor. Saja jer naik motor sbb mudah nak parking. Tiba2 suasana gelap gelita, langit nak runtuh. Kalut la org beli cepat cepat, takut hujan turun. Kami sama la menyebokkan diri. Gi sampai kat motor tu, tgk2 motor dah kempis tayar dia. Alamak...bocor pulak dah. Motor kat rumah tu asyik2 bocor. Geram betul.

Sebenarnya kat rumah kami tu ada 3 buah motor. Satu motor hubby. Kriss. Dia guna masa belajar dulu. La ni mek yg guna bawak hang nadim pusing2. Kv tatau naik motor. Hiks.Pas tu ada motor honda sed i (betui ka ni) yg che guna nak gi pekan ke masjid ke. Satu lagi motor honda buruk yg che guna nak bendang ke kebun ke. So, sbb ahli rumah tak ramai, maka motor2 ni jarang di naiki. Jadi, angin akan keluar ngan sendiri. BIla kita naik. Terutama anak2 gajah cam kami ni, tayar pun terkepit ngan batu. Maka ia pun bocor lah.

Hah satu hal lak kami nak balik ke rumah ni. Nak suruh che mai pun dia dah ikut tok su tadi. Kebetulan mak sepupu hubby ada meniaga dlm pasar kat situ. Kami pun gi tanya la dia nak balik ngan apa. Che abg dia pun gi ngan motor gak. Hah cemana nak balik ni. Bukan nya ada teksi gelap2 buta ni. Nasib baik anak mak sepupu hubby gi gak pasar mlm tu dgn kete. Kami pun tumpang dia balik. Terpaksa la berasak2 dlm kete tu. Nasib baik body dia org tu kecik2 jer.

Lepas tok sedara hubby berangkat, hubby gi solat maghrib. Dia ajak kv gi lepas isya'. Hah,mrasa la kv terlepas diari af nanti. Kv paksa dia gi tang tang tu jugak. Kekekekek. Dah la rasa gelabah nak bawak kete balik nanti. Malam lak tu. Mana pernah kv biasa bawak kete hubby malam2 ni. Hang nadim pun sibuk nak mengikut sama. Lagi la gabra kv. Tak pernah kv drive kete ngan dia. Nanti dia buat aksi dlm kete tu, apa jd. Nak tak nak bawak gak dia.

Singgah kat kedai motor beli tiub kejap. Pas tu gi ambik motor yg hubby tumpang kat satu kedai tu. Org ramai kat pasar mlm tu, hubby pun malas nak tukar tiub kat situ. Dia pam aje lah. Gamble naik cam tu jer. Kv follow dia dr belakang. 4 kali berhenti nak pam angin. Last2 dah tak mau masuk (dah nak dekat sampai), hubby pun naik gitu jer. Nasib baik tayar baru tukar. Tak la hancur.

Masa follow hubby tu, hang nadim sibuk suruh memotong abah dia. Tak best dok belakang. Dok la depan kata dia. Ishh hang nadim ni, Tak kesian ke dekat bah tu. Kv marah dia. Dia sengih jer. Yeyyy..berjaya jugak kv bawak kete hubby. Tapi malam tadi takde la gementar dan gemuruh sgt. Smooth ajer. Hik hik hik. Lambatnya hubby nak belikan kv kete. Oh...angan angan ku. Kekekekeke.

Sebenarnya byk benda kami nak setel dulu sebelum beli kete kedua. Masalah tanah la, itu la, ini la. Pas tu nak buat rumah dulu. Siap rumah baru boleh fikir fasal kete utk kv. Hikss....lambat nooo. takpelah, demi masa depan kami sekeluarga jugak. Hubby selalu suh kv bawak kete dia gi kerja. Takut nanti dah tumpul skill memandu (memang pun). Masalahnya, bila hubby ada sekali, kv malas la nak bawak kete. Sedap jadi mem kat sebelah. Kalau mengantuk, boleh tidur. Hik hik hik hik

Malam tadi dpt la tgk diari jam 9.00 malam. Kira ok la tu. Terubat rindu nak tgk faizal harapang (batu yg dr fazley kasi kat dia tu). Muaakakakakka

--------------------oOo--------------------