kasutVINCCI

3.27.2007

sakit hati

hmm... menjawab kpd en3 kelmarin. Testing sebenarnya cubaan kv utk publish en3. Penat taip pjg2. Bila publish terus hilang. Taip lg, cuba save kan. Hilang ntah kemana jugek. Sakit hati btul. Pastu cuba upload gambar. Dah masuk elok tu, bila publish, hilang jugak. Mek tensiiii!!

Harapnya yg ni dpt la di publishkan.

Jumaat mlm (lps) kv gi kl. Belarak anak buah. Kami sebelah lelaki. Rumah pengantin pompuan dekat dengkil. Family kv lepak kat bukit puchong perdana. Kak pb, kalo salah tolong betulkan ek. Semua adik beradik join. Mmg meriah la.

Plan memula tu, kv sampai dlm kul 9. Ingat nak pi jugek majlis akad nikah mlm sabtu tu. Tp flight delay sejam plk. melepas la. Sampai kat rumah anak buah kv tu, rombongan dah balik pun. Makan nasik kat rumah jer lah.

Pastu ikut anak buah yg sorang lagi blk rumah dia kat pantai dalam. Besoknya pagi2 kami berangkat ke puchong. Kecoh bila dah penuh satu rumah tu. Sebahagian lg dok menumpang kat rumah pengantin lelaki di bukit jalil.

Rombongan berangkat ke dengkil lbh kurang pukul satu. Tema dorang hijau epal. Tp syg, gambar tak boleh upload. Entah apa masalah dia. Menu makanan mewah sekali. Kv pun tak ingat berapa jenis dishes dia. Siap ada sambal udang, kambing, ayam, sambal tempe, pajeri nenas, rendang dan mcm2.

Kebab turki pun ada. Van ayam goreng ala kfc sedia menunggu tetamu di bawah khemah. Mcm pesta sukaneka plak rasanya. Perarakan kereta berkuda dibatalkan sebab pengantin lelaki takmo. Heheheh. Kalo tak harus kv tumpang sekaki tu. Ole2 utk rombongan mmg vastt gitu. naik risau pla kami, mcm mana la majlis kat kelantan nanti. Malu la kat depa. Harapnya semua under control.

Mlm tu semua sepakat nak bawak rombongan che kiah tu naik star dan lrt. Nak bagi dorang pengalaman baru. Park kete kat bukit jalil. Terus ke masjid jamek. Lps tu ke klcc. Balik tu singgah makan kuetiau goreng kat puchong. Mlm tu semua tido mati. Hahahahaha

Besoknya semua dah berangkat blk dlm jam 11.30 pg. Tinggal la kv sorang. Anak2 buah ajak pi summit subang. Sempat la beli sandal utk kv dan sepasang t shirt dan jeans utk hang nadim. Hubby? Tak beli apa pun utk dia. Sorry bi!

Lps makan dan solat jamak maghrib dan isya' kami ke klia. Jam 10.00 mlm kv masuk balai berlepas. 10.35 terbang dekat 11.45 baru mendarat. Hang nadim dah berlari lari bila nampak mama. Rindu betul dekat dia.

Itu jer lah cerita kv ke kl. Kak pb, sori yer, mmg tak sempat langsung kontek akak. Hehehe

Labels:

--------------------oOo--------------------

14 Comments:

Blogger Sastri said...

fuyyooo... meriah sungguh...

12:10 PM  
Blogger angah said...

oho.. mak buyung ni jalan jalan carik pasal ek.. memang kat sebelah sini kalau kenduri tuh memacam lauk.

Angah plak cam teringin nak makan gulai kawah masa be'woh tu.. sedappp sebab lembu segar.

12:25 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

sas,
mmg meriah..tu yg risau pasal sebelah kami nanti. Hahaha

angah,
heheheh...saja ambik kesempatan. nnti hubby dah tak kasi terus.
Kat kelate mmg gulai kawah tu ler kalo menu kenduri. kalo 31 mac ni kat kelate, jemput ke rumah abg kv di Pasir puteh.

12:40 PM  
Blogger pB said...

Bandar Bukit Puchong, barangkali.

Kalau Puchong Perdana, itu sudah area umah kak pB..

Ohh...tidak...
Tak calling calling pun...
Jaga kamu.....

Apa apa pun, syukur sebab majlis berjalan lancar, kan.
Dan syukur KV tak pengsan ..

Majlis orghe klate simple jah. Tak dok supo orghe orghe lua nie...
Kalu sini, nyambut na'tu pun mache kenduri beloh orghe puang..besar besarang...

3:01 PM  
Blogger Sue Seri Dewi Malam said...

This comment has been removed by the author.

6:18 PM  
Blogger lempoyak said...

woo meriah sungguh kenduri nya siap ade naik kuda lg.. tp apasal pantin laki tu tak mo..? asal kv je x ganti kan dia..

7:16 PM  
Blogger Ajzie said...

wahhh ada kenduri kahwin eik..best2 rindu nak makan nasi minyak...

7:58 PM  
Blogger Apple Pie said...

sibuk menguruskan perkahwinan sedara ropernya ahkak sorang nih..hehehhehe. meriah..meriah.

8:34 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

kak pb,
mmg ingat sgt dekat akak bila kat puchong tu. Tp dah bizi sgt, langsung tak ter kontek. hahahaha. Jgn marah naaa. Lain kali kita jumpa.

lem,
kuda dah takde bila perarakan tu dibatalkan. Kalo tak harus kv tumpang sekaki. Hiks

ajzie,
dah blk malaysia nanti mesti byk undangan. Makan ler puas2. Hehehe. Tp kat klate takde nasik minyak bagai. Hanya nasi gulai kawah jer.

apple,
ko bizi sgt ke noks? Mek takde la bizi bagai, tp internet kapuk la pulak. Dah sihat?

10:14 AM  
Blogger Kak Lady said...

KV...sayang tak dpt upload gambar kan...kalau tak tentu boleh tgk gambar kebab turki...van kfc....dan macam2 juadah...tak lupa jugak gambar pengantin...

Tapi nak buat camaner kan dah tak boleh post....

Anyway pasti KV enjoy dpt jenjalan walaupun membawa 'buyong'...hehehhe

9:48 PM  
Blogger rina said...

off topic jap... kv dah baper minggu skang... hehehe

9:34 AM  
Blogger cuaca said...

Cuba dan terus mencuba yer KV menghapload itews pic...

9:48 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

kak lady,
mmg frust bila tak boleh nak upload gambo. Geram weh! Hehehe.
Masa tak sarat sgt ni boleh ler jalan2. Nanti dah byk bulan mmg perintah berkurung dah. Hubby tak kasi.

rina,
baru 4 bulan. Mabuk pun still ada lg.

cuaca,
tu yg kv nak tanya, ada ke cara lain boleh upload gambo selain drp yg kv pandai buat tu. Cemana ek?

11:07 AM  
Blogger NBK466 said...

Blogger mmg kenkadang buat hal.. den ari tuh 2 kali upload N3..nasib baik type kat excel dulu.

Emmm..jarang org buat kenduri tgh2 minggu ..bukan cuti sekolah lak tuh..tapi bestnya ada kebeb turki lak tuh...nyum..nyum..

5:04 PM  

Post a Comment

<< Home