kasutVINCCI

2.26.2007

CUTI HARI MINGGU

Pagi Jumaat, cam biasa balik rumah mak kv. Singgah beli ikan jaket dan daging lembu. Pastu singgah beli baulu, kuih akok dan beko. Pagi tu mmg pening sesangat. Ntah la. Maybe ari khamis tu panas terik kut.

Kat rumah mak, lepak jer. Pastu masak. Ikan jaket bakar cicah air asam. Daging goreng pedas kicap. Kupang goreng serai. Kupang ni abg ipar kv beli kat pantai lido masa gi hantar anak buah posting cikgu kat convent jb. Uih... rindu nya pantai lido walau pun kotor dan busuk Sungai segget pun. Nostalgia tu.;)

Ptg nya, hubby tolong pasang lampu kalimantang dan bulb kat area dapur. Pastu tolong baiki paip bocor. Lepak2 dan kejapan tu kakak ipar mai ngan anak buah. Depa nak bincang pasal kenduri kawin anak buah kv hujung bulan 3 ni. Insyaallah kalau takde aral, kv akan ke KL nanti. Kalo sihat la.

Lps solat maghrib, kami bertolak balik rumah MIL. Pas tu huhahuhahua, zzzzz tidor.

Pagi sabtu, hubby ajak gi beli stok prepaid kat stadium. Ari ni pening nya dah ok sket. Sudah kat stadium tu, hubby nak gi pasar besar siti khadijah cari lauk pulak. Punya la susah nak dpt kan parking. Penuh weh! Last choice, park kat istana jahal tu. Dekat gak ngan pasar. Kena lalu kut bazaar buluh kubu.

Kv tak masuk pasar. Tunggu ngan hang nadim kat wakaf rehat antara bazaar dan pasar. Nanti kang kalo ikut masuk pasar, kv termuntak plak. Naya!Umat punya la ramai. Semuanya cakap luar. Tgk tgn dorang, penuh barang shopping. Hang nadim bosan lak tunggu abah dia, kv ajak gi beli kacang tanah rebus. Mmg kegemaran dia sesangat. Pastu beli etok. Geram tgk besar2. Hubby call tanya nak tak hati ikan yu ngan scallop. Laju jer suh dia beli. Hehehehe.

Pastu hubby mai ngan barang penuh di tgn. Punya la byk beli stok lauk. Senget sebelah bawak brg tu. Hehehe. Pastu terlupa nak beli kuih untuk mak. Gi pusing ke pasar kuih pulak beli ketupat manis dan apa ntah. Kv tak ingat. Hehe.

Jumpa ngan org jaja air. Beli teh beng satu. Pastu beli celagi manis (asam jawa yg dikering dan dimaniskan). Terus ke kereta. Punya la panas. Seb baik kesihatan ok jer.

Pastu singgah kb mall sbb stok susu dan diaper hang nadim dah habis. Teringin nak makan yee mee sizzling campur telur. Tp gerai dia lambat buka plak dah. Nasi claypot pun. Last2 makan mee udang jer. Hubby makan mee bandung. Sudah makan tu kami gi beli barang dapur. Pastu singgah beli jagung manis dan wafer utk hang nadim.

Petang nya pulak, hubby sudahkan wau kikit hang nadim. Dlm pkl 6+, kami ke kawasan tali air depan rumah sbb hubby dan hang nadim nak main wau. Angin kuat sikit ptg tu, so wau kikit tu elok jer naik. Bersorak terlompat lompat hang nadim. Sambil tu kami makan colek mumbang nyiur. Tau tak? Ala, kelapa muda yg belum ada isi, tempurung dia rasa cam umbut tu. Best cicah cuka, garam dan gula.

Balik tu, lps solat maghrib kv rasa semacam jer kat tekak. Erk... muntah mumbang nyiur plak dah. Rasa sesal lak makan. Hehehe

Labels:

--------------------oOo--------------------

6 Comments:

Blogger Mummy Rizq said...

waa... KV dah leh gi KB mall! Ni perkembangan yang sihat nie....

4:05 PM  
Blogger Nik Ha said...

KV mkn cuka ke masa peknen? Akak dulu tk berani. Abe tak bg takut tajam la..he..he..tgk org jgk kot. Jg diri k. InsyaAllah koho hile alahan tu. Bbgirl kot sbb tu emos sket ;) Doakan akak ada adik kimi pulak, nak bbgirl lak :)

6:09 PM  
Blogger AppleB said...

syukur ko dah sihat. boleh la ko update blog. boleh pi kb mall. mesti kb mall rindu kat ko kan muahhahaha

7:17 PM  
Blogger NBK466 said...

Wah..dah gi KB Mall melepaskan rindu nie...musti lepas nie CARGAS semula nie..he..he..he..

11:05 AM  
Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

tumpang gembira kv dah mula beraktiviti semula :D

kcang tanah rebus tu lamanya tak makan dah..

1:10 PM  
Blogger Arena said...

Whoaa kat pasar ada jual scallop? dasyat tuh.. rindu nak makan etok tuh..

1:07 AM  

Post a Comment

<< Home