kasutVINCCI

11.30.2006

JERING

Hiks...ari ni kita crita pasal makanan lagik. Heheheh. Kelantan kan byk makanan pelik2. Bagi org kelate yg duduk di perantauan, boleh ler mengimbau nostalgia. Tp mungkin ada yg tak pernah makan kut. Bagi org negeri lain, mungkin pernah jumpa, mungkin jgk tak pernah jumpa.

Jering ni mmg antara ulam tersohor lah kan. Sapa tahan bau dia boleh la makan. Selain rasa dan bau yg 'haring' kata org kelate, jering jgk boleh menyebabkan org sukar melepaskan hajat (kenc*ng). Mengikut sains, jering ni ada sejenis bahan yg boleh menyukarkan sistem perkumuhan kita. Baca sendiri lah yer. Kv nak crita takut salah fakta sbb tak berapa nak ingat.;)

Bagi org kelate, selain dibuat ulam, jering jgk enak dimakan sebagai juadah atau hidangan sebelah petang. Ala, minum ngan teh o panas ker,kan. Jering ni akan direbus sampai empuk. Ambik masa lama la jgk. Mak kv pernah buat masa jering kat kebun dia dulu tak habis nak dibuat ulam. Tp kv lupa la apa ramuan dia. Macam2 ditaruk dlm air rebusan jering tu nak kasi ia mudah empuk dan sedap. Apa kebendanya, hehehehe...sori lah yer, kv lupa.;)

Org tua selalu pesan kalau makan jering rebus, jgn makan byk2 nanti kena kapit (terkepit), tak boleh nak buang ayaq kecik. Heheheh. Mungkin dr pengalaman kut. Namun dari segi perubatan pun mmg mengesahkan gitu (kv baca dlm majalah apa tah, keluaran Nov ke Dis, lupa la).

Jering rebus ni sedap dimakan ngan kelapa parut yg dicampur sedikit gula dan garam. Jgn byk sgt, tak sedap.


Ni ler rupa jering rebus tu. Kaler dia bertukar jadi coklat. Isi dia empuk macam kita makan ubi dan bau haring tu langsung hilang.


Ni gambar jering tu dari dekat. Maaf la yer, gambar kurang terang sbb kv snap pakai henpon dinch berjenama. Digicam malas nak ambik dlm kete. Hehehe

Emm....boleh dikira sbg makanan eksotik, tak?


--------------------oOo--------------------

11.29.2006

LAWYER YG LOYAR BURUK

Korang pernah berurusan dgn lawyer tak? Dlm hidup kv dan hubby, kami takde pun pengalaman berurusan dgn lawyer. Nak jd cerita, sbb nak pecah bahagian tanah yg kami duduk sekarang ni, makanya kami kenalah berurusan dgn lawyer. Akibat buta kayu tatau apa2, kami serahkan 100% kpd juruukur tanah tu. Dia yg beri cadangan. Kononnya sorang budak (budak la kut, lbh kurang sebaya ngan kv, hiks) selalu ambik kes tanah dan tak pernah kalah. Lg pun dia caj murah sgt kalau nak banding ngan lawyer lain.

Kami berurusan ngan dia masa bulan 8 hari tu. Sepatutnya dia dah daftar kes kami tu kat mahkamah dan sepatutnya time ni kami dah dpt tarikh utk perbicaan. Masalahnya, non ado sampai ke hari ini. Patutkan kv geram? Atau terus bagi penampor kat budak ni? Hehehe. GEram mmg aku geram, geram, geram, geram!!!

3 minggu lps hubby dan sorang ofismate ke mahkamah kb utk semak pendaftaran sbb budak loyar ni kata dia dah daftar. Tp non ado weh. Kebetulan hubby terjumpa dia kat situ, menunggu perbicaraan kes lain. Hik hik hik. Berubah wajah dia. Kami bukan nak buat spot check tp nak menyelesaikan urusan kami tu secepat mungkin. Tak mau la asyik tanguh2. Terfikir jgk kami yg budak tu bukan loyar, mana la tau broker jek kan. Tp masa hubby jumpa tu, mmg dia memakai sut lawyer. Hahahahah. Fening weh!

Budak ni mmg nak kena tau, Lepas seminggu, seminggu kami call tapi asyik tak angkat atau tutup telefon. Camana nak berurusan? Habis prepaid sbb asyik masuk mesej jek. Dah lama hubby nak terminate dia dan ambik lawyer lain. Tp kv kata sabar dulu sbb dah berurusan ngan dia separuh jalan. Mungkin dia ada masalah ker? Kan? Tp budak ni mmg tau, makin diberi peluang makin mua pulak dia. Dokumen kami tu sampai hilang. Awat tak bagitau kami? Nak tunggu apa? Dia sendiri berjanji ngan sorang staff mahkamah tu di depan hubby yg dia nak buat surat sumpah dan serahkan pd org tu utk daftar. Tu 3 minggu lps. Sampai ke hari ni non ado. Penat dah dok contact dia. Juru ukur tu sendiri pun tak boleh contact dia.

Kami dah tak mampu nak tunggu dah. Buang masa, duit dan tenaga berurusan ngan lawyer cabuk ni. Dia tak de ofis sbb dia baru pecah kongsi ngan kawan dia. Berurusan pun kat kedai kopi? Korang ado? Tu yg payah nak detect dia. Macam kena upah PI pulak nak cari dia. Kami pun call surveyor cakap kami nak terminate budak ni. Surveyor pun dah mati kutu dibuatnya. You're fired!!

Kami pun decided cari lawyer sendiri. Tanya mcm2 pandangan org yg dah biasa. Kami pun set date jumpa ngan sorang lawyer ni ptg kelmarin. Masa meeting ngan dia tu, mcm2 persoalan/ masalah timbul dan kak wan(lawyer baru) tu memberi kami jalan penyelesaian dan langkah2 yg sepatutnya kami buat dan dokumen yg kami perlu sediakan. Rasa lega dpt bertemu dgn lawyer yg mmg komited dan profesional. Wah, pejabat dia, makan hati tgk. Mcm dlm drama2 melayu. Mahal sikit dr yg dulu pun tak kisah asal kerja bermutu, cepat dan hati tak risau. Harapnya hubby dpt tidur lena. Hik hik hik. Kv kesian kat dia sebenarnya. Nak cakap benda lain pun tak boleh sbb dok geram kat si budak loyar buruk tu. Minggu depan mungkin dah settle segala dokumen dan ahad seterusnya mungkin dah boleh daftar. Minta sgt pdNYA agar segala urusan kami di permudahkan. Amin!

Agaknya kan lps ni kami boleh jadi broker la utk urusan tanah ni sbb dah tau prosedur dia. Boleh cari duit. Sapa nak? Angkat tangan.;)

--------------------oOo--------------------

11.27.2006

BERKHALWAT

Kv baru masuk ofis dr makan tgh hari ngan hubby. Dah siap makan tu kami borak2 la dulu nak kasi makanan tu hadam sikit2. Depan kedai makan tu (seberang jalan) ada taman bunga. Taman bunga ni sering menjadi lokasi bercanda berasmaradana muda mudi. Taman ni jgk menjadi tempat kegemaran pak haji - pak haji pencegah maksiat. HIks

Masa makan tu Kv dah tgk ada 2 org pak haji jalan kat taman tu. Makan angin ke apa la org tua tu di tengah hari bolea(terik) ni. Pas tu ada sorang lg mamat motor sekali ngan dorang. Rupa rupanya pencegah maksiat sekarang dah pandai yer, ada yg recci ngan moto dan ada yg recci ngan jalan kaki. Dah tertangkap tu baru pacuan 4 roda dtg mengambil 'mangsa'. Hiks.. mangsa ker?

Yg buat kv nak tergelaknya, yg budak lelaki tu steady jer. Yg pompuan tu pulak memecut lari bila 4wd tu dtg. Hahahahahah. Lari menyorok dlm gerai buah berdekatan. Padahal gerai2 buah kat situ takde pintu belakang pun. Terpaksa la pak - pak haji mengerumun gerai buah sederet tu. Sampai kv balik ofis pun budak tu tak kluar2 lg. Hohohoho... karang makan penampar pak - pak haji tu kv tatau!

Ini ler first time kv tgk org kena tangkap khalwat in real scene. Selalu tgk dlm drama jek. Kakak restoren tu cerita yg dia selalu tgk kejadian2 gitu. Bulan puasa pun budak2 ni buat 'kerja'. Budak2 ni pun satu, dah tahu tempat umum gitu pun tak serik2 nak mengorat. Hai, risau pikir kan anak2 buah yg meningkat remaja. Malu mak bapak weh. Mak sedara pun tumpang malu neh.

Ingat masa kv mengikuti course kat balai islam, lundang. Dlm tu kan ada jabatan agama. Tiap2 mlm budak lelaki akan turun ke bilik 'pak imam' sekiranya terdengar 4wd masuk. Mesti ada tangkapan lah. Tak sempat pakai baju pun ada. Kena tangkap dlm tandas pun ada. Yg dah jd bini org tp bersekedudukan ngan jantan lain pun ada. Siap ada anak sekali. Hohoho..yg heran tu, suami dia tetap gi jamin. Naik fening diingatkan.

Ada jugak yg parent tak tau. Kesian mak bapak dorang dtg jamin. Ada sekali tu pak dia bagi penampar sampai berpusing2 anak dia. Pengsan budak tu. Kesian tgk. Tp dia dah malukan mak bapak dia kan, mungkin bapak dia nak lepaskan geram kut. Entah lah.

Masa course tu jgk, bg budak lelaki yg rapat ngan geng 'pak imam' ni, boleh join sekali misi tangkapan tu. Ada sekali kawan kv pergi. Sbb ada makcik cleaner report kat dlm tandas kb mall (hiks.. kb mall you!), ada pasangan masuk tandas pompuan dan tak kluar2. Dorang pun berkejaran la ke tandas kb mall tu. Hahaha... tgh projek ni. Kemain kusyuk lg. Lama ketuk, pintu tandas tu tak dibuka. Ada sorang mamat tu tubuh badan besar, Dia yg tendang pintu. Ala.. pintu tandas tu bukannya kejat pun. Kalut bebudak tu pakai baju.

Yg moskelnya, selamba badak jer budak pompuan tu. Yg lelaki masih belajar kat pol*. Yg pompuan tu mmg budak2 rempitan. Cerita girl tu, dia dah biasa buat 'kerja' gini, tp tak pernah tertangkap pun. Hadoii... pedih telinga dengar nya! Dia ckp dia minat mat motor. Mamat kete tak main. Tak boleh nak rempitzzz. Hmm... yer la tu. Muka bukan tak lawa. Body pun bukan tak lawa. Tp dah punah ranah. Kesiannya mak bapak dorang.

Entah lah, tatau la nak komen. Cuma mintak padaNYA agar keluarga kita dijauhkan dari kejadian - kejadian begini. Amin.

--------------------oOo--------------------

11.26.2006

HADIAH HARI JADI DAN JALAN JALAN CARI MAKAN.

Punya la dah byk hari besday kv (dekat sebulan) minggu lps baru kv dpt hadiah besday dr hubby. Dah la lupa. Tiga hari kendian baru ingat. Hohohoho..punya la sadis kan. Hiks

Dah lama kv demand kete kancil ngan hubby. Ala bukan nak yg baru pun. Second hand pun jadi lor sbb skill memandu kv dah tumpul. Kv ni kan penakut sikit. Ek3 hubby tu kemain besar kv rasa. Padahal biasa jer. Kalo bawak kete dia, hati kv dup dap dup dap gemuruh bagai. Tp alhamdulillah takat ni tak pernah jadi pape.

Dah lama dok memujuk, merayu, merajuk dan membaca mantera, maka dihari jadiku yg ke 28 (ewwah) hubby pun bersetuju la membeli kete kancil second hand. Ok lah kan, at least kv ada kete sendirik. Heheheh. Pas ni dah tak yah nak nyusahkan hubby kalo nak gi memana. Kekekeke. Takde la nak panjang langkah bagai, kv kan isteri mithali kekdahnya. Boleh jimat minyak kan. Alasan kukuh tu.;)


Ni ler rupa kereta dinch berjenama hadiah hari lahir ku itew bukan mcm org tu, punya la payah nak buat keputusan sbb nak beli merc gitew. Tp road tax masih takde sbb urusan tukar nama blum lesai. Tu pun kv dah meround sakan siap gi pasar bagai. Kalo jp* tahan tak berpinar mata nak bayar saman nanti. Agaknya minggu ni lesai la urusan tukar nama tu kan.


Oh ya, sbb lambat sgt tunggu hadiah dr hubby, kv pun beli la hadiah hari jadi utk diri sendiri, bleyy?? Hahahah... kawan kv ngan jual perfume murah tp original tau. So, sempena hari jadiku, kv sambar la satu fantasy britney spears. Sedap bau dia.

Disclaimer : en3 kali ni bukan utk riak, kan mak hayams? Blog ni kan mcm diari jgk. Kalau tak catatkan peristiwa penting dlm hidup kv, apa guna kv ada blog. Jgn salah anggap tau.

Sebelum kv lupa, kv nak ucapkan terima kasih kpd kontraktor yg berjaya merenovatekan rumah kv ni. Lawa tak? Kalo tak lawa pun korang kena cakap lawa. Eh, kv belum buat bayaran lagi. Harap kv dinch lupa la. hahahah.

cerita hari minngu lak, cam biasa la ptg khamis hingga jumaat kat rumah mak kv. Ptg sabtu, kemana lg kalo tak kb mall. Kwang kwang kwang.

Punya la ramai umat kat kb mall tu musim2 cuti skolah ni.

On the way nak gi kb mall tu hang nadim kecoh bila ternampak satu benda ni. (Gambar kat bawah)

Naik heran dia. Selalu tgk kapal terbang atau heli sajork. Kali ni org terbang pulak. Apa ke nama benda alah ni ek? Paragliding ke hapa. Kalo salah tolong betul kan.

Kv terimajin kalo kv yg jd org tu harusss terkenc*ng bagai ni. Gayat siottt. Hi hi hi. Kalo naik kete kabel tu ada gak dia punya kabel. Ni harapkan payung tu sajork. Nak landing tang mana la mamat tu?

--------------------oOo--------------------

11.23.2006

OLE - OLE DARI PERTH & MAJLIS HI-TEA

Kv dpt ole2 dari kawan yg telah mengunjungi perth, australia minggu lepas.

Dua ekor koala yg comel. Agaknya jantan dan betina kut.

Ni pulak gambar koala tu dari sudut lain. Comel, kan?


Dapat jugak keychain perak dan pen . Semuanya bermotif kan australia.


Lagi satu keychain bermotifkan australia. Kanggaroo beb!

Semuanya keychain. Hehehehe. Takpe la, sapa tak suka dpt ole2, kan? Hiks

Oh ya, hari ni kv dapat jemputan hi tea. Rentetan daripada majlis keramaian hari tu. Tp rasanya tak dpt nak pegi sbb bila majlis melibatkan raja mesti makan masa lama sikit (kena ikut protokol sgt). Mesti lewat habis majlis tu nanti. Ptg ni kv nak balik rumah mak kv pulak. Takut lewat sgt.

Frust la jgk sbb kat sana nanti mcm2 pameran kraftangan dan makanan tradisi ada. Siap ada demonstrasi lg. Takpe lah, lain kali mungkin ada rezeki kv lagi, kan. Heheheh

Kad jemputan majlis hi tea tuu..

--------------------oOo--------------------

11.21.2006

MAJLIS KERAMAIAN

Tgh hari kelmarin kv penuhi gak satu jemputan majlis keramaian. Selalunya asyik mengelak sajork. Malu dan rimas kalau majlis2 berprotokol ni. Kan? Tp dah boss bhg admin tu (baru tukar ke pejabat kv) org kuat utk majlis2 gini, terpaksa lah kv pergi jgk. Malu kat dia sebenarnya sbb kv selalu mengelak. Hehehee.

Acara kelmarin sebenarnya menyambut kedatangan rombongan isteri YDP negeri Sarawak dan konco2 (bley gitu?). Hehehehe. So, mcm2 aktiviti la kena buat. Takkan nak sambut gitu jek kan.

Kv gi pun dah lewat. Bibik2 bos admin kv tu dah siap menghidang. Dengan bantuan ahli2 puspa**** lah. Kv gi tolong tgk aje. Mcm2 makanan ada. Macaroni bakar, mee + meehon, tapai, putu mayam, lompat tikam, tepung bungkus daun pinang dan byk lagi la. Kv pun lupa naa. Tp semuanya makanan tradisi. Ye lah, rombongan tu dtg dr jauh. Nak gak demo tu kenal makanan tradisi kelate, kan. Cenderahati pun blh tahan. Bunga daun getah, kraftangan lain dan mcm2. Tp tak sempat nak pow. Hahahahaha

Dlm pd dok tunggu ketibaan tu (demo tu gi lawat kolam ikan air tawar dulu ~ projek diraja), kami pun makan makan bersenang hati lah. Sempat gak tgk penyanyi2 yg tak berapa profesional tgh test power.

Ni lah suasana dewan makan sebelum diserbu.


Tu sebenarnya kakak ofismate kv yg berangan nak jd penyanyi. Masa ni penyanyi2 tgh menjamu selera. Karang tetamu dah sampai tak sempat nak makan pulak noh?


Dlm rumah ni jgk tersedia bilik rehat raja. Kv tak pernah tgk actually. Tu yg excited lbh. Heheheheh. Boleh kongsi kat sini kan. Bilik ni akan bertukar rupa setiap kali raja turun kawasan ni. Nanti hiasan sama, boring pulak kan. Penat noh? Tp tuanku junjungan rakyat. Hehehe. Langsir dia makan hati naa. Lawa sgt2. Tp terlupa nak close up.


Ni ruang tamu utama. Perabut tu baru sampai. Setiap kali ada function besar, perabut kena tukar.

Byk lg sebenarnya sudut lain tp kv tak sempat nak snappy happy. Heheheh.

Tgh dok tunggu ketibaan rombongan, hubby call bg tau ejen ***** dtg ofis sbb nak sign agreement. Terpaksa la kv escape sajor. Nanti tak lesai lak urusan kv, kan? Heheheh..tak yah la kv tunggu rombongan tu. Tak la malu kat bos admin kv tu sbb ada hal lain. Perut pun dah kenyang. Kv pun chow..

--------------------oOo--------------------

11.19.2006

CERITA HARI MINGGU

Plan ptg khamis nak balik rumah mak kv. Balik kerja tu, mandi dan solat asar. packing siap2. Pas tu kv gi jumpa kak Wan Semah dulu. Kv terlekat tulang ikan dah 2 hari. Hohohoho..seksanya hidup ku. Heheheh. Kak wan semah ni jenis tak ambik duit kalo kita sedekah, so kv bawak gula sbb MIL dah pesan awal2.

Pas tu kak wan semah bekal kan 'air tawar' utk kv. Masa kat rumah dia tu dah minum sekerat gelas. Tak larat kv nak habiskan semua. On d way tu singgah pasar mlm sbb malas nak masak utk dinner kat rumah mak nanti. Tp hubby beli 'colek malas' jek sbb dia tak nak makan nasi. Kv ngn hang nadim beli keropok gotel. Heheheh.

Sampai kat rumah mak tu dah nak maghrib. Mak dah siap2 nakgi masjid. Kv sempat sound kat mak besok pagi nak buat nasik lemak. Kakak kv (yg kanser pangkal rahim tu) demam teruk pulak. Selalunya dia chef kat dapur, kv tolong ajer. Tp bila dia dah teruk gitu, takkan nak suh dia masak pulak kan.

Lps solat maghrib, kv dah sediakan sambal. Esok pagi tunggu panaskan jer. tatau la sedap ke idak nya. Hehehehe, Blk dr masjid mak opek kelapa. Huhahuha... kami pun tido. Bangun solat subuh mak dah kukur kelapa tu. Kakak kv tak bangun2 lg. Kv geram gak kat laki dia. Takkan la kv nak uruskan wife dia tu sedangkan dia ada. Dah la selalunya kv yg tukang hantar ke klinik. Dia seronot jek rilek kat rumah. tak pasal2 aku terngumpat bagai ni. Menci weh.

Dum dam dum dam ngan mak kat dapur tu, siap la nasik lemak kami. Minggu depan cadang nak wat nasik dagang la pulak. Boleh kv belajar. Hehehehe. Dah siap makan sarap semua tu, kv ngan mak mula operasi basuh dapur. Mak kv baiki dapur actually. Dapur jenis dinding papan sekerat simen tu dah tukar jadi semuanya dinding bata. Baru jer siap. So, kena la basuh2 bagai dulu kan. Kalau kv tak tolong sapa la yg nak tolong buat kan.

Hang nadim pun sibuk nak nolong sama. Siap berebut penyapu plastik ngan mak pulak dah. Serabut btul budak tuh. Penat weh. Nak alih almari pinggan tu mcm nak terbe**k rasanya.

Dlm pukul 10 kami berhenti kejap sbb nak kasi kering dulu lantai baru nak betul2 kan perabut. Kv sempat lg merendak depan rumah mak (kilang kakak kv sorang lg tu masak utk jualan pasar malam dia). Borak2 huhahuha kat situ kakak kv yg sorang lg tu (cikgu) balik anak beranak. kv pun balik la rumah semula. Borak2 lbh kurang, kami masuk dapur. Kemas la pulak. Siap pasang kain tutup kabinet yg kv tolong jahit tu. Kami pun teruskan acara masak2 makan tgh hari. Sambil2 tu mulut lenguh dok terlaung2 kat hang nadim. Hang nadim ni mmg tau, ngan sepupu sepapat bukannya nak main elok2. Dia jenis cepat panas barab. Brutal. kalau tak kena ngan angin, mmg dia mengamuk bagai. Silap2 org tu kena pelangkung dia. Malu kv ngan peel dia tu. Tp sekali pikir dia tu budak. Marah2 gitu jek la. Tp ada gak kala tersasar. Kalau ngan abah dia lg teruk kena.

Ada org ckp sb dia lahir tujuh bulan, menyebabkan dia over agresif dan hiperaktif. Ex bos kv dulu mempunyai masalah yg sama. Lg satu sbb dia dah biasa dok sorang kat rumah MIl (takde kawan sebaya) semua harta benda dia yg punya tak yah berkongsi ngan org, tu yg dia jadik semacam bila kumpul ramai2 tu. lagi satu dia takde adik lg. Huh..cerita bab adik hang nadim ni, kv serah pd yg kuasa sajork. Kv pun terlalu mengharap.Heheheheh

Dah ptg dan solat asar bagai. Serta sakit kepala hang nadim dok bergurau senda ngan sepupu sepapat dia tu, kv pun ajak hubby balik rumah MIL. Aman sket kepala kv ni. Hang nadim ni ada tika angin dia elok, ada tika tu mmg tak boleh nak kontrol dah. Kesian kat mak kv masih tak puas borak2 ngan kami. Nasib baik la every week kami balik rumah dia.;(

Balik tu sbb masih awal (6 ptg) kami singgah pasar malam melor dulu. Takda benda nak beli pun. Pusing2 jer. Beli jambu batu dan apong kat mak. hang nadim biasa la mintak satay.

Esok harinya bangun subuh tu kami sambung landing. Tp tak dpt la sbb hang nadim si pencegah maksiat kacau. Hubby nak peluk kv pun dia kecoh. Nak wat lagu mana tu. Heheheheh

Bangun tu kemas2 rumah dan mesin baju. Punya la byk kain baju sampai kena 2kali basuh. Heheheh. Musim hujan ni mmg hang nadim guna byk pakaian.

Tiba2 tgk ada geng ukur tanah dtg. Rupa rupanya pak sepupu hubby upah org ukur tanah seberang jalan tu. Bagus gak. Boleh tentukan takat mana sempadan dia. Ni tak, dok kecoh jek kat kedai kopi ntahapahapa ntah. Tp tak sempat sudah sbb tak jumpa batu penanda. Nak guna bering tak boleh sbb hujan lebat. Alatan dia tu sensitif ngan air. Terpaksa tunda ke hari lain.;(

Kami kluar ke pekan kejap sbb nak beli petrol. Org kampung pun kuat guna motor. Tu yg cepat habis minyak petrol kat kedai MIL tu. Ingatkan hang nadim tidur la on da way balik tu. Tp non ado nyer. Hmmm.

Kami lunch dulu baru nyut dia dlm endoi. Tidur gak budak tu. Kv terus solat dan landing depan tv. Tgk drama tv1 sambil baca novel. Ingat nak ke kb sebelum asar sbb janji ngan kawan kv nak ambil brg ngan dia. Tak nak kasi dia tunggu pulak sbb dia balik keje pukul 5. Tp hang nadim tak bangun2 lag. Lps asar baru kami kluar. Punya la kalut takut kawan kv tu ternanti2.

Nasib baik sempat jumpa dia. Borak dlm 5 minit kami berpecah. Apa lagi. Acara mingguan ke kb mall la. Kwang kwang kwang. Ada road tour pengguna bijak. Kv pun turut sama menyibuk. Ingatkan nak dptkan topi. Tp dah habis. Dpt beg kecik ngan pelapik mouse sajork. Ok la kan sbb free. Hohohoh. Hang nadim cam biasa la dpt belon.

Gi minum kejap lps tukar bateri jam. Borak2 dan boring. kami pun bangun pusing2. Tak perasan pulak dlm pasific ada department baru. Heheheh..seronok jek jalan2. Tetiba hubby nak ke toilet dan hang nadim terpandang indoor game. Kena la layan dia kat situ dulu. kalo tak haru biru dia kecohkannya. Heheheh

Dah masuk waktu maghrib kami solat dulu pas tu masuk pasific semual beli sikit barang. Pas tu dah tatau mana nak pegi. Dah boring sgt kat kb mall tu. Pelangi mall pun awat la tak siap2 lg. Dah takde tempat nak merewang dah. Semua tempat rasa boring ni. Huhuhuhu

Gi makan chicken chop kat tanjung chat. Sedap weh. Harga pun boleh tahan murah. kami try air asam boi campur limau kasturi. Hmmm best. Balik tu singgah nak beli barang kedai MIL. Tp kedai tutup. Pukul 9.30 baru bukak. Masa tu baru 8.45. Pusing gi pasir tumbuh ronda2 PKT. Takde beli apa. Saja buang masa. 9.20 kami keluar PKT dan singgah kedai tu lg. Dlm 1/2 jam tunggu hubby beli barang tu. 10 lebih baru sampai rumah.

Dah solat isya tu sambung baca novel. Tp mata ni macam ada org bergayut jek, Punya la ngantuk nya. Aajak hang nadim masuk bilik (dia masih tidur dlm baby cort tu lagih..hehehe). Hubby masih layan astro. Kv dah ZZZZZZZZ. Sedar2 hubby kejut bangun td pagi. Best aa tidur. Hujan mencurah curah. Hang nadim pun elok jek tidur. Tak bangun mintak susu pun.;)

--------------------oOo--------------------

11.15.2006

HUJAN

Sekarang dah tiba musim hujan kat kelate. Kawasan lain kv tatau la pulak. Langit gelap gelemak (gelita) walaupun tak hujan. 2 hari lepas hujan mencurah curah. On d way nak sampai ofis kv, punya la pjg jammed dekat kawasan kompleks sekolah. Terpaksa kami pusing dan ambik jalan lain. Huhuhuh...sampai merah punch kad kv.;(

Gambar masa jammed 2 hari lepas. Berkilo kilo meter panjangnya. Gambar sikit kabur sbb hari hujan.

Kelmarin pulak, tak hujan tp cuaca mmg mendung sgt2. Hujan turun pun renyai2 dan sekejap2. Malam td hujan mencurah curah. Punya la syok tido sampai terlajak. Hehehehe. Kelam kabut bangun solat subuh. Dah le baju keje tak iron lg. Huhuhuhu


Ni pulak pemandangan pagi td. Padahal dah 7.40 pagi. Lebat jgk hujan pagi ni. Masa menaip en3 ni hujan baru teduh. Tp suasana tetap mendung gelap.

Risau gak bila fikirkan ramalan cuaca tahun ni. Dijangka banjir besar kat pantai timur. Kononnya tahun ni ulangtahun ke 40 banjir merah (sejarah banjir besar). Katanya banjir besar akan berlaku 40 tahun sekali. Kalau 2 tahun lps, tempat kv hujannya tak seberapa. Kat kota bharu pun. Tp banjir besar. Rupanya hujan lebat dan lama kawasan pedalaman. Empangan tak mampu menampung air. Dah over limit, terpaksa lepaskan. Jd sungai kelantan meningkat paras air dgn tiba2. Tak pasal2 org kota bharu berpesta air. Tp kesian mangsa banjir lah. Lps air surut ,mcm zon perang.


Ni keadaan ombak 2 minggu lps masa kv gi pantai irama bachok. Walaupun ombak tak tinggi mana lg, tp air laut dah keruh. Dengar cerita minggu lps ombak dan sampai 2 meter tingginya. Gerun weh.


Walaupun hujan rintik2 dan air laut keruh, org ramai tetap mengerumuni penjual ubat. Naik heran gak kv, ya lah, kalau peniaga tu mmg dah cara mereka cari makan cam tu. Tp org ramai (pembeli) tu, bayangkan lah, kononnya harga asal minyak ubat tu RM 150.00 sebotol. Selalunya kalau peniaga tu baik hati dia akan jual RM 50.00 sebotol. Tp hari tu, sbb niat nak sedekah jer, dia bagi RM 10.00 sebotol. Tak ada logikal. Heheheheh

Tp org ramai ttp beli jugak. Hai....

--------------------oOo--------------------

11.13.2006

ASAM KANDIS

setelah byk hari tak buat en3 (tak sempat kaedahnya, pas tu takde idea pulak), hari ni kita masuk topik alam dan manusia. Boleh gitew?

Heheheheh...pernah tgk asam kandis tak? Fungsi dia sama ngan asam gelugur. Sama gak ngan asam jawa. Untuk menambah perisa masam dlm makanan terutama lauk yg berkuah.

Atuk hubby (mak) mmg suka kutip buah kandis yg gugur. Balik tu dia pecah - pecahkan dan buang biji nya. Kv terlupa nak ambik gambar buah kandis yg sedang elok sebijik tu. Dah siap pecah pecahkan, dibasuh sampai bersih. Pas tu dijemur nak kasi kering. Dah kering dan bertukar kaler jd hitam, dia akan packing dalam botol. Satu botol tu dijual RM 5.50. 50 sen tu sebenarnya harga botol. Asam tu 5 ringgit sajork. Ok gak kan, at least dia ada pendapatan sendiri. ;)

Asam kandis yg telah di buang biji dan dijemur bawah terik mentari. Chewah!!


Ni pulak ganbar closed up asam kandis tu (bg sapa2 yg belum pernah tgk)


Ni ler rupanya asam yg telah kering dan sudah boleh digunakan.

Ok lah, itu jek, kv nak gi meeting ni. Nanti kita bersiaran lagi yek. Babai.Daaaa


--------------------oOo--------------------

11.08.2006

SAMBUTAN AIDILFITRI

Kelmarin, Selasa bersamaan 15 syawal 1427h, ofis kv telah menganjurkan sambutan aidilfitri. Penatnya tak usah cerita lah.

Jom, lihat gambar2.

Kakak2 ofis kv tgh menyusun atur makanan.


Salah satu menu. Ketupat pulut berinti sambal daging.


Nasi minyak. Masa ni tetamu dah ramai tiba, tapi nasi minyaknya baru sampai. Kelam kabut tolong menghidang.


Antara menu yang disajikan.


Perkarangan ofis kv. Tetamu tgh menjamu selera.

Ok, daaa. Bayen.

--------------------oOo--------------------

11.06.2006

Tumpang kelam kabut

Dtg keje pagi kelmarin tetiba jek jalan menghala ke ofis kv di tutup polis. Aduii..bengang rasanya. Entah napa jalan ditutup. Takde signboard apa pun. Cuma ada kon penuh jalan dan arrow arahan ke mana.

Berbakul bakul la polis tu kena CTT ngan kami. Tak pasal2 kena pusing abih petrol lg singgit. Dlm dok membebel tu tgk pemandangan kat depan kabur jek. Ingatkan cuaca mendung, rupanya bangunan kedai (dekat jek ngan ofis kv) hangus terbakar. Tak tinggal apa pun. Masa kami lalu tu, bomba masih lg tgh menyembur air.

Rupanya, lot2 kedai terbakar pukul 7.00 mlm lg. Pagi kami lalu tu, ada api yg masih bersisa. Katanya akibat litar pintas. Sampai ke petang traffic management depan ofis kv jd kelam kabut.

Kedai tu la tempat kv beli segala basikal, kete, walker dan mcm2 kenderaan hang nadim. Kedai tu jgk hubby beli mata mesin rumput. Hmm...lps ni kena cari kedai lain la pulak.

Tak habis lg cerita kedai cina tu terbakar, kami dikejutkan pulak rumah ofismate dinaiki pencuri. Dekat 10 ribu harga hilang. Hmm...mcm2.

Kv sempat gi sebelah ptg rumah dia. Masa tu polis belum sampai lg. Kami tak dibenarkan sentuh apa. Semua bilik kena geledah. Hadoi...nak kemas tu la masalah pulak. Tapi nasib baik brg kemas dia yg boleh tahan byk nya tu di simpan di tempat lain. Kerugiannya tidak la byk sgt.

Bila tgk berita pulak, tiap2 mlm ada kes samun dan rompak rumah VIP. Mmg rasa tak selamat sgt kan. Rumah ofismate kv ni takde org masa pencuri tu naik. Kalo kes samun lagi la phobia. Kesian dia. Anak2 pun muka cemas jek. Habis duit raya bebudak tu hilang.

Kalo nak kira, rumah ofismate kv ni berlapis lapis pintu. Kunci pulak ngan solex. Tp pencuri tu guna besi kerbau (ala besi pengcungkil yg besar tu). Habis kopak pintu berlapis lapis tu. Solex tu patah gitu jek. Mudah kan. Sepupu dia ternampak org tgh lompat pagar (dah lesai mencuri), cuba mengejar tak tak dpt. Pencuri tu selamba jek bawa motor lari.

Harapnya polis dpt tangkap pencuri tu.

--------------------oOo--------------------

11.02.2006

28 TAHUN

Alhamdulillah... hari ni genap umur kv 28 tahun. Dah kertu neh. Tp kv amat2 bersyukur sbb masih boleh bernafas menyedut udara yg tak berapa segar ni (hiks..asyik selsema sajork). Tak segar pun perbuatan manusia jgk. Allah swt dah buat elok2 dah.

Hmm... sedih jgk sbb hubby masih belum wish pun.;( Huhuhuhuhu... Agaknya kepala dia tgh ting tong. Demam tak kebah kebah, tu fasal tak ingat (nak pujuk diri sendiri sebenaqnya..hehehehe). Hmmm...nak majuk pun takut dia tak paham napa. Buat bodoh jek la. Takkan kv nak bagitau dia yg hari ni ulangtahun kv.Kan?

Ke kes nak balas dendam sbb kv lupa besday dia hari tu.Kwang kwang kwang. Heheheheh...lupa sehari jer. Pas tu dah ingat semula. Harapnya, hubby tak lupa buat selamanya lah. Sedih yew!huhuhuhuhuhu

Dgn genapnya usia kv 28 tahun, kv berdoa moga Allah kurniakan kesihatan yg baik buat kv sekeluarga, limpahkan kebahagiaan buat kami dan jugak kurniakan zuriat2 yg sihat, sempurna dan bertanggungjawab. Kemain lg doa, amalan pun kena la byk kan.

Habis la citer besday kv....crita lain pulak lah.

Kelmarin kv ada sms MR tanya khabar anak buah dia tu. Alhamdulillah budak tu dah sedar. Cuma kena tgk perkembangan darah beku kat kepala dia tu, kut2 membesar kena pulak operate bagai. Kv doakan yg terbaik buat anak buah MR. Semoga MR sekeluarga terus tabah.

Pagi td, kelab sukan dan kebajikan ofis kv buat meeting sbb nak buat jamuan raya sekali dgn majlis persaraan kakitangan. Menunya cam majlis raya biasa lah. Sate+nasi impit, nasi minyak, ketupat, tapai, buah2, puding+beledo(agar2), kek, biskut raya. Apa lg ek, kv pun dah lupa dah.

Cadangnya nak buat majlis tu selasa depan. Nanti kv update en3 pasal majlis raya ni kalo sempat. Memula tu semua kakitangan diwajibkan pakai baju raya. Pompuan biasalah, pakaian kerja harian. Tp yg lelaki kena berbaju melayu, bersamping dan bersongkok bagai. Kv dah terbayang hubby, mesti dia takmo. Heheheheh....

Setengah yg setuju, setengah yg bantah. Kv diam dan buat bodoh jek. Lantak dorang lah. Puas bertegang urat bagai tu, last2 pilih pakai baju batik. Hmmm...penat jek gadoh2 dorang ni.

--------------------oOo--------------------

11.01.2006

CERITA RAYA (part akhir)

Kononnya, kelmarin kv nak sudahkan cerita raya yg tak habis2 lg ni. Kemain pjg tu. Tp hubby tetiba demam teruk plk. Makanya bila dia MC kelmarin takkan kv nak dtg kerja pulak,kan? Kena la jaga dia. Hiks..isteri mithali gitew.

Hari ni dia dah ok. Ptg kelmarin siap gi ronda2 kb mall lagi. Yer la, lps raya ni tak sempat berjalan ke bandar lg. Hik hik hik.

Kv sudahkan lah cerita raya kami. Karang tergantung jd tak best la pulak.

Raya ke empat, kv balik semula rumah mak sbb sepupu kv berkenduri (majlis sambut menantu). Kv tak sempat tolong apa, sbb sampai dah tgh hari sikit. Tolong makan jek la. hahahaha.

Jumpa sanak saudara kat situ, pastu balik rumah mak. Tgk kakak kv tgh kalut menyiang ayam. Ingatkan tempahan satay tak selesai lg, rupanya kawan tu dok pulun nak meniaga pasar malam. Kononnya ramai pelanggan sbb cuti raya masih berbaki. Hai, kalau bab kerja mmg kakak kv tu champion. Tak larat cemana sekali pun, tetap dia pulun jgk.

Kv pun kesian tgk dia, bantu la dia apa yg patut. Org lain beraya, kami kena kerja. Ptg tu, malas nak masak, kv gi ambik nasi kerabu kat tapak pasar malam kakak kv meniaga tu. Lps maghrib balik Rumah MIL.

Pagi raya ke4 tu, gi P*T pasir tumboh sbb nak cari selipar hang nadim. Tak semena mena selipar dia putus hari sebelumnya. Takkan nak pakai kasut sepanjang masa kan.

Tgh hari sikit, balik rumah mak kv lg sbb sepupu kv kenduri jgk. Anaknya pompuan. Mmg grand la jugak aturcaranya. Kebetulan anak sepupu kv ni kerja kat tempat gubahan pengantin kat kl nun, makanya lawa2 segala hantaran tu. Kv dan kakak pun turut bantu siapkan pelamin. Pak andam lambat sgt tiba. Ni lah masalahnya kalau musim kenduri, selalu mmg kena menunggu pak/mak andan ler jawabnya.

Masa tgh bersanding tu kv cabut balik. Janji ngan kawan baik kv nak gi kenduri dia pulak. Bila call kawan2 yg lain semuanya dah ada kat sana. Wah... hati terlonjak lonjak nak jumpa dorang. Maklum ler, dah jd org tua sekarang. Lama tak jumpa.

Terasa macam majlis reunion pulak bila dpt berkumpul ramai2 cenggitu. Siap ambik gambar buat kenangan. Tp kv tak sempat nak gi cuci lg.;(

Masing2 senyum simpul. Maklumlah, byk kenangan manis bersama. Masa skolah dulu, masing2 ada kenangan cinta monyet kan, Jd bila berjumpa (siap dgn isteri/suami masing2) mmg rasa nak tergelak jek. Tp masing2 cover. Buat bodoh jer. Janji kami nak jumpa hujung tahun ni semula. Majlis kawin salah sorang kawan kami. Pasangannya tu mmg geng kami jugak. Mesti havoc!

Usai kat situ kami rush ke panji pulak. Nak gi rumah ex boss kv. Dah janji ngan dia raya ke3 lg. Tp asyik tak sempat jek. Stuck dlm jem kat Kubang Kerian mmg memeritkan. Berjam baru nak sampai. Borak2 lbh kurang, kami pun mintak diri balik dulu.

Berakhirlah ceritera raya kv. Alhamdulillah, pak sepupu2 hubby yg betegang urat kes tanah dulu dah saling kunjung mengunjungi. Agaknya dah sedar dan tahu akan kebenaran. Cuma anak2 dorang ambik kesempatan masa kami takde baru nak ziarah org tua kat rumah tu. Takpe lah, agaknya dorang segan lg kut. Manalah tahu kut2 raya tahun depan (kalau pjg umur), dorang dah hilang segan,kan?

--------------------oOo--------------------