kasutVINCCI

11.27.2006

BERKHALWAT

Kv baru masuk ofis dr makan tgh hari ngan hubby. Dah siap makan tu kami borak2 la dulu nak kasi makanan tu hadam sikit2. Depan kedai makan tu (seberang jalan) ada taman bunga. Taman bunga ni sering menjadi lokasi bercanda berasmaradana muda mudi. Taman ni jgk menjadi tempat kegemaran pak haji - pak haji pencegah maksiat. HIks

Masa makan tu Kv dah tgk ada 2 org pak haji jalan kat taman tu. Makan angin ke apa la org tua tu di tengah hari bolea(terik) ni. Pas tu ada sorang lg mamat motor sekali ngan dorang. Rupa rupanya pencegah maksiat sekarang dah pandai yer, ada yg recci ngan moto dan ada yg recci ngan jalan kaki. Dah tertangkap tu baru pacuan 4 roda dtg mengambil 'mangsa'. Hiks.. mangsa ker?

Yg buat kv nak tergelaknya, yg budak lelaki tu steady jer. Yg pompuan tu pulak memecut lari bila 4wd tu dtg. Hahahahahah. Lari menyorok dlm gerai buah berdekatan. Padahal gerai2 buah kat situ takde pintu belakang pun. Terpaksa la pak - pak haji mengerumun gerai buah sederet tu. Sampai kv balik ofis pun budak tu tak kluar2 lg. Hohohoho... karang makan penampar pak - pak haji tu kv tatau!

Ini ler first time kv tgk org kena tangkap khalwat in real scene. Selalu tgk dlm drama jek. Kakak restoren tu cerita yg dia selalu tgk kejadian2 gitu. Bulan puasa pun budak2 ni buat 'kerja'. Budak2 ni pun satu, dah tahu tempat umum gitu pun tak serik2 nak mengorat. Hai, risau pikir kan anak2 buah yg meningkat remaja. Malu mak bapak weh. Mak sedara pun tumpang malu neh.

Ingat masa kv mengikuti course kat balai islam, lundang. Dlm tu kan ada jabatan agama. Tiap2 mlm budak lelaki akan turun ke bilik 'pak imam' sekiranya terdengar 4wd masuk. Mesti ada tangkapan lah. Tak sempat pakai baju pun ada. Kena tangkap dlm tandas pun ada. Yg dah jd bini org tp bersekedudukan ngan jantan lain pun ada. Siap ada anak sekali. Hohoho..yg heran tu, suami dia tetap gi jamin. Naik fening diingatkan.

Ada jugak yg parent tak tau. Kesian mak bapak dorang dtg jamin. Ada sekali tu pak dia bagi penampar sampai berpusing2 anak dia. Pengsan budak tu. Kesian tgk. Tp dia dah malukan mak bapak dia kan, mungkin bapak dia nak lepaskan geram kut. Entah lah.

Masa course tu jgk, bg budak lelaki yg rapat ngan geng 'pak imam' ni, boleh join sekali misi tangkapan tu. Ada sekali kawan kv pergi. Sbb ada makcik cleaner report kat dlm tandas kb mall (hiks.. kb mall you!), ada pasangan masuk tandas pompuan dan tak kluar2. Dorang pun berkejaran la ke tandas kb mall tu. Hahaha... tgh projek ni. Kemain kusyuk lg. Lama ketuk, pintu tandas tu tak dibuka. Ada sorang mamat tu tubuh badan besar, Dia yg tendang pintu. Ala.. pintu tandas tu bukannya kejat pun. Kalut bebudak tu pakai baju.

Yg moskelnya, selamba badak jer budak pompuan tu. Yg lelaki masih belajar kat pol*. Yg pompuan tu mmg budak2 rempitan. Cerita girl tu, dia dah biasa buat 'kerja' gini, tp tak pernah tertangkap pun. Hadoii... pedih telinga dengar nya! Dia ckp dia minat mat motor. Mamat kete tak main. Tak boleh nak rempitzzz. Hmm... yer la tu. Muka bukan tak lawa. Body pun bukan tak lawa. Tp dah punah ranah. Kesiannya mak bapak dorang.

Entah lah, tatau la nak komen. Cuma mintak padaNYA agar keluarga kita dijauhkan dari kejadian - kejadian begini. Amin.

--------------------oOo--------------------

18 Comments:

Blogger oren said...

tu la yang dok risau, sebab kita ada anak pompuan..takmo dia terikut2 benda yang tak baik nih..

2:32 PM  
Blogger Pandang Dengar Diam said...

ada jugak orang2 tua berkhalwat tapi pak aji tak tangkap pun....

3:15 PM  
Blogger Cik Tat said...

mintak dijauhkan la..

5:26 PM  
Blogger Ajzie said...

Sungguh menakutkan..minta dijauhkan lah..

5:41 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Teringat dulu satu kes imam kat Melaka kena tangkap khalwat...

Entah la....

6:00 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

oren,
yer lah oren. Tp anak lelaki ke, anak pompuan ke sama jer boleh memalukan keluarga. Tgh angau tu, dorang tak fikir pun musibahnya kan?

cuaca,
hiks, kat mana tu. Awat tak report? Hehehe

jem,
amin

ajzie,
gerun lah kan.

bp,
pak imam pun tak dpt kawal nafsu gak ek? Manusia...

8:09 AM  
Blogger mhkg said...

mintak2 ler anak, cucu, saudara mara kita tak termasuk golongan ineww Aminnn..

10:07 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

mak hayams,
aminn...

11:40 AM  
Blogger AppleB said...

dah giler kot bebudaks skrg ni ahhahahahah

11:45 AM  
Blogger NBK466 said...

Tengah2hari pun pergi merendek??? Minta2 dijauhkan....

12:24 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

akak pun ada experience join team tangkap khalwat ni masa praktikal kat JAWI..
mmg sedihlah tgk pasangan berkhalwat ni.
sorang adik ni lagi haru, akak tanya dia ada dara lagi atau tak, dia boleh jawab, entahlah kak, saya pun tak tau..aduhhh..permata sendiri pun tak tau,na'udzubillah.
masa ni gaklah akak mula kenal camne nyah2 tu, bapak2 ayam..
smpt gaklah join serbuan kat lorong haji taib..menggerunkan.

1:17 PM  
Blogger Pnut said...

huishhh takutnya anak-anak skrng ni..selamba je buat maksiat...
tak sayang maruah diri dan maruah emak bapak ke??

2:36 PM  
Blogger kunci hilang said...

lari menyorok dalam kedai buah.. hmm.. macam menarik. ;)

11:41 PM  
Blogger Shami said...

Aduh...donia donia..sekarang..itulah gejala sekarang, takut shami dengar ceriter KV ni...kalau ler deper ni dengar ustaz mengajaq bab..hukum hakam kerja maksiat ni..tak tau ler...apa deper rasa...Ya Allah minta dijauhkan keturunan shami dari pekara ni berlaku pada kaum keluarga shami..

12:04 AM  
Blogger zino said...

harap2 tak jadi dengan keluarga kita.. minta di jauhkan.. amin..

12:24 AM  
Blogger Alinlai said...

hmmm sakit dada bila minah rempit tu cakap dia dah 'biasa' buat keja2 macam tu...hmmm dah jadi hobi la tu kan?

8:33 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

apple,
gitu lah kut. Cakap org tua takmo pakai!

nbk,
tu tgh hari dibulan biasa, tgh hari di bulan puasa pun bertenet. Haruu

kak syikin,
mungkin hasil dr tangkapan tu ada yg insaf, tp yg sedihnya berlaku pada org yg sama. Byk kali pulak tu.

pinat,
budak2 sekarang ni akal tak pjg kut. Depa letak nafsu kat otak, akal letak kat lutut.

kunci,
ye lah, mana tau dpt buah free kan? Hehehehe

shami,
kalau nak ikutkan, budak belajar sekolah agama pun ramai yg jadi gini jgk. Dorang belajar jer, tp tak fikir dan praktikkan agaknya.

zino,
kv pun harap gitu.;)

9:40 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

alinlai,
kalau dah rosak dan takde penyesalan mmg gitu dah perangai depa. Bila ler nak insap,kan?

12:05 PM  

Post a Comment

<< Home