kasutVINCCI

11.19.2006

CERITA HARI MINGGU

Plan ptg khamis nak balik rumah mak kv. Balik kerja tu, mandi dan solat asar. packing siap2. Pas tu kv gi jumpa kak Wan Semah dulu. Kv terlekat tulang ikan dah 2 hari. Hohohoho..seksanya hidup ku. Heheheh. Kak wan semah ni jenis tak ambik duit kalo kita sedekah, so kv bawak gula sbb MIL dah pesan awal2.

Pas tu kak wan semah bekal kan 'air tawar' utk kv. Masa kat rumah dia tu dah minum sekerat gelas. Tak larat kv nak habiskan semua. On d way tu singgah pasar mlm sbb malas nak masak utk dinner kat rumah mak nanti. Tp hubby beli 'colek malas' jek sbb dia tak nak makan nasi. Kv ngn hang nadim beli keropok gotel. Heheheh.

Sampai kat rumah mak tu dah nak maghrib. Mak dah siap2 nakgi masjid. Kv sempat sound kat mak besok pagi nak buat nasik lemak. Kakak kv (yg kanser pangkal rahim tu) demam teruk pulak. Selalunya dia chef kat dapur, kv tolong ajer. Tp bila dia dah teruk gitu, takkan nak suh dia masak pulak kan.

Lps solat maghrib, kv dah sediakan sambal. Esok pagi tunggu panaskan jer. tatau la sedap ke idak nya. Hehehehe, Blk dr masjid mak opek kelapa. Huhahuha... kami pun tido. Bangun solat subuh mak dah kukur kelapa tu. Kakak kv tak bangun2 lg. Kv geram gak kat laki dia. Takkan la kv nak uruskan wife dia tu sedangkan dia ada. Dah la selalunya kv yg tukang hantar ke klinik. Dia seronot jek rilek kat rumah. tak pasal2 aku terngumpat bagai ni. Menci weh.

Dum dam dum dam ngan mak kat dapur tu, siap la nasik lemak kami. Minggu depan cadang nak wat nasik dagang la pulak. Boleh kv belajar. Hehehehe. Dah siap makan sarap semua tu, kv ngan mak mula operasi basuh dapur. Mak kv baiki dapur actually. Dapur jenis dinding papan sekerat simen tu dah tukar jadi semuanya dinding bata. Baru jer siap. So, kena la basuh2 bagai dulu kan. Kalau kv tak tolong sapa la yg nak tolong buat kan.

Hang nadim pun sibuk nak nolong sama. Siap berebut penyapu plastik ngan mak pulak dah. Serabut btul budak tuh. Penat weh. Nak alih almari pinggan tu mcm nak terbe**k rasanya.

Dlm pukul 10 kami berhenti kejap sbb nak kasi kering dulu lantai baru nak betul2 kan perabut. Kv sempat lg merendak depan rumah mak (kilang kakak kv sorang lg tu masak utk jualan pasar malam dia). Borak2 huhahuha kat situ kakak kv yg sorang lg tu (cikgu) balik anak beranak. kv pun balik la rumah semula. Borak2 lbh kurang, kami masuk dapur. Kemas la pulak. Siap pasang kain tutup kabinet yg kv tolong jahit tu. Kami pun teruskan acara masak2 makan tgh hari. Sambil2 tu mulut lenguh dok terlaung2 kat hang nadim. Hang nadim ni mmg tau, ngan sepupu sepapat bukannya nak main elok2. Dia jenis cepat panas barab. Brutal. kalau tak kena ngan angin, mmg dia mengamuk bagai. Silap2 org tu kena pelangkung dia. Malu kv ngan peel dia tu. Tp sekali pikir dia tu budak. Marah2 gitu jek la. Tp ada gak kala tersasar. Kalau ngan abah dia lg teruk kena.

Ada org ckp sb dia lahir tujuh bulan, menyebabkan dia over agresif dan hiperaktif. Ex bos kv dulu mempunyai masalah yg sama. Lg satu sbb dia dah biasa dok sorang kat rumah MIl (takde kawan sebaya) semua harta benda dia yg punya tak yah berkongsi ngan org, tu yg dia jadik semacam bila kumpul ramai2 tu. lagi satu dia takde adik lg. Huh..cerita bab adik hang nadim ni, kv serah pd yg kuasa sajork. Kv pun terlalu mengharap.Heheheheh

Dah ptg dan solat asar bagai. Serta sakit kepala hang nadim dok bergurau senda ngan sepupu sepapat dia tu, kv pun ajak hubby balik rumah MIL. Aman sket kepala kv ni. Hang nadim ni ada tika angin dia elok, ada tika tu mmg tak boleh nak kontrol dah. Kesian kat mak kv masih tak puas borak2 ngan kami. Nasib baik la every week kami balik rumah dia.;(

Balik tu sbb masih awal (6 ptg) kami singgah pasar malam melor dulu. Takda benda nak beli pun. Pusing2 jer. Beli jambu batu dan apong kat mak. hang nadim biasa la mintak satay.

Esok harinya bangun subuh tu kami sambung landing. Tp tak dpt la sbb hang nadim si pencegah maksiat kacau. Hubby nak peluk kv pun dia kecoh. Nak wat lagu mana tu. Heheheheh

Bangun tu kemas2 rumah dan mesin baju. Punya la byk kain baju sampai kena 2kali basuh. Heheheh. Musim hujan ni mmg hang nadim guna byk pakaian.

Tiba2 tgk ada geng ukur tanah dtg. Rupa rupanya pak sepupu hubby upah org ukur tanah seberang jalan tu. Bagus gak. Boleh tentukan takat mana sempadan dia. Ni tak, dok kecoh jek kat kedai kopi ntahapahapa ntah. Tp tak sempat sudah sbb tak jumpa batu penanda. Nak guna bering tak boleh sbb hujan lebat. Alatan dia tu sensitif ngan air. Terpaksa tunda ke hari lain.;(

Kami kluar ke pekan kejap sbb nak beli petrol. Org kampung pun kuat guna motor. Tu yg cepat habis minyak petrol kat kedai MIL tu. Ingatkan hang nadim tidur la on da way balik tu. Tp non ado nyer. Hmmm.

Kami lunch dulu baru nyut dia dlm endoi. Tidur gak budak tu. Kv terus solat dan landing depan tv. Tgk drama tv1 sambil baca novel. Ingat nak ke kb sebelum asar sbb janji ngan kawan kv nak ambil brg ngan dia. Tak nak kasi dia tunggu pulak sbb dia balik keje pukul 5. Tp hang nadim tak bangun2 lag. Lps asar baru kami kluar. Punya la kalut takut kawan kv tu ternanti2.

Nasib baik sempat jumpa dia. Borak dlm 5 minit kami berpecah. Apa lagi. Acara mingguan ke kb mall la. Kwang kwang kwang. Ada road tour pengguna bijak. Kv pun turut sama menyibuk. Ingatkan nak dptkan topi. Tp dah habis. Dpt beg kecik ngan pelapik mouse sajork. Ok la kan sbb free. Hohohoh. Hang nadim cam biasa la dpt belon.

Gi minum kejap lps tukar bateri jam. Borak2 dan boring. kami pun bangun pusing2. Tak perasan pulak dlm pasific ada department baru. Heheheh..seronok jek jalan2. Tetiba hubby nak ke toilet dan hang nadim terpandang indoor game. Kena la layan dia kat situ dulu. kalo tak haru biru dia kecohkannya. Heheheh

Dah masuk waktu maghrib kami solat dulu pas tu masuk pasific semual beli sikit barang. Pas tu dah tatau mana nak pegi. Dah boring sgt kat kb mall tu. Pelangi mall pun awat la tak siap2 lg. Dah takde tempat nak merewang dah. Semua tempat rasa boring ni. Huhuhuhu

Gi makan chicken chop kat tanjung chat. Sedap weh. Harga pun boleh tahan murah. kami try air asam boi campur limau kasturi. Hmmm best. Balik tu singgah nak beli barang kedai MIL. Tp kedai tutup. Pukul 9.30 baru bukak. Masa tu baru 8.45. Pusing gi pasir tumbuh ronda2 PKT. Takde beli apa. Saja buang masa. 9.20 kami keluar PKT dan singgah kedai tu lg. Dlm 1/2 jam tunggu hubby beli barang tu. 10 lebih baru sampai rumah.

Dah solat isya tu sambung baca novel. Tp mata ni macam ada org bergayut jek, Punya la ngantuk nya. Aajak hang nadim masuk bilik (dia masih tidur dlm baby cort tu lagih..hehehe). Hubby masih layan astro. Kv dah ZZZZZZZZ. Sedar2 hubby kejut bangun td pagi. Best aa tidur. Hujan mencurah curah. Hang nadim pun elok jek tidur. Tak bangun mintak susu pun.;)

--------------------oOo--------------------

10 Comments:

Blogger Ajzie said...

Padat betul activiti KV.. Seronok membacanya..Hang Nadim dah berapa tahun?

5:41 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

w~a,
mmg gitu lah kalo hari minggu. Hehehe...hang nadim tu dah nak masuk 4 tahun januari ni. Dah besar pun.:)

8:12 AM  
Blogger Purpleheart said...

bznya kv masa cuti ya.. tapi cemana boleh lekat tulang tu? dah ok ke? kalo tak ok, petua orang tua kata kepalkan nasi panas-panas kemudian selawat dan telan seketul.. tak pun amik madu kat jari then isap jari tu..

gamaknya padat aktiviti kv, sah-sahla baca novel kemdian novel baca kv pulak.

8:37 AM  
Blogger NBK466 said...

Cayalah hang nadim jadi PPM (pegawai pengecah maksiat) tuh..he.he.he...

10:58 AM  
Blogger ibuVouge said...

ish tak tahan komen nbk, sabar je la nbk ni :D

5:50 PM  
Blogger tumismenumis said...

Ni citer dalam satu hari jer ni kan?
Tak sempat habis lagi la, kena print baca sambil tido.

Ada lagi rupanya bomoh lekat tulang kat kampung KV eek, dah rare species dah bomoh tulang ni sekarang nih.

10:23 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

sue,
dah amalkan petua2 tu semua. Sampai kenyang kv telan nasi tu. Heheheh..tp tak jalan jgk. Tu terpaksa mintak bantuan guru qur'an sbb dia mmg berkebolehan.;)
Mmg kdg2 novel yg baca kv. Hiks

abg shahrul,
hang nadim tu sama la ngan syira. PPM. Hehehehehe

IV,
heheheehehe

mazudi,
weh..tu crita dua hari la. Kv ni kalo bercerita tak sah kalo pendek2. Hiks
Kat kg kv dah meninggal dah bomoh lekat tulang tu. Yg kv pegi tu kat kampung hubby. Dia guru mengaji.;)

8:20 AM  
Blogger mhkg said...

amboi2 kemain yach sokmo menyongketnyer weii..

9:25 AM  
Blogger NONIE AZIZ said...

AKu hari sabtu hari tu pun mengemas jugak!!!letih weiiii...rasa macam nak tecabut urat punggung ni!!

12:10 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

mak hayams,
selagi larat selagi tu lah meks gigih cikcurans. Hehehehe

mr,
penat woo. Aku bukan rajin sgt kekdahnya. Hohohoho

12:27 PM  

Post a Comment

<< Home