kasutVINCCI

9.28.2006

KERABU SARANG

Kerabu sarang atau bahasa kelate sebut kerabu 'saghre' atau bahasa sebenarnya kerabu rumpai laut. Kalau kat kelate, bulan puasa mesti kerabu sarang mendapat permintaan tinggi. Kalau tempat kenduri pun ada yang buat kerabu sarang sebagai menu utama jugak.

Gambar kat bawah ni lah rupa kerbau sarang yg belum di gaul.

Sori lah sbb gambar gelap sikit. Mula tu nak ambik gambar guna digicam, tapi digicam dlm kete pulak. Tak larat weh puasa2 ni, so kv snap pakai henfon murah jek la.

Yang hitam tu la rumpai laut. Beli kat kedai rumpai laut kering. Balik rumah tu kena proses buang segala siput2 yg lekat kat rumpai tu, pasir pantai pun ada. Sudah bersihkan tu kena rendam dulu kasi kembang. Pastu basuh la ngan air. Kalau malas beli yg dah siap, masuk dlm pinggan terus boleh makan. Kaler dia mcm2, sekali nampak hijau, sekali nampak biru, sekali nampak kuning. Warna biasa bagi rumpai laut la.

Yg kaler putih tu sambal kelapa (bahasa kelate). Kandungan dia kerisik, ikan hancur, budu(masin), cuka (masam), ada yg masukkan serai, pastu gula sikit, bawang merah tumbuk, pastu kv pun lupa daa. Dlm plastik yg kaler oren tu kuah dia. Kelate panggil 'awah tumis'. Kalau nasi kerabu putih ke kuning ke guna 'awah tumis' ni. Kv tak reti nak buat, kena tanya kak PB la.

Rasa dia macam kerabu lain jugak. Tetapi kelebihannya rumpai laut tu rangup. Suatu masa dulu, kementerian kesihatan haramkan sbb laut dicemari sisa kimia. La ni dah boleh makan semula dah.

BUAH CUPU

Pernah tgk tak buah cupu? Kalau yg tak pernah tgk, gambar kat atas ni la rupa bentuk buah cupu. Tatau pulak negeri lain org panggil buah apa.

Kat kampung la ni mmg jarang dah ada pokok cupu. Masa kv kecik2 dulu, suka panjat pokok ni ambik buah yg masak. Dah besar gajah ni lama dah tak jumpa. Tapi bila kawin dan dok rumah hubby, kv selalu jumpa buah ni. Mak selalu buat sambal ikan campur buah cupu. Kalau org biasa sambal pauh, buah cupu ni ganti pauh tu lah. Yg kaler merah/oren tu buah yg dah masak. Rasa dia masam2 manis. Kalau nak buat sambal kena pakai buah yg putik tu baru elok.


Ni ler rupa buah cupu masak. (Sori gambar kurang terang). Nak kupas dia senang jek. Kena buang tangkai sekali ngan kelopak tu, boleh le kupas. Biji dia kena buang. Kalau jenis org yg hantu asam mcm kv ni mesti suka buah ni. Tapi kv tatau kat mana pokok ni ada. Selalunya hang nadim akan bawak balik. Dia selalu ikut mak gi kebun.;)

(Selingan)

Hari ni pasar minggu depan ofis, kv pun apa lagi merayap sama la. Masa jalan jalan tu, kv terperasan satu wajah yg familiar sgt. Kalu korang ingat ada satu kes yg si isteri simbah cuka getah (asid) kat muka suami yang nak berbini dua tu, la ni si bini tua tu dah dijatuhkan hukuman penjara.

Kat bawah ni gambar dia tgh berniaga ngan bini baru dia tu. Teruk jgk rosak wajah dia. Sampai belakang leher. Ngeri gak tgk.

Gambar ni kv snap dari jauh sbb takut dia perasan. Hehehehe. Dia yg pakai baju putih tu dan wife dia yg pakai baju biru cair tu. Dorang meniaga krim apa ntah. Kv rasa gerun nak gi dekat.

--------------------oOo--------------------

9.27.2006

PENIAGA PASAR RAMADAN

Kv nak cerita pengalaman kv berniaga di pasar ramadan (PARAM) ni. Tp bukan kv owner, kv just tolong aje. Kakak kv memang peniaga tegar pasar mlm. Bila bulan puasa, dia pun ikut sama meniaga kat param. Bukan satu tempat, tapi 2 tempat dlm sehari, bayangkan lah nak memasaknya tu.

Dulu masa belum kawin, mmg dah kewajipan kv tolong dia. Lagi pun dpt gak duit saku. BOleh buat raya.

Dari 7.30 pagi lagi dah start keje. Siang bahan2 mentah dulu. Mcm2 buat ni, ayam percik, ikan percik, kerabu segala mak nenek, ayam merah, kerutup limpa dan hati, air asam perut, kerabu perut, percik perut, nasi ayam pun, gulai siput bendang, rojak biasa dan rojak ayam, dan mcm2 lagi lah. Kv pun dah lupa.

Penat memasak tu ok lagi. Dah siap lebih kurang, Abg D (suami partner kakak kv) akan kemas semua tu dlm van dan satu lg dlm kete (sbb 2 tempat), kami pulak balik mandi bagai bersiap segala ni. Tak sempat nak rehat pun, Abg D dah tercongok depan rumah dgn van.

Destinasi yg kv selalu tolong kakak kv ialah param di Machang. Dlm bandar machang tu. Hmmm.....cuaca punya la panas. Mmg mencabar jiwa dan raga lah. Dah siap kemas meja segala, susun atur semua bekas lauk pauk tu, org dah berkunjung dah. Kadang2 tu tak sempat habis kemas dah ada pelanggan dok tunggu. Kalau boleh sabar tu ok gak, ni dok tekan kami supaya cepat2. lotih mak oii!

Masa meniaga tu mcm2 karenah manusia. Masuk asar, kami bergilir2 gi solat kat masjid. Masa ambik air sembahyang tu, rasa nak berenang kedebum jer dlm kolah masjid tu. Lps solat tu rasa nak landing terus jer kat kapet masjid tu. Punya la kuat dugaan. Penat weh!

Tu belum time gi injek kat hospital gomen untuk para peniaga. Kena suntik vaksin apa entah. Tujuan utk kebersihan la. Setiap org kena suntik. Sakit selepas suntikan tu hanya Tuhan la yg tahu. Sakit tubuh sampai demam2. Tu yg ada peniaga tak gi ambik suntikan. Time org kesihatan check pakat2 lari. Hahahahhaa

Kadang2 kami bawa bekal air sendiri. Kalau malas main beli jer lah utk berbuka tu. Dah dekat waktu nak berbuka, para peniaga bertukar tukar juadah. Barang jualan masing2 tu lah. Dah siap berbuka lite lite, kami pun kemas barang2 masuk van. Balik rumah. Mandi dan solat baru makan nasi. Punya la penat badan, tapi gitu la rutin harian sebulan bulan ramadan. Even dah masuk u pun, kalo cuti mesti gi meniaga jgk.

Gaji nya kakak kv akan bagi pada hari buat ketupat. (hari tgk anak bulan / sehari sblm raya). Lps raya dpt la guna duit tu gi jalan2 kota bharu. Beli apa shj yg kami mau (asal cukup ngan duit lah). Masa dpt gaji tu mmg suka banget. Tp masa kerja mmg penat wooo.

Tu belum lagi 2 hari before raya dah mula operasi buat satay. Tempahan walau tak byk mana tp mmg boleh tahan. Malam raya tu masih lagi cucuk satay. Dah yg lelaki pulak dah start membakar. Sampai ler pagi raya. kadang2 mak kv merajuk takde org nak tolong bungkus ketupat palas. Tu pun satu hal lagi. Perlukan tenaga gak nak kacau pulut dan perah santan. Perah santan kena guna kain sbb tak nak kasi habuk kelapa masuk dlm santan. Sudahnya, lps pagi raya, slm bersalam, kami boom tidur.

Org lain sibuk beraya tapi kami kepala ting tong. Nak wat lagu mana sbb kami bukan lahir dlm keluarga kaya raya. Hiks. Terpaksa la kerja keras skt. Alhamdulillah atas rezeki tuhan bagi. Walaupun zaman skolah dulu kv, kak M dan anak2 buah yg sebaya sibuk membanting tulang tapi semuanya dpt ke IPT dan semua dah berkerjaya. Alhamdulillah.

--------------------oOo--------------------

9.26.2006

CERITA 2 HARI PUASA

Sahur Pertama
Lps solat isya' kv dah tanak beras dlm rice cooker. Mmg selalu gitu sbb kv ni jenis liat nak bangun. Daging mil dah perap garam kunyit. Ikan pun sama. Menu yg simple. Nanti mak akan bangun dan panggang.

Dinihari tu mamai jer hubby kejut. Naik heran kv apsal hubby kejut awal. Lambat lg masa nak gi kerja. Hubby dah 5 minit kat dapur baru kv teringat yg kena bersahur. hahahahahaa. Teruk punya bini.

Kv makan dlm mamai. Hik hik hik. Nasib baik hang nadim tak puasa lg. Kalau tak, mmg haru dibuat dgn perangai ibunya.

Puasa hari pertama.
Menu hari pertama, steam ikan kerapu bara. Solok lada (mak yg buat, kv tak reti). Beli kerabu sarang, sup perut (utk che bersahur nanti), itik kerutup. Pas tu goreng halia telur ikan. Semua tu termasuk utk bersahur sekali.

Berbuka tu, ada air kelapa yg hubby kait. Tp kv dah terbuat teh beng. Best jgk. Kuihnya, tepung pelita. Sudah solat baru kv makan nasi. Tp makan sikit jek sbb perut 'sekak' ngan air teh beng tadi.

Usai makan tu, kv rasa lain mcm jer. Weh, terkeluar balik segala apa yg kv makan tu. Hmm... agaknya mabuk teh beng tadi la tu. Nak ilangkan mabuk, kv makan colek pauh campur nenas. Best2. (hik hik hik...puasa asyik ingat makan sajork)

Masa kat bilik air tu, hubby dan hang nadim dok main bunga api dan mercun roket stok tahun lps. Hmm.. kpd ibu bapa lain jgn jadikan contoh yer. Bapa lebih excited dari anak ni.;)

Bersahur mlm kedua.
Lepas isya' kv dah jerang beras. Nanti pukul 4.00 mak bangun panaskan. Lauk2 yg dimasak belah petang masih ada. Makan yg tu jek la.

Berbuka malam kedua.
Menunya, sambal bilis dan telur (permintaan hubby), air asam perut (maaf pd yg tak makan~mmg kegemaran nih), goreng udang dgn brokoli, mil kerabu jantung pisang, jeruk mamang(beli). Air pulak utk kv jus asam jawa (sbb start selsema plk dah), hubby pulak ice blended air kelapa. Kuih nya cara berlauk. Mlm cam biasa la colek pauh campur nenas mmg tak boleh tinggal. Masa bersahur pun kv makan lagi. Mmg sehari dua ni kemaruk makan asam.

Tapi malam ni perut kv dah stabil. Makan nasi sikit jer. Tapi makan lauk byk. Hi hi hi. Tak muntah lagi dah.

Bersahur malam ketiga
Panaskan lauk2 yg dimasak sebelah petang tu. Hmm...makan sikit jer. Tapi punya la ting tong ari ni sbb 6.30 ptg kelmarin hang nadim dah terlena. Sbbnya dia tak tidur siang hari. Mmg kalau dah gitu, amukan tok nadim akan bergema di mana - mana. Kurus puasa kv dok geram kat dia.

Sbb dah terlena 6.30 ptg. Pukul 3.00 pg td dia bangun dan bagitau dia baru siap melabur. Aduh... dlm tidur pun sempat tu. Bila dah kena air sejuk tu, maunya segar bugar dia. Dah tak lena tidur pulak dah. Penat hubby warning suh dia tidur. Tak mau jalan daa.

Pukul 4.00 mak dah bangun panaskan nasi dan lauk2. Kami syok landing lg. Hantar hang nadim keluar bilik. Siap main basikal lagi.

Sudah bersahur tu dia mintak nak tidur buaian. Sambil menonton channel discovery. Best jgk fasal budaya dan tamadun afghan yg telah dimusnahkan oleh puak taliban. Nasib baik ada rakyat dia yg cerdik akal utk menyembunyikan benda - benda tu.

Pas tu kv mamai sbb makan ubat demam. Sayup2 dengar suara hubby dok melayan hang nadim. Aduh..melepas hajat pulak budak tu. First time hubby menguruskan dia kat bilik air. Selalunya mcm2 alasan. Agaknya dia kesian kat kv demam kut.

Hang nadim join kita org landing depan tv. Hubby dah lama lentok. Tiba2 hang nadim kejut cakap nak melabur sekali lagi. Patut la masa bersahur tadi dia cakap sakit perut. Kv ingat dia main2 saja nak bermanja lebih. Masa tu dah 6.30. Kv pun terus mandi dan solat. Hang nadim dok mengacau che tgh mengaji.

Itu jer lah cerita 2 hari puasa. Punya lah panjang lebar. Nanti kita bercerita lagi. Tu tak termasuk pasar ramadan la, apa la. Hik hik hik...asyik cerita pasal makan jek, kan?

--------------------oOo--------------------

9.24.2006

SELAMAT BERPUASA

Hari ni, hari pertama kita umat Islam menjalankan ibadat puasa. Semuga kita semua dpt beribadah dgn sempurna. Kv tak sempat nak ucapkan satu - satu. Jadi kesempatan ada blog ni, kv ucapkan lah untuk semua.

Moga ramadan kali ni lebih diberkati dan segala ibadah kita boleh jalankan sesempurna mungkin. Pada yg berkesempatan solat tarawikh tu, bestnya. Rasanya tahun ni kv masih belum berkesempatan, sbb hang nadim masih lagi tak boleh dikawal kalau dibawa ke masjid. Nanti mengganggu jemaah. Insyaallah di masa akan datang.

THE BEACH OF MELODY
Abih cerita fasal puasa. Kelmarin, sbb boring dok rumah, hang nadim & co gi jalan jalan makan angin kat pantai irama bachok. Org kampung panggil pantai bachok. Dlm peta pelancongan pulak 'the beach of melody'. Nak kata jauh, dekat jugak. Tapi nak kata dekat, rasa jauh pulak. Kiranya ok lah dari rumah kami.

Dah lama tak gi pantai. Hang nadim mmg takut ombak. Tu yg malas tu. Tambahan pulak cuaca panas melampau. Tp ptg kelamrin cuaca redup jer. Hang nadim pada mula tu takut2, tp lama2 dia pulak yg over excited. Tambahan pulak kerja2 benteng pemecah ombak sedang dibuat. Utk persediaan musim tengkujuh agaknya. Dia mmg minat machinery yg heavy gitu.

Jalan2 tepi pantai tu, mmg jauh benar berubah. Dulu pantai irama ni mmg tersohor lawa. Sekarang dah terhakis. Teringat zaman skolah dulu. Mesti gi pantai ni. Pas tu zaman cintan cintun ngan hubby pun, mesti gi sini. Minum air kelapa bwh pokok rhu tu, wah..lawa sgt masa tu. La ni pantai dah makin hampir ngan jalan. Mmg musnah teruk jugak lah.

Masa jalan2 tu, byk yg kami jumpa;

Obor2 mati ada 3-4 ekor. Dulu siap boleh bermain lagi ngan obor hidup. Tp kena hati2 sengat dia.


Ketam pun byk yg mati.


Satu2nya spesis hidup yg kami jumpa. Remis.

Spesis lain yg byk mati. Terutamanya tapak sulaiman, mmg byk sgt.


Hang nadim sempat posing.

Tak habih berjalan tu, hang nadim ajak gi tgk excavator pulak dah. Sambil layan dia tu, kami makan rojak buah. Best jugak.

Lama kat situ, hubby ajak minum air kelapa. Pas tu layan hang nadim makan fish ball goreng. Pas tu jalan2 lagi tepi pantai. Tgk jam dah 6.30, ajak hang nadim balik. Ish... takmau balik dah pulak budak tu. Kami ugut nak tinggalkan dia. Hi hi hi...cepat2 jer dia mengejar.



--------------------oOo--------------------

9.19.2006

DRAMA KOREA

Kv perasan yg kv rupanya gemar menonton drama bersiri korea. Tp pilih2 jugak ler. Kalau kv rasa menarik, mmg rasa terkilan kalau terlepas tayangan. Sbb drama bersiri gini takde kat astro yg jenis ulang tayang tu. Selalunya 8tv atau tv2.

Masa ada tv kat ofis dulu, kv pernah layan cerita HOTEL. Pas tu ada cerita LOVER IN PARIS. Best aaa cerita tu. Sbb kv ni jenis suka cerita komedi romantik.

Dah takde tv kat ofis, mcm terlupa pulak cerita korea ni. Ada sekali tu tertengok channel 8. Masa tu cerita MY LOVERLY SAM SOON dah tayang beberapa siri. Tgk kejap jer kv dah masuk hati. Lawak betul la. Kebanyakan cerita dia, heroinnya jenis gila2. Tu yg kelakar.

Tp ada jugak yg tak boleh masuk ngan jiwa kv. Tp la ni kv tersyok ngan cerita MY GIRL pulak. Masalahnya mlm ni hubby nak gi training bowling kat kb mall pulak dah. Nak ikut, sayang terlepas cerita. Tak nak ikut pulak, mesti boring sbb cerita tu habis 9.30 mlm jek. Hubby sampai rumah mesti 12 ke atas. Karang pulak hang nadim meraung nak ikut sama. Hmm... terpaksa korban ler cerita korea tu mlm ni. Sedih....(mcm takde benda lain nak sedihkan).

Ada yg suka drama korea tak?

--------------------oOo--------------------

9.18.2006

LAPAR GARAM (Part 2)

Alhamdulillah, penyakit gatal kv tu dah sembuh. Mungkin dah sembuh sepenuhnya sbb kv dah tak tergaru garu hari ni.

Kv gi klinik jam 3 ptg. Tunggu doktor sampai punya lah lama. Sampai kv naik fedup. Masa kat klinik gatal dah mcm ok sikit. Tapi tetiba bahagian dagu pulak yg panas dan merenyam. Nak garu tak berani sbb area muka kan. Asyik dok tenyeh tenyeh jek la.

Dekat pukul 4 baru doktor mai. Kena tunggu lama gak sbb wife dia (doc jugak) tak boleh dtg. Ada mesyuarat pibg anak. Hmmm...letik mak.

Masuk jumpa doktor tu kv pun bercerita lah masalah gatal miang kv tu. Doktor pun tunjuk satu gambar rajah pasal penyakit kulit. Dia tunjuk kat kv satu masalah mcm kena ulat bulu tu. Mmg kv ada masalah tu lah. Nama saintifiknya ada. Dekat ubat yg doktor bagi tu pun ada, tapi tertinggal kat rumah. Kv lupa lah apa kebenda nama dia. Puncanya dari pelbagai faktor.

Masalah kv mungkin berpunca dari resdung yg kv alami. Rekod kesihatan kv mmg ada dgn doc tu. Pas tu pulak tambahan cuaca yg panas melampau. Mmg betul lah sbb rumah mil tu panas ya amat. Kalau org tak tahan mmg tak boleh duk atas rumah tu siang hari. Tu pasal hang nadim dan abah dia tidur kat tangga (nasib baik ada pagar penghadang, tak nampak sgt org lalu lalang). kv pulak takkan nak landing kat situ jugak. Rasa tak selesa. Selalu lepak depan tv. Walaupun ada kipas, tapi panas ttp membahang.

Doc kata, kalau kv dok dlm aircond, bengkak dan gatal tu akan bertahan. Tak de lah dok merenyam sgt. Kalau panas mmg teruk lah. Teringat kes anak IV. Si montel alya tu.

Masalahnya, kv bukan tak nak taruk aircond kat bilik kv tu. Kv pun dah lama tak tahan panas dan dok mengidam sgt pasal air cond. Rumah mil kan rumah papan, pastu wiring elektrik pun ntahapapa. Dah mintak nasihat tukang wiring, dia kata, kalau nak taruk aircond kena wiring baru. Bila dah gitu rasa malas pulak sbb kami ada perancangan lain dgn rumah tu. Terpaksa lah kv bersabar. Takpelah. Tp kalau jd jugak nanti, kena bincang semula lah ngan hubby.

Doc kata, kv tak perlu makan antiboitik atau ubat/krim sapu sebab gatal tu bukan kerna kuman. Cuma alahan dgn perselitaran. Dia injek nak kasi normal balik dan kena makan ubat utk hilang miang.

Tp betul lah doc kata, masa kat rumah petang kelmarin ada lagi yg baru tumbuh. Masa tu kv kat tali air tunggu hubby memukat ikan. Lps makan mlm tu, sapu minyak panas dan makan ubat. Gatal tu beransur ansur hilang. Hari ni dah ok sepenuhnya kv rasa. Cuma tertinggal ubat pulak dah pagi ni. Kena makan ptg nanti lah pulak.

Masa jumpa doktor tu, ada satu peristiwa yg melucukan tp mmg betul dan boleh jadikan panduan. Klinik yg kv pergi ni mg dari sekolah dulu lg kv refer kat situ. Tiap kali pergi mmg berat badan kita ditimbang. Kv tau yg kv sekarang mengalami masalah berat badan. Hik hik hik

Doktor pun dok komplain la. Dia tanya sama ada kv makan byk tak. Sbb kv ada gastrik jugak, kena makan ikut jadual. Jadi makan nasi sesudip jek. Kadang2 tukar benda lain nak elakkan nasi. Hmmm..katanya mungkin kv tak bersenam kut. Kv kata tiap petang kecuali hujan atau ada kerja lain kv akan main badminton. Terkejut gak dia ngan cerita kv tu.

Dia pun nasihatkan lah kv supaya buat senaman perut. Time ni kv dah gelak sakan dah. Dia tanya sama ada kv pandai menari tak. Dia suggest kv buat tarian gelek arab. ahahahahaha. Lucu tapi betul.

Katanya beli cd RM 10 yg tarian gelek tu, ikut jer dia buat. Mmg menjadi sbb family amalkan gitu. Siap panggil daughter dia yg darjah tiga tu buat demo. Kesian budak tu malu2. Tapi dia buat jugak. Gelak besar kita org lps tu.

Hmmm...ada sapa2 nak mencuba? Menarik jugak tu. Tp seganlah kat MIL. Karang runtuh pulak lantai papan tu. ahahahahahha....

--------------------oOo--------------------

9.17.2006

MARHABAN DI ASTRO

Kebetulan ptg kelmarin kami ke kb mall. Mmg dah baca dlm paper dan tgk astro yg 15&16 sept. group marhaban astro akan ke kb mall. Tp dah mmg xtvt kami setiap sabtu ke kb mall, layan jer lah.


Masa kami sampai tu dorang dah habis buat persembahan. Hanya dj sorang tu yg dok bercakap cakap. Masa tu kv tatau lg sapa yg ada. Umat punya la ramai dok beratur nak sain otograp.

Kv pun dokong la hang nadim gi ke depan pentas tu (punya la gigih nih). Tgk2 ada faizal, zahid, hazama, haziq dan kumpulan nasyid ntah apa ke nama (sori tatau) dan pompuannya zila dan edlin. Hmm.. dpt ler tgk wajah dorang tu secara life. Eh, lupa! Fitri pun ada.
Faizal senyum sokmo (teringat kia spectra gambar faizal fc kat basement tu)

Siap diasingkan lagi pompuan dan lelaki. Ni zila dan edlin. Ayu jer bertudung litup.


Sesi sain otograp. Tak kuasa kv nak beratur sama!

Masa ni dah abih sesi sign otopgraph. Dorang pun dah nak balik.
(sori gambar henfon murah ~ kurang nemuaskan)

Kami pun gi layan hang nadim makan yee mee sizzling. Punya lah meragam sbb dia tak sihat. Batuk siap kena gi injek pagi tu. Usai solat maghrib kat kb mall kami gi mydin beli barang kedai mil. Balik tu singgah beli ayam bakar bangkok kat pasar malam buluh kubu.

LAPAR GARAM
Korang pernah dengar istilah lapar garam tak. Tu sebenarnya istilah kelate. Bahasa surat nya kv pun tatau apa. Lapar garam ni macam kulit kita yg merengsa. Bertompok tompok rengsaan tu habis satu badan. Gatalnya mmg tak boleh nak cerita.

Nak mandi utk solat zuhur kelmarin, satu badan kv gatal2. Garu2 tu tak perasan. Tetiba hubby tegur lengan kv nampak mcm kena tahi ulat. Terkejut tgk habis satu badan kv bertompok tompok. Tebal lak tu. Hubby tolong sapu bam gamat, rasa ok skit. Pas tu tompok2 tu yg awal tu surut sikit, then berpindah tempat lain pulak.

Masa nak gi kb mall tu kv rasa ok dah. Balik tu, masa tukar pakaian rasa gatal tu memang tak boleh nak cerita. Miang sgt2. Hubby pun tumbuk garam kunyit, lumur seluruh badan. Hik hik hik. Sempat lg dia perli, kalau goreng best jugak. Penuh isi dan lemak.;(

Mlm sikit tu rasa makin tak selesa. Garam tu rasa berpasir pulak dah. Gatalnya tak hilang hilang. Hubby tolong sapu minyak panas pulak nak mengelak kv garu. Nak gi klinik dah mlm sgt. Nak tidur rasa berpasir satu badan dgn garam tadi. Gi mandi nak hilangkan garam pulak.

Bangun tidur pagi tadi, tompok tompok gatal tu berpindah pindah. Dok tgh menaip ni gatal tak hilang lagi. Kat kaki, lengan dan perut. Adoiii...gatal weh. Nak gi klinik tutup lunch hour pulak. Kena tunggu kejap lagi. Dah la kv ni alahan antibiotik. Tak boleh silap. Kena refer satu klinik yg kv dah biasa tu.

Nak kata alergik salah makan, kv tak makan seafood pun sehari dua ni. Nak kata alergik ubat pun (selalu kena kalau antibiotik - naik ruam gatal atau bengkak muka rasa cam terbakar), kv tak makan ubat. Dengar cerita org keliling, lapar garam ni mungkin akibat darah kotor dlm badan ke apa. Tapi telahan jer tu. Punca sebenar tatau.

Adoiii......gatal. Lambatnya klinik bukak!!!!!!!!!!!!!!!

--------------------oOo--------------------

9.14.2006

HANTARAN

Bukan pasal album hantaran hati bob mesra. Tapi hantaran org kawin. Kalau kita baca kat paper semenjak dua menjak ni mmg celebriti2 kat malaysia ni macam berlumba lumba pasal hantaran. Majlis kawin pun sampai juta juta.

Sekali pikir, apa nak susah. Sebab dah deme mampu. Buat la seperti yg diinginkan. Sekali pikir pulak, deme ni macam nak menunjuk nunjuk. Dah ada pulak dlm paper fasal pendapat org ramai mengenai perkara ni. Pas tu alim ulama jugak turut memberi pendapat.

Aduhai...susah jugak menjadi selebriti ni. Semua perkara org ambik tahu. Jadi semua perkara mesti kena perfect. Kalau tak nanti org kutuk. Kalau overdose pulak, org kutuk jugak. Mungkin ada yg sampai berhutang nak mengadakan. Nak suruh nampak gah. Bbab ni mmg letih la. Majlis dah grand bagai. Habis majlis kena kejar ngan pemiutang. Hiks

Seksanya menjadi selebriti. Sampaikan love bite kat leher siti pun jadi berita hangat. Hik hik hik. Mula2 kv tgk mmg gelak sakan. Tp dah betulkan persepsi sendiri, rasa kesian pulak kat siti. Benda tu jadi gurauan dan sendaan.Perkara yg bagi kita org islam terlalu peribadi. Masalahnya, awat pak besaq tu gi buat love bite kat leher siti padahal dia dah tau bini dia tu selebriti. Hik hik hik

Aduh...Seksanya menjadi selebriti. Kv pulak tumpang pening.Hmmm

--------------------oOo--------------------

9.12.2006

TERKUNCI

Kv tatau nak described camana perasaan kv pagi tadi. Bengang tapi lucu pulak rasanya. Selalunya waktu pagi lps solat subuh, kv kalut iron baju kerja dulu. Hang nadim pulak time tu sibuk dok menyonyot botol susu dlm katil dia tu.

Nak jadi cerita, belum pun kami bangun solat subuh, hang nadim dah bising mintak susu. Kv malas nak melayan, terpaksa la hubby bangun. Mmg mata tak berapa nak boleh bukak sbb sebelum tidur tu kv telan ubat seduan/selsema.

Dah habis susu sebotol tu, dia panjat turun katil dia dan landing kat katil kami pulak. Hubby malas nak layan dia, terus bangun gi bilik air. Macam2 dia usik kv. Dia ni mmg nakal tau! Suka sgt buat org marah2 kat dia. Kv pun malas gak nak layan dia terus gi mandi.

Sudah solat tu, kv iron baju cam biasa. Hubby lak kemas bakul susu dan basuh botol susu dia. Cam biasalah. Dia pulak dok mengayuh basikal satu rumah. Menceceh tak henti henti. Mmg bising ler.

MIL ajak dia gi beli nasi belauk utk srapan pagi. Aman kejap sbb dia takde. hi hi hi.

Hubby siap dulu sbb kv nak betulkan kancing kain baju kebaya kv yg dah tertanggal tu. Hang nadim dah balik dr beli nasi tu. Dia main2 kat pintu bilik kv. Tutup pintu, bukak, tutup, bukak. Hmm...penat menjerit, tak jalan daa.

Kv pun buat tatau. Tgh dok bersiap bagai tu, dengar suara dia dr luar pintu tu.
"Mama, adik kunci pintu!"
kv ingat dia main2. Buat tak layan.
"Mama, pintu tokleh bukak!"
pastu kv tgk tombol pintu tu bergerak - gerak. Mmg sah dia kunci dari luar (Kunci pintu mmg sentiasa kat situ sehinggalah kami keluar gi kerja baru simpan kat tempat lain).

Kv releks jer lah sbb selalunya dia yg bukak kan sendiri. Dah siap tu, kv panggil dia suh bukak pintu. Tapi dia tak boleh bukak pulak dah. Penat dok ajar supaya pusing anak kunci tu. Tapi tak jadi. Hish..naik darah dibuatnya. Dah lewat nak gi kerja pulak tu.

Dia pulak kat luar tu dok melaung - laung bagitau kv,
"Mama, takde orang!" maksudnya, dia usik kv bahawa takde org kat luar. Kv mmg dah tak boleh keluar. Byk kali pulak tu dia cakap gitu. Geram kv.

Kv arah panggil abah dia. Terdengarlah kayuhan basikal tu (lantai papan, mesti la dengar kan). Kv dengar dia bagitau abah dia yg pintu terkunci. Tp si abah pulak tak faham bahasa anak. Dia mai semula, kv arah dia panggil abah dia lagi. Kayuh basikal gi ke depan pulak.

Hish..hubby ni mmg tau. Susah nak faham. Nak pulak enjin vtec dia dok menderum kat luar tu. Mana nak dengar kv dok melalak panggil dia. Sampai sakit tekak kv ni. Geram betul.

Si hang nadim pulak dok kalut sorang diri kat luar tu. Kv dengar satu2 perbualan dia ngan abah dia tu. Siap tawar menawar duit ngan hang nadim. Selalunya kami tinggal seringgit utk hang nadim belanja. Dia kan selalu ambik gitu jer barang kat kedai mil. Kami tinggal duit suh dia bayar.

Kv dah naik darah rasanya. Penat panggil takde respon. DOk termanggu kat katil, dok fikir apa nak buat. Hang nadim pun dah lesap. Last2 tertengok henfon kv. Nasib baik ada kat bilik. Kv call hubby, pelik pulak dia. Hmmm...geram weh!

Gelak besar dia sambil bukak pintu. Kv dah tak mampu nak gelak. Geram terlebih dah. Tak pasal2 hubby kena pujuk pulak. Kekekeke. Si hang nadim tu siap marah pulak kat abah dia sbb tak faham apa dia cakap tadi. Nasi tambah sungguh budak tu. Kv cakap ngan dia, bertuah punya anak! Gelak jer dia.

Dah naik kete tu, hubby tegur spec kat mana. Macaman boleh tak perasan kv tak pakai spec. Patut la nampak blur jer. Cepat2 hang nadim pi cari spec. Nak memujuk la tu sbb dia dah kena kutil ngan kv.

Hik hik hik...dah abih entry terkunci. Mati la ayat pembukaan lebih pjg dari isi. Kekekekekekek....

--------------------oOo--------------------

9.11.2006

MISI MENCARI BAJU RAYA

Hik hik hik...puasa belum lagi kv dah kalut nak cari baju raya. Tapikan, takut tailors tak terima pulak nanti kalau lewat sgt. Kang tak berbaju raya lak kv.

Nak dijadikan cerita, sbb kv asyik dok merengek kat hubby nak gi beli kain pasang, dan hubby pun dah naik bosan, kami pun gi ler pasar siti khadijah kota bharu sbb kv nak survey kain yg dah lama kv dok aim tu. Ingatkan at pasar siti khadijah tu ada. Bazaar kat sebelah tu mmg ada, tp selalunya mahal sikit. Tp kat PSK tu takde kain yg kv nak. Kena gi bazaar jugak.


Ni pandangan dari atas dalam pasar siti khadijah.


Ni pulak pandangan dari ground floor.

Kami pun menyonyet nyonyet jalan kaki gi bazaar pulak. Punya la ramai org sampai nak jalan pun susah.

Ni pemandangan dari pintu depan bazaar menghala ke PSK. Penuh dgn pelancong tempatan dan asing.

Naik ke bazaar tu, pusing2 ler tgk kain yg kv nak tu. MMg byk ler. Corak pun lawa2. Tp rasa mahal sgt lah. Pas tu jumpa satu kedai tu dia dpt bagi harga murah sikit berbanding dgn kedai lain. Kv dah nak beli sebenarnya, tp hubby tu biasa la. Dia suruh survey dulu. Tak jadi, tapi dah tau kedai tu, karang klau tak jumpa kat tempat lain kena gi situ la.

Dah penat sgt meronda pusing cari kain pasang yg tak terbeli lg tu, kami singgah minum kat dataran penghubung antara PSK dan bazaar. Sebelum ni tak pernah kv sampai situ walaupun dah lama dataran tu siap. Punya la jakun.

Singgah minum teh beng dan makan colek malas campur keropok gotel. Satu pinggan tu seringgit sajork. Mrasa shared 3 org. Kv, hubby dan hang nadim.

Pas tu gi nagoya textile. Penuh org. Tp tak jumpa kain yg kv nak tu. Punya la frust. Hik hik hik..mengalahkan budak2 ajor. Hubby sempat perli, kalau tak beli kain tu, tak boleh beraya ke? Benci taw! Nak jugak!

Penat dah nak gi bazaar semula. Hubby janji sabtu depan boleh gi beli. Hik hik hik. Agaknya dia menyampah tgk mula kv yg monyok tu.;)

Kami pun naik semula ke PSK. Nak beli nasi bungkus. Sbb dah janji ngan mil tal lunch kat rumah. Tak nak kasi dia masak utk kami. Ingat kan kedai makan masih kat level satu. Rupanya dah berpindah ke bangunan baru kat sebelah tu. Hmmm...dah lama rupanya kv tak sampai level2 atas psk tu, sampai tak perasan.

Balik rumah, makan dan rehat. Hubby ngan hang nadim sempat tidur lagi tu.

Lps asar, kv iron baju kerja dulu. Dlm pukul 5 kami keluar semula sbb dok janji ngan hang nadim nak beli lori tanker. Hang nadim ni mmg tau, selalu tuntut janji. Sebelum sampai kb mall tu, singgah salem aziz textile (alah, tempat kak pb sempat beli kain pasang tu lah). Saja nak banding kan harga. Ingatkan murah sbb MHI selalu promote kedai kain jakel tu. RUpanya jauh beza. Mahal lah. Baik beli atas bazaar. Hiks.

Hmmm....misi mencari baju raya masih belum berjaya. Kekekekekeek

Gi kb mall.Pusing2 kejap, gi makan pizza hut. Dah lama nak try cheesy bites. Hari tu baru dpt. Ok la juga. Tp kv habis sekeping sajork. Hubby la yg makan byk. Tp masih tak habis. Bungkus bawa balik.

Pas tu gi solat maghrib kejap. Hang nadim sebok ngan tanker dia tu. Sudh tu, kawan kami call ajak minum kat d'village depan HUSM. On d way balik tu, ok aje. Tp minum jer lah. Dah tak larat nak makan. D'village tutup lak mlm tu, pindah ke kedai berdekatan.

Balik rumah sambung tgk anugerah ERA. Sempat la tgk ning performed lagu drama yg best tu. Tp menyampah la tgk mawar berduri tu. Pakai baju entah hapa. Teruk betul lah.Kan?

--------------------oOo--------------------

9.06.2006

TAKDE IDEA

Hari ni tatau nak merapu apa. Takde idea weh. La ni tgh kemaruk lagu dealova. Hik hi hik...kv pun tumpang sekaki. Mmg best ah lagu tu. Lirik dia puitis habis. Kalau org tgh angau bercinta mmg masyuk sgt lah. Tapi utk org yg dah kawen cam kv ni pun seswai jugak rasanya. Hik hik hik. Hubby tolong download lagu ni kat desktop kv. Yang once nyanyi ada, faizal af4 nyanyi pun ada, yg siti nyanyi pun ada. Masih tak bosan2 dengar lagu tu.;) Best kan?

Kalau tgk dlm byk2 blog, ramai yg mengulas pasal lagu ni. MR kv rasa plg awal yg kv pernah kesan. Masa dia buat en3 pasal lagu ni, kv tgh konfius lagu yg mana satu sbb masa tu kv tak familiar mana lirik lagu ni. Advance betul mr tu. Hik hik hik.

Lagi lagu yg kv suka 'jangan benci bilang cinta'. Best gak melodi dia. Boleh layan jek. Pas tu lagu 'sedang ingin bercinta'. Mula2 dengar dulu cam menyampah lah lagu ni. Tp bila tgk amighul af4 performed, kv rasa best pulak lagu ni.

Kalau keluar jek lagu2 dlm era, terus layan. Melalak dlm kete tu. Walaupun suara sendiri tak sedap, bukannya org kat luar dengar pun. Nasib baek hubby sporting. Bila tanya dia sedap tak kv nyanyi, laju jer dia angguk. Hik hik hik...kv tau dia malas nak layan bini dia tu. hahahahahah.

Hang nadim pun, pantang kv nyanyi. Laju jer dia ikut. Tak salah sepatah pun. Satu satu sebutan kv tu dia ikut. Siap angguk2 kepala bagai tu. Layan muzik jugak. Last2 kv ngan hubby pulak bantai gelak. Dia pun gelak sama.

Itu jer lah kut en3 hari ni. Dari kosong takde en3 baru. Baik jugak kv merapu. Sori la, kv tak reti nak letak lagu2 kat blog. Kalau reti dah lama kv taruk lagu2 kegemaran kv ni. Links blogger pun MR yg tolong buat. Toche MR. Hehehehe.

Dari hari tu lagi kv nak buat true tone dealova utk henfon kv. Tp sbb henfon cap murah, tak muat pulak memory card dia tu. Nak tukar memory card tu la yg selalu dok tangguh2. Sbb byk urat putus kan, lupa sajork. Hiks

--------------------oOo--------------------

9.05.2006

KAWAN LAMA

Akhirnya...hasrat kv nak jumpa sorang kawan kv ni terlaksana lah mlm td. Punya la lama dok set date, asyik tak sempat2 ajor.

Lagi pun be4 ni dia byk dok branch kl. Jarang2 jer balik kelate. Kv ngan hubby pulak byk urusan, tu yg susah sgt nak jumpa dia.

Kawan kv ni sebenarnya kawans satu universiti. Hubungan kami baik cam adik beradik. Biasa la kalau ada yg tak kena tu, masam muka kejap pas tu baik semula. Lps diploma, kami sama2 kerja kat syarikat swasta kat kota bharu. Disebabkan pakwe dia masa tu keje kat kl, di pun apply pulak kerja kat kl.

Kv pulak dpt offer kerja sekarang ni. Terpisah lah kami. Tp selalu jumpa atau kontek. Dia kawin awal setahun dari kv. Pas tu pulak bunting pelamin. Suami dia ni (ex suami sebenarnya) keje bank tp jawatan biasa sajork. Tak kisah lah pasal tu, sbb rezeki masing2.

Yg geram nya, masa dia tgh peknen suami dia buat hal. Ada pompuan lain. Kv pun mati kutu gak dibuatnya. Tatau nak nasihatkan dia macamana. nak nak org tgh peknen ni emosi dia lain skt. Dah tu ada sekali (lps selamat bersalin) dia org bertengkar sampai kawan kv ni lari dr rumah. Kami jumpa kat satu tempat, dan kv pun tatau nak buat apa. Kv nasihatkan dia balik rumah mak dia dulu, bertenang dan baru bincang.

Lama2 si suami bertaubat tak mau buat lagi dah. Hidup dorang pun happy. Suami dia pun kamceng gak ngan kv dan hubby.

Sehinggalah kawan kv ni buat keputusan nak smabung degree. Ye lah, walau sekuat mana kerja tapi takde kelayakan, gaji takkan naik punya. Terpaksa berkorban utk kesenangan keluarga.

Dlm pada dia dok berulang balik seminggu sekali tu (kecuali musim exam), suami dia ambik kesempatan. Main kayu tiga lagi. Sampai satu tahap kena tangkap khalwat. Kawan kv yg sorang lg call bagitau kv sbb dia ada kawan yg kerja kat jabatan agama. Tp kami blur, tatau nak bagitau dia camana sbb masa tu dia tgh exam. Lagi pun takut dia tak percaya dan tuduh kami cuba rosakkan rumahtangga dia. Kami pun diam dulu.

Seminggu lps tu (dlm bulan puasa), dia sms kv bagitau yg dia dah pegi pejabat agama. Terkejut kv. Kv called dia semula. Rupanya dia terbaca smsed cintan cintun suami dia ngan pompuan lain. Dia bengang sgt, lalu nak report kat pejabat agama. Kebetulan masa dia kat pejabat agama tu, kawan kv yg sorang lg tu call dia. Bila dah tau dia kat situ, kawan tu terus bagitau. Dia pun apa lagi, pergi semak la list org yg kena tangkap khalwat tu. Mmg sahih lah.

Si suami ni pun dah tak boleh nak mengelak, bersetuju utk bercerai. Kes dorang cepat selesai. Tak payah tunggu lama2.

Beberapa bulan lps tu, dia sms kv bagitau yg dia tgh berkawan dgn someone. Terkejut gak kv sbb terlalu cepat kv rasa. Tp perasaan dia bukan perasaan kv kan. Masing2 mempunyai sejarah silam. Tu yg buat dorang serasi.

Tp masa majlis kawin dorang tu kv kat langkawi. Tak dpt la tgk cik abang sayang dia tu. Lps kawin dorang terus kerja kat branch kl. Jarang2 balik kelate. Kv pun sibuk dgn urusan sendiri, bukan tak ingat kat dia, tp mcm terlupa nak contact. Dia pun mcm tu jugak.

Hari raya lepas, dia sms nak jumpa, tp ada benda lain yg menghalang. Sampai lah mlm tadi kami jumpa. Anak dia (dgn ex husband) pun dah besar. Suami dia mmg hensem lah. Pas tu boleh masuk. Takde la 'sejuk' mana. Dia(suami) asyik tanya kv tak ingat ke kat dia (sbb kami sama u dulu), tp mcm mr kata lah, pompuan bersalin ni byk urat yg putus. Lupa weh.

Borak sambil makan dan minum lama jugak. Mcm2 cerita timbul. Kv harap sgt moga dia beroleh kebahagiaan seperti yg selalu didambakan. Dgn bermacam dugaan yg melanda, kadang2 dia mengeluh mempersoalkan mengapa hidup dia jadi kucar kacir. Ujian tuhan, kita tak tahu. Moga terus bahgia,kawan!

--------------------oOo--------------------

9.03.2006

CUTI HARI MERDEKA

Yey!! sbb merdeka day jatuh hari khamis, makanya kv pun dpt cuti 3 hari sambung jumaat dan sabtu.

Malam ambang merdeka tu, penat pujuk hang nadim tidur awal. Ingat nak gi makan2 dulu sebelum count down. Tp hang nadim 'keras mata' pulak dah. Penat tunggu sampai kv pun hampir tertidur. Jam dah pukul 10.00, kami pun layan csi. 10.20 hang nadim dah tido. Csi pun best pulak dah. Sayang pulak nak tinggal. Tp kalau gi lewat nak parking pulak susah. Malas nak bonceng motor mlm2 buta.

10.30 kami gerak. Ingat nak makan2 dulu, tp cam tak sempat jek. Hujan dari petang tak berhenti. Berpayung lah kami sambil jalan kaki ke stadium. Mat2 rempit tak ramai cam selalu. Mungkin sbb hujan kut. Budak2 beskal pun tak ramai jugak.

Suasana seberang stadium. Masa ni jam 11.40 malam. Mcm2 gelagat manusia ada.

Hubby bersungut lapar. Beli burger kegemaran dia kat tepi stadium tu. Kv lak beli yong tau hu goreng. Mati la peniaga malam tu cekik darah. Punya la mahal. Tak sempat makan, bunga api pertama dah meletus. Dpt ler dengar sayup2 laungan merdeka kat luar stadium tu.

Kami pun menikmati bunga api sambil makan2 kasi kenyang perut. Dlm hujan renyai2 pulak tu. Punya la gigih. Hiks.

Habis ler cerita malam merdeka.

Hari Khamis pulak, kv balik rumah mak. Singgah pasar minggu dulu. Kak PB sms tanya ada masa nak jumpa. Hmm... kv lak khamis dan jumaat kat rumah mak. Insyaallah sabtu.

Punya la ramai org kat pasar minggu. Maklum ler cuti ni ramai yg keluar. Hang nadim mintak macam2. Kacang rebus la, jagung rebus lah, roti john la. Tak pe la, asal dia makan jek. Mmg susah nak suruh dia makan.


Pas tu gi pasar basah, cari lauk. Hubby cam biasa ler. Ikan keli goreng sambal. Ikan keli ni mmg liat betul nyawa dia kan. Plastik yg kv bawak tu bergerak2. Tak mati2 pun.

Hari jumaat pulak gi meround kat kedai perabot bundle singapura. Kakak kv nak survey kerusi meja sbb dia nak bukak kelas tusyen. Tp sayangnya, semua tutup pd hari jumaat. Blk tu hubby bagitau kakak kv (kedua)makin teruk sakit kepala. Ingat nak bawak gi hospital sekali lg, tp dia takmau. Risau betul kalau sakit kepala ni. Takut jadi benda lain.

Petang pulak kv balik rumah mil. Mlm tu hubby ajak gi beli stok prepaid dan susu hang nadim. Teringat nak sms kak pb, kut2 ada jodoh, boleh jumpa. Alhamdulillah...kak pb and family nak makan area jln pekeliling tu jugak. Sambil makan eskrem kami tunggu kak pb sampai.

Alhamdulillah...hasrat nak jumpa kak pb tercapai. Hiks.. kalau kak pb nak tau, dlm kv tercari cari mana satu kak pb tu, hubby pulak yg tunjukkan kv. Hik hik hik. Rupa kak pb ada 'meh' tok ma nurin lah. Kekekekeke. Merdu jek suara. Lembut jek org nya. Dpt gak kenal abe yg kak pb selalu dok rindu rinduan tu. Nurin pun ada, kak ngah pun ada, kak lang yg selalu tidur tu pun ada. (kalau salah, kak pb tolong perbetulkan yek).

Jumpa pun dlm suasana tak formal. Ganggu program family kak pb jek. Tp hasrat nak jumpa kak pb tu tercapai lah. Len kali kita jumpa lagi, kan kak?

Pas tu gi billion. Musim mega sales ni kv tak sampai pun lg kat billion. Selalunya billion akan buat sales giler2. Org punya lah ramai. Jualan merdeka pulak dah. Sampai 80% less. Tp stok lama la. Pas tu pulak, mark up rege jadi tak munasabah baru di potong.

Kv sempat beli slack dan kemeja camel active utk hubby. Hik hik hik...hadiah hari jadi baru beli weh. Apa punya isteri daa. Kekekekekek. Pas tu beli bantal sebijik. Lenguh tengkuk kalau tidur bantal kekabu.

Hari sabtu.

Sabtu mmg hari mengemas bagi kv. Pagi tu hujan. Dah teduh sikit, hang nadim ikut che dia gi kebun. Kv dgn kerja mendobi dua tiga round. Tukar cadar la, kemas ruang tamu lah. Kemas magazine yg hang nadim selalu dok sepah tu. Berpeluh2 weh. Hubby lak gi mesin lalang dlm kebun. Kejar masa sbb dah nak puasa.

Sambil2 kemas tu kv masak ler. Bakar ikan, sambal sotong kering. Mek gulai lemak ikan keli.

Tgh hari lps makan tu, pakat2 tidur. Nak2 pulak hujan turun mencurah curah. Punya la best tidur depan tv tu.Padahal budak mengaji penuh rumah. Hang nadim pun ikut kv tidur dpn tv.

Pukul 3.30 bangun sbb hang nadim dah bangun. Borak2 ngan hubby sambil layan astro. Kawan kv sms nak jumpa. Hmm....asyik tak sempat jer nak jumpa dia. Dah byk kali dia call ajak keluar. Kv tak kenal lg suami baru dia. Padahal dah lama depa kawen. Insyaallah minggu ni kv cuba curi masa. Harap along tak terasa hati.

Lps asar, kami ke kedai used car dulu sbb nak survey harga kancil buruk. Punya lah lama kv nak beli kancil buruk, tp masih tak dpt2 lg. Mahal weh. Tak padan dgn buruk tu. Kekekekek.

Pas tu kawan kami call (hubby janji ngan dia)bagitau dia dah sampai kb mall. Kami bergegas ke sana. Hang nadim pun sibuk dok mintak nak makan mee (yee mee sizzling). Kami lepak kat food court kb mall sehingga kawan kami beransur pergi.

Sudah hang nadim makan tu gi round dulu. Tgk byk sales la pulak. Kv beli jeans selai sambil tunggu hubby solat maghrib. Pas tu beli seluar dan baju raya utk hang nadim sepasang.

Pas tu gi mydin nak beli stok kedai mil. Kv ngan hang nadim singgah pantai timur sebelah mydin tu. Beli baju raya utk hang nadim 2 pasang. Kv sempat sambar blous selai, Murah weh. Rambang mata. Ingat nak beli seluar gak. Tp rasa mcm byk sgt membeli. Nanti hubby membebel sbb bini dia boros. Kekeke.

Round pasar mlm depan tu. Punya la ramai org luar. Kesempatan cuti merdeka ni ramai yg mai kelate. Hang nadim mintak sotong bakar. Mmg kegemaran dia. Sbb tak dinner lagi kami gi pasar malam bulu kubu beli ayam bakar bangkok. Balik tu makan tak ingat apa dah. Pas tu tgk cerekarama sambil hubby baca paper. Kalau dia tgk tv jugak mmg kv tak boleh tgk cerita melayu.

ok, habis la en3 fasal cuti2 merdeka kv sekeluarga. Punya la panjang.

Oh ya, pagi tadi keluar gi site, kami sempat lunch kat kedai makan gulai kawah. Saja publish gambar tempat makan ni. Sbb meja tu besar, kami pakat bersila atas meja tu. Mcm makan kat rumah zaman2 dulu. Hikss..

--------------------oOo--------------------