kasutVINCCI

9.27.2006

PENIAGA PASAR RAMADAN

Kv nak cerita pengalaman kv berniaga di pasar ramadan (PARAM) ni. Tp bukan kv owner, kv just tolong aje. Kakak kv memang peniaga tegar pasar mlm. Bila bulan puasa, dia pun ikut sama meniaga kat param. Bukan satu tempat, tapi 2 tempat dlm sehari, bayangkan lah nak memasaknya tu.

Dulu masa belum kawin, mmg dah kewajipan kv tolong dia. Lagi pun dpt gak duit saku. BOleh buat raya.

Dari 7.30 pagi lagi dah start keje. Siang bahan2 mentah dulu. Mcm2 buat ni, ayam percik, ikan percik, kerabu segala mak nenek, ayam merah, kerutup limpa dan hati, air asam perut, kerabu perut, percik perut, nasi ayam pun, gulai siput bendang, rojak biasa dan rojak ayam, dan mcm2 lagi lah. Kv pun dah lupa.

Penat memasak tu ok lagi. Dah siap lebih kurang, Abg D (suami partner kakak kv) akan kemas semua tu dlm van dan satu lg dlm kete (sbb 2 tempat), kami pulak balik mandi bagai bersiap segala ni. Tak sempat nak rehat pun, Abg D dah tercongok depan rumah dgn van.

Destinasi yg kv selalu tolong kakak kv ialah param di Machang. Dlm bandar machang tu. Hmmm.....cuaca punya la panas. Mmg mencabar jiwa dan raga lah. Dah siap kemas meja segala, susun atur semua bekas lauk pauk tu, org dah berkunjung dah. Kadang2 tu tak sempat habis kemas dah ada pelanggan dok tunggu. Kalau boleh sabar tu ok gak, ni dok tekan kami supaya cepat2. lotih mak oii!

Masa meniaga tu mcm2 karenah manusia. Masuk asar, kami bergilir2 gi solat kat masjid. Masa ambik air sembahyang tu, rasa nak berenang kedebum jer dlm kolah masjid tu. Lps solat tu rasa nak landing terus jer kat kapet masjid tu. Punya la kuat dugaan. Penat weh!

Tu belum time gi injek kat hospital gomen untuk para peniaga. Kena suntik vaksin apa entah. Tujuan utk kebersihan la. Setiap org kena suntik. Sakit selepas suntikan tu hanya Tuhan la yg tahu. Sakit tubuh sampai demam2. Tu yg ada peniaga tak gi ambik suntikan. Time org kesihatan check pakat2 lari. Hahahahhaa

Kadang2 kami bawa bekal air sendiri. Kalau malas main beli jer lah utk berbuka tu. Dah dekat waktu nak berbuka, para peniaga bertukar tukar juadah. Barang jualan masing2 tu lah. Dah siap berbuka lite lite, kami pun kemas barang2 masuk van. Balik rumah. Mandi dan solat baru makan nasi. Punya la penat badan, tapi gitu la rutin harian sebulan bulan ramadan. Even dah masuk u pun, kalo cuti mesti gi meniaga jgk.

Gaji nya kakak kv akan bagi pada hari buat ketupat. (hari tgk anak bulan / sehari sblm raya). Lps raya dpt la guna duit tu gi jalan2 kota bharu. Beli apa shj yg kami mau (asal cukup ngan duit lah). Masa dpt gaji tu mmg suka banget. Tp masa kerja mmg penat wooo.

Tu belum lagi 2 hari before raya dah mula operasi buat satay. Tempahan walau tak byk mana tp mmg boleh tahan. Malam raya tu masih lagi cucuk satay. Dah yg lelaki pulak dah start membakar. Sampai ler pagi raya. kadang2 mak kv merajuk takde org nak tolong bungkus ketupat palas. Tu pun satu hal lagi. Perlukan tenaga gak nak kacau pulut dan perah santan. Perah santan kena guna kain sbb tak nak kasi habuk kelapa masuk dlm santan. Sudahnya, lps pagi raya, slm bersalam, kami boom tidur.

Org lain sibuk beraya tapi kami kepala ting tong. Nak wat lagu mana sbb kami bukan lahir dlm keluarga kaya raya. Hiks. Terpaksa la kerja keras skt. Alhamdulillah atas rezeki tuhan bagi. Walaupun zaman skolah dulu kv, kak M dan anak2 buah yg sebaya sibuk membanting tulang tapi semuanya dpt ke IPT dan semua dah berkerjaya. Alhamdulillah.

--------------------oOo--------------------

6 Comments:

Blogger Purpleheart said...

Rajinnya kv..
Sue pun tk mewah juga.. sederhana, alhamdulillah, ada umah dan makan pakai..

4:49 PM  
Blogger Cik Tat said...

huih..mengah aku baca..bukan senang yek nak meniaga kat param @ pasar mlm yek..penah teman makcik jual kat pasar malam, tapi sekejap je la, lepas tu lari meronda keliling pasar mlm..hehe

6:29 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

purpleheart,
bukannya rajin sgt, tp boleh mengajar kita bhawa betapa susahnya nak dptkan duit, kena usaha.;)

jem,
mengah tak mengah memang gitu lah. Kata org tu, alah bisa tegal biasa.;)

8:24 AM  
Blogger pB said...

percik perut ado lagi ko. Tahun lepas kak pb jenuh g cari kak bazar ramadhan kat stadium tu. Tapi hampa.
Begitu jugok dengan putu halba.
ado lagi ko orghe buat..???

nanti kelik, buleh la g bukok posa umoh KV...????

8:53 AM  
Blogger NBK466 said...

Tuh ler..kalau niaga pasar mlm ker...waktu lain ker...penat2 buleh gak makan or minum kan?

10:50 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

kak pb,
percik perut tu kalau nak senang, gi cari kat pasar malam buluh kubu, kat stadium tu kv tak sure sgt. Putu halba tu susah gak nak jumpa. Kalau musim banjir, ada gak org jual, tp jarang2 ada.
Kalau akak sudi ke teratak buruk kv apa salahnya.

nbk,
kalau bulan tak puasa tak kisah sgt, penat pun takde la terasa. Bulan puasa ni iman kena kuat sikit.;)

12:47 PM  

Post a Comment

<< Home