kasutVINCCI

9.17.2006

MARHABAN DI ASTRO

Kebetulan ptg kelmarin kami ke kb mall. Mmg dah baca dlm paper dan tgk astro yg 15&16 sept. group marhaban astro akan ke kb mall. Tp dah mmg xtvt kami setiap sabtu ke kb mall, layan jer lah.


Masa kami sampai tu dorang dah habis buat persembahan. Hanya dj sorang tu yg dok bercakap cakap. Masa tu kv tatau lg sapa yg ada. Umat punya la ramai dok beratur nak sain otograp.

Kv pun dokong la hang nadim gi ke depan pentas tu (punya la gigih nih). Tgk2 ada faizal, zahid, hazama, haziq dan kumpulan nasyid ntah apa ke nama (sori tatau) dan pompuannya zila dan edlin. Hmm.. dpt ler tgk wajah dorang tu secara life. Eh, lupa! Fitri pun ada.
Faizal senyum sokmo (teringat kia spectra gambar faizal fc kat basement tu)

Siap diasingkan lagi pompuan dan lelaki. Ni zila dan edlin. Ayu jer bertudung litup.


Sesi sain otograp. Tak kuasa kv nak beratur sama!

Masa ni dah abih sesi sign otopgraph. Dorang pun dah nak balik.
(sori gambar henfon murah ~ kurang nemuaskan)

Kami pun gi layan hang nadim makan yee mee sizzling. Punya lah meragam sbb dia tak sihat. Batuk siap kena gi injek pagi tu. Usai solat maghrib kat kb mall kami gi mydin beli barang kedai mil. Balik tu singgah beli ayam bakar bangkok kat pasar malam buluh kubu.

LAPAR GARAM
Korang pernah dengar istilah lapar garam tak. Tu sebenarnya istilah kelate. Bahasa surat nya kv pun tatau apa. Lapar garam ni macam kulit kita yg merengsa. Bertompok tompok rengsaan tu habis satu badan. Gatalnya mmg tak boleh nak cerita.

Nak mandi utk solat zuhur kelmarin, satu badan kv gatal2. Garu2 tu tak perasan. Tetiba hubby tegur lengan kv nampak mcm kena tahi ulat. Terkejut tgk habis satu badan kv bertompok tompok. Tebal lak tu. Hubby tolong sapu bam gamat, rasa ok skit. Pas tu tompok2 tu yg awal tu surut sikit, then berpindah tempat lain pulak.

Masa nak gi kb mall tu kv rasa ok dah. Balik tu, masa tukar pakaian rasa gatal tu memang tak boleh nak cerita. Miang sgt2. Hubby pun tumbuk garam kunyit, lumur seluruh badan. Hik hik hik. Sempat lg dia perli, kalau goreng best jugak. Penuh isi dan lemak.;(

Mlm sikit tu rasa makin tak selesa. Garam tu rasa berpasir pulak dah. Gatalnya tak hilang hilang. Hubby tolong sapu minyak panas pulak nak mengelak kv garu. Nak gi klinik dah mlm sgt. Nak tidur rasa berpasir satu badan dgn garam tadi. Gi mandi nak hilangkan garam pulak.

Bangun tidur pagi tadi, tompok tompok gatal tu berpindah pindah. Dok tgh menaip ni gatal tak hilang lagi. Kat kaki, lengan dan perut. Adoiii...gatal weh. Nak gi klinik tutup lunch hour pulak. Kena tunggu kejap lagi. Dah la kv ni alahan antibiotik. Tak boleh silap. Kena refer satu klinik yg kv dah biasa tu.

Nak kata alergik salah makan, kv tak makan seafood pun sehari dua ni. Nak kata alergik ubat pun (selalu kena kalau antibiotik - naik ruam gatal atau bengkak muka rasa cam terbakar), kv tak makan ubat. Dengar cerita org keliling, lapar garam ni mungkin akibat darah kotor dlm badan ke apa. Tapi telahan jer tu. Punca sebenar tatau.

Adoiii......gatal. Lambatnya klinik bukak!!!!!!!!!!!!!!!

--------------------oOo--------------------

8 Comments:

Blogger aNIe said...

Baru pertama kali akak dengar istilah lapar garam ni...hehehe...nak gelah hubby cakap camtu. Kalau kak lady kak lady cakap macam iklan tu.. 'Goreng pun sodap' hahaha...

Wah!! dpt tengok si Faizal, edlin & Zila ye...tapi bab kene beratur nak sain otograf tu memang malas ..kalau kak lady pun tak kuasa le nak menanti...

8:56 PM  
Blogger Kunci said...

sekali dgr lapar garam tu macam suka melantak masin jer...

get weel soon.

12:18 AM  
Blogger Biarlah rahsia said...

siannya kat KV...ok ke como kunyit ngan garam? k.bie pun kena penyakit yg sama ni tp kt tangan jea...dh 2 hr duk tergaru2 nie...k.bie sapu minyak gamat jea...tp mcm tk jln sgt..cuma kurg gatal jea...

nmpk mcm KB Mall tu dh jd rumah kedua KV jea...hikhikhik!

9:11 AM  
Blogger Alinlai said...

kami panggil kelopak garam... orang tua2 kata kena ludah dengan hantu ke ke ke...dulu la masa kecik2 kalau kena benda tu, tapi gatal sangat2 kan...sabaq je la

9:52 AM  
Blogger Purpleheart said...

pun first time dengar perkataan tu.. unik ya? beza betul bunyi dan makna sebenarnya..

10:32 AM  
Blogger NBK466 said...

Mawi takde meh? Dlm promo kata ada...ker masih sibuk dikolam ikan? (Jgn mare aaaa..)

Patut si Sa5 yg gi instead of Edlin tapi dengar kisah Sa5 cedera accident kete tuh sbb si Edlin ganti..

10:42 AM  
Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

sejuk nampak artis2 pompuan tu pakai tudung..kan cantik tu.

kalau betul darah kotor, pergilah ebrbekam..insyaAllah.

harapnya kv dah ambil antibiotik.

tak mo berendam dlm kolam air panas ke..waa..melecet..melecet.

10:44 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

Kak lady,
ada istilah saintifik dia. Tp kv terlupa apa ke nama nya.

kalau kena beratur gitu mmg tak kuasa lah kv. Takat tangkap gambar jer boleh la menyelit. Hik hik

kunci,
mungkin istilah lapar garam bagi org kelantan, sbb kena lumur garam kunyit tmpt merengsa tu. Entah ler, sbb kv pun first time kena.

kak bie,
kb mall tu mmg dah jadi tempat lepak kami. Musim panas gini dah takde tempat dah nak bawak hang nadim jalan2. Nak ke pantai, mmg melekit la.

kv sapu bam gamat habis sebotol. Tahan sikit jer. Lumur garam kunyit pun tak jalan, last2 nak elak mengaru garu tu, lumur minyak panas pulak. Terpaksa la terbongkang depan kipas pulak. Hi hi hi.

alinlai, kat sini pun istilah lain bg 'lapar garam' tu 'kena ludah ngan hantu'. Sama lah tu.
Kv tak pernah kena lg, ni first time.

purple heart,
hi hi hi.Kelantan ni kalau nak tau, mcm2 istilah ada.;)

nbk 466,
tgk dlm promosi mawi ada. Tp bila tgk dlm muzik2 hari khamis tu mawi kata besoknya dia kat shah alam. Mmg dah tau le mawi tak dtg. Ala, tak terkilan pun. Hik hik hik

Patut ler salima takde. Heran jugak kv pasal edlin yg timbul utk marhaban tu.

Eh, abg shahrul ni mmg ikuti perkembangan dorang lah. Tau jer semua. Boleh jadi reporter tak bergaji ni. Hi hi

kak syikin,
salam kembali.

sejuk jer tgk dorang tu bertudung. Tp takat utk marhaban jer lah. Pas ni bukak balik. Hehehee

akak, gatal kv ni tak boleh makan antibiotik sbb bukan kuman tapi akibat resdung dan cuaca zaman sekarang. Nanti kv cerita kat next en3.;)

11:56 AM  

Post a Comment

<< Home