kasutVINCCI

9.05.2006

KAWAN LAMA

Akhirnya...hasrat kv nak jumpa sorang kawan kv ni terlaksana lah mlm td. Punya la lama dok set date, asyik tak sempat2 ajor.

Lagi pun be4 ni dia byk dok branch kl. Jarang2 jer balik kelate. Kv ngan hubby pulak byk urusan, tu yg susah sgt nak jumpa dia.

Kawan kv ni sebenarnya kawans satu universiti. Hubungan kami baik cam adik beradik. Biasa la kalau ada yg tak kena tu, masam muka kejap pas tu baik semula. Lps diploma, kami sama2 kerja kat syarikat swasta kat kota bharu. Disebabkan pakwe dia masa tu keje kat kl, di pun apply pulak kerja kat kl.

Kv pulak dpt offer kerja sekarang ni. Terpisah lah kami. Tp selalu jumpa atau kontek. Dia kawin awal setahun dari kv. Pas tu pulak bunting pelamin. Suami dia ni (ex suami sebenarnya) keje bank tp jawatan biasa sajork. Tak kisah lah pasal tu, sbb rezeki masing2.

Yg geram nya, masa dia tgh peknen suami dia buat hal. Ada pompuan lain. Kv pun mati kutu gak dibuatnya. Tatau nak nasihatkan dia macamana. nak nak org tgh peknen ni emosi dia lain skt. Dah tu ada sekali (lps selamat bersalin) dia org bertengkar sampai kawan kv ni lari dr rumah. Kami jumpa kat satu tempat, dan kv pun tatau nak buat apa. Kv nasihatkan dia balik rumah mak dia dulu, bertenang dan baru bincang.

Lama2 si suami bertaubat tak mau buat lagi dah. Hidup dorang pun happy. Suami dia pun kamceng gak ngan kv dan hubby.

Sehinggalah kawan kv ni buat keputusan nak smabung degree. Ye lah, walau sekuat mana kerja tapi takde kelayakan, gaji takkan naik punya. Terpaksa berkorban utk kesenangan keluarga.

Dlm pada dia dok berulang balik seminggu sekali tu (kecuali musim exam), suami dia ambik kesempatan. Main kayu tiga lagi. Sampai satu tahap kena tangkap khalwat. Kawan kv yg sorang lg call bagitau kv sbb dia ada kawan yg kerja kat jabatan agama. Tp kami blur, tatau nak bagitau dia camana sbb masa tu dia tgh exam. Lagi pun takut dia tak percaya dan tuduh kami cuba rosakkan rumahtangga dia. Kami pun diam dulu.

Seminggu lps tu (dlm bulan puasa), dia sms kv bagitau yg dia dah pegi pejabat agama. Terkejut kv. Kv called dia semula. Rupanya dia terbaca smsed cintan cintun suami dia ngan pompuan lain. Dia bengang sgt, lalu nak report kat pejabat agama. Kebetulan masa dia kat pejabat agama tu, kawan kv yg sorang lg tu call dia. Bila dah tau dia kat situ, kawan tu terus bagitau. Dia pun apa lagi, pergi semak la list org yg kena tangkap khalwat tu. Mmg sahih lah.

Si suami ni pun dah tak boleh nak mengelak, bersetuju utk bercerai. Kes dorang cepat selesai. Tak payah tunggu lama2.

Beberapa bulan lps tu, dia sms kv bagitau yg dia tgh berkawan dgn someone. Terkejut gak kv sbb terlalu cepat kv rasa. Tp perasaan dia bukan perasaan kv kan. Masing2 mempunyai sejarah silam. Tu yg buat dorang serasi.

Tp masa majlis kawin dorang tu kv kat langkawi. Tak dpt la tgk cik abang sayang dia tu. Lps kawin dorang terus kerja kat branch kl. Jarang2 balik kelate. Kv pun sibuk dgn urusan sendiri, bukan tak ingat kat dia, tp mcm terlupa nak contact. Dia pun mcm tu jugak.

Hari raya lepas, dia sms nak jumpa, tp ada benda lain yg menghalang. Sampai lah mlm tadi kami jumpa. Anak dia (dgn ex husband) pun dah besar. Suami dia mmg hensem lah. Pas tu boleh masuk. Takde la 'sejuk' mana. Dia(suami) asyik tanya kv tak ingat ke kat dia (sbb kami sama u dulu), tp mcm mr kata lah, pompuan bersalin ni byk urat yg putus. Lupa weh.

Borak sambil makan dan minum lama jugak. Mcm2 cerita timbul. Kv harap sgt moga dia beroleh kebahagiaan seperti yg selalu didambakan. Dgn bermacam dugaan yg melanda, kadang2 dia mengeluh mempersoalkan mengapa hidup dia jadi kucar kacir. Ujian tuhan, kita tak tahu. Moga terus bahgia,kawan!

--------------------oOo--------------------

11 Comments:

Blogger Mummy Rizq said...

setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. she deserves a better hubby i guess...

4:46 PM  
Blogger Alinlai said...

insyaAllah ok tu :)

7:00 PM  
Blogger zino said...

yg dah lepas tu biar le berlalu.. yg penting masa depan.. rencanakan dengan sebaiknya..

semuga mereka bahagia..

9:57 PM  
Blogger zino said...

This comment has been removed by a blog administrator.

9:57 PM  
Blogger Biarlah rahsia said...

k.bie doakan dia bahagia dunia akhirat...Aaamin!!!

9:19 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

mar,
kv pun harap dia beroleh yg lebih baik!

kak pb,
semoga kita semua terus tabah dlm apa jua dugaan.

kak alin,
insyaallah...

brader zino,
semoga...

kak bie,
amin...

9:32 AM  
Blogger ibuVouge said...

dalam byk byk cite ni..IV suke bab urat putuih tu eheh

12:16 PM  
Blogger aNIe said...

Kesian jugak baca cerita pasal kawan KV tu...Insyaallah dia akan menemui kebahgiaannya bersama suaminya yang baru...

Segala yang terjadi ade hikmahnya...

12:36 PM  
Blogger NBK466 said...

Well...perempuan yg baik itu adalah utk lelaki yg baik kan? Insyallah..semoga kali nie bahagia dunia akhirat.

3:09 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

IV,
kv mmg betul2 lupa. Dlm kete masa balik tu baru terlintas cam pernah tgk jer mamat tu. Hik hik hik

kak lady,
Benar...setiap kejadian ada hikmah yg tersembunyi.;)

nbk,
harapnya begitu lah.:)

3:58 PM  
Blogger Arena said...

Semoga kita semua tabah dalam kehidupan rumahtangga.. :-)

4:14 PM  

Post a Comment

<< Home