Kesempatan adanya perkampungan hadari kelantan hari minggu lepas, makanya kv pun turut menyibuk sama. Yg bencinya, lokasi yg dipilih tu tak strategik langsung. Hanya ada 2 jalan masuk sahaja. Malam pertama tu kami gi ngan kete. Punya lah jem, sampai 1 1/2 jam terperangkap tu. Hmm...gigih weh. Hubby punya la tension. Hang nadim pun pandai tension. Kv la pulak terpaksa menenangkan dorang ni. Hish...
Sudahnya, lari sikit dr jem tu, hubby patah balik rumah. Dah la perut lapar. Kekekekekeke.
Esoknya kami buat plan baru. Kebetulan hubby nak jumpa lawyer fasal tanah dia tu kat Kubang Kerian, kami gi ngan motosikal jer. Weh...jd minah rempit la pulak. Hang nadim tinggal kat rumah. Malas nak bawak dia, cuaca panas terik. Terpaksa tipu sunat cakap nak gi kerja. kekekeekekk
Sampai kat sana, kv rasa lapar la pulak. Singgah gerai makanan yg ada kat dlm tu.
Ni pemandangan yg kv lihat dari pintu masuk utama. Masa ni baru sampai. Pastu sempat tgh azizah arifin ngan cher rahman adabi tgk buat lintas langsung utk wanita hari ini. Pas tu kami gi soru dulu. Ex boss kv call tanya kat mana. Dia balik kampung hari minggu. Usai isi perut, dia sampai. Naik motor gak. Kekekekekek. Borak panjang. Eleh...macam la lama tak jumpa. Rindu kat adik2 dia la tu. Hiks
Kami meround sakan. Tgk endon mastura, linda onn, teh syuhada, pengacara tv 9 tu nama zakiah apa ek? Kv pun lupa la. Pas tu ramai lagi la, kv tak tau nama. Panas weh tgh hari berdiri tuu.
Sudah meround tu, ex boss kv balik dulu. Kami pun nak balik gak, tp gi beli barangan mister potato dulu. Dpt la pusing roda, hiks kv dapat botol air mamee gambar mawi. Hu hu hu.Dapat la hang nadim buat eksyen. Pas tu gi beli biskut julies. Dapat payung my vito. Sudah beli tu, ada org announce boleh tandatangan fifi bersama mu dekat payung. hiks..kv pun turut menyibuk sama. Keke keke kekek
Ni ler rupa tanda tangan fifi kat payung kv. Bukan minat dia pun. Saje jer.
Fifi posing untuk blog KasutVincci.
balik rumah tu hang nadim dah tidur. Kv ngan hubby layan kepak ayam panggang dulu baru solat zuhur. Hubby gi rumah pak sepupu dia settle kan perihal pecah lot pecah sempadan tu. Kv tgk tv jek le.
Lepas asar dlm jam 5.30 kami keluar ke kb mall. Sibuk sgt hang nadim dok ajak. Bagi yg tertanya tanya kv gi kb mall ke tidak, hah dah menjadi satu kewajipan setiap hari minggu tu. Kekekekeke. Parking punya la susah nak dpt, sampai ke bumbung. Ye la, parking aras dua tu dah ditutup sbb nak buat pusat snooker (dah beroperasi pun) dan panggung wayang (dlm renovation).
Sampai sana, gi tgk dulu pesta PIKOM. Punya la ramai org sampai nak berjalan pun susah. hubby selalu sibuk nak tgk lap top. Masalahnya tgk saje, beli nya tak.
Rasa lapar, hubby ajak makan mcD. Kv tak makan sgt sbb rasa kenyang. Kongsi ngan hang nadim. Pas tu gi solat maghrib kat surau. Masa tu org punya la ramai sbb dah start cuti sekolah kan.
Ex boss call tanya kat mana. Kami pun plan nak main bowling. Gi pasific bowl. Tgk takde org, hubby pun malas nak booking dulu. Tunggu ex boss sampai jer la. Dlm dok borak sambil tunggu tu, ex praktikal student tegur kami. Dia tanya kami nak main bowling ke tak, kalau nak main gi booking awal2. Kami pun heran sbb tgk takde org. Rupanya org dah booking utk boat tournement. Hiks...gelak besar kami. Punya la dungu.
Tak habis gelak lahi, ex boss kami sampai. Hmm..sambung gelak lagi. Kami pun decided gi minum dekat perkampungan hadari (jalan masuk). Sambil minum boleh tgk org. Tak sangka pulak dpt jumpa kawan kv yg kerja jpj tu. Masa last jumpa, dia tgh peknen anak sulung. Dah 2 1/2 tahun dah anak dia. Dah ada sorang lagi baby. Hishh...dulu punya la susah nak lekat. Siap kena operate bagai sbb dia ada masalah ovari tersumbat. Rezeki dia kan.
Sebenarnya byk gambar kv nak upload, tapi tak dpt. Terpaksa la pilih2.
Oh ya, baru jer selesai tgk majlis akad nikah siti dan datuk k. Yg kv dok tergelak sampai saat ni, ramai yg kata lafazan datuk k tu tak tepat. Kena ulang sekali lagi. masalahnya kan saksi dah kata benda tu sah. Kecoh betul. Hik hik hik.
--------------------oOo--------------------
11 Comments:
aiyooohh...bz sokmo ko yer di hujung minggu
wah jumpa celebrity :) tebalnya mekap Fifi tu ke ke ke
waaa...sakan kv gi jumpa celebriti tv3 tu ekk...bab dato k lafaz nikah tadi tu...nampak lancar, tapi yg ujung tu jer dia x sebut bape mas kawin, cuma sebutan secara umum...jumlah mas kawin tu dia tukar jadi yang tersebut...sahla tu..
apple,
hmmm...hari minggu bizi sokmo!
kak alin,
bukan fifi jer, yg lain pun mekap tebal seinci. Hiks
rafflesia merah,
mmg datuk k tu jawab dah ok, tp kan tabiat org nak mengkritik ni tetap kritik jugak. Ke ke keke
KV, ingatkan kite je rasa akad yg diterima tuh mcm sebutannya tersekat... hubby pon ade tegur.. camner tuh ek?
KV..kita pun gigih gi wakaf mek zainab tu. panah nok mapoh!!
sape fifi tuh?tak kenal pon.
wah! Kv pergi ke Perkampungan Hadhari tu ke? Banyak ke barang yg di borong...hehehe...mesti enjoy kan...kak lady ni bila ade acara camtu malas nak pergi sebab panas...ramai orang...lagipun penat...masa memuda dulu suka jugaklah... :)
Fifi tu pengacara ke?..kak lady pun tak kenal...sebab asyik tengok astro aje...
ayu,
ye la, cam tersekat sekat gitu. Tp bila tgk siaran ulangan cam ok pulak. Kan?
kunci,
weh kunci org kelate ko? Bakpo tokleh masuk blog kunci. BOleh emel kv address blog kunci?
Panah nok mapuh.Ke ke ke ke
semut,
alahai...tak ikut perkembangan tv malaysia la ni. Hik hik hik
Pheewwiittt...sapa FIFI tuh...he..he..he...
chup!!! nak tanya ni.. fifi tu saper.. aku tgk cam jantan jer....
Post a Comment
<< Home