kasutVINCCI

8.09.2006

7877

Sebenarnya entry ni patut kv buat 2 hari lepas. Hari yg sepatutnya tu kv bizi yg amat sampai terlupa terus. Kelamrin pulak dah ingat, tapi masih tak berkesempatan.

Dua hari lepas, 7 ogos 2006 adalah ulangtahun kelahiran hubby yang ke 29 tahun. HIks..dah kertu hubby ni ek.;)

Siang hari tu langsung kv tak ingat. Hubby pun mmg bizi tahap dewata raya la hari tu. Sampai ke malam. Kv nonton drama Mentari Jingga kat ch 4. Dlm drama tu tunjuk anak beranak tu sambut aniverseri parent dorang. Kv pun dok congak2. Betui la hari tu 7 hari bulan. Hiks.... dasyat sungguh kv terlupa birthday hubby.

Tapi kv tak wish masa tu. Kv tunggu time masuk bilik. Masa nak tidur. Masa tu lagi romantik kam? Kes kes kes. Jgn muntah deh! Selalunya kv akan wish tepat 12 malam hari 7hb tu. Sanggup berjaga atau kunci jam ni. Tp tahun ni terlupa terus. Manusia kan.Hmmm...

Tak beli hadiah apa pun lagi kat hubby. Nanti lah. Tatau nak beli apa. Selalunya kv beli baju sluar, kasut ke. Tgk la nanti. Hmm..harap hubby tak terasa hati ngan kv. DIa pun cakap dia lupa fasal birthday dia. Ke dia sengaja nak ambil hati kv tak? Kes kes kes

Cerita fasal 7877 ni, kv teringat ler zaman2 bercinta dulu. Masa tu kv taktau birthday dia 7877. Masa dia mai beraya rumah kv, ada kete sedara kv yg plet no dia 7877. Masa tu dia excited sgt. Tp kv tatau napa. So, nak buat surprise kat dia (dia tatau kv nak beli kete), kv book no 7877. Kat ofis, bial dia tgk ada kete baru bawah garaj, dia dah agak dah tu kete kv sbb no plet tu.

Lama lps tu baru kv tau tu tarikh birthday dia. Kv book tu sbb kv tahun 78 dan dia tahun 77. Kebetulan kan? Tp kete kv tu hubby dah jual. Ye la, cam pakai Merc pulak instalment bulan2. Hik hik hik. Better pakai satu kete la dulu. Akan dtg no 7877 tu mungkin akan kami miliki semula.Hmm..mudah mudahan.

Buat hubby tersayang, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, sayang dan jaga kami anak beranak, cam yg hubby selalu dok buat tu. Moga masa depan kita seperti perancangan.Lagi satu, moga hubby tak terjatuh chenta ngan pompuan lain.Amin.

--------------------oOo--------------------

15 Comments:

Blogger ontahsapo said...

lama tak jengah dah bertukar rupa blog ni... cun..

11:06 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

OS,
mr ler yg tolong godek blog kv ni. Kv tatau pape pasal IT ni.;)

12:49 PM  
Blogger Nik Ha said...

Selamat hr lahir kat hubby KV. semoga pjg umo, mughoh rejeki & tak terjatuh centa dgn org lain...he..he..

1:41 PM  
Blogger NBK466 said...

Not bad wajah baru blog nie...(sbb ada cartoon awek cun..he..he..he..)
Happy b'day gak kat husband KV...pangkat2 adik koma2 berdua nie yek....tuanya daku..he..he..he..

1:49 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

salam kv. akak baru blogging balik smlm. cantik blog baru ni.

moga pnjg umur asben kv utk jaga kv n murah rezeki dia nak sara kv anak beranak n cinta dia pd kv sampai k syurga.amin

2:32 PM  
Blogger Angah said...

selamat panjang umur dan murah rezeki hubby KV itew. kalo 29 itu kertu maka aku ni pun kertu ler yer huaaaaaa... hubby aku 32 lagik ler super kertu ahahahah

wish ko yang terakhir tu "moga tak jatuh chenta ngan pompuan lain" I likeeeee

3:00 PM  
Blogger Arena said...

saya pon selalu tatau nak bagi apa kalau ed masa ed punya birthday.. selmat pjg umur..

4:29 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

Ka nik,
trimas krn tolong doakan.;)Harapnya gitu lah.

nbk,
umur tua takpe, asal hati muda. He he he he.

kak syikin,
alhamdulillah akak dah blogging semula.;)Terima kaseh kak!

angah,
hik hik hik... mak suka, mak suka, mak suka!

arena,
TQ, hmmm...sampai hari ni pun kv tak beli apa pun lagi. Bertuah punya bini.

8:48 AM  
Blogger AppleB said...

*dengan nada menggoda*

selamat hari jadi yer bangga.

*lariiii...matilah aku kena tetak dek kv ahahhahahaha*

12:08 PM  
Blogger zino said...

happy belated birthday utk hubby tu..lain kali set dalam kelender talipon tu tak de lah lupa lagi hehe

10:44 PM  
Blogger Alinlai said...

Hepi belated b'day kat hubby KV, rasanya dah beli hadiah kot kat dia, beli kat KBMall ka? **N3 kali ni tadak pasal KB Mall** ke ke ke jgn marahhh nanti kena jual!

11:21 AM  
Blogger ibuVouge said...

semoga panjang umor hubby kv
KV kalau org perlis telur ikan duri tu buat asam pedas atau masak lemak
tak bagi pecahh dari sarung,kena bungkus dgn daun ketupat dulu, pastu masak la
dah masak buka la daun tu....hmmmm nyumnyu,

kv nak no tpon ya
minggu depan IV nak balik kelantan
e-mail IV
aina_nailofar@yahoo.com

12:03 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

kak pb,
hah...jgn dok gelak jek. Tp kan, ada org tu siap offer cik abe tu. He he he....

apple,
ek leh (terjungkit tangan cam karam singh walia)

brader zino,
entah la, cemana kv boleh lupa lak! Lain kali mmg kena set dlm hp.

kak alin,
weh...masih belum beli. Bizi sokmo neh. KB mall tetap gi tapi tak dan nak buat en3. Hik hik hik....

IV,
nak balik kelate ko? Nanti kv email.

12:21 PM  
Blogger Sastri said...

Happy belated birthday kat hubby KV... Adik Sas nyer birthday lak 5 Ogos...

9:50 PM  
Blogger - tety - said...

huhuh... tety lak dk aim no 7877 @ 7778 nih utk no. keta.(ntah bila nk jadik kenyataan)

btw, happy belated bday 2 hubby kv.

8:36 AM  

Post a Comment

<< Home