kasutVINCCI

7.24.2006

BERSUKAN

Semenjak dua menjak ni, kv baru perasan yg kv aktif betul bersukan. Chewah. Niat nak mengKURUSkan (wah..huruf besar tu) tu satu hal, satu hal lagi untuk kesihatan yg utamanya. Sbb ramai member pejabat dok perli, sikit lagi fit la. Hek eleh, perli ler. Kv dah malas nak timbang berat. Takuuut. Asyik bertambah tambah jek. Kalau belah malam, kv rasa perut ok, kv ratah lauk jer. Temankan hubby makan.

La ni, selain berbowling (mcm la bowling mampu mengeluarkan peluh), kv gak sebok dok training badminton utk perlawanan antara jajahan nanti. Kv kena paksa main utk pejabat kv. Ada sorang lagi kakak yg jugak dipaksa main. Hik hik hik. MUlanya kv target reserve jek, tak pasal2 jadi pemain utama lak. Tak tau la kv nak buat lawak apa dlm gelanggang nanti.

Track suit pun dah siap dibahagi bahagi. Kalau main tak bersungguh sungguh lagi tak tau lah. Dah dekat 2 minggu lebih kami keluar training. Big boss bagi kelepasan keluar awal. Jam 3.00 ptg. Biasa habis pukul 5.00. Ramai yg mintak awal sbb rumah jauh dr pejabat. Kv kalau boss tak bagi masa tu, mmg kv tak main dah kalau lepas waktu pejabat. Kesian kat hang nadim satu hal, kesian kat mek yg menjaga hang nadim lagi lah. Rasa bersalah pulak.

La ni, kalau tak sempat main kat rumah dah memadai lah dgn yg kv dok main kat pejabat tu. Kami pinjam dewan sekolah dekat2 pejabat. Baik jer pengetua kasi pinjam kemudahan dorang kan.

Hubby pun pantang kv kemas baju sukan, sibuk suh kemaskan dia punya sekali. Ye lah, perut tu makin naik. Bulat gete kata org kelate. Tu yg dok pun sibuk nak main gak. Saja suka suka, keluarkan peluh.

Kv tak pandai main pun. Sbb sebelum ni takde penyertaan wanita. Utk tahun ni wanita diwajibkan. Agaknya yg buat undang2 ni wanita yg pandai main tak. Tu yg dia sebok sgt ngan kategori wanita ni.

Kejap lagi kv nak naik mandi dan solat. Terus salin pakaian sukan. Pukul 2.50 drebar dah tunggu nak punggah set set yg pandai serba salah ni ke dewan. Kekekekekekeke.

Oh ya, hari tu boss kv nak belanja kasut sukan. Tapi sekali fikir, tak perlu la kut. Sbb kv dah ada 2 pasang kasut sukan. Lagi pun bukan aktif cam sekolah dedulu tu. Khamis mlm jumaat tu, dah balik rumah mak kv, kv ajak hubby gi pasar malam tok bali. Kalau sesapa yg pernah pegi, pasar malam ni mmg besar sgt kan. Tak habis kv merayau. Sakit kaki kaedahnya.

Pusing pusing tu, sambil tgk set set bundle meniaga. Ramai betul lah. Tatau nak tengok gerai yg mana satu. Ada dua tiga gerai yg jual kasut 5 ringgit satu. Kv berhenti la tgk. Jumpa la kasut adidas sepasang. Mmg sedang elok ngan saiz kv. Tak pasal2 kv berminat nak beli kasut bundle pulak. Hikss..murah sgt kan. Pas tu hubby mintak kv hulur sepasang kasut puma putih. Kv membebel, kasut apa tah lagu tu. Hubby tempelak kv balik, apa la, kasut boling pun tak kenal. Terbeliak mata kv. Kasut tu baru sgt2. Harga 5 ringgit. Ha...dapat dua pasang kasut dgn harga sepuloh ringgit. Berbaloi kan. Kekekekekeke

Ptg sabtu ari tu, kv dah try pakai kasut puma tu. Ok lah. Markah kv lagi tinggi dari boss. Hik hik hik...penangan kasut baru kata dorang. Lagi pun lima ringgit sajork. Tak yah sewa kasut yg bau hapak tu. Ptg kelmarin pun kv dah try pakai kasut adidas tu masa main badminton. Lagi selesa dari kasut reebok tu. Kira ok lah dgn harga dia tu. kekekeke.

--------------------oOo--------------------

7 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah..... elok bersukan ni KV. Selain badan boleh slim, sihat dan cergas tuh.......hehehe

2:24 PM  
Blogger Alinlai said...

ke ke ke ada aura la kasut tu sebab tu markah lbh byk dari boss :) teruskan bersukan amalan hidup mulia :)

10:58 AM  
Blogger ontahsapo said...

lama dah aku tak bersukan ni isk isk..

11:25 AM  
Blogger Mamamanja said...

uiks.. sama lak. opis MM pun nak ada lawan badminton nih. tapi perlawanan dalaman jerk. antara rumah2. ingat nak masuk tp tarikh lawan tuh kena p jb la plak....

x aktif kat luar dapat aktif bersukan kat opis pun kira ok gak.. dapat gak kuor peluh

4:01 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

BP,
masalahnya, aktif kv ni bermusim. Ala2 hangat piala thomas, pakat main badminton, bila dah sejuk racket entah ke mana. Hikss

kak alin,
aura kasut bundle baru tuuu...kekekekekeke
wei, bila balik dr beijing?

os,
takpe...nanti os cari masa. La ni selain kerja mesti sebok ngan anak kan.

mamamanja,
wah....rugi tu mm tak dpt main.

9:32 AM  
Blogger Ayu Mohamad said...

tahniah.. semoga nanti KV jadi jura.. chayok!!! chayok!!!! hehehe

10:41 AM  
Blogger NBK466 said...

Sejak partner bergu den dah berhijrah tempat keje nie, racket badminton 'one piece' den pun beristirehat kek dlm stor jer...cuma giat main racket yg lebih kecik jerk (ping pong).. hi..hi...hi..

9:26 AM  

Post a Comment

<< Home