HARI MINGGU
Ptg khamis kv balik rumah mak. Tidur satu malam, ptg jumaat ofismate call bagitau yg dia dah buat janji ngan tukang urut. Kami nak urut hang nadim yg ada masalah angin pasang tu. Terpaksa la keluar dari rumah mak sebelum asar.
Siap mengurut bagai tu, balik terus ke rumah mek. Masih awal lagi, hubby ajak gi cuci mata kat pantai irama (dah dekat laluan balik tu), tp kv rasa malas lak. So, terus balik ke rumah. Tgk mak dgn mek sibuk dok rendam beras pulut. Nak buat pulut semangat sbb esoknya (sabtu) che ada majlis khatam quran. Setiap tahun YB Dato Anuar Musa buat majlis khatam quran bawah dun nya. Jadi che kena bawa 2 org murid yg dah khatam ke majlis tu.
Kami dah takde kerja nak buat. Nak masak lauk dinner pun hubby nak makan nasi goreng. Kami pun main badminton. Boleh lah nak keluarkan peluh tu. Masalahnya timbang berat malam tadi naik lagi sekilo. Camno tu. Ke penimbang kv rosak? Kekekekekekekek
Pagi sabtu hubby tak jadi gi hantar mek dan che ke majlis khatam tu sbb makcik hubby nak tolong gi hantar. So, hubby gi meracun rumput dalam bendang (padi baru 8 hari disemai). Kv lak mendobi, menyusun melipat kain. Pas tu iron baju kerja utk esok. Sudah tu jahit kain sarung mak 5 helai. Main gasak je lah. Bukannya reti sgt pun. Kerat kaki jeans kv yg labuh tu. Tu pun gasak jugak.
Hang nadim tidur jam 12.00 lg sbb dia dah boring sgt. Lps zuhur hubby gi ambik mek dan che terus singgah kenduri naik rumah baru mak sepupunya. Kv masak mihun sup segera jer. Belum pun makan hang nadim dah bangun. Panas sgt kat rumah, kami decided nak gi jenjalan kat kota bharu. Lagi pun my boss smsed bagitau pasific bowl dah bukak. KB mall lagi. Maaf yer, dah takde tempat lain kami nak pegi. Kekekekekekek
Hang nadim bila tgk kv dan hubby cari stoking dia pun sibuk sama. Sebelum ke kb mall gi stadium dulu sbb hubby nak beli stok prepaid. Tgk2 ada expo kat situ. Ada macam2 gerai dan permainan. Expo apa pulak tak tau lah. Hang nadim dah bising bila tgk keretapi. Tapi kami tak singgah pun. Pas tu hubby singgah kedai gambar nak tgk digicam yg kawan dia kirim. Hmm..rasanya seng heng lagi murah. Beli kat kb mall jer lah.
Sampai situ, lalu tepi kb bazaar. Ada pertandingan tariking (susu cap apa eh?) peringkat negeri. Tapi tak berminat, terus ke parking basement. Ada roadshow bmw. Tapi malas la nak gi tgk sbb mmg tak berkemampuan kan. Pusing tu tgk ada badut tgh bagi belon mcm2 bentuk kat kanak2. Hang nadim takmau berganjak nak tgk badut. Ajak gi dekat takmau, takuut.
Nampak tak badut yg pakai topi bola tu.
Boring tunggu hang nadim tgk badut, kami gi pacific bowl. Akhirnya kelate ada gak pusat bowling baru sbb yg kat perdana tu mmg dah hazab sgt. Kami pun join sekali main. Best gak gelanggang baru ni. Besok janji ngan ofismate nak gi main pulak.
Ingat tak nak makan sbb dah makan mihun sup tadi. Masih kenyang. Tapi hang nadim sibuk nak makan mee (sizzling), terpaksa la turutkan sbb kalau dia mintak mmg dia makan byk selalunya. Kalau time lain mmg payah pujuk dia makan.
Pas tu hubby gi beli digicam kat seng heng. Kv ingat nak beli skirt jeans kat reject shop tu sbb ada saiz besar dan takde belah sana sini tu. Tapi fitting room pompuan tutup pulak. Susah susah sgt tak jadi beli. Selamat duit kv. Kekekeke
Nak balik tu masuk pasific beli ubat nyamuk keping. Dan beli roti utk dorang kat rumah tu. Hang nadim bila dah nampak belon, tak makan pujuk dah. Beli la belon sepeket utk dia.
8.00 mlm sampai rumah. Mandi manda segala, 8.30 malam tgk AF4. Akhirnya salima keluar jugak. Tak konsisten jugak pengundi dia ek.
Betul ker gossip datuk K pinangkan siti utk dr fazley. Kekekekeke nama lagi gossip. Tapi sedihkan mawi putuskan pertunangannya.
13 Comments:
hehe..jalan2 lagi hujung minggu.
salima terkeluar? hmm..akak dah agak antara dia or amirul. eloklah terkeluar.
nape mawi putuskan pertunangan ya? sian kat ina tu..
KV...heheh...berlibur dgn keluarga dihujung minggu ye...
Kak lady pun setuju salima tu keluar...tak elok bebenor...bertudung pastu terloncat sana...terloncat sini atas pentas tu...
Mawi putus tunang tu pasti ade sebabnya...hanya dia yang tahu....
Al-Fatihah juga buat allahyarham bapanya....
wah ada tempat bowling baru, macam best je :) ehhh tadak cite durian lagi ka? ke ke ke...
saper nama badut tu? cam best jer...
penimbang tu yg rosak... jgn kawatir.... hehehe
kak syikin,
kv sokong salima keluar, bukan tak suka tp tak senang mata memandang.
mawi dan ina tu, ntah lah sbb kita tak tau peribadi dorang, kan.
kak lady,
sakit mata memandang si sa5 tu kan?
dah takde jodoh mawi ngan ina, nak buat cemana. Cuma harap mawi lebih berhemah.
Al fatihah jugak buat arwah pak atan.
kak alin,
kalau nak crita pasal durian mmg tak habis. Kekekekek.Maklumlah dah musim dia la ni kan.;)
OS,
ntahlah, takdak nama kut.
rina,
cam sa5 kan, berat badan naik pun tersentap.Kekekekekeke
Memula pelik gak...makin aktif bersukan berbadminton segala makin naik pulak... Hujung2 N3 KV baru tau kenapa...hi..hi...hi..
p/s : Patutnya dalam beg Sa5 ari tuh ada si Amirul skali..he..he..he..
nbk,
hik hik hik...alasan jek heran apsal naik berat. Padahal dah tau.
Agaknya konsert akan dtg amirul kluar tak?
angin pasang? ko tak try berubat kat Hemopathy? Adik aku pun ada pernah kena masa kecik2 dulu try lah pegi sana...
ektif kv & co nih... rajin sungguh main badminton...
yeaa syiok sa5 dah out.
alfatihah to arwah pak ani.. siyan mawi.. bertimpa2 dugaan dtg.
syioknya dpt main badminton.. jeles aaa hehehehe.. hmm betul ek Siti kawen dgn Dato K? alaaaaaa
MR,
hang nadim ada masalah colic masa kecik dulu. Tu yg jd angin pasang. Aku tgh try berubat urut bagai dulu. Tp nak try gak cadangan hang tu. Doctor pakar bagitau nanti kalau tak hilag jugak, umur 7-8 boleh operate. Kena usaha cara lain dulu lah.;)TQ.
tety,
takde lah aktif mana. Tp kebetulan jabatan anjur perlawanan badminton. Terpaksa main. Tu yg buat gelanggang kat rumah. Boleh gak keluarkan peluh.
ayu,
mana lah aku tau si siti nak kawen ngan sapa. Tp gossip kat pejabat aku ni kata fazley tu anak menakan dato k. Ntah ler.
kv,sibuk ke? dah ebrsawang ni :)
Post a Comment
<< Home