kasutVINCCI

6.25.2006

RENTETAN HARI MINGGU

Jumaat.

Kv tak balik rumah mak ptg khamis sbb hubby nak menebas dalam kebun dulu pagi jumaat tu. Kv pun menolong sama. Tapi byk tolong tgk jer lah. Hang nadim pulak sibuk nak ikut sekali. Tapi tak boleh bawak sbb tak muat nak bonceng motor. Pujuk dia suh gi lps tu dgn mek.

Sampai kat kebun tu hubby tebas jalan masuk dulu sebab terlalu tebal semak samun. Hubby guna mesin galah (mesin rumput tu) tapi guna mata piring (besi) sbb kalau mesin rumput tu guna mata tali(tangsi). Mesin galah tu boleh diguna sbb pokok tak de la besar mana. Cuma tebal sikit lah. Kv tolong tebas anak2 pokok getah yang meninggi tu (btg dia besar skt, tak berapa sesuai guna mesin tu)

Kv sebenarnya cuba snap gambar buah durian atas pokok, tapi teknik pencahayaannya tak kena. Tak nampak buah2 durian tu.
Ni buah durian yg kv jumpa dekat jalan masuk.
Hubby tgh menjalan kan tugas memesin semak samun.

Pondok buruk tempat kv tunggu hubby.


Nenas pun ada jugak. Tapi dlm gambar kat atas ni nenas hijau. Korang pernah jumpa tak? Nenas ni walaupun dia masak, buah dia ttp hijau jugak. Isi dia rangup dan manis. Hubby panggil nenas duri. Mungkin pokok dia berduri lebih dari nenas biasa tu.

Pagi jumaat tu kami berhenti menebas dekat jam 10.00 pagi. Esok kena sambung semula. Pas tu balik bersiap kemas nak balik rumah mak kv pulak.

Sampai rumah mak, abg kv dab BIL tgh merepair motor pengepam air. Enjin air tu dah jem. Seminggu dah mak kv terpaksa karai (cebuk air guna timba). Kesian org tua tu. Tapi penat dorang cuba tak menjadi jadi jugak. Hubby pulak sambung, tak menjadi jugak.

Pas tu BIL gi hantar kedai repair lps solat jumaat. Bila dihitung kira lebih baik trade in. Dapat enjin baru. Balik tu BIL sensorang dok pasang enjin tu. Hubby tidur dulu sbb dia penat sgt. Dah ok enjin tu, BIL tukar kepala paip dan gam semula paip2 yg bocor. Pastu hubby join sama. Dah siap tu tetiba enjin jem pulak. Hairan betul.

BIL kv dah bengang. Dia gi hantar balik dan tukar ambik enjin lain. Naik heran tokey cina tu, tak pernah2 jadi gitu katanya. Dah bawa balik enjin baru tu, mula lah dorang menggodek. Puas fikir tp tak menjadi. Last2 teringat nak tgk valve yg kat dlm telaga tu. Bila di check tgk, dah tersumbat pasir. Telaga rumah mak kv sebenarnya dlm. Tapi ada satu hari tu kerek telaga yg kat bawah2 tu runtuh. Jadi dasar telaga tu dah jadi tak sama. Agaknya dorang silap letak batang paip tu (dekat sgt ngan pasir). Tergelak kami bila pikir dah rosak enjin baru (yg memula tadi) gara2 valve tersumbat pasir.Kekekekeke

Bila dah cuci valve tu, hubby cuba turunkan semula batang paip tu ke dalam telaga. Tapi, paip sambungan (bentuk L) tersadai atas bumbung pulak (btg paip tu pjg). Aduh, masa tu dah pukul 7.00 ptg. Hubby pun cari galah nak kait paip yg tercabut tu. Dalam bengang kami gelak gelihati. Ujian betul hari tu. Nasib baik lah btg paip tu dpt diambil semula. Dah 15 minit org azan maghrib baru lah semua settle. Mak kv pun menarik nafas lega. Alhamdulillah. Dari pagi buat kerja, sampai malam baru jalan. Mujur dia org tak cepat fed up. Hiks.

Lepas solat maghrib kv bertolak balik rumah mek. Dekat 9.30 baru sampai. Melepas lah nak tonton diari.

Sabtu.

Kami sambung menebas pagi ni. Dah nampak dah rupa kebun sikit. Kv tolog gak la hubby. Hari ni masih terasa lenguh2 jer lengan ni. Tgh dok menebas tu, dum sana dum sini. Durian gugur. Tu yg hubby pakai topi keselamatan masa menebas. Takut tertimpa kepala. Tapi peringkat awal ni byk durian yg tak menjadi. Org kelate cakap buang buruk. Maknanya durian yg gugur tu, yg tak menjadi, dah byk hari sikit (dah habis yg tak elok tu) baru la yg molek tu gugur.

Pukul 12.00 baru kami balik. Hang nadim dtg dgn mek. Siap pakai baju dan seluar pjg. Nyamuk byk sgt. Tp mek terlupa bawa ubat nyamuk. Mmg penat sgt hari ni. Sampai rumah tu pinggang kv skit sgt2. Terseliuh urat kut. Baring dlm 1/2 jam baru rasa lega.

Petang pulak, sebab nak tgk konsert AF4 belah malamnya, kami decided keluar ke kb sebelum asar. Mula tu terkejar2 ke stadium sbb hubby nak beli stok prepaid. Tapi belum pun jam 5.00 india tu dah tutup kedai. Punya la bengang. Berkejar pulak ke tempat lain. Dah start hujan. Jalan pun jammed teruk. Tgh tunggu hubby beli repaid tu hang nadim pulak terken**ng dlm kete. Pada hal seminit sebelum tu kv dah tanya dia. Jawap dia takmau. Geram sungguh kv. Agaknya sejuk sbb hujan kan. Terpaksa la kv godek dlm kete tu cari diapers. Geram sungguh kat hang nadim ni. Terpaksa la dia menahan kesejukan dlm kete tu tanpa pakai seluar.

Sampai kat kb mall, kv bawa dia gi beli seluar lain dulu. Tak pepasal dpt seluar baru pulak. Pas tu bawak dia gi salin dan kv gi solat asar. Hang nadim siap baring bagai masa tunggu kv tu. Agaknya penat sgt kut. Sudah tu dia tuntut janji. Agaknya dah 1/2 tahun kut hang nadim mintak dibelikan kasut. Semenjak dia pandai pakai selipar kv tak pernah belikan dia kasut. Saje jer. Byk kali dia minta tp kami buat tak tau jer. Kali ni kami dah tak boleh mengelak dah.

Gi kedai Bata, ada yg berkenan tapi takde saiz. Pujuk dia tak yah beli dulu, tapi tak makan pujuk pulak dah.Takkan nak beli kasut ketat pulak. Ajak dia gi kedai lain. Nasib baik dia ikut. Penat pusing satu kb mall tp tak jumpa kasut yg berkenan. Kalau padan saiz, patent kartun overdose tu pulak. Buruk jer nampak. Kalau yg berkenan pulak, takde saiz kecik. Last2 pujuk hang nadim makan kfc dulu. Mujur dia mengangguk. Pas tu masuk pasific gi beli barang dapur sikit. Sampai la hang nadim dah lupa pasal kasut tu.

Tapi pagi ni tuntut janji semula. Mmg kv dah niat nak gi beli kat Bata dekat ofis kv ni. Dah gi beli pun tadi. Harap2 muat la kaki dia tu. Tapi dah janji ngan org kedai bata tu kalau tak muat nak gi tukar esok. Mesti ptg karang dia excited tu.

--------------------oOo--------------------

10 Comments:

Blogger kasutVINCCI said...

kak pb,
en3 pjg sebab byk ari tok wat en3. Kekekekeke. Take ur time,k.
Lanas ija, tok rajin tgk ko? Tp mmg payah gak nak jupo!

10:04 AM  
Blogger rina said...

bestnya kalu buleh mkn buah durian kg... balik kelate nanti nk g serbu kebun KV ler... hehehehe

10:04 AM  
Blogger Alinlai said...

alamak...ada gambar durian plak... ke ke ke...bestnya, bleh poskah? **lawak je KV...**

10:09 AM  
Blogger Ayu Mohamad said...

tak penah tgk buah nenas ijau tuh.. hmm nanti kv pos la sebiji dua kat KL ni hehehe

10:30 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

rina,
dah kecur liur eh? Mai la jale!

kak alin,
kat sana takde durian kampung ke?

ayu,
syarikat courier mana la yg nak terima buah durian tuu?? Mai la rumah kv.

11:09 AM  
Blogger NBK466 said...

Rajin sungguh hubby KV berkebun nie.. Bakal mengugat kalau masuk bertanding ngan den Suami Contoh Kebangsaan nie...he..he..he..

12:24 PM  
Blogger - tety - said...

huhuh sonnoknyer leh masuk kebun... buleh ambik buah sebanyak mane yg nak...

1:26 PM  
Blogger Sya said...

panjang nya... tapi tang buah durian tuh .. kalau kena hok kampung memang sedap

3:34 PM  
Blogger Alinlai said...

ada...durian Ran*u, tempat Linda AF2 tu...tapi bukan musim skrg ni kat sini mahallah...tapi beli jugalah sebab nak makan :)

4:39 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

nbk,
rajin ke tak rajin ke, dah tanggungjawab. Nak upah org rasa cam tak berbaloi. At least boleh keluarkan peluh.

moon,
ramai yg tak pernah tgk nenas hijau ek? Kekekekekeke

tety,
ada kebun sendiri tak perlu beli kat kedai lagi.;)

kak sya,
suka makan durian eh?;)

kak alin,
bila dah teringin sgt, harga menjadi perkara kedua.;)

8:42 AM  

Post a Comment

<< Home