kasutVINCCI

6.01.2006

MINDAKU

Wah tajuk, mengalahkan karangan SPM. Hik Hik hIk. Hari ni kv nak merapu byk topik skt. Kalau korang byk masa, layan jer lah.

Pd en3 lepas kv cerita pasal Pak Him tu yg mengaku bahwa dia ayah kandung siti. Hari ni, pasar minggu depan ofis kv ni. Selalunya Pak Him tu berniaga ubat kat pasar minggu ni. Bila timbul isu ni, dan baca paper kemarin, anak dia bagitau yg Pak Him dah lari ke rumah sedara dia, maka kv pun dah set yg takkan jumpa pak him dlm pasar minggu hari ni. Yg geram nya, bila anak buah kv balik dr pasar minggu, dia bg tau dorang jumpa pak him tu. Hik hik hik. Melepas la kv nak tgk cemana rupa pak him tu. Ramai org dok bertanya kat dia, betul ke dakwaan dia tu. Dia pun mengiakan jer lah. Itu cerita anak buah kv. Kalau dia tipu, maka tipu la crita ni. Kv tatau. Ishh awat la si E(anak buah kv) ni tak ambik gambar pak him tu. Dah terlepas....

Abih cerita pak him

Kv nak usik topik AF4 pulak. Bukan demam sgt pun. Tapi turut memeriahkannya. Hik hik hik. Jam 8.30 dah tak bg hubby tgk berita. Nak tgk diari ni. Pas tu start minggu ni dah takde keluar malam. Rugi. Nak tgk diari. Hik hik hik. Save la minyak kete. Untung tuuu.

Masalahnya mlm ni melepas kut kv nak tgk diari. Sbbnya tok sedara hubby (Pak sedara arwah ayah hubby) mai bercuti ke kelantan. Tok Su ni dok bermastautin kat perak. Ni baru first time kv jumpa dia. Kiranya mlm ni dia nak tidur kat rumah kami la. Dgn anak menantu dan 3 org cucu. Takkan la lps dinner nanti kv terus nak tercongok depan tv. Tak meraikan tamu pulak namanya. Takpelah, demi hubby ku tersayang, berkorban lah sikit. Chewah. Tapi kalau line clear, sambil2 tu boleh gak bukak tv. Kan? Kan?? Kan???

Malam tadi (petang sebenarnya) dia org singgah kejap ambik che sbb nak gi rumah sedara dia yg pegang geran tanah. Mereka balik nak setelkan hal tanah gak sebenarnya. Balik tu, singgah solat maghrib rumah kami. Tapi tidur kat rumah kawan anak dia. Malam ni baru giliran rumah kami (mcm kawen 2 lak). So boleh lah kv layan af4 mlm tadi.

Tapikan, tak boleh layan sepenuhnya lah. Kerana, jeng jeng jeng!!!!. Petang kelmarin kami gi pasar malam naik motor. Saja jer naik motor sbb mudah nak parking. Tiba2 suasana gelap gelita, langit nak runtuh. Kalut la org beli cepat cepat, takut hujan turun. Kami sama la menyebokkan diri. Gi sampai kat motor tu, tgk2 motor dah kempis tayar dia. Alamak...bocor pulak dah. Motor kat rumah tu asyik2 bocor. Geram betul.

Sebenarnya kat rumah kami tu ada 3 buah motor. Satu motor hubby. Kriss. Dia guna masa belajar dulu. La ni mek yg guna bawak hang nadim pusing2. Kv tatau naik motor. Hiks.Pas tu ada motor honda sed i (betui ka ni) yg che guna nak gi pekan ke masjid ke. Satu lagi motor honda buruk yg che guna nak bendang ke kebun ke. So, sbb ahli rumah tak ramai, maka motor2 ni jarang di naiki. Jadi, angin akan keluar ngan sendiri. BIla kita naik. Terutama anak2 gajah cam kami ni, tayar pun terkepit ngan batu. Maka ia pun bocor lah.

Hah satu hal lak kami nak balik ke rumah ni. Nak suruh che mai pun dia dah ikut tok su tadi. Kebetulan mak sepupu hubby ada meniaga dlm pasar kat situ. Kami pun gi tanya la dia nak balik ngan apa. Che abg dia pun gi ngan motor gak. Hah cemana nak balik ni. Bukan nya ada teksi gelap2 buta ni. Nasib baik anak mak sepupu hubby gi gak pasar mlm tu dgn kete. Kami pun tumpang dia balik. Terpaksa la berasak2 dlm kete tu. Nasib baik body dia org tu kecik2 jer.

Lepas tok sedara hubby berangkat, hubby gi solat maghrib. Dia ajak kv gi lepas isya'. Hah,mrasa la kv terlepas diari af nanti. Kv paksa dia gi tang tang tu jugak. Kekekekek. Dah la rasa gelabah nak bawak kete balik nanti. Malam lak tu. Mana pernah kv biasa bawak kete hubby malam2 ni. Hang nadim pun sibuk nak mengikut sama. Lagi la gabra kv. Tak pernah kv drive kete ngan dia. Nanti dia buat aksi dlm kete tu, apa jd. Nak tak nak bawak gak dia.

Singgah kat kedai motor beli tiub kejap. Pas tu gi ambik motor yg hubby tumpang kat satu kedai tu. Org ramai kat pasar mlm tu, hubby pun malas nak tukar tiub kat situ. Dia pam aje lah. Gamble naik cam tu jer. Kv follow dia dr belakang. 4 kali berhenti nak pam angin. Last2 dah tak mau masuk (dah nak dekat sampai), hubby pun naik gitu jer. Nasib baik tayar baru tukar. Tak la hancur.

Masa follow hubby tu, hang nadim sibuk suruh memotong abah dia. Tak best dok belakang. Dok la depan kata dia. Ishh hang nadim ni, Tak kesian ke dekat bah tu. Kv marah dia. Dia sengih jer. Yeyyy..berjaya jugak kv bawak kete hubby. Tapi malam tadi takde la gementar dan gemuruh sgt. Smooth ajer. Hik hik hik. Lambatnya hubby nak belikan kv kete. Oh...angan angan ku. Kekekekeke.

Sebenarnya byk benda kami nak setel dulu sebelum beli kete kedua. Masalah tanah la, itu la, ini la. Pas tu nak buat rumah dulu. Siap rumah baru boleh fikir fasal kete utk kv. Hikss....lambat nooo. takpelah, demi masa depan kami sekeluarga jugak. Hubby selalu suh kv bawak kete dia gi kerja. Takut nanti dah tumpul skill memandu (memang pun). Masalahnya, bila hubby ada sekali, kv malas la nak bawak kete. Sedap jadi mem kat sebelah. Kalau mengantuk, boleh tidur. Hik hik hik hik

Malam tadi dpt la tgk diari jam 9.00 malam. Kira ok la tu. Terubat rindu nak tgk faizal harapang (batu yg dr fazley kasi kat dia tu). Muaakakakakka

--------------------oOo--------------------

14 Comments:

Blogger ontahsapo said...

semoga berjaya dapat kereta satu lagi, takpun dapat anak sorang lagi kira ok gak...

4:28 PM  
Blogger Alinlai said...

dah demam? oklah jimat minyak sebab kurang berjalan2 malam2... bagus tu...jangan dok sms sakan dah la ke ke ke

~alinlai~

5:08 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

akak tak ikut pun AF4 ni, malas nak ikut..kalau ikut sekali,ha..melekar ajelah time depa on tu.

6:52 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

akak tak ikut pun AF4 ni, malas nak ikut..kalau ikut sekali,ha..melekar ajelah time depa on tu.

6:52 PM  
Blogger atehlaila said...

Hai..first time masuk..tergelak gelak baca entry Pak Him tu..

8:37 AM  
Blogger NBK466 said...

Patut ASTRO give it a rest this year...Early next year baru on balik AF4...bagi laluan demam World Cup...MAYBE keterujaan buleh datang semula.

10:55 AM  
Blogger Ayu Mohamad said...

KV hehehehe kite dah sambar dah kete baru satu hahahaha

2:21 PM  
Blogger Petiais said...

phiuhh

9:19 PM  
Blogger aNIe said...

kv...wah sama lah kita layan AF...tapi tak mengundi pun...cuma suka tengok bebudak tu nyanyi...sebab rasanya AF4 ni suara2 pelajar dah banyak yang baik2

Akak suka tengok si Haziq tu...Faisal pun best

3:12 AM  
Blogger Kiah Kardashian said...

Salam blog...

Kasut vincci pun bleh dibuat nama samaran yer....AF4 kali ni kureng menyengat ah. Tapi yang best tengok tukang jaga rumah tuh..entah aper namer entah. kalau macam tu hari hari saya nak tips macam mana nak kuruskan badan. Ngeh ngeh ngeh

3:13 AM  
Blogger Mummy Rizq said...

apa khabar pak him skang? kalo jumpa tolong sampaikan salam yer.. muahaahaa... dia dah tua. so maafkan jer lah pengakuan dia tu!

10:11 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

moon,
ye lah, save byk2 dulu. Ikutkan hati mmg besar angan2 tapi poket menghalang. Hik hik hik

kak pb,
kv pun musim ni baru layan. Musim dulu2 tak pulak.;)

OS,
nak dua dua boleh tak? Tamak tuu..

kak alin,
alhamdulillah takat ni kv tak pernah sms utk rancangan realiti tv ni. Harapnya kebal sampai bila2. Hikss

a.l.a.n.g.
takper, ada siaran ulangan. Nanti jemu tgk.;)

kak syikin,
agaknya sbb kv ikut dr awal tu yg syg nak tinggal.

atehlaila,
ada cerita terbaru pasal pak him ni, tp nak cerita kat blog takut benda ni mainan bualan org jek. Takut tak betul kan jd kes lain pulak. Byk fakta (atau cerita dongeng) mendakwa siti mmg anak pak him. Wallahualam. Hanya Allah yg tahu. Just wait n see.;)
Lupa, trimas sbb sudi singgah sini.

nbk 466,
ooo..nbk minat bola lagi dr af yer. Karang minat af4, idayu sapa nak sokong laie. Hik hik hik

ayu,
mencciii. Jeles neh.

kak lady, kv pun suka layan gak. Tak sms. Kv pun rasa kali ni suara dia org lg bagus la dr yg lepas2. Tak tau la pendapat org lain. Suka faizal tu. Cam malu2 kucing jek.;)

zakiah,
trima kasih sudi singgah blog kasutVinnci. Entah la, kv ni dah tak de nama lain ke nak taruk. Hik hik hik.

petiais,
emmm????

mar,
kalau dgr cerita terbaru lagi konfius dibuatnya.

12:14 PM  
Blogger Mummy Rizq said...

ala... KV. citerlah kisah terbaru. ni tengah boring nie. bleh gak layan citer pak him...

12:23 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

mar,
kv tgh kumpul fakta ni (chewah cam wartawan pulak) sbb ramai mengatakan berita tu sahih. Budak training kat ofis kv pun bitau mlm b4 kluar paper citer tu, ada sebuah van berhenti tanya dia kat mana kg pdg siam tu, tgk dlm van ada siti. Dia pun teruja la citer kat kwn2. Esoknya kluar dlm paper citer fasal ni. Entahlah mar, kita nanti je lah cerita seterusnya.;)Betul ke tidak tak tau la. Takut hanya usikan dan gurauan org jer. Kesian siti.

4:17 PM  

Post a Comment

<< Home