kasutVINCCI

5.29.2006

Ari ni kv nak merapu meraban apa ek. Hmmm...nanti sat na, pikir dulu..

"
"
"
"
Owh..kejap jer pikir, terlupa nak citer (mcm la korang nak tau, hiks), masa gi kb mall petang sabtu tu, kv tgk byk betul sales. Kat ground floor level tu tgh promosi handbag dan kasut bagai nih. Waaa...start rambang mata neh.

Teringat kat Butik Bonia, maybe ada sales kot. Wink wink wink..Keh keh keh. Boleh lah ngabis kan duit hubby sket. Lalu depan bonia tu, kv dah rasa cam nak terlompat, ada sales you!

Sebenarnya dah lama kv berangan angan mat jenin nak beli satu handbag bonia kaler pink yg ada sulam2 bunga ros tu. Ye la, handbag kaler pink yg kv ada tu dah lusuh sgt. Maklumlah beli yg murah sajork.

Dulu, kv rasa nak beli masa sales yg lepas, tapi hubby tak kasi. Walau nak camana sekali pun, tapi bila hubby tak kasi beli, kv pun tak beli lah. Rasa semacam jek kalau beli. Lepas tu, bila kv asyik dok merengek rengek (Cam MR tuu) hubby pun setuju la suh gi beli. Suka lah.

Tapikan, rasa bersalah pulak kalau beli time tak sales. At least kalau ada less 20% pun ok gak kan. Tu la yg kv dok tunggu sampai tibanya mega sales. Bila dah ada sales tu, kv pun bukan main syok lah. Tapi g sedihnya patent yg kv dok idamkan selama ni tu dah kehabisan stok. Aduhai.....sedih beb! Hubby suka lah sbb tak abih duit.;(

Patent yg kv nak tu hanya ada nk kata purple pun tak jugak, cam kelabu. Tak kisah lah, tapi tak berkenan kaler tu. Beza dia mahal lagi 100 dari yg kv nak tu. Pas tu dah frust, kv nak ambik yg bulat (cam botol tu). tapi hubby tak berkenan. Kalau nak, ambik yg kaler purple tu katanya.

Hmmm..takmau la kv. Mahal lak jadinya. Pas tu bukan kaler pink. So, selamat la duit hubby. Sedih maaa...

Takkan lah kv nak gi kl semata mata nak beli handbag tu...kan?

Pusing2 tgk kasut lelaki cam lawa gak. Ada offer 50%. Ingatkan nak beli utk hubby sempena anniversary. Tapi hubby tak mau sbb dia baru beli Dr.Cardin. Hik hik hik..selamat gak duit kv. So ari tu, takdelah goresan kad kredit. Alhamdulillah.

Pas tu kan, masuk Pasific nak beli sikit groceries. Tgk auntie tu pakai spec cam lawa gak patent dia. Kv pun dah boring dgn gaya spec kv ni. Kecik tanpa bingkai. Dah la senget sengat dikerjakan hang nadim. Masa dok bergurau senda ngan dia, selalu spec kv la yg jd mangsa. Ingat nak gi buat spec bingkai segi empat kaler hitam lak. Ranggi jugak kut. kekekekekee. Tgk la bulan depan. Selalunya kalau tanguh2 terus tak jadi. Hiks..

Ari tu rasa cam nak gi buat contact lense jer. B4 kawen dulu kv dah pakai contact lense. Dah ada anak ni, semua benda nak cepat. Tu yg terus pakai spec. Pas tu terasa gatai nak pakai lense semula. Tapi bila dgr ramai yg ada masalah mata akibat lense tu (mcm misha omar tu siap kena operate bagai ni) naik seram gak. Tak jadi la buat sementara waktu ni.

Hmm...hari ni kv rasa tak sedap badan jek. Actually dah seminggu demam manja2. Lite lite sajork. Ye la, rasa nak demam terus makan ubat. Maka demam pun dah larat. Sakit jiwa gak. Tekak rasa perit sgt. Mintak2 jgn batuk. Tension batuk2 nih. Masalahnya tgh menaip ni dok kong kong kong, batuknya. Tadi mintak tolong ofis boy gi beli strepsils yg kuat sikit tu. Kalau beli kat klinik seringgit sebiji. Kalau farmasi sebelah dia tu 1.30 sebijik. Mrasa la farmasi kat depan ofis kv hanya 7.90 utk 24 biji. Nah rasakan hanya 30 sen sebijik. Tipah tertipu bang! Patut la doktor jali tu kemain besar rumah dia. Chess!

tu jer lah kut cerita hari ni. Dah time lunchy ni. Selamat menjamu selera naa. Opss teringat telur penyu yg my boss kasi, best nyer. Nyum nyum nyum. Ada yg tak boleh makan eh?

--------------------oOo--------------------

11 Comments:

Blogger ontahsapo said...

dah lama buat kerja merapu ni...?

5:26 PM  
Blogger aNIe said...

Heheh...KV dah berjangkit ngan MR...tu...merapu meraban tu...

Hope deman KV tak melarat....

3:51 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

OS,
kering idea beb! Kalau ikan kerapu sedap gak di stim. Nyum nyum

kak lady,
hik hik hik...merapu cam MR. Orait la tu. Demam hari ni cam baik sikit dr semalam. Mungkin ptg kelmarin kv main badminton kut. Keluar segala wap panas dlm badan.

9:51 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

kak pb,
entah lah. Tapi rasanya sulaman dia mmg mati kat beg tu. Tak boleh cabut. Hikss

9:52 AM  
Blogger rina said...

tak penah try makan telur penyu... sedap ke...???

9:57 AM  
Blogger NONIE AZIZ said...

KV...tingkatkan usaha dalam bidang merapu dan rengek merengek ni!!muahahahahahh

12:03 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

rina,
kalau org tak biasa makan telur penyu, mungkin tak boleh makan. Nanti kembang pipi. Kalau kita rebus selama mana pun, telur putih tu takkan beku. Lembik cam telur masak separuh tu. Telur kuning dia mmg best. bagi kv yg gemar lah. bagi org yg tak gemar, walau putih ke kuning, mmg tetap tak gemar. Cuba lah, mana tau tersuka. Hiks

mr,
hang la yg dok jd cikgu aku. Hik hik hik. Merengek lagi.

2:34 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Orang pempuan kalau dah shopping....

Telur penyu dapat kat mana tu?

2:37 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

BP, org lelaki tak macam tu ke kalau shopping. Hik hik hik
Telur penyu tu beli kat kuala terengganu. Satu plastik ada 10 biji. Rege dia dlm RM 14-18. tgk musim lah. Dlm pasar kat depan ofis kv ni pun ada gak tapi mahal la sikit. RM 2.50 sebiji.

2:40 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

sedap ke telur penyu ni? sorilah, rasa kembang pulak tekak tu..sbb apa tau, terbayang muka penyu tu.

tak mo buat lasik ke?

6:21 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

kak syikin,
mmg ramai yg tak boleh makan. Hik hik hik...tp kv mmg suka makan telur penyu tu.
Lasik? Tak tau detail sgt pasal tu.

8:51 AM  

Post a Comment

<< Home