kasutVINCCI

5.14.2006

WEEKEND

Pengisian hari minggu kv menurut rutin kebiasaan. Pagi jumaat balik rumah mak kv. Selagi mak ada, kv akan sedaya upaya menjenguk dan bertanya khabar. That's mean kv ambik berat fasal mak.

Sempena hari ibu ni, kv nak ucapkan selamat hari ibu utk mak. Kv tau mak buta huruf dan takkan mampu membaca apa yg kv tulis ni. Malah kv ni jenis penyegan nak luahkan perkataan kat mak. Ye lah, sejak azali lagi mmg kami adik beradik jenis gitu. Harapnya mak faham dgn perlakuan yg kv tonjolkan lambang kasih sayang kv pada mak. Bila dah besar panjang dan berkeluarga sendiri baru kv faham perasaan seorang emak. Harap mak tak ambik hati dgn tutur kata dan perlakuan kv (dlm family mmg terkenal kv ni keras hati tapi yg paling ambik berat fasal family). Selamat hari ibu mak! Segala jasa, pengorbanan dan kasih sayang mak pada kv tak kan kv lupa selagi hayat dikandung badan. Moga mak sihat selalu dan dpt melihat dan berkongsi kejayaan kami adik beradik.

Juga tak lupa pd kawan2 blogger yg telah menjadi ibu, selamat hari ibu kawan! Moga menjadi ibu yg world!

Kat rumah mak, ramai sanak saudara ada kat kampung. Kebetulan cuti hari wesak dan ada kematian sedara kv (sakit paru2 berair). Makanya hari minggu menjadi gamat lah. Menu makan tgh hari, air asam limpa, daging bakar, ikan selar goreng kicap, budu dan ulaman serta ikan pekasam. tak lupa tembikai kuning sbg pencuci mulut.Best sgt tembikai kuning ni makan musim2 panas gini. Rangup dan manis.

Belah ptg, ofismate kv (kebetulan jiran mak kv la ni) dtg bertandang. Borak2. Disebab kan mlm tu kv nak kena blk semula ke rumah MIL, so kv pun malas nak masak. Gi pasar malam aje. Malam tu kakak kv berniaga kat kampung sebelah jer. Mujur gak kv pegi sebab dia tak mampu nak layan pelanggan. Ramai sgt. Ramai yg balik kampung kot. So, kv sempat la tolong. Teringat masa muda remaja dulu, pendapatan sampingan kv melalui tolong kakak meniaga pasar malam lah. Dah habis jualan, mmg berpeluh sakan. nampak gayanya tak payah bersenam bagai, tolong kakak meniaga pun dah ok. Hiks

kami balik jam 8.00 mlm. terkejar kejar sbb nak solat maghrib kat rumah mak dulu. Lepas solat isya' dan dinner kami bertolak balik rumah MIL. Hang nadim dari dlm kereta dah tiduran.

Esoknya, siapkan kerja rumah sikit, kemas, basuh basuh baju, kami siap2 nak gi kota bharu sbb ada perlawanan bowling. Tapi bos call cakap giliran kami jam 11.00pg baru mula. So, lepak layan astro dulu la. Hang nadim dah termenguap menunggu. Hik hik hik

pukul 10 kami turun dr rumah. Gi beli stok prepaid dekat stadium. Dekat jer la ngan perdana boling (hotel perdana). So, park keta depan food court stadium lah.





ni gambar kv ambik sementara menunggu giliran pasukan kami bertanding.





hubby mulanya tak join. Tapi bila tgk peserta2 kami tu keot, kena gak turun pdg sbb dipaksarela oleh bos. Habis idea kv nak pujuk hang nadim sehingga hubby tamatkan perlawanan. 2.45 baru siap. So, bergegas turun sbb dah lapar. Singgah makan kat food cort stadium tu je lah. Nasi goreng ikan masin dgn daging merah. On the way balik tu hang nadim dah tertidur.

dalam pukul 4.oo kv terima satu sms. Hiks..kak nik ada kat kampung rupanya. Tapi sayang, tak sempat nak jumpa dia kelmarin sbb kv baru sampai kat rumah. Hubby dan hang nadim dah tidur tiduran. Ingat mlm nak kluar, nak kontek kak nik semula. Tapi penat sgt rasanya. Kansel lah pulak. Insyaallah, kalau ada kesempatan pasti akan berjumpa.

malam tadi, malas nak makan nasik jadi kv masak mamee slurpp jek. Kekekeke cam dok hostel lak. Satu pek maggi dikongsi 6 org. Punya la sedap. Sbb makan berebut kan.

--------------------oOo--------------------

7 Comments:

Blogger Kaklong Syikin said...

akak suka baca n3 kv sbb aktiviti full.bab shopping tu wajib rasanya ;).

blh share daging bakar & air asam masakan kv tu? teringin nak ubah selera pulak, biasanya akak buat kari or masak lemak cili api or masak kicap.

eh...menang tak grup bowling kv?

8:36 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

kak syikin,
kalau hari cuti mmg kami boring dok kat rumah sbb panas sgt(rumah papan), tu yg sibuk nak keluar jer.

Daging bakar tu biasa jer, taruk garam kunyit, then panggang. Kalau tawar, cicah ngan kicap letak bawang merah dan perah jus limau nipis sikit.

Air asam tu, rebus daging (atau apa2 yg akak suka). Potong kecik2. Perasa dia, tumbuk garam, belacan, kalau suka perasa letak sikit, perah jus limau nipis. Pas tu letak dalam air rebusan daging tadi. Akak rasa la dulu. Makan panas2, best!Jgn lupa cili padi.;)

bowling tu, entah la dok nombor berapa. Penganjur umumkan pemenang 1,2 dan 3 ajer. Yg lain semua dpt saguhati. Peserta dlm 17 pasukan. Tapi bukan yg tercorot lah. Ada lgi yg lebih hazab dr kami. Kekekekeekeekeekk.

8:51 AM  
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

erm..men bowling?best tak?pernah cuba sekali ari tuh kat kl,tapi macam tak bes jer.ahaks

12:37 PM  
Blogger Alinlai said...

sedapnya menu ... bleh tapau sikit ka? ke ke ke...best bowling lama tak main...selalu main free masa sukan staf :)

1:28 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

semut,
kv pun tak pernah main boling. Tukang tgk ajer. Tapi esok malam, kami nak pakat gi try. Siap bertaruh, sapa kalah kena belanja minum. kekekekeke

kak alinlai,
kat sana mesti makanan laut segar, besar dan best. Best nyer makan.;)

alang,
kat mana belajar makan budu ni? Kalau kena citarasa mmg dok teringat sokmo lah.;)

2:46 PM  
Blogger ontahsapo said...

baru ku tahu kat kb dah ada bowling center!! tahniah la ore klate...!!!

3:07 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

ontah sapo,
hiks...sebenaqnyer bowling centre tu dah lama ada. Sezaman ngan hotel perdana lagi. Dah buruk pun lane dia.Tapi itu je la yg ada kat sini. Bersyukur lah.

a.l.a.n.g,
owh...gitu ropenya. Abih tu K org mana? Mai la klate. BOleh beli stok budu bebanyak.

4:03 PM  

Post a Comment

<< Home