kasutVINCCI

5.03.2006

ni kv nak cerita fasal satu kisah yg berlaku hampir dgn kami. Bukan nak mengumpat sebenarnya, cuma nak berkongsi cerita dgn korang semua.

disebabkan berlaku tegang urat dan tarik muka antara sedara2 hubby dengan hubby dan mek dan che (fasal ukur tanah ari tu), maka kami pun tak berapa ambik tau atau kisah hal dia org.

salah seorang sedara hubby (pak sepupu la, mudah nak sebut) ada 2 org anak dara. Sorang masih skolah dan sorang lagi tgh tunggu tawaran ke u (STPM). Yg tgh tunggu tawaran ke u ni dulu pernah dah ambik stpm sekali, kantoi. Ni yg kedua. Kv namakan dia I.

I ni org nya kecil molek dan putih sueh. Rupanya la ni dia ada boifren. Tak kisah lah kan. Adat manusia, mesti berpasangan. Yg jd hangatnya (bualan jiran2), dia ni bercinta dgn suami org.

entah lah, kv pun tak tau nak komen. Dah dia suka, nak buat mcm mana. Boifren dia pun tentu suka jugak. Si isteri boifren dia mesti tak tau kisah yg dibawa suaminya ni. Kalau tak tentu dah perang. Agaknya lah. Kv nama kan si boifren I ni sebagai A.

A ni rupanya dah ada 2 isteri. Isteri sulung tgh sakit dan dlm rawatan. Isteri kedua masih muda dan bekerja. So, la ni mungkin A ni nak tambah kuota ketiga kot.

3 bulan yg lalu baru kami perasan ada kereta waja selalu park kat laman rumah pak sepupu hubby ni. Ingat kan sedara mara. Tapi rasa pelik jugak sebab tiap2 ari datang berkunjung.

dengar cerita dr jiran rupanya boifren I. Hmmm...la ni timbul pulak cerita (dan kv tgk sendiri sbb rumah kami kat depan. Nak masuk ke rumah dia terpaksa lalu rumah kami dulu), 4-5 kali sehari datang. Takde kerja lain ke dia? Hik hik hik..rupanya kerja kontraktor. Emm..ada duit sikit la kot.

satu hari, pak sepupu hubby yg sorang lagi singgah rumah kami. Termengah mengah. Ingatkan kenapa (kot kot timbul lagi isu ukur sempadan tanah tu). Rupanya dia baru balik dari memanggil adik dia (bapa I) yg tgh kerja (tukang rumah) kat kampung sebelah. Katanya si I dan A tgh bercengkerama di tgh hari buta kat dlm rumah. Masa tu adik dia gi skolah dan mak dia gi kerja. Tapi ayah si I jawab, tak ada apa, A datang sbb nak uruskan kerja untuk I. Tergelak kv mendengar alasan bodoh bapa I. Tapi kami diam aje lah, Malas nak campur urusan org. nanti dikata sibuk nak menjaga tepi kain org pulak.

tiap2 hari mmg mcm tu. Pukul 9.00 mlm dtg lagi utk ambik I keluar. 12.00 mlm masih belum hantar lagi. Kenkadang mak bapak join sekali. Ye la, pak sepupu hubby tu bukan org senang, nak pegi memana pun kena tumpang org. Dah bakal menantu ada kereta. So, apa lagi. Boleh la ronda2. Hikss

MIL dok membebel. Bebel kat kami aje lah. Dia marah ngan perangai ibu bapa I. Sporting tak bertempat. Katanya tak sangka peel ibu bapa menurun ke anak. Mak I ni orgnya jenis 'galak' skit. Cerita dedulu, masa suami keluar bekerja, isteri bawa balik lelaki tempat dia kerja, utk mandi tgh hari dan makan. Bising keliling kampung. Tetapi laki dia buat derk ajer. Nak kata bodoh bodoh alang. Entahlah. Adik beradik mak I ni semuanya perangai cam ni. Kalau pompuan mesti pregnant dulu baru kawin. kalau lelaki akan kawin ramai. Entahlah.

Nak kata org bandar (refer to sporting), org kampung 'darat'. Tiap2 hari bakal menantu ni tercongok kat tangga rumah. 4/5 kali sehari. Hmm mungkin agaknya dia nak tumpang kesenangan org tu kot. Ye la, boleh beli baju baru, boleh topup (hiks) kan senang.

nak kata apa lagi, kalau termengandung, kawin. Kalau org report kat jawatankuasa kampung, kena tangkap khalwat. tunggu dan lihat aje lah kan. Kami bukan tak nak banteras maksiat, tapi setelah apa yg terjadi, tak kuasa nak campur. Biar lah mereka dgn dunia mereka (kv tau statement ni tak kena, tapi kami malas nak melanjutkan pertelingkahan). Biar org lain yg ambil tindakan.

--------------------oOo--------------------

7 Comments:

Blogger Angah said...

memang menyaklitkan hati kalau dapat sedara mara camtu kan.. tapi angah pelik dengan senario sekarang nih..

kalau pasangan belum kawen dok pegang tangan, cuit2, bepeluk bagai depan public depa kata biasalah.. tengah bercinta..

tapi kalau pasangan suami isteri buat camtu depan public dikata pulak mengada-ngada, tak tau malu etc..

Angah pedulik hapa! laki aku jadi aku punya pasal. Bukan berdosa pung kan!

1:03 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

cam tak caya jer ada kes camni, yelah, bapak tak kisah anak pompuan wat hal..bayangkan kalau tak de jodoh..malunya Allah..na'uzubillah.

kv kenal baik tak ngan I tu? maksudnya berborak2 walaupun tak rapat..tanyalah dia bila nak kawin, takkan nak berusung ke hulu ke hilir..

3:45 PM  
Blogger Alinlai said...

sporting sungguh mak bapa dia kan? kita yang baca pun naik seriau ...

5:49 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

angah,
heheheheh..pagi ni baru kv dengar isu ni kat radio era. Lelaki lebih romantik sebelum kawen! Tu dia, romantik apa benda haram. Dah kawen, lantak lah nak buat apa, kan.

kak pb,
kv pun tak pernah jumpa senario gini kat kampung. Org lain bercinta jugak, kan. Takde nak menayang nayang cam tu.

kak syikin,
kv mmg kenal I tapi tak rapat sgt. Setakat bertegur sapa gitu aje. Hmm bila dah timbul perkara gini kan (selepas kes ukur tanah tu) kv dah malas nak campur urusan dia org sbb takut dikatakan menyibuk. Ibu bapa dia tak kisah pun.

a.l.a.n.g,
mamat tu berani sebab ibu bapa minah tu sporting tak bertempat. Ibu bapa minah tu pun take advantage dr hubungan cinta si anak. Jiran keliling kelalang apa nak hirau!

alinlai,
hmm..mmg seriau. Just wait n see. By the way, trimas sbb singgah blog kv.;)

8:58 AM  
Blogger Mummy Rizq said...

KV.. KALO CAM TU KAWIN KAN JER LAH. aBIS CERITA..hALAL & TAK ADA DOSA BETUL TAK?

10:59 AM  
Blogger Kopi Suam said...

hmmm tapi kalau tak dibenteras KV kira subahat....mcm mana tu..

kita dulu kalau boifren nak datang umah hari raya aje baru boleh...kalau tak mak kita halau...heeh heehh

1:11 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

moon,
entah lah. Kami pun dok tertanya kenapa tak diusahakan supaya kawinkan ajer. Habih cerita.

mar,
kan senang kalau kawin jer, org pun tak berbulu mata.

ks,
mmg la kalau nak diikutkan kami ni tak pasal2 bersubahat sama. Tu yg dok mintak sgt agar ada hamba Allah lain yg ambil tindakan. Selain dari kami la sbb kami malas nak lanjutkan pertelingkahan. Before apa yg dia org tak kata kat kami. Tu yg malas tu.
kv pun masa raya aje boipren dtg rumah. Tu pun tak lama sbb segan.

1:53 PM  

Post a Comment

<< Home