kasutVINCCI

4.13.2006

ROJAK

Uishhh...telan ayaq liur. Best jugak lama tak pekena rojak. Tapi kv bukan nak cerita fasal rojak. Tapi kiranya entry kali ni campur campur lah. Cam rojak. Dari pagi kv dok pikir nak buat entry apa. Tapi langsung takdak idea. Hmmm..empty aje my mind nih. Tapi kalau tak buat entry rasa tak lengkap jer hidup dlm satu hari (berapa byk tapi daa).

Suasana kat ofis kv ari ni tak sibuk sgt. Kv pun lepas tukar department ni makin releks. Dulu rasa jeles jer ngan org sbb department dulu mmg kerjanya sentiasa ada. Byk pulak tu. Tp la ni byknya bermusim. Tu yg kv boleh layan internet satu hari sampai senak mata dibuatnya. Petang kelmarin kv OT sampai jam 5.30. Big boss dok tunggu kv siapkan dokumen sbb pagi nak bawak gi meeting. Sebenarnya bukan kv buat kerja last minit, tp pegawai2 lain yg lambat submit kat kv. Nak edit dia org punya satu hal pulak. nak buat summary lagi.

Tadi sempat gi meronda dlm pasar minggu depan ofis kv. Beli selimut utk hang nadim. Beli sarung bantal 2 bijik. Beli dulang melamine. Beli tuala 3 lai 10 hengget. Beli apa lagi ek? Takde dah kot.

Tgh hari tadi kv rasa cam nak makan nasi air (bubur nasi). Entah la sehari dua ni kv cam mengidam nak makan makanan berkuah yg panas. Hiks...cam mengandung pulak. (period kv dah lewat 3 hari). Ya allah ya tuhan ku, kurniakan lah zuriat buat kami. AMinnnn. Nasib baik bubur nasi pakcik tu ada lagi. Makan la kv dgn senang hati.;)

Selalunya tiap kali datang bulan, mmg sedih sgt. Tension rasanya. Sbb dok harap sgt agar mengandung. Tapi dok pujuk hati, at least kv dah ada anak sorang. Org lain tu, takde anak langsung, lagi hebat ujian buat mereka. Ye la..tension kv pun cool sikit.

Malam ni ada majlis kenduri arwah. Org kelate panggil makan 40 hari. Hari tu kan tok saudara hubby meninggal dunia. Masa majlis ratib sampai tujuh hari tu kv langsung tak pegi sbb hubby buat sekatan. Hubby pun langsung tak pegi. Hai..kv pun dah abih ayat cuba pujuk dia ( ni kes pasal ukur tanah hari tu lah).
Sebab masa gi ziarah arwah dulu kan, sepupu sepapat mek termasuk anak2 dia org sekali pakat tarik muka pd kv dan hubby. Siap menyorok balik tingkap pakat dok intai kami. Tu yg hubby sakit hati sgt tu. Kata hubby, kalau betul hubby bersalah dia tak kisah diperlakukan mcm tu. Tp mmg ternyata tak salah kami. Dah tau salah mereka, kenapa buat perangai cam budak budak pulak.

Tapi masa dan keadaan akan memulihkannya. Kebetulan hari tu cek kan masuk wad. Hikmah yg Allah beri disebalik kejadian. Dia org pakat2 berlakon dtg tgk cek. Ye la, dalam hati sapa yg tau kan. Sama sama la berlakon.Hiksss

Malam ni hubby janji ngan mek nak gi la majlis tu. Harapnya hubby kotakan janji. Sbb memang sikap dia kalau dah dia marah, susah nak pulih. Tp dia sukar nak marah kat org. Tak macam kv. Mek siap kirim suh beli baulu kat tepi jalan lagi. Kalau kat sini, kenduri arwah org akan mengaji. Tamat majlis tu, qari ni akan diberi buah tangan berupa kuih muih, kain pelikat, dan duit sikit.

Rasanya kat rumah tu tentu tok lebe (mak) tgh dok berperang ngan hang nadim. Mak ni pakar dalam buat kuih tepung bungkus. Mmg sedap lah. Petang kelmarin dia dah kacau inti (nyiur parut dan gula melaka), tapi hang nadim curah air dalam bekas inti tu. Hai...nakal betul hang nadim ni. Kalau org buat kerja, dia pun sibuk nak berkerjasama. Kalau patuh arahan ok la jugak, ni main hentam cromo' ajer. Tu tak mengacau cek dok hiris tembakau lagi tu. Nanti kv buat entry fasal tembakau darat ni.

Dah seminggu hang nadim jalan terhencot hencot. Bila ditanya katanya sakit lutut. Entah betul entah tidak. Kadang2 dia terikut ikut sgt ngan gelagat sepupu sepapat nya yg dah besar2 tu. Main power rangers la, main terjun terjun la. Mmg kalau dia org main, lasak betullah. Tapi mmg kv perasan kalau bangun tidur, jalan dia mesti tak sempurna. Kalau duduk lama sket pun cam tu jugak. Bila pegang kaki dia, takde tempat yg sakit pun. Kv rasa dia terseliuh urat jer kot.

Kalau main henfon mama mesti dia akan syok sendiri. Screen henfon kv tu gambar dia. Mesti dia akan kata, emmmm comelnya adik. Hak hak hak..perasan!! Pas tu pura2 telefon kenkawan dia la, makcik makcik dia la, Abah dia kat sebelah pun dia call. Imaginasi tinggi sungguh.

Hubby dak stop projek tahan pukat dia dua hari lepas. Gelak besar kv bila dia bagitau dah penat nak kutip ikan ikan kat pukat tu. Dah la satu rumah bau ikan pekasam. Kv asyik dok perli dia, tahan la lagi. Tak takut rugi ke ikan ikan tu dpt kat org lain. Katanya dah tak rasa rugi apa dah. Dah nak hancur tgn dia tercucuk duri2 ikan. Penat nak menyiang lagi la satu hal. Tambah lagi permintaan bini dia yg nak makan pais telur ikan. Kena la hati2 masa belah perut ikan tu. Takut telur tercampur ngan hempedu. Hik hik...sayang bi!!

Hmmm..rasanya itu aje la cerita rojak ari ni. Kalau rojak tak sedap jangan report ngan persatuan pengguna ye.;)Bayen.

--------------------oOo--------------------

8 Comments:

Blogger NBK466 said...

Berkat doa rakan2 BLOG moga2 dpt rezeki tambahan family tahun nie KV.
Takpe lah rehat menjaring ikan tuh...sian ikan2 tak sempat nak membesar..he..he..he...

4:18 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

kv..alahai,siannya nak timang cahayamata lagi. bak email kv, akak nak bagi tip. simple sangat.mesti tak caya, tapi alhamdulillah, ada yg dpt dah.

lagi satu, kalau betul nak conceive, makan vit. acid folic tu, alah vit. yg kita makan masa pregnant tu. ni pun bagus utk kita yg berhasrat nak conceive. dptkan nasihat doktor.

doa2lah kv moga suami tu sejuk hati.betul tau, kalau org susah nak marah, tapi sekali marah..ayooo, blh bawak sampai ke mati marahnya. insyaAllah, suami kv tu cepatlah reda marahnya.

kv, tak jual ke ikan2 yg dah dibuat pekasam tu?

10:00 PM  
Blogger WRA said...

entry bowoh tu...hok no. 1 tu samo jugok denga k.we sebenanya...suko tengok belake dulu kekekkekeke...

Ya Allah Ya Tuhanku, perkenankanla hajat KV untuk menimang cahayamata tahun ini...amiiin...:D

11:02 PM  
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

owh, kalau org perempuan tak datang bulan tuh maknanya dia mengandung ek? ehehe. just curious

9:02 AM  
Blogger NONIE AZIZ said...

hehehe sama lah kita...bilalah nak dapat baby baru lagi kan?!!!

11:10 AM  
Blogger Kopi Suam said...

KV ni memang full with activities lah kot..rasa macam best aje dok KB kot...heehh hehh teruja-teruja

anak bujang memang cenggitu..mudah-mudahan lekat lah yek...amin

1:14 PM  
Blogger Petiais said...

semut,
asal ko ngandung jugak ke?haha

kv,
bagi budak semuanya mainan ..sronok

1:30 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

En nbk 466,
Firstnya terima kasih tolong mendoakan. Secondnya, ye la, bagi ikan kat tali air tu membesar dulu. Musim depan tangkap lagi.;)

Kak syikin,
email kv: bandito_danish@yahoo.com.my
tak sabar nak baca apa tips tu.

ikan pekasam tu rasanya tak jual kot. Bagi kat kawan2 aje.

kak we,
tak sangka ada org yg sama perangai gak cam kv.Hik hik hik

semut,
bagi perempuan yg berkahwin(ada suami) salah satu tanda pregnant tu tak dtg bulan lah. Tp ada juga sistem tubuh pompuan tu yg kacau bilau skt. Tak dtg bulan, tp tak mengandung. Sama ada keadaab biasa atau pun dia berpenyakit.Ni nak kena kawin baru tau ni.

MR,
kV pun doakan mr dpt cahaya mata cepat2. Kesian kak syasya tu takde kawan.

kopi suam,
kv dok kat kampung halaman, mestila byk aktiviti. Yg penting kita kena pandai menyesuaikan diri. Tentu akan jadi seronok. Terima kasih tolong doakan KV.

petiais,
aah si semut tu, megandung jugak kot?;)

budak2 mmg gitu kan, kalau makin dilarang, makin itu la yg nak dibuatnya.

8:20 AM  

Post a Comment

<< Home