Petang kelmarin, lepas masak untuk dinner, kv tolong MIL jaga kedai sbb hang nadim dok sebok ajak MIL naik motor gi tgk mesin ketam padi. La ni kat tempat kv dah tiba musim menuai.
Hubby pulak, biasa la nelayan sungai, memancing je kerja dia. Dah mmg hobi cam tu. Kv la dok kat rumah sambil main games bubble shooter dlm hand fon. Mcm bebudak lak rasanya. Tp mmg ketagih lah. Selalu kv ngan hubby akan berebut telefon kv sbb keypads telefon kv mudah nak tekan. Keypad telefon hubby susah sket.Ngeh ngeh jer.
Gambar kat bawah tu, hasil tangkapan hubby petang kelmarin. Ikan puyu dan ikan kepal. Masih idup lagi. Ikan jenis ni sukar mati. Nyawa dia liat sikit. So, hubby kurung dlm besen dulu. Ptg nanti baru siang kan. Bakar tawar dan boleh dicicah dgn budu. Manis rasa isinya.
LAGU CINTA
Pagi kelmarin kv dengar radio Era masa on d way nak gi keje. Ala, lepas segmen gitu gitu era si apek tu kan ada lak segmen KnK. Topik pagi nya ttg lagu cinta. Maknanya masa kita bercinta, ada lagu tema.
Kikikiiki...kv teringat pulak masa zaman muda remaja dulu. Semua org tentu ada lagu cinta memasing. Macam kak lady la kan, lagu hitam manis tu. ;)
Masa skolah rendah, lagu cinta kv (dah pandai mengorat ni) lagu ekamatra. Pusara di lebuhraya. Bukan pakwe kv mati. Tapi kan bebudak masa tu mana la tau menilai lirik lagu. Zaman tu lagu ekamatra tgh top. So, kenkawan selalu nyanyi kan lagu tu utk kami. Bila terdengar lagu tu la ni, teringat la zaman comot2 dulu tu.
Zaman secondry school dulu, masa form one ramai yg nak kenen2. Bukan kv lawa pun. Biasa aje. Tp masa tu kan perasan dah jadi remaja. Pakat2 nak tunjuk hebat lah. Lagu Antara Gadis oleh Dinamik. Ada sorang budak ni yg hitam manis (macam hattan rupa dia), katanya dia minat sgt kat kv. So, selalu utus surat dan nyanyi lagu tu kat kv. Hiks....
Tp kv tak layan dia sbb memilih yg hensem. Kv bercinta ngan budak lain. Masalahnya, hati kv masih ingat kat dia. Kekekekekekek. Jadi kv putus ngan pakwe hensem tu, bercinta ngan dia pulak. Kami pernah date sekali jer. Kv buat sekatan. lama2 dia boring. Dia tukar skolah. Pas tu dia call kv minta putus. Kv ok aje sbb kv dah ada pakwe lain masa tuh.heheheheh. Kv curang you...Ngan pakwe baru takde lagu cinta. Kelas sebelah aje. Selalu dating kat skolah jek.
Naik form six ( 2 bulan aje sbb dpt masuk u) kv bercinta ngan budak upper six. Dia ni mat altenatif. So lagu pun altenatif la. Ada ke tuju lagu sad but true by metallica kat kv. layan aje lah.
Masuk u kv breakdown ngan dia. Putus hubungan sbb jarak yg jauh. Masa ni kv tak bercinta sbb konsentret belajar takut kena reject. Dah nak habis tu, kv baik ngan coursemate kv. Lagu tema Lemon Tree. Kelakar habis sbb dia jenis lucu. Tp kv tak serius ngan dia, so putus cam tu aje lah. Kv baik ngan sorang budak lagi, lagu tema How Do I live by sapa eh?. Lupa lah. Mmg jiwang habis lagu tu. Dulu kv siap hafal lirik. La ni dah tak berapa ingat dah.
Masa kat u ni si Hattan celup tu, cari kv semula. Gila talak ke apa. Tp kv jual mahal, malas nak layan sbb kv pun dah ada boifren lain. Dia selalu tuju lagu Teja ~ Kau yg tak mengerti. Kv selalu dengar lagu ni berkumandang di radio era akhir2 ni. Mmg kenangan mengusik jiwa la. Antara bait2 lirik yg kv ingat la
Kekasih engkau yg satu, sumber ilham ku, waktu dahulu,
Dirimu amat ku perlu untuk mengisi kamar hati ku,
blablablabla
pas tu sambung.....
Kau yg tak mengerti, membuat ku cari2 jalan manakah ku pun tak pasti,
Dirimu tetap ku nanti andai kau kembali......
Heheheheehehe..bila diingatkan kelakar la pulak. La ni kv dpt tau yg dia masih lagi tak kawin2. Tak tau la dia tunggu puteri kayangan mana. Kerja gomen kat kl. Mmg tak de jodoh antara kami la tu, kan?
Ngan hubby pulak, takde lagu tema masa bercinta. Sbb hubby ni jenis tak romantik mana. Selalu dating kat pantai. Minum ayaq nyoq. Masa tu lagu dayang nurfaizah tgh tip top. La ni bila terdengar lagu dayang, teringat la dok dating ngan hubby dulu2 tu.
Heheheheh..mmg sentimental value.
--------------------oOo--------------------
15 Comments:
ikan kepal? nmpk mcm ikan puyu saja semuanya. :) mcm mana rupa ikan kepal?
mmg ikan ni susah mati. kalo nak bagi cepat mati masa siang, buang insang n ada satu kelenjar kat insang tu. cpt sket dia mati. :)
tok penah siang ikan ni, kepala dan takde, sirip ekor sisik semua dah buang. sekali melompat menggelupur lagi. aduss... nasib baik tak luka tgn. aa... berhati2, tutup insang dia berduri sgt tajam. hehe...
dato seri,
ikan kepal tu yg jenis bulat sikit (dlm gambar tu dia plg besar). Ika puyu jenis memanjang sikit.
Kv tak pernah siang sendiri ikan2 tu. Selalunya hubby yg buat sebab dia terrer sket. Mmg kena beringat sbb nanti luka tgn kena kepak dia tuh.
Sedapnye ikan puyu itew kalau dibuat pekasam... goreng letak bawang ngan cili, perah asam limau.. perghhh sodapnye
ikan darat meme best ek? tapi tengok jenis ike jugok lah...hehehehe
lagu cinta? k.we bercinta nga sore jah...tu dok Manila lo nih tu..hahahahah...lagu favorite maso tuh lagu Hasnol - Laguku Untukmu....syahduuuuu
Kalu tok silap k.we, kalu budok sakit gigi, ambik bungo cengkih tu, tumbuk ko, giling ko, tepek kat gigi dio hok sakit...meme raso senga sikit tapi insyaAllah, kure sikit sakit dio....
angah,
kalau pekasan kv suka buat ngan ikan putih cam talapia ke, pipi merah ke. Best kan makan ngan nasi panas.
kak we,
la ni hangat semula la lagu hasnol tu kan? Rindu kat org jauuuh.
Tang sakit gigi tu, kv pun refer gak kat doc gigi. Dia pun soh letak bunga cengkih. Tp hang nadim tu, mmg susah skt. Semua tak mau. Kalau makan ubat demam or vitamin ok pulak. Tak yah paksa2.
Ikan kepal kak lady tak kenal...yang belang2 tu ke? Kalau Ikan puyu tu memang favorite kak lady...buat sambal...best...
Dulu bapak selalu menjala...memang banyak dpt ikan darat...antaranya ikan keli, haruan, betuk (puyu), betutu, ikan timah...mcm kata dato'seri tu...ikan puyu paling panjang nyawa ...dah dibuang segala perut pun masih hidup lagi...kitorang kalau siang guna abu dapur (dulu pakai dapur kayu)...bila kene abu tu tak lah licin lagi...
Amboi kv...banyaknya lagu cinta...ramai peminat...hehehe...nostalgia gitu...
ikan kepal? tak penah tau ikan nama ni wujud!...nostalgia!nostalgia!!
ikan kepal? tak penah tau ikan nama ni wujud!...nostalgia!nostalgia!!
Seperti biasa lah...tugasku menceroboh rumah2 org semasa ada kelapangan nie.
Malangnya daku ni keturunan diraja maka tak makan ikan darat..he..he..he..
Oh...anda nie few years younger than me...no wonder lagu2 yg disenaraikan agak ku kenali bebenor cuma takde ler nilai2 JIWANGZ nya..he..he..he...
Kak lady,
hubby kv pun selalu guna abu sebelum nak siang ikan puyu. Mudah nak pegang sbb tal licin.
Bukannya ramai peminat pun, tp entah lah, suka2 zaman remaja dulu. La ni kalau jumpa balik ngan X mesti pakat2 nak tergelak.
MR,
wahhh sampai 2 kali komen ni. Hikss. Sebelum kawin ngan hubby kv pun tak tau wujud ikan kepal ni. Entah la, org negeri lain panggil apa kv pun tak tau. Rasa dia berbeza sikit ngan ikan puyu.
Nostalgia...nostalgia...
nbk466,
emm...kalau dah berdarah raja tu, byk benda yg tak boleh dimakan. Pantang larang, eh. Lalu bawah pokok buluh pun dah miang satu badan. Apatah lagi nak makan rebung. Ini kan pulak ikan darat. Takpe lah..
KV:masa saya pregnant anak sulung, suami tiba2 minat memancing,sampai sanggup beli alat pancing..masa tu duduk melaka..suka lak dia bawak kita sekali p memancing, yelah kat rmh kang kot2 nak terberanak sapa nak antor ke spital?penah 12 mlm saya ikut dia p memancing, masa tu mmg perut dah besor. kami p sampai ke muar memancing.
bab cinta2 ni, mmg tak de merasa cinta banyak kali, sbb ngan cik abe jer.hehe..tak dan la nak rasa frust menonggeng bercinta ke apa ke..:)
Takde lah kv.....darah raja konon.. Raja Lingam mungkin ler... tapi mmg saya tak buleh nak makan ikan darat...tak minat.
syikin,
masa peknen mmg kv ikut sgt petua org tua. Hubby mmg tak mancing masa tu. Bukan tak percaya dgn qada' qadar Allah, tp pantang larang org dulu2, kan.
Kv pun bukannya bercintan cintun sampai frust tertonggeng. Sbb kv cinta main2. Ngan hubby jer baru betui2 serius.
nbk466,
alaa...kv pun tau la. Mak dan kakak kv pun mmg tak makan ikan darat. Kembang pipi katanya. Mungkin sbb hanyir sikit, kot.
alamak kv..ada ke pantang larang org peknen tak leh memancing? tak penah dengor..blh tau tak apa dia?
syikin,
kv pun tak tau sgt. Tp org tua ckp, sbb ikan yg kita kail tu, akan luka mulut dia jena mata kail. Nanti anak dlm kandungan pun akan jd macam tu jugak. Percayaan karut. Semuanya kehendak Allah.Tp mmg masa pregnant kv ikut jugak. Kita selalu risau ngan kandungan kita, kan?
Post a Comment
<< Home