kasutVINCCI

3.12.2006

RINGKASAN SEXTIVITI

pagi ni kv & hubby lambat masuk ofis. kami ke kota bharu dulu sbb hubby ada urusan kat pejabat pusaka. Kita org breakfast kat pasar lama MPKB. Makan roti canai telur. Lama dah tak makan kat situ. Teringat zaman2 dulu. Selalu beli atau makan kat situ. Makanan masih lagi murah dan rasanya boleh la di telan. Siap urusan kat pejabat pusaka, kita org gi alligment (betui ke eja)kereta dulu. Ni kes musim tengkujuh ari tu la, jalan berlubang, rim kereta pun berlubang. Pas tu masuk ofis dan kv terus berbloging. Hehehehheee.

Ok la, kv nak crita aktiviti kv dua tiga hari ni lah. Layannnn.....

JUMAAT.
Kat rumah mak kv. Tengahari kv suruh mak kv masak kerutup pelempung (paru2 lembu). Bestnya makan dgn nasi panas. Bertambah tambah. termasuk berat badan kv la tu. :)

Petang balik rumah MIL. Ingatkan malam nak gi funfair. Nak bawa hang nadim gi berhibur (hehehehe). Tapi, sbb dia tak tidur siang, on the way balik rumah MIL tu dia tertidur dlm kete. Bila sampai rumah, dia tersedar. Lepas dia meragam tak ingat dunia. Paksa dia mandi, dan akhirnya dia tertidur semula sampai pagi. Kansel la nak gi funfair. Tgk la malam bila kalau ada lapang.

SABTU.
Gotong royong ngan hubby basuh kapet. Aduhh...nasib baik hubby tolong. Kalau tak memang tak larat la kv nak buat sensorang. Pas tu hubby ajak gi kebun yg kat belakang rumah tu. MIL minta hubby mesin semak samun tuh. Tapi hubby kata, semak samun tu lebat sgt, tak boleh dimesin dah. Kena racun dulu. So, membonceng la kita org naik motor honda cup 50 sen (samah). Heheheh. Kalau org kelatan sure dia tau mcm mana rupa motor tu. Nak jalan kaki tak larat la kv.

Balik rumah, jemur karpet. Hubby ajak gi pasar nak beli lauk utk malam dan tgh hari esok. Naik motor ikut jalan kampung. Tapi, panas terik ya amat. Kv rasa cam nak pengsan dah. Nyesal tak naik kereta. Nasib baik byk pokok2, so teduh la sikit.

Balik dari pasar kita org gi kait kelapa muda yg kat depan rumah tu. Selalunya kalau lepas meracun, hubby akan minum air kelapa untuk tawarkan racun. Mana la tau kalau2 tersedut masa meracun tu kan. Best la jugak airnya. Hilang dahaga.

Tgh hari, hubby dan hang nadim tidur. Kv tgk drama Sutun 2. Selalu baca blog ponen. Dia org yg war2kan cerita ni. Best la jugak. At least kita tau camana perasaan golongan istimewa ni.

Lepas asar, dah takde kerja. Kita org outing ke kb mall. Hang nadim pulak meragam nakkan aiskrim. Dah beli sundae mc d. Tp still tak puas hati. Ingat nak makan kat food court. Tp, hang nadim ni kalau meragam, mmg tak makan pujuk. Kita org decide kluar dr kb mall. Gi mydin nak beli barang kedai MIL. Keluar tu, dah azan maghrib. Solat kat masjid kat pasar siti khadijah tu. Sempat pusing2 pasar malam kat situ.

Sudah solat, gi beli makanan kat pasar malam buluh kubu. Dulu pasar malam ni kat padang bas. La ni dah pindah ke bekalang flat buluh kubu sbb padang bas tu nak dibangunkan projek. Kelantan City Center ke apa benda ntah.

Sapai rumah dah 9+. Solat isya' dan tgk anugerah sri angkasa. Boringnya. Tgk mawi dan m nasir, tak best mcm anugerah bintang popular ari tu (peminat mawi jgn marahhhh;)). Tapi, terkedu tgk amy dan awie. Terubat rindu. Walaupun suaranya terkontrol skt (pendapat kv yg tak tau muzik la ni) still the best. Ingat jaman remaja dulu. Kv ada 2 org abg yg mmg mat rock la. Hari2 pasang kaset search, wing, may, lefthanded, u thopia, riyadh dan sewaktu degnnya. Kv pun macam dah terhafal lirik2 lagu2 tu. Rocknya dia org, sampaikan kv kena bantu dia org tiap kali nak pakai jeans sbb ketat sgt. Siap pakai plastik barang kat kaki. Nak kasi licin, mudah nak sarung sluar. Time nak buang pulak, kv yg jadi tukang tarik. Seluar tercabut, kv terlentang ke belakang. Memang nostalgia yg tak dpt dilupakan. Salah sorang abg kv dah arwah. Itu antara kenangan manis kv ngan dia.

Ok lah, atas permintaan kak nik, sini kv letakkan gambar si rongak hang nadim. Ingat nak publish gambar terbaru. Tp kamera tertinggal kat rumah. So, kv ambik yg dah ada dlm komputer je lah. Layannn...

Ni hang nadim masa kat kebun bekalang rumah. Sibuk pakai google (betui ke eja) abah dia. Spek tu, utk keselamatan mata time mesin semak samun. Takut ranting kena kat mata.


Ni lagi satu aksi hang nadim kat kebun.


Nampak tak gigi dia yg rongak tu. La ni dah tinggal tunggul je sebelah kanan tu. Yg peliknya, sebelah kiri dan gigi bawah tu, masih elok. Dia rongak sebelah.


Senyuman hang nadim untuk kimi (anak kak nik) hik..hik...hikk. Dgn pertanyaan," tak nak main hambat itik?Jom!!"


Ni pulak, sebok nak pakai helmet kalau nak naik motor. Acah jer, helmet tu mana la tertanggung dgn leher dia yg kecik tu.

Ok, itu aje cerita hari ni. lain hari kita cerita lagi. daa.

Bayen.

--------------------oOo--------------------

8 Comments:

Blogger Kaklong Syikin said...

kv..saya penah duduk nilam puri,kelantan 2 thn..bila kv citer ronda2 bandar KB..rindunya saya..antara tak leh lupa, setiap pg jumaat ada pasar tani kat wakaf che 'yeh..best naik keta sewa samah soghe..eh, pasar malam kat tgh2 bandar kb tu ada lagi tak?kalau tak salah saya kat ngan stesen teksi tuh..tak tau bila lagi blh ke sana.

2:14 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

syikin,
yg kv crita pasar malam padang bas tu lah pasar malam kat tgh2 bandar kb. La ni dah pindah ke belakang flat buluh kubu. Kalau perasan shopping complex Pantai Timur, belakang tu lah. Pasar malam wakaf che yeh tu pulak, tak kira malam apa, memang meriah sokmo. Jom jale jale ke kelate.

9:03 AM  
Blogger ibuVouge said...

kv
lusa balik kte..
nak mkn nasi dagang dan daging bakar.
comei hang nadim..

10:42 AM  
Blogger WRA said...

mula2 tengok hang nadim tu napok mace anok sedaro k.we....rambut nga mato (ala2 Jepun gitu hehehehe) ado meh-meh doh...
favourite k.we tuh pelepung tuh...kalu ado lauk pelepung, dok make hok tu sajo heheheh

12:26 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

iv,
kalau ada kesempatan, nanti boleh jumpa.Insyaallah..Welcome to kelantan in peace.

kak we,
kalau org tgk rupa hang nadim, buat bandingan muka mama dan abah dia mmg takdok 'meh' lansung. Tak tau la bakpo jadi gitu. hehehe

Emmm...kerutup pelepung tu,mmg kv suka sgt kalau mak atau kakak kv yg masak. Mmg the best in the world la (bagi kv la tu). Kalau kat rumah MIL, kv suka goreng garing cicah colek ajer.

1:42 PM  
Blogger Nik Ha said...

10Q KV sbb sudi melayan permintaan k.nik..he..he..ensem weh hang nadim nih. japanese look gitu ;) Agaknya KV suka tgk takeshi kaneshero tak masa peknen tu..he..he.. (pelakon jepun ko takeshi tu ek? k. nik pun tok tau..he..he..rajin tgk dlm gezet cerita dlm tv jah)

Kerutup pelepung? Jrg mkn tu. Kalu nyicoh pelepung besola time ghayo. Sedap gok mkn dgn nasik panah. Eh, berair mulut2 segho..he..he..

1:25 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

kak nik,
berair mulut?Ke nak dpt adik baru?

1:58 PM  
Blogger Nik Ha said...

Eh, dok lg..he..he..kv lah dulu! hang nadim 3thn doh tu ;) Tp kak nik cdg2 gok nok peknen bila hakimi dah gnp 2 thn, tak taulah rezeki cpt ke dok tu...he..he..

11:23 AM  

Post a Comment

<< Home