kasutVINCCI

2.27.2006

MAKANAN KELANTAN.

Hmmm..kali ni kv nak cerita pasal makanan kelantan. Nak kasi akak2 kat kl tu (asal klate laa) telan ayaq liur. Hehehehehe.

Makanan klate ni ada bunyinya pelik, rupanya pun pelik. Kv pun bukannya tau sgt. Tapi kv cerita yg mana kv tau lah. Sebenarnya dpt idea ni bila baca komen kak sya pasal makanan tu.

LEMBU/KAMBING/BIRI2 (sewaktu dgn nya)
Dalam sekor lembu tu, yg tak boleh dimakan hanya belulang(kulit), kasut (kat kaki lembu tu) biji mata(teringat fear factor)gigi, dan najis (yeark!!!).

Yg lain semuanya boleh makan. Sampai ke telinga, hidung (buat air asam), otak (kerutup), perut (paling best perut muda- buat air asam jugak), daging kalau goreng campur sekali dgn lemak keras tu dan makan panas2. Syok. Terangkat. Kaki dan tulang boleh dibuat sup. Hati, limpa, paru2 best kalau kerutup atau buat air asam. Kecur air liur. Kat sini ada yg jual daging RM 15/kilo. Tp kv masih boleh dpt yg 14/kilo.

Teringat pulak kat kawan kv (bukan org kelantan). Masa belajar dulu slalu ikut kv balik kampung. Syok jer dia org makan, habis berpinggan nasi. Lepas tu baru tau yg dia org makan tu hidung dan telinga. Hah, nak muntah kawan.

BURUNG
Sebab kelantan masih lagi hijau (bukan parti politik tau). Banyak lagi hutan2. Jadi, kv selalu boleh makan burung. Abg kv selalu masuk hutan. Tahan getah musim panas sbb burung2 suka mandi kat sungai . Burung tu kecik jek sampai tak larat nak buang bulu. Tp bila dan masak kerutup, bertambah nasi. Boleh jugak dimasak dgn jantung pisang atau kacang. Org klate panggil sambal.

Abg kv jugak slalu tangkap burung guna teknik memikat. Maksudnya, ada sekor burung peliharaan yg dibuat denak. Burung betina ni akan buat bunyi bunyian utk memikat burung2 bersembunyi tu, Burung tu akan dtg dan masuk perangkap. Yg guna senapang patah tu biasa lah.

Selalu, kalau meronda petang2 ngan hubby, hubby akan tunjukkan kv bermacam jenis burung. Kv angguk jer padahal tak tau pun burung apa kalau tgk sekali lagi. Heheheheh.

HIDUPAN AIR TAWAR
Dulu, masa kecik2 arwah ayah kv tanam padi. Selalunya, dia akan bawa balik bermacam jenis ikan. Macam2 cara yg dia guna. Serkap lah, bubu lah. Dah mmg hobi dia. Dah besar tu, kurang skt sbb kv byk aktiviti kat skolah, pastu dok asrama, dah kerja pulak dok menyewa.

Bila kawin, suami kv pun org kampung jugak. Dan hobi dia pun suka tangkap ikan air tawar ni. Nelayan sungai la tu. Hehehehe. Kat depan rumah MIL ada tali air KADA. Pjg dan luas. Selalunya hubby tahan pukat. Kv ngan hang nadim tunggu kat tebing. Selalu dpt ikan baung, merah pipi, selat, puyu, sepat kedah, haruan, keli dan mcm2 yg kv tak kenal. Bila dpt tu, hubby tolong siang kan. Kv goreng garing dan makan panas2. Ada juga hubby mengail ikan puyu. Kalau dpt yg besar dan gemuk, kv akan panggang tanpa buang sisik. Lepas angkat tu, makan panas2 cicah ngan sos bilis (budu la tu). Isinya manis sekali. Hmmm....bestnya.

Kat tali air tu jugak, ada etak. Org luar panggil apa kv pun tak tau. Selalunya org kampung suka cari etak ni bila KADA keringkan air 3/4 parasnya. Banyak dan besar2. Ada sekali tu, kv teringin nak ikut hubby cari etak. Dah penuh satu besen, kv rasa gatal2 kat bahu. Tapi suruh hubby tgk, dia kata takde apa2. Masih lg gatal. Bila kv selak tekak baju, ada lintah kerbau. Tubuh dia besar, panjang, kuning dan berkerutuk. Kv berteriak sampai tak hengat dunia. Sampaikan hubby pun jadi panik. Cik yg tgh bercucuk tanam kat tebing tu pun terkejut. Geli nya ya Allah. Pas tu mmg kv dah serik .Pacat pun tak kuasa, apa lagi lintah.Heeeee. hang nadim pun dah takut kat pacat sbb kv selalu larang dia, nanti pacat gigit. Padahal dia tak kenal pun pacat tu mcm mana.

Ada jugak musim org mengail udang galah. Kv ngan hubby pun join sama. Hubby slalu cakap yg udang galah liar mmg best. Isi dia pejal dan manis. Tp time mengail tu, sibuk ngan hang nadim. Bukan nak dok diam pun. Bimbang takut jatuh dlm tali air tu. Tgh2 gaduh ngan hang nadim, kv perasan yg batang kail kv bergerak, bila angkat tu, wow!!!! udang galah. Heheheheheh. Tak sangka kv mengail dpt udang galah. Hubyy? Tak dpt2 pun. Riak tu.

Kat ofis kv ada sorang ejen yg pasarkan hidupan air tawar ni. Bukan selalu la. Tp ikut musim. Kv selalu beli udang galah ngan dia. Kalau besar tu, sebesar lengan kv ni. Bayangkanlah besar mana. Yg biasa tu, besar lengan hang nadim sajer. Still besar, kan? Harga? Memang murah. RM 20/kilo. Tp hanya kroni yg dpt beli. Sbb benda tu tak byk.

BUAH BUAHAN KAMPUNG
Sbb kv memang membesar kat kampung, mcm2 buah yg dpt kv makan. Paling kv suka; buah katak puru. Tak cicah cuka pun, makan mcm tu aje. Ada buah duri sakar. Rasa dia masam2 mcm buah butir gucil (pil chi kit teck aun - rupa dia bulat kecik mcm tu lah). Buah serai kayu. Masa putik, kaler hijau. Bila masak, merah kehitaman. Rasa dia kelat2 masam. Gaul ngan cuka mmg best. Buah jambu batu yg banyak biji tu. Bukan jambu batu yg jual kat pasar tu. Ni jambu kampung. Biji dia ada yg kaler putih, ada yg kaler merah(pink). Kalau tak makan cam tu, kv suka tumbuk dan gaul ngan cuka. Kecur ayaq liuq nihhh. Hantu asam betul kv ni,kan? Buah sagu pun kv pernah makan. rasa dia kelat. Lepas makan tu, mulut rasa pelik. Minum air pun tak hilang. Banyak lg, buah keriak, buah rotan, dan mcm2 lah. Apa lagi ek. kv pun dah lupa.

ULAM ULAMAN.
Sbb kv suka budu (maaf pd yg tak suka), kalau tgk ada ulam, mmg kv berselera makan nasik. Pucuk gajus, pucuk putat, pegaga, terung celur/bakar, pucuk ubi, bayam peraksi, keladi bunting (selalu mak kv buat kerabu), keladi kemahang (lama dah tak jumpa, boleh jugak disinggang).Bunga kunyit pun sedap.

UBI
Kalau nak cerita pasal ubi mmg byk lah. sbb mak kv dan atuk hubby suka tanam ubi. Ubi kayu, keledek, keladi, badak, itik dan mcm2. Rebus aje, taruk garam skt. Bestnya. Ubi kayu sedap kalau cicah kelapa muda campur gula skt.

Banyak lagi sebenarnya makanan kelantan. Ada yg pelik, ada yg biasa. Janji, korang berselera ke tak. Itu aje. kalau nak cerita kat sini, nanti korang boring pulak sbb panjang sgt. Tu belum masuk bab belut ke apa. Tp kv sendiri pun tak makan. Bukan tak boleh, tp malas lah nak makan belut. kalau pegi pasar, part org jual ikan air tawar, boleh tgk la belut2 tu berlingkar lingkar dlm besen macam ular.

Nanti la kalau ada masa dan idea tambahan, kv cerita lagi. So, mai la jalan2 kat kelantan. Macam macam ada. Boleh tambahkan berat badan macam kv. Muakakakaaka.

bayen.

--------------------oOo--------------------

8 Comments:

Blogger Nik Ha said...

Oh tidaaaaaak KV! Kau membuatku melompat2 nak balik duk kelate lo ni jgk...waaaa! Eh, kalu balik kelate buleh gi jale umah KV dok? byk sumber mknn tu, akak suka..muahhahaha

12:53 PM  
Blogger Mummy Rizq said...

it's a llloooonnnnnggggggg time since MB menjejakkan kaki ke kelantan!

2:49 PM  
Blogger NONIE AZIZ said...

pasal2 buah-buahan tu MR langsung tak dapat nak membayangkan buah tu macamana...nanti kalau rajin amik gambo...tunjuk kat member blog...

5:05 PM  
Blogger WRA said...

buah katak puru tu meme k.we suko sebab kat kebuh ado pokok dio...make ccolek nnise nyum,nyum...

tu belum sebut kueh lagi tuh dok? lepah tu jenih2 nasik lagi...lapar weh ssero...hehehhe

6:17 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

NZNM,
Heheheehhe. Kesian kak nik. Tp mmg sengaja nak suruh kak nik terliur pun.;). Nanti kalau musim buah, kedatangan kawan2 dialukan. Kita gi kat kebun eh. Boleh makan yg fresh.

MB,
mai la jalan2 kat sini. Boleh tgk makanan pelik2.

MR,
terfikir jugak nak taruk gambar. Tapi kv masih tak reti, padahal kak we dah ajar. nanti kv cuba dulu. Kalau jadi, boleh member blog tgk.

Kak we,
rumah hubby takdok pokok katak puru tu. Tp rmh makcik dia ada 3 pokok. Dia org tak makan. Selalunya kv la dok gi 'pau'.;)

8:59 AM  
Blogger ibuVouge said...

KV
ni org kelantan celup..org ps panggilkatak puru tu buah nam nam..MR mesti tau..sbb nama lain tu yg dia tatau tu
best kat ikan air tawar tu.
KV nt march IV balik sana..jom jumpa nak..

12:36 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

IV, kelantan celup tu kat mana? Set bebaik, nanti kita boleh jumpa. Kalau kv tak cuti pun, boleh mai ofis. Takde hal nyer.

3:00 PM  
Blogger Ahmad Al - Bachoki said...

salam...ambo nk tnyo sket..
tajuk gapo lagu dikir tu..

8:05 PM  

Post a Comment

<< Home