kasutVINCCI

2.14.2006

ZOMBIE

Hari ni kv bawak watak zombie kat ofis. Terhuyung hayang. Mengantuknya usahlah dikira. Lepas tu pulak, perut rasa sebu. Kembung. Rasa nak muntah. KV sampai kat rumah kakak jam 3.30 pagi tadi. Bertolak dari subang jaya jam 8.00 malam. Kv langsung tak tidur sbb memang tak selesa nak tidur dlm kereta. Bila sandar kepala rasa pening nak muntah. Dah la hujan lebat. Rasa takut jugak nak lelap mata. Sampai tu, kv sms hubby. Cakap kat dia, nak dtg kerja pagi tadi dtg ambik kv kat rumah kakak dan bawak skali baju kerja. Jam 7.30 tadi dia dah tercongok depan rumah. Heheheheh. Rindunya kat hubby. Kat hang nadim lagi la rindu. Belum sempat pun jumpa dia, terus masuk ofis.

Ok lah, kv nak cerita pasal aktiviti kv 2-3 hari ni lah.

Sabtu
Jam 7.30 pg kakak kv call cakap nak bertolak awal sikit. Kv tak packing barang pun lagih. Kelam kabut jadinya. Jam 8.00 pagi kv turun dari rumah. Hubby tolong hantar ke rumah mak kv. Hang nadim pun ikut skali. Risau jugak kalau dia tak nak ikut hubby balik lepas tu.

Pukul 11.00 baru dpt bertolak. Sampai kat sungai mas (lepas uitm) kakak kv nak beli pisang. Abg kv sorang lagi tu, tunggu kat bahu jln. Tetiba kv dgr bunyi dentuman. Tgk2 dah melayang pem bonceng motosikal. Masyaallah. Nasib baik kedua2 nya takde apa2.Mungkin jatuh dlm rumput kot. Tu yg ok tuh. Nak settle benda tu kat balai polis dlm 2 jam jugak. Kete abg kv kena hantar bengkel. Tukar dgn kete abg kv yg sorang lagih. Pukul 1.30 baru boleh bertolak.

Berhenti makan kat RR gua musang. Solat jamak sekali. Tak sangka pulak jumpa ngan kawan kv. Geng six stodgers masa utm dulu. Hehehehhh..kurusnya. Nampaknya hanya kv sorang yg gerga. Dia baru dpt kpli. So, resign 24 jam lah.

Jam 9.00 mlm baru sampai rumah anak buah kv kat usj. Hah..lega rasanya. Lepas mandi, makan dan terus buat sirih junjung. Esoknya baru nak gi beli bunga segar.

AHAD
Paginya kita org kluar ke subang parade nak beli bunga. Mak oiii...mentang2 la nak valentine's. Satu kuntum ros RM 10.00. Tak kuasa kv. Decide nak gi beli kat kedai apek je la. Dlm pd tu sempat lg survey perfume. Heheheeh..tak pasal2 kv jd wangi dgn percuma. Yg lain ada la shopping sesikit tuh.

Balik beli bunga tu, abg kv nak pekena air cendol. So, kv ngan anak buah balik dulu. Karang tak sempat siap sirih junjung pulak. Pukul 2.45 baru kita org kluar dari rumah. Rasanya dlm 30 minit dah sampai kat Taman Dengkil apa ntah. Kv lupa pulak. Majlis berjalan lancar. Cuma kv nak tergelak pd bhg permulaan tuh. Masing2 takut nak start. Lepas tu, semua ok.

Siap majlis, balik rmh anak buah kat usj.Kv ngan anak buah gi antar anak buah kv sorang lg tu kat poly shah alam. Balik tu, depa semua dah pegi vista angkasa. Rumah anak buah kv sorang lg. Janji nak jumpa kat sogo. Sempat la beli wallet utk hubby (tak bagi lagi ni). Beli jeans ngan t shirt utk hang nadim. Last skali beli perfume MNG. Dah la less 50%, dpt hand bag lagi. Yahooooo

Blk makan malam kat rmh makcik kv di SS18. Penatnya tubuh. Tak sabar nak mandi dan tidoooo.

ISNIN
Pagi nya anak buah kv masak gulai ikan tongkol. Buat nasi berlauk jer. Nak tergelaknya, kv ngan anak buah gi beli santan naik keta. Lepas dpt santan tu, kete tu mati enjin. Puas start, tp tak hidup. Call anak buah kv yg bertunang tu suruh dtg bawa motor. Hehehhehe..kita org blk naik motor. Dia pulak yg jalan kaki. Rerupanya minyak kering. Habis tu, jarum penunjuk minyak tu full tak kira masa. Teruk betul. Petang baru gi ambik kete. Nasib baik sempat park leklok.

Lepas tu gi carrefour. Masing2 cari buah tangan nak bawak blk. Pukul 4.00 baru lunch. Laparrrr.. Pukul 6.00 pakat gi rmh makcik kat ss 18 tu. Borak punya borak, sempat solat maghrib dulu. Pukul 8.00 baru bertolak.

Syukur semuanya selamat.

SELASA
Masih lagi bawa watak zombie. Mengantuk jgn cerita. Tp kv perlu selesaikan kerja yg menimbun kat meja dulu. Lepas tu ada mesyuarat kakitangan. Sempena bebudak PLKN nak mai minggu depan, pejabat kv nak buat syura. Ada la dlm 5 kawah. Dah terbayang betapa penatnya. Aduhaiiiii.

Dah tak sabar nak balik jumpa hang nadim. Kesian dia tertanya tanya mana mama dia pergi. Masa kat sogo ari tu hubby mms kv. Hang nadim tgh berdikir barat (Memang dia minat gilerr kat dikir barat). Dah la tak berbaju (rmh kita org mmg panas). Buat muka malu2 pulak. Rindunyaaaa.

--------------------oOo--------------------

3 Comments:

Blogger Mummy Rizq said...

ooo..datang KL yer. Sempat shopping lagi tu. Apa citer Pantai Timur banjir? Ada effect tak?

12:17 PM  
Blogger WRA said...

itu la...kawasan ajat ada kena banjir dok?

2:02 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

marlinabaharom,
Masa nak dtg kl tu, hujan memang lebat gilerr. Nak bawa kete pun rasa takut. Bila kat kl, baca paper, tgk2 klate dah banjir. Dah balik tu, air makin surut. Semuanya ansur pulih.

Kak pb,
kv sempat jugak gi puchong. Tgk rumah makcik yg baru dia beli. Taman Puchong apa ntah. Lupa pulak.Nanti kv email akak contact no kv, ok.

Kak we,
tempat ajat duduk tu kawasan kering kontang. Tpt org lain hujan bagai nak rak, rumah ajat hanya ada angin sajorrr.Heheheheee

8:57 AM  

Post a Comment

<< Home