kasutVINCCI

2.06.2006

GEMURUH

Aduhai....lagi tak sampai 2 minggu kv dan hubby nak kena mengadap pegawai - pegawai panel penasihat tuh. Macam lah kv ngan hubby lakukan jenyah. Tapi kv fahamlah, dah prosedur dia org kena buat cam tu. Kv kena la tempuhi jugak.

Kalau masa senggang kv asyik dok teringat pasal ni jer. Tiba - tiba tubuh rasa melayang gitu. kv ni darah gemuruh kerr?? Ye la kot. Walau pun kv rasa kv tak salah, tp kv asyik dok pikir apa soalan yg depa nak tanya masa siasatan nanti. Kv ada jugak risik2. Tanya jugak kalau2 ada soalan bocor. Hehehehehe. Sempat lagi tu! Yg kv dpt tau, dio org just nak bertanya betul ke idak cerita tu. Lepas tu depa akan tanya my boss pulak macamana prestasi kita org. Aduhai boss....tolong lah kami. :)

Entah lah, lambat rasanya masa berlalu. Tak sabar dah kv nak melepasi saat ini. Hubby kata mula2 rasa tak selesa. Lepas tu, bila pikir org lain kena lagi teruk. Tapi tak de tindakan apa2 pun. Lebih2 depa bagi nasihat lah. Hmm... cakap memang la senang. Tapi kita yg nak menghadapinya. Letih lah. My boss nasihat supaya releks. Org HQ pun macam tu jugak. Dia kata, may be laporan siasatan dari HQ lewat kot. Tu yg pegawai atasan ambil tindakan sendiri. Nanti kalau depa dah terima laporan penuh, masa siasatan just pergi mengiakan je lah. Tapi, kv still gemuruh. Ni masa depan kv. Maruah kv pun tercalar. Jahat nya manusia nih.

Kv pun terpikir. Kv ni, kalau ada rasa tak puas hati ngan org, dan kalau kv dah tak boleh go on ngan dia, tak payah layan lah. Takde la sampai nak memporak perandakan org. Tuduhannya pulak, tak masuk dek akal. tu yg kv bengang sgt tuh.

Hmmmm...lambatnya masa berlalu. Tak sabar nak melepasinya. Lepas tu, kv nak hidup bahgia aman dan damai with my family. Malas dah nak ambil tau pasal org. Biar lah kv jd katak bawah tempurung. Biarlah kv jadi manusia yg tak prihatin. Kv dah serik. Biar kv hidup dgn org2 yg kv percaya saje.

Hmmm...lambatnya masa berlalu.

###############################

PERTUNANGAN


Ok lah. Kita tamatkan cerita masalah kv tu. Nanti besok2 mungkin kv boleh lupakan. Ni, kv nak cerita pasal anak buah kv ni. Lelaki. Pada pandangan mata kv lah, org nya hensemla jugak. Kerja kat kl. Anak sulung.

Before raya haji, dia dah bagi tau parent dia (my abg long) yg dia dah berkenan ngan awek jawa nih. Tp ma dan abah dia buat donno jer. Lepas tu, masa raya haji tu dia remind balik. Sepupu sepapat dah ejek2 kat dia. Cari org jauh, nanti tak boleh balik beraya. Nak kena beraya rumah bini. Dia buat tak tau jer. Heheheheh.

Sebenarnya, org kelantan ni macam tu lah (tak semua, ok). Kalau boleh, nak anak2 ni dpt jodoh org dekat. Tak kerja kat kampung tak kisah. Janji org dekat. Nanti kalau ada cuti apa2, boleh satu hala je balik. Tak la pening nak bergaduh nak balik mana.

So, my abg long buat tak layan. Merajuk ngan anak dia la tu. Kita org ada la bg hint kat budak tu yg abah dia dah merajuk. Tp dah jiwa dan raga sepenuh cinta. Dalam hati ada cinta. Nak buat camno. Berkeras jugak nak. Tp parent dia still tak layan. Berharap sgt agar anak nya tu berubah hati.

Si anak pun merajuk la jugak dgn sikap berdiam diri parent dia tu. Pikir punya pikir, tak guna juga mendera perasaan budak. Nanti kalau jadi apa2, menyesal pulak. Dah dia tekad ngan keputusan dia, biar lah. Parent just harap dia bahagia jer. So, pakat la dok berbincang satu family ni. Keputusan diambil. Weekend nih kita org akan turun kl. Merisik dan terus meminang. Jalan terus. Senang, kan? Masa discussion tu, kv takdok (sbb kv dok rmh mil). My SIL call bagitau benda nih. So, kv pun call la kakak kv. Selalunya dia la mastermind dlm keluarga kami (sbb my father dah pass away).

Jadi, kv akan join la rombongan tu. Tak ramai, 2 buah kete je. Hubby tak ikut. Dia decide nak jaga hang nadim. Nanti kalau nikah, baru dia join skali. So, kv pun bincang la ngan kakak kv apa nak bawa. Barang2 lain anak buah kv beli kat kl. Kv ngan kakak kena sedia sirih dan pulut semangat. Nanti bahan2 bawa pi sana. Buat kat sana lah.

Nanti, lepas majlis tu, kv cerita la apa yg jadi. Sebenarnya excited jugak sbb dlm family kv tak pernah dpt menantu org jawa. Mesti pertembungan 2 budaya yang brlainan sekali. Tentu menarik, kan?

--------------------oOo--------------------

3 Comments:

Blogger WRA said...

tu la Ajat...tok soh dok layan ore hok deki tok tentu pasal nih...biar koho sakit hati dio heheheheh...

ore Jawo? skit agi keno belaja kecek jawo la tuh...

1:24 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

Kak we,
Hmm...letih dah otak ni dok pikir. Jahatnya depa. Tapi takpelah, mungkin Allah s.w.t nak hadiah kan pelangi selepas guruh dan hujan, kan?

Ajat dulu masa ngaji u ada jugak sain jawo, tapi tak la rapat sgt. Tak ingat dah nak kecek lagu mana. Nak kena belajar semula nih.

8:51 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

Kak pb,
Ajat pun tak berapa pasti sgt area mana. Rasanya Dengkil kot.

2:33 PM  

Post a Comment

<< Home