kasutVINCCI

2.05.2006

SURAT LAYANG

Entah lah. Selama ni KV hanya dengar org lain jer yg kena fitnah ngan surat layang. Kali ni kena kat batang hidung sendiri. Betapa peritnya terasa.

Tak tau la apa yg org tu sakit hari ngan KV dan suami. KV dan suami kerja satu pejabat tp department lain - lain. Mungkin ada yg tak senang KV idup bahagia kot. Ye la kan. Dah kerja satu pejabat, mestilah breakfast dan luch sama2. Dtg kerja dan balik pun, mestilah sama2. Apa nak pelik. Dah suami isteri.

Kita org masa lunch our tak balik rumah sbb rasanya tak berbaloi nak balik dan dtg semula. Jadi, org lain syok tido, kita org lepak kat ofis la. Nak jadi cerita, boss KV beli tv. Letak dlm bilik KV. Untuk staf nonton time rehat. Takkan nak suruh staf lepak nonton tv dlm bilik bos pulak, kan?

So, surat layang tu cakap, KV tak layan customer sbb asyik tgk tv. Berdua - duaan dgn suani pulak tuh. Hai, logik la skt. Takkan lah Kv tak layan customer semata - mata nak tgk tv. Bos kv tidor kah? Baik sgt dia tgk kv layan customer macam apa tu?Big boss kv buat apa tak manage anak buah betul2.

KV tau, setiap org bukannya rajin kerja. KV pun cam tu jugak. Tp, dalam malas kv tu, semua kerja settle on time. Bukan nak puji diri, tp memang sikap kv macam tu. Tak nak tangguh, rasa tak sedap hati. Pas tu, kalau kerja settle, boleh la kv nak releks pulak.

KV rasa, ada staf kat pejabat kv yg sakit hati or cemburu ngan kita org. My husband rapat ngan my boss. Sedangkan my husband department lain. My boss tu pun tak balik tgh hari. Jadi kita org kluar lunch sama2. So, jadi rapat lah. Hmmm...entah lah, manusia nih, semuanya tak kena pada mata dia org.

Lepas tu, tuduh my husband tak duduk department dia. Asyik dok tunggu bini jer. Hai, kalau customer, takkan pulak tau siapa my husband? Lepas tu pulak, slalu tgk my husband kat department kv pulak. Terang2 staff dalaman, kan?

Tuduhan dia macam macam. Yg lawaknya, tuduhan dia tu tak berasas. Dalam surat layan tu, dia tuduh pulak kv tak jual borang. Hai, kv staff teknikal, tu kerja kerani. Apa kaitan dgn kv?

Minggu lepas, wakil HQ datang buat siasatan. Memang rasa kecut perut. Tapi, berani kerana benar, kan? Last skali, org HQ cakap nama penghantar surat tu dan tandatangan kat bawah surat tu pun dah lain. Nampak sgt menipu. KV rasa syukur sgt kerana dpt sokongan drp boss dan staff lain.

Org HQ cakap, surat tu tak tuduh kv tak buat kerja, tak tuduh kv terima rasuah. Nampak sgt memang nak musnahkan kv dan suami. Dia pun rasa sakit kepala. Tp dah prosedur dia kena siasat, so dia just jalankan tugas.

Masuk kerja hari ni pulak, my boss bagi surat yg di fax dari pihak atasan yg mengambil kv dan suami kerja dulu. Minggu depan kv dan suami kena mengadap pegawai perkhidmatan. Just siasatan saja. Rasa berdebar pulak. Tp, tak pe lah kan. sbb kv rasa kv dipihak yg benar. Apa nak takut. Cuma kv bimbang pembawaan diri kv dan suami depan pegawai tu saja. Tak pe la. Harinya akan tiba, pasti kv dpt tempuhinya kerana kv tau, sesungguhnya Allah s.w.t tu sentiasa bersama org2 yg dizalimi.

KV baca majalah wanita keluaran Januari. Ala cover up dia wanita no.2 negara tuh. Dia cakap, kalau 70% org yg suka ngan kita, dah patut kita bersyukur. Sbb, yg 30% lagi tu, kita buat apa sekali pun, takkan kena pd mata mereka.

Puas kv pikir. Dlm masa setahun ni, takde kv gaduh ngan sesapa. Hubby pun cam tu jugak. Tu yg dok pikir, sapa yg sakit hati ngan kita prg tuh. Mungkin ada yg tak senang tgk kv bahgia ngan suami kot.

Sekali pikir, kecil dugaan yg Allah taala beri pada kami. Kami hidup bahagia anak beranak. Makan pakai semuanya cukup. Tak perlu berkira. Kereta pun kira dah berjenama. Sikit lagi nak buat rumah sendiri dah. Umur masih muda lagi. Mungkin DIA nak uji kv agar tidak lalai dan berhati hati dalam pergaulan. Ya Allah, lindungi lah kami dari kejahatan manusia.....

KV ada satu sikap buruk. KV ni jenis berterus terang. KV sebenarnya baik hati ( macam perasan jek) dan peramah. Suka tolong org kalau kv mampu. Tp kv jenis tak suka org yg ambik kesempatan dan mulut macam puaka. Kalau org tu buat kv sakit hati, kv cakap ngan dia direct atau pun kiasan biar dia tahu betapa sakit hatinya kv pd org tu.Kv ni kiranya mulut laser lah. Mungkin org tak suka kot. Tp, kv dok pikir dalam 2-3 bulan ni, rasanya kv tak de melaser sesiapa pun. Mungkin dendam lama kot.

Takpe lah. KV pun selalu sembahyang hajat dan berdoa agar TUHAN tunjukkan org yg buat jahat pada KV dan suami tu. Bukan KV nak balas atau apa, just nak kenal sajork.

Panjang entry ni, kan?

--------------------oOo--------------------

1 Comments:

Blogger kasutVINCCI said...

Kak PB, macam tu lah.Kv kena byk sabar dan mintak petunjuk dgn Allah. Moga DIA yg Maha Penyayang membuka kan jalan kebenaran buat kami.

Pertanyaan kak pb tu, jawapannya:
Kerja kerajaan la kot.:)Heheheheheh

12:16 PM  

Post a Comment

<< Home