kasutVINCCI

2.07.2006

LEBIH TENANG

Hari ni perasaan kv lebih tenang. Jiwa pun rasa lebih tenteram. Tak fasal2 kv kena tekanan perasaan pulak. Hubby byk bagi dorongan. Katanya, tak payah pikir banyak lah. Nanti sampai masa, kita akan tahu siapa yg nak buat aniaya. Yg penting, kita tak buat semua benda tu. So, pertahankan lah walau apa terjadi sekali pun.

Masa dan keadaan akan lebih menenangkan perasaan kv. Sebenarnya kv bukan takut nak jumpa pegawai atasan. Tp kv rasa takut kat suasana pejabat kv. Semua org ada buat silap. Semua org ada terlepas cakap. Tapi kenapa kena ngan kv. Sebab kv rasa kv dan hubby takde gaduh ngan org pun. Mungkin kv terpilih sbb TUHAN nak suruh kv dan hubby tak lalai agaknya. Ye lah, DIA tarik cerah mentari ganti dengan guruh dan hujan. Kita meratap sedih. Padahal kita tak tau yg DIA nak hadiahkan pelangi yg indah selepas itu. Wallahualam. Kv hanya mampu berdoa dan berdoa.

Sebab pikiran dok bercelaru, kv macam takde cerita lain nak buat en3. Asyik2 cerita sama. Kalau org lain baca sure boring punya. Tapi takpe lah. At least kv dapat luahkan perasaan kv. Sekurang kurangnya tak jadi bara dalam sekam.

Dari kelmarin lagi kita org dpt hint atau pun clue org yg buat jahat tu. Dari segi percakapan, perlakuan dan wajah nampak mengelirukan. Takpe la, minta TUHAN balas perbuatan dia tu kalau betul dia yg buat.

Tak kurang juga komen negatif atau menyokong tindakan org jahat tu. Yg pedihnya, set set perempuan yg selama ini dok bercerita, dok bergelak tawa, dok berkongsi masalah pun turut jadi nasi tambah. Kawan makan kawan kata KRU. Sedih memang lah sedih, tapi hidup mesti diteruskan. So, hayati hidup dengan cara sendiri. Rasanya akan lebih tenang dan bahagia.

Kelmarin, bila balik rumah rasa macam lemah jer tubuh. Yg herannya, bukannya teringat sgt kat masalah nih, bakpo yg tubuh dok lemah semacam jer. Ke aku peknen? Confius!! Tp kalau peknen pun syok jugak, nak sgt anak pompuan. Dah yg sulung tu lelaki. Nak pulak anak pompuan. Tp tak kisah lah tuhan nak kurniakan apa jantina sekali pun. Janji sempurna, cukup sifat dan akal.

Cakap ngan hubby. Dia pun terpikir jugak pasal peknen nih. Tp belum sampai tempoh kiraan. Kena tgk dulu. Sabarrrrr. Katanya mungkin aku kena tekanan perasaan kot. Tak pe lah. Just wait n see. Kalau betul, syukur alhamdulillah.

Malam tadi, makan nasi rasa tak berselera. Teruk betul kan? Terlalu ikut emosi pulak. Tp, paksa la jugak makan. Takut nanti gastrik dtg lagi. Boleh la. Lauknya, itik goreng garam kunyit campur cili dan bawang besar, telur dadar dan ikan sepat kedah kering. Memang makanan kampung lah. Dah lidah selera kampung nak buat macamana. Tp sesekali ada jugak bantai steak ke sizzling noodle. Heheheh.

Tadi pagi kat ofis, anak buah kv cakap mawi, felix dan amylia nak datang kat kb mall. Eh, betul ke budak nih. Mana dengar pun tak tau. Katanya dengar dlm radio. Dengar cerita, semalam dah penuh kb mall tuh. Dok pakat tunggu mawi la tuh. Rerupanya silap tarikh.

Kv bukan minat pun kat bebudak AF nih. Artis lain skali pun. Takde la kv beli album ke apa. Bukan tak menyokong industri muzik tanah air, tapi muziknya kv sempat layan dlm kereta je. Masa lain, takde luang. Zaman skolah dulu lain, ni dah meningkat ke tua, fikiran byk berubah. Mungkin negeri kelate ni dah lama takde hiburan kot. Tu yg kv tak excited. Selalunya, kalau ada artis turun ke kelantan, kv dan hubby serta hang nadim ikut serta. Sebenarnya bukan nak tgk artis pun, nak tgk gelagat manusia. Macam2 boleh lihat dgn perasaan teruja mereka tuh. Kalau jumpa artis secara kebetulan tu, kv kira bonus buat kv lah tu. Lain la member2 kat kl. Dia org lebih dekat dan byk pendedahan.

Tengoklah malam ni macamana. Kalau rasa tak penat maybe kita org joint skali kot. Hang nadim tuh, kalau malam2 yg boring asyik je ajak gi situ. Dah kelate ni tempat tu je yg luas sikit. Boleh bernafas. Kadang2 tu, naik muak jugak. Dah tak de tempat lain yg best dah. Nanti la, kalau buka pelangi mall atau mana2 yg dlm perancangan tu, mungkin kita org byk pilihan.

--------------------oOo--------------------

5 Comments:

Blogger WRA said...

time krisis macam ni la baru buleh tau sapo member sejati sapo hok wak lolok, dok gitu? sabar je la deh Ajat...ujian...biaso lah dok?

KB Mall? kalu balik KB hubby berehi jugok gi ssano...sebab tok kalut denga jem...kalu nok gi pusat bandar nuh, asyik jem sokmo, parking pun susoh nok bulih....tapi guano pun tetap singgah pasar Siti Khadijah tu hehehehehehe...rindu weh ko KB.

10:00 AM  
Blogger AuntyN said...

Kalau kita di pihak yang benar, tentu Allah akan tunjukkan juga kebenaran kita. Tawakal saja pada Dia. Ujian datang dari Dia sebab dia nak tgk kita kembali ke tak kepada Dia.

Semoga kekusutan terlerai segera.

11:07 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

kak wan,
entah ler. Takpe la. At least kita ada pengalaman. KB Mall? Dah tempat tu parking selesa. Pas tu free la tu. Kalau kat bandar asyik jem sajorr. Kak we takkan tak tau peel org klate bawak keto? Heheheheh.


AuntyN
Macam tu lah aunty. Kita kena beringat dlm pergaulan. Sbb manusia ni rambut jek sama hitam. Hati dia org putih ke hitam ke, kita bukan tau. Sabar je lah.

12:30 PM  
Blogger NONIE AZIZ said...

MR ni melompat dari blog Lempoyak sebenarnya...InsyaAllah...tak de apa-apalah...Kalau kita tak salah Allah tetap tolong kita...MR pun suka ngan Kasut Vincci ngehngehngeh...

2:15 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

Kak PB,
entah lah. Attitude ore klate ni memang lagu tuh. Bawa keta dok line laju, padahal slow macam gapo. Nak buat lagu mano. Sabar je lah.

Mamarisyia,
nampak gayanya ada geng lah.Hehehe..kalau ada sale vincci, memang lari budget lah.Muakakakaka

1:01 PM  

Post a Comment

<< Home