kasutVINCCI

2.21.2006

NTAHAPAPANTAH

Kv baru blk dr kota bharu. Nak beli set computer utk ofis. Tp stok takde pulak. Besoknya mmg tak sempat nak gi ambik sebab ada program bersama bebudak PLKN dan nak kacau bubur assyura. Nampak gayanya minggu depan jugak lah.

Sampai kat pejabat td, dah penuh satu besen besar bawang merah yg tlh dikupas. Heheheehe. Mesti ofismate ngumpat ckp kv curi tulang. Lantaklah. Nampaknya kat luar tu, acara merebus daging. Kejap lagi lepas solat nak kena join staff pulun daging pulak. Ni ngadap pc dulu sebab perut baru penuh. Makan nasi kukus lauk ayam kampung goreng. Panas2. Best dan syiok betul.

Petang ni agaknya kv blk lambat skt la kot sbb nak settle semua brg2 nak buat bubur syura tuh. Dah terbayang penatnya. Besok lagi lah. Nak layan bebudak tu lagi. Nak masak utk makan tengahari lagi. Sebab kita org decide semua staf tak blk tgh hari. Kalau blk, hangus la bubur tu. So, kena la masak utk makan tgh hari. Hari khamis pulak, lagi la letih. Upacara basuh membasuh dan kemas mengemas.

Sebenarnya kv dan hubby tak pernah suka rasa bubur syura ni. Lain org lain citarasa kan? Tiap2 tahun ofis kv akan kacau bubur syura. Selalunya kv dan hubby akan ambik bahagian masing2. Lepas tu, masing2 bagi kat parent. Entah lah, kalau panas2 (masa lembik lagi tu), kv boleh la makan secubit dua. Kalau dah sejuk tu mmg tak boleh nak telan. Bagi kv rasa bubur tu pelik skt. Tapi keluarga belah kv dan keluarga belah hubby memang suka sgt ngan bubur syura ni.

Masih kv ingat. Dulu kat rumah (masa arwah ayah kv ada) kita org satu family akan pakat ramai2 kacau bubur asyura ni. Memang meriah macam kenduri la riuhnya. Satu kawah tambah daging, satu kawah tambah ayam dan satu kawah lagi tambah telur. Kalau kakak2 kv yg tak balik kampung tu, mak kv siap kirim lagi. Takut anaknya tak boleh merasa la tu. Masa mula2 kacau tu, ramai la penyebok. Bila dah nak masak tu, hanya tinggal yg pompuan saja. Yg lelaki nya entah kemana. Curi tulang la sbb masa tu kena guna byk tenaga (bubur dah mula liat). Tapi bila dah angkat, berduyun duyun pulak datangnya.

Kat sekolah pulak lagi seronok. Maklumlah bebudak takde masalah kan. Cikgu sibuk bagi arahan saja. Tp ramai yg ambil kesempatan bercintan cintun (termasuk kv la tu ;) muakakakakaka). Ye lah, bila ada majlis mcm tu, semua murid2 bercampur. Cikgu pun tak kan syak apa2. Pandai2 la cari peluang. Hehehehehehehe. Bila diingat mmg nak kembali semula ke alam persekolahan. Tp nak buat camana, dah tak boleh. Yg tinggal hanya gambar2 kenangan. Mmg sentimental value lah.

--------------------oOo--------------------

3 Comments:

Blogger kasutVINCCI said...

nakmpak nya kak pb mmg penggemar syura la.Kalu dok klate, kv bui dah bahagian kv. Lagi pun ari ni tugas kv mengagihkan bubur syura.

8:37 AM  
Blogger WRA said...

k.we pun suko jugok suro nih...ari tu k.we tera buak sediri...meme sapa part nok pekat tu, tok rok doh....keno cik abe hok kuca...hhehehe

10:41 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

alaa..kak pb. Nak pos lagu mana. Sapa puchong, basi dah. Hehehehe

Kak we pun brehi jugok? Buleh la pakat kacau ngan kak pb tu.;)

8:44 AM  

Post a Comment

<< Home