kasutVINCCI

2.20.2006

KAWAN

Sebenarnya kv tak de isu nak crita. Tp blk kerja kelmarin. masa dok lepak kat rumah tu, kv baca majalah. Dlm ruangan family tu, ada gambar kawan kv bersama anak dan suami. Baru2 ni kv tgk dia masuk pertandingan majalah dara. Pas tu pulak ibu hamil menawan. Memang dia lawa. Tak sangka masuk majalah pulak. Tp kv mmg tak terkejut sbb dia memang popular masa kat u dulu. Suaminya pun adalah kekasihnya masa kv kenak dia ketika sama2 blajar dulu. Sampai juga jodoh dia org. Alhamdulillah. Anaknya pulak mmg comel.

Lepas habis diploma mmg kv jarang contact kawan2. Maklumlah masing2 mengejar kerjaya dan nak bina hidup selesa. Lain lah kawan2 satu negeri. Selalu contact dan jumpa. Lps diploma, ramai yg terus dpt offer sambung degree. Ramai jugak yg senasib mcm kv. So, kerja la yg jd pilihan. Lepas tu pulak, ramai yg mintak sambung kat UITM. Jadi, kawan2 kv, hanya tinggal 3 org saja (sekarang ni) yg takde degree termasuk kv. Sedih dan rasa rendah diri.

Tapi kv fikir pulak. Sekarang ni kv berada di zon yg selesa. Walaupun kerjaya yg tak gah dan gaji yg ciput tp takde masalah. RUmah pun tak menyewa (rumah MIL) dan anak pun tak payah gaji pengasuh (MIL yg jaga). Suami pun kerja satu ofis. Kerja pun kat kampung. Apa lg yg kv nak? Macam tak bersyukur pulak bunyinya. Memanglah kita tidak boleh hidup di tahap yg sama. Perlu ada perubahan. Perubahan pulak mesti positif. Nanti lah kv pikir. Hubby pun ada perancangan nak bukak perniagaan. Tp kena kaji environment dulu baru boleh buat keputusan.

Kawan2 kv ramai yg tinggalkan anak kat kampung sbb nak sambung degree. Besar sungguh pengorbanan dia org dan keluarga. Tp kv rasa kv tak sanggup nak berkorban mcm tu. Tak pe la kv dok di tahap sekarang pun. Mungkin rezeki kv bukan dgn degree. Ada kawan kv yg dah bercerai dgn suami sebelum habis belajar. Mmg kv kesian dgn dia. Suaminya main kayu tiga. Itu lah risiko yg terpaksa dihadapi. Mujur lah, tuhan menemukan jodohnya dgn org yg baik2 kemudian.

Bulan lepas masa kat kb mall, kv jumpa kawan kv yg dr negeri lain tp bekerja kat kl. Rasa segan jumpa dia org sbb dah berjawatan tinggi. Tp kv pikir pulak, walaupun jawatan tinggi, tp belum berumahtangga dan belum ada apa2 'hint'. Kv, walaupun jawatan tak seberapa tapi dah ada suami yg penyayang dan anak yg keletah. Itu lah, Tuhan beri kita kelebihan dan kekurangan. Sama jugak dgn org lain. Masalah kita tak sama.

Ada jugak kawan2 kv yg berjawatan tinggi tp bersuamikan jawatan rendah. Ada jugak kawan kv yg sama2 berjawatan tinggi tetapi terpaksa duduk berasingan atas dasar tuntutan kerjaya. Jadi, apa lagi yg perlu kv mengeluh. Sepatutnya kv bersyukur dgn rezki dan kurniaanNYA.

ITu lah manusia (kv la tu ;)) selalu membandingkan kurniaan Ilahi. Padahal kalau kenikmatan yg kita kecapi mahu di tarik balik, sekelip mata sahaja ia meninggalkan kita. Jadi, kv patutnya tahu bersyukur.

--------------------oOo--------------------

10 Comments:

Blogger Nik Ha said...

Salam perkenalan KV,
Molek doh duk kelate tu.Akak pun nok balik kijo kelate gok. Tp takdok peluang lg stkt ni. Ilmu boleh dicari pd bila2 masa. Yg penting kita sentiasa usaha utk meningkatkan ilmu kita dgn cara & kebolehan yg kita mampu.

2:16 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

Salam perkenalan kak nik. Tu la, patut kv bersyukur atas anugerahNYA. Rezeki kita berbeza. ALLAH dah tentukan apa yg terbaik buat kita.

3:17 PM  
Blogger WRA said...

Tu la...sesekali rasa teringin nak balik kijo Kelate...tapi rezeki tak dok lagi...

K.we raso ilmu ni tok nati degree ko master ko phd ko...sebab mano2 buleh dapat ilmu...tak dok guno ado degree hebat-hebat tapi gak ilmu akhirat kureng...

dulu cito-cito k.we lepah degree nok belaja hok tok payoh ambik perikso & tok payoh dapat sijil gappo sekaro...belaja sebab nok ko ilmu jah...tapi gak nok wak guano...tuntutan kijo...keno jugok sambung...tapi dok la oghe kato sapa termo'o hehheheehhe....

hok k.we nok sesangak belaja of course ilmu akhirat ni lah sebab raso mace jahil la sangat....:(

3:56 PM  
Blogger NONIE AZIZ said...

hehehe: Udah.. sumer nak nak kelik klate...rindu kat kg halame ko?muahahahah....

4:06 PM  
Blogger WRA said...

MR: sudah semestinya...tempat jatuh lagi dikenang, apa lagi tempat melabur dan sebagainya hahahhahhaha...

KV: ni cerita pasal Erra & Yusry...tapi k.we dok leh kato cerito ni 100% benar...takat hok k.we denga dan baco dari sumber2 yg tak dipublish dipaper...
kisahnya, demo duo ni bbaloh keh hok jate tak dok pitih nok tanggung bini....kiro banyok bini wak tubik duik la nih..tu so cerito...hok terbaru k.we denga kabarnyo si bini ni masih ado ore pero (datuk gulo)...hok jate tu baru tau, tu ya dio maroh kot...pah tu ada ungkit-mengungkiti la....sebab buke setakat pero, siap bowok gi mari lah pulok...mace ore sipe ggitu....tu hok k.we denga lah

kalu sumber tu tipu, tipu lah k.we nih...k.we pun baco jah, ccayo nyo dok jugok...kito seroh ko Tuhan la hok tu tuh hehehehehe

4:25 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

Kak we, Kak pb, MR,
trima kasih sbb sudi kongsi pengalaman. Mmg la, kalau tak kijo kerajaan mmg payah nak blk dok kampung. Harap2 impian kak we dan kak pb tercapai. Tp kak we kena tunggu universiti ada di klate dulu.Heheheheheh. MR, tokse kelik dok kampung jugak ko?
Kak we, kalu tak betul pun crita erra dan yusri tu, mungkin ada sikit sebanyak yg betul, dak? Tak pe lah, harap demo tu buleh pelesai dgn aman dih.
Kak PB, dah check email?

8:20 AM  
Blogger Mummy Rizq said...

KV, rezeki ada di mana mana. Mungkin kita kekurangan pelajaran, tapi kaya dengan kasih sayang. Allah itu adil kan..

8:59 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

ye la marlina.Setiap org ada kelebihan dan kekurangan.

1:35 PM  
Blogger Arena said...

KV,
1st time here.. Bau budu weis.. kekekkee.. me tak reti sangat nak komen dlm kelantan ni muakakakka..walaupun mak arena org sana. Anyway, tak perlu nak rasa rendah diri. Sepatutnya kawan-kawan yang kita jumpa takkan membuat kita rasa tak selesa, kalau bebetul mereka orang berilmu. Cuma kalau mereka tinggi ilmu akhirat, kita patutlah rasa insaf dan rendah diri as well as berazam utk improve diri kita kan. Allah dah bagi bahagian masing-masing. Di saat2 kita envy orang lain, entah2 dia pun envykan kebahagiaan kita. kena bersyukur kan..

5:55 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

Arena,
Rerupanya ada darah klate jugak ni. Tak sangka pulak. Any way, terima kasih atas segala pandangan.

10:26 AM  

Post a Comment

<< Home