kasutVINCCI

2.15.2006

RINDU TERUBAT

Kelmarin kv minta nak balik awal. Boss ckp ok jerr. Maybe dia pun tak larat tgk kv yg tak bermaya tuh. Hubby kluar lunch. Kv tak ikut sbb perut rasa tak sedap. HUbby belikan kv laksam berlauk puyuh goreng. Memang sedap tapi kv takde selera nak makan. Lepas makan kita org pun balik.

Sampai kat rumah, hang nadim tidur dlm buaian. Dia mmg mcm tuh, kalau tak tidur dlm buai mmg dia takkan tido.Kecuali mlm. Tu yg susah kalau kv nak jenjalan, sebok nak kena bawak buaian dia. Kv pun mandi dan try nak tido. Hubby lepas solat terus terbongkang sebelah hang nadim. Tubuh rasa letih sgt kot, sbb tu kv tak boleh nak lelap mata. Hmm.. tgk chanel 72 ada America's next top model. Apa lg layan jer lah.

Pas tu hang nadim bangun. Dgr jer suara mama dia, dia mula tunjuk perasaan. Meraung jer. Heheheh..nak kan perhatian la tu. Lepas tu dia ok jer. Abah dia perli, suruh dia gi telefon mama. Sebab masa kv kat kl asyik mengamuk suruh abah dia call. Dia tersengih jer. Tau sgt org perli.

Kendian, hubby ajak gi kedai perabot. Nak belikan tilam utk tok sedara dia. Tok sedara hubby sebatang kara. Jd, family buat rumah kecik menumpang kat tanah kami. Boleh la dia berteduh kat situ. Kita org pun boleh selalu jenguk dia.

Balik tu, penat tak hilang lagi. Dada rasa berdebar. Maybe kv tak cukup tido la tu. Kv masuk dapur. MIL dan masak nasi. Kv just goreng ayam dan goreng cucur sotong.

Kat dapur tu, dok borak ngan hubby. Tanya kat dia fasal juru ukur dtg ukur tanah hari tu.Katanya ada la gaduh sikit2 tp semua dah settle. Sebenarnya kita org plan nak buat rumah dlm 2 tahun lg. Nak la buat loan kerajaan. Tp nak kena ada geran sendiri. Biasa la geran yg ada tu geran syarikat. Maksudnya dlm satu geran tu, ada ramai pemilik. Jd, nak usaha keluarkan geran kita org sendiri. Nak minta pakatan dgn pemilik2 dlm geran tu mmg payah. Jd kita org decide nak kluarkan belanja sendiri utk bayar lawyer. Tak kisah lah sbb kalau nak di compare kan dgn harga tanah tu mmg berbaloi.

Asal dlm geran, tanah syarikat tu memanjang ke belakang. Tanah MIL kat depan sekali. Lepas tu ada lagi kat tgh. Jadi tanah kat depan tu, kita org sepatut ada 600 depa. Bila juru ukur buat, kita org hanya guna 360 depa sajorr. Dah masuk tanah sepupu MIL kat bklg. Habis tu, hubby suruh org ukur tu buat 500 depa saje. Masuk jugak tanah sepupu MIL. Dah tu nak buat mcm mana. Dah hak MIL.

Sepupu MIL dah mengamuk kat adik beradik dia. Wife dia pun sama. Siap tuduh my hubby nak kacau tanah dia org dan nak robohkan rumah tok sedara hubby (ada 2 org tok sedara hubby menumpang dlm tanah kami). Marah betul MIL. Petang tu, balik dr kerja hubby gi jumpa pak sepupu dia nih. (Untuk pengetahuan hubby anak tunggal dan MIL pun anak tunggal).Siap bawa geran semua. Cuba terangkan agar dia org faham. Last2 tu hubby ckp kat dia, kalau nak bercucuk tanam pun hubby tak kisah. Tp dlm geran, hubby nak kan hak dia. Sebab luas tanah kita org yg dia org dok bercucuk tanam tu, harga semasa skrg ni dlm RM 35,000. Takkan nak biarkan saja. Dah tu memang hak hubby.

Nak balik tu, hubby ckp kalau nak guna tanah tu, gunalah. Tak kisah pun sbb kita org nak buat rmh nanti di atas tapak rumah sedia ada tuh. Tak perlu la dicanang kat org kampung yg kita org nak robohkan rumah2 tok sepupu kami. Cuma tak kasi tok2 sepupu ni besarkan rumah saje. Selagi dia org hidup, duduk lah kat situ. Tak kisah pun. Tp kalau sepupu2 kami ni dok buat cerita2 tak betul, hubby tak kan teragak2 utk ambik semula tanah tu. Harap2 dia org faham. Tu lah org ckp, saudara mara ni, kalau ajak bergaduh (pertahankan diri) masing2 bersatu. Tp bila melibatkan tanah, sampai mati pun bergaduh.

Ptg kelmarin, Mak Yah dtg nak ambik geran sbb nak tukar nama (tanah yg dia beli ngan adik dia) Bila dia tau perancangan kita org, terus nak join skali. Tu lah, kalau org ni berpelajaran, dia akan cepat faham.Senang nak cerita. Jadi, kos kita org nak pecahkan sempadan tu akan berkurangan sbb mak yah nak join skali. Syukur alhamdulillah.

Kv pun terfikir, nasib baik kv takde kat rumah masa kejadian tu. Takut jugak kv di tuduh hasut hubby ke apa. Tapi, just khayalan, bukan kenyataan. Heheheeheh.

Harap2 perancangan kami berjalan lancar. Moga2 Allah permudahkan segara urusan kami. Aminn.

--------------------oOo--------------------

6 Comments:

Blogger kasutVINCCI said...

area peringat. Masuk dlm skt. Tp jalan luas boleh selisih kete.Rate kat situ utk 1 lot dlm RM 30k - 35k.

3:29 PM  
Blogger NONIE AZIZ said...

kalau bab tanah ni memang selalu problem kalau dah bercampur ngan sedara-mara...ni...

4:34 PM  
Blogger WRA said...

betul tu...tanoh2 ni meme sensitif isu nok2 kalu kat Kelantan hheehehe...tanoh MIL k.we kat Dalam Rhu sapa lo nih tok dio hok pege geran...nok gi mitok punyo la susoh...nok2 lo ni MIL k.we tu dah arwah...lagi la tok dio susoh nok lepah....tok tau la tu lagu mano...

mitok2 selesai denga mudoh la tu hok ajat nok wak tuh...

4:47 PM  
Blogger Mummy Rizq said...

semoga semuanya berjalan lancar tanpa halangan....

8:42 AM  
Blogger lempoyak said...

kalo bab2 cam ni sedara boleh jd musuh.. kalo penama tu masih hidup senang skit nak cite, ni kalo yg tgl tu anak menantu rasanya perang 7 keturunan kot..?

8:18 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

Kak pb,
nanti kv email contact nombor time tak bz sgt, ok. Tanah kat situ mmg ada dulu org nak jual. Tapi kv tak perasan dah jual ke belum. Nanti kalau ada kv bagitau.

MR,
mmg mcm tu. La ni pun mcm tak berapa elok dah hubungan silaturrahim. Cuma kv slalu pesan ngan hubby jgn ckp apa2. Biar la dia org nak kata apa pun. Janji hubby dah ada lawyer utk urusan nih.

Kak we,
entah lah. Yg susahnya dia org ni asyik dok pertahankan tanah yg dijajah nenek moyang. Padahal dlm geran dah termakhtub benda tuh. Sakit hati jugak. Tp sabar lah.

marlinabaharom,
TQ. Harap2 nya mcm tu lah.

Lempoyak,
Tu la fasal yg hubby dok sebok sgt la ni. Nanti kalau MIL dah takde lagi susah.

9:14 AM  

Post a Comment

<< Home