kasutVINCCI

3.08.2006

RONDA - RONDA KAMPUNG

Sekali dengar macam roda2 kotaraya, drama Datuk Yusuf Haslam masa kv kecik2 dulu.

Balik kerja kelmarin, MIL dah siap masak untuk dinner. Lepas solat asar, kv dah takde aktiviti pulak. Hubby sibuk dgn aktiviti tangkap ikan. Pernah dengar kaedah tahan tauk tak? Cara nya, ambik buluh ke, kayu ke, sepanjang setengah depa (tgk keadaan, kadang2 sedepa), taruk tangsi dan mata kail, letak umpan dan pacak kan kat tebing. Tak kira la tebing sungai ke, tali air ke, paya ke (asal ada ikan). Tapi yg sedihnya, umpan habis, ikan tak kena pun. Takde rejeki.

Hang nadim pulak, sibuk dgn cangkul. Tok cek dia dok bercucuk tanam kat tebing tali air tu. Dia pun sama2 sibuk. Dah jadi kegilaan pulak. Tiap2 pagi dan petang mesti nak pegang cangkul. Nak jadi cerita, masa balik rumah mak kv ari tu, ada la sebatang cangkul mak kv. Cangkul ni biasanya org guna utk tanam bunga sebab material dia semua besi, saiz kecik dan ringan.

Kalau balik rumah mak kv, selalunya cangkul tu la yg jadi permainan hang nadim. Abih keliling rumah dicangkulnya. Mak kv pun dah tak nak guna cangkul tu lagi sbb mata dia dah nak tercabut dari hulu. So, mak kv hadiahkan cangkul tu kat hang nadim. Apa lagi, seronok sakan la kawan. Hubby sempat singgah kat kedai welding utk repair cangkul tu. Kawan hubby (tuan kedai welding) gelak sakan tgk cangkul tu.

Ye lah kan, kalau anak org lain, permainan kesayangan dia org mesti canggih2. Anak kv? Hahahahahahaa..cangkul jadi mainan kesayangan dia. Pelik betul budak tu. Sayangnya kat cangkul tu, sampaikan kalau dah siap kerja, bawak balik ke rumah, tak nak tinggal kat kebun sayur, takut hilang. Hmmm..kv pun mmg dah tak boleh nak kata apa dah. Selagi kegilaannya terhadap cangkul tu tak hilang, selagi tu la dia hidup bersama cangkulnya.

Kita org dah boring sgt takde kerja nak buat. Hubby ajak ronda2 naik motor. Ajak hang nadim, tak nak pegi sbb nak menyangkul. Aduhai anak kv. Siap menangis2 tak ikut. Tapi kita org guna sistem paksa. Kena ikut jugak. Kat atas motor tu, asyik bersungut nak balik saje. hahahahaa. hang nadim kena buli ngan mama dan abah. Nasib laa.

Kita org gi kebun, saje jer sebenarnya. Masa musim buah hari tu, kv dan suami gotong royong menebas. Macam pandai kv menebas. Siap pakai boot dan sarung tangan lagi. Boleh la bantu hubby sesikit. Sampai kat kebun, masyaalah, dah jadi hutan malar hijau. Cepatnya semak samun tu membiak. Kat bawah ni kv tunjukkan gambar.

--------------------oOo--------------------

2 Comments:

Blogger kasutVINCCI said...

sebenarnya, gambar tu kv dah masukkan, tapi server problem pulak. nanti kv usahakan semula. Tak pepasal dpt title miss gigih pulak.

1:28 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

Kak pb,
Kekekkeekeeke. Cangkul tu mmg sentimentak value la bila hang nadim besar nanti.

Kanak2 ni pelik kan. Kadang2 tak terjangkau fikiran.

Kalau jatuh kat tali air, bukan romantik lagi dah. Dan jadi disaster. Tapi kan, ramai jugak bebudak yg mati lemas.

4:29 PM  

Post a Comment

<< Home