MAJLIS PERKAHWINAN
Kv baru balik dari menghadiri majlis kahwin anak ofismate kv. Panas nya cuaca. Sampai sakit kapla. Dah la before tu gi site yg jalannya macam lubang congkak. Rasa nak termuntah.
Cakap fasal majlis kawin ni, kv teringat nostalgia hampir 4 tahun lepas. Majlis kawen kv lah. Sebab dah lama mak kv tak buat kenduri kendara ni (last skali masa kakak kv 15 tahun sebelum tu), jadi mak kv ada la jemput org2 kampung. Kv kawin dulu dari kakak yg sorang lagi (atas pd kv). Dia kawin 3 bulan lepas tu.
Persiapan perkahwinan kv buat sendiri. Takde org tolong pun sbb masa tu kv ada krisis ngan kakak sulung kv. (salah faham dan dia over sensitif). Kakak kedua kv menetap kat seremban masa tu dan kakak ketiga kv dok mengajar kat johor. Mak kv pulak dah tua, mana la dia tau citarasa org muda. Chewah.
Jadi semuanya kv buat sendiri. Dari bunga pahar, hantaran, beli cadar, beli perabot bilik, tempah pelamin dan baju pengantin, semua kv buat sendiri dan dgn belanja sendiri. Masa tu kv dah kerja dan ada la simpanan sikit2. Mak kv keluar kos untuk makanan saja. Masa tu mmg kv rasa kv mampu buat sendiri. (Ni kes merajuk dgn kakak yg sulung la ni).Kv tak harapkan bantuan adik beradik. Yg kv fikir masa tu, hal hidup kv selesai dan kv boleh bina hidup kv seterusnya dgn hubby. Of course la hubby yg byk bantu dari segi kewangan.
Tapi kan, dah nama mak, sapa yg tak sayang anak. Mak kv la yg dok tunggu kv tiap2 mlm masa kv dok buat semua benda2 alah tu. Mmg la dia tak reti nak tolong. Tapi sokongannya yg buat kv terharu. Masa tu arwah ayah kv baru setahun meninggal dunia. Kat rumah mak kv, hanya kv dan mak saja yg duduk. Nasib baik ada kawan v yg mak dia bisnes pakej perkahwinan. Dah jadi macam mak kv sendiri. Dia la yg banyak bantu kv.
Ok lah, tak nak cerita sedih2 ( la ni semua dah ok semula pasal hubungan kv dgn kakak sulung, malah kv yg byk bantu dia selesaikan masalah keluarga). Masa hari sampai kerja, kata org kelate(sehari sebelum kenduri), ramai yg berkampung kat rumah kv. Memang havoc la. Macam2 hal. Tapi meriah sgt.
Malam menjelang hari majlis tu, pakat dok buat pulut junjung. Kita org buat bentuk bunga.Masa ni sepupu kv tegur, "dah try ke baju pengantin?" Kv mulanya malas nak gi try, tapi terpaksa akur dgn permintaan dia org.
Bila cuba tu, alamak.....besar gedabak. Masa tu kv takde la gerga macam sekarang. Kekekekekek. Tgk jam dah 11.00 malam. Macamana ni. Kalut weh. mmg takde cutting langsung. Rupanya, mak angkat kv ni, jahit baju pengantin baru khas utk kv. Dia terlupa nak jahitkan bentuk saiz badan kv. Kan baju pengantin universal. Kalau org kurus, boleh kecikkan. Kalau gemuk, boleh besarkan. Tapi rumah dia mmg jauh sgt dari rumah kv.
Jiran kv pun turut kalut. Dia yg ambik baju tu, heret kv sekali gi rumah adik dia (belakang rumah kv saje). Adik dia la yg tolong kv shape kan baju pengantin tu. Pukul 12.30 malam baru siap. Letih. Dah la masa tu rumah kv takde coverage maxis ke celcom. Nak call hubby tanya ttg baju dia pun tak boleh. Hanya boleh sms jer. Nasib baik baju dia sedang elok. Kalau tak, mmg kv bersanding dgn songket yg besar gedabak la jawabnya.
Sampai la ni, kv ingat peristiwa tu. Kemain lagi persiapan lain. Tiba bab baju, hancusss. Mmg rasa terhutang budi sgt kat sepupu lelaki kv ni. Selalu kalau jumpa dia, mesti kes baju pengantin jadi usikan.
Sebab nak jimat kos, kv tak tempah fotographer. Kakak kv yg cikgu tu dia dulu belajar seni foto kat uitm dulu. Jadi dia dah ada kamera yg canggih tu. So, dia la yg tolong ambikkan gambar. Bila gi cuci negatif tu, gelap dan suram. Entah lah, dia pun tak perasan camana silap setting. Dah la, gambar malam nikah (seminggu sebelum tu) anak buah kv silap masukkan filem. Gambarnya tak jadi sbb filem tu tak rolling. Memang menyesal la tak ambik kameraman ni. Nasib baik ada 2-3 lagi kamera lain. Ada la jugak kenangan.
Alhamdulillah, majlis berlangsung dgn baik. Kv pun rasa pilihan kv dah terbaik (bagi kv la). Walau pun hubby tak sesempurna mana, padan la dgn kv yg tak sempurna mana jugak ni.
Kawan2 pulak, apa kenangan yg tak boleh dilupa masa majlis kawen dedulu. Boleh la share kat sini. nanti kita pakat2 gelak. Muakakakaka.
--------------------oOo--------------------
5 Comments:
heehh..memanglah KV bila ingat masa zaman kita kahwin dulu macam2 hal yang boleh digelakkan...
mcm kita masa hari nikah, lepas nikah suami sarungkan rantai lepas tu kita salam tangan dia...mungkin hubby panik..sebab first time nak salam ni..kita sepatutnya yang cium tangan dia tapi dia pulak yang cium tangan kita. Habis satu bilik gelakkan kitaorang sabara aje lah malu pu ada. tapi husband saya buat dek aje selamba...mungkin dia tak biasa kot...
apa-apapun majlis perkahwinan samada besar atau kecil asalkan perkahwinan kekal bahagia.. moga KV terus bahagia disamping suami dan hang nadim
Kopi suam,
heheheheh...lawak betul. Tapi kenangan mengusik jiwa kan. Boleh tersenyum sensorang bila diingatkan.
Kak sya,
akad lebih penting dari kenduri, kan?. Tapi kenduri pula elok dibuat untuk memberitahu masyarakat yg si anu dan si polan ni sudah bernikah. Yg penting agama dan adat kita sesuaikan, macam kita sesuaikan diri dgn alam perkahwinan.
Kv pun doakan kak sya peroleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Moga ada sinar yg lebih indah, seindah pelangi selepas awan mendung berarak pergi.
he..he..menarik lak pengalaman wedding KV tu. Semoga berbahagia selamanya :)
kak nik,
tu la, bila diingatkan mmg lucu lah.
Post a Comment
<< Home