kasutVINCCI

4.04.2006

PUJA UMUR ~Part 2

Ni kv nak sambung lagi cerita fasal 'puja umur'. Sempena dgn sambutan hari lahir al sultan Kelantan, pihak KADA telah menganjurkan pameran agrotek (hikss mcm bahasa buku teks pulak).

Kv saje je pergi sbb nak tgk barangan industri asas tani. Ala..barangan yg org kampung buat di bawah bimbingan KADA. Bagus jugak kan. At least org kampung (pompuan terutamanya) ada pendapatan sampingan.

Hang nadim pulak sibuk dok tanya kat mana lembu. Sbbnya, hubby ingatkan pameran haiwan pun ada sama. Rupanya non ado. Hiksss

Masa sampai tu, org tak ramai sgt. Kami pergi lepas isya'. Dekat aje ngan rumah kv. Lokasinya tepi tali air KADA Melor. Mmg selalu kalau ada expo pihak KADA akan buat kat situ. Rupanya, kami park kete jauh sgt ngan tempat pameran. Sakit pinggang kv melenggang nak sampai ke tempat yg dituju tu.

Bila 15 minit kat dlm, baru perasan umat manusia dah memenuhi kawasan pameran. Kat seberang tali air pulak di adakan persembahan dikir barat. Apa lagi, hang nadim ngan MIL kan peminat setia, layan aje lah. Kv ngan hubby pusing2 tgk pameran. Tak kuasa la nak tgk dikir barat. Ada ke lagu Radja (tajuk apa eh lagu popular dia tu) di buat versi dikir barat. Teruk betul bunyi nya.

Kv sempat la beli telur itik jeruk. Kat sini murah sikit dari harga biasa dlm pasar. Kv beli jugak bunga daun getah. Lawa2 semuanya. Naik meroyan kv dibuatnya. Beli 2 set (2 jenis). Hiks...sampai sekarang bunga getah tu masih dlm kete. Lupa nak bawak masuk rumah. Maklumlah, pasunya belum beli lagi.

Hubby pulak gi beli air dan makanan. Beli satar seringgit/5 ketul. Murah kan? Tapi saiznya kecik sikit dr biasa. Bila makan tu, bestnya. Tak pernah jumpa satar yg kaw2 cam tu. Teringat otak2 kat kuala besut pulak. Tapi rasa satar tu lagi best la. Bila nak beli bawa balik dah habis pulak. Hmmmm...frust.

Kat kaunter sebelah lagi ada pasu kecik yg dijual seringgit satu. Malas la kv nak beli. Tak de tempat nak simpan (sebenaqnya tak de pulus, hikss)

Ikan air tawar yg masih hidup dijual 2 ringgit satu plastik. Kalau yg besar ada sekor ada 2 ekor. Kalau yg kecik dlm 4-5 ekor. Murah kan?


Herba tradisional. Cuba tgk akar tongkat ali tu. Besar gedabak. Kv tgk pakcik2 dok kutis dan kunyak akar dia. Hikss..kan tak sabar2 nak balik rumah pakcik oii..!!
hang nadim dok tgk anak itik. Sampai tak nak berginjak dari situ. Macam la kat rumah takde itik pulak.


MIL tgh dok menghayati hasil anyaman. Segala macam bentuk ada. Pilih aje.

Itu aje lah part 2 puja umur. Nanti kv sambung part 3 pasal Taman Orkid Tengku Anis pulak. Malam ni baru nak pegi. Kat sini mcm jadi acara tahunan kita org. Bawak MIL tgk segala mcm bentuk bunga. Tunggu yaa...


--------------------oOo--------------------

10 Comments:

Blogger Kaklong Syikin said...

kv: sukanya baca kisah awak suka ronda2 kb waktu malam, yelah, bila lagi ye.

mcm saya, sejak anak dah sekkolah, mmg tak delah keluar malam time waktu sekolah tu.sian kat anak nak tidur cepat.

6:51 PM  
Blogger NBK466 said...

Cam best jer EXPO nie...macam2 ada... Tapi cam tak best pulak perkataan 'PUJA' tuh kan?

10:28 AM  
Blogger NBK466 said...

Cam best jer EXPO nie...macam2 ada... Tapi cam tak best pulak perkataan 'PUJA' tuh kan?

10:28 AM  
Blogger aNIe said...

hehhee....nak gelak baca pakcik2 yang kutil makan tongkat ali tu...

Pokok kacip Fatimah takde ke?...kalau ade boleh suruh makcik2 plak yang kutil2...

Pernah dengar pasal makanan satar tu?...KV amik le gambar satar...nak tau camaner bentuknya..& kalau ade resepi boleh lah post sekali...

11:13 AM  
Blogger Ayu Mohamad said...

hahaha ha ah.. saya pon mcm kak lady... nak tergelak lagi baca komen KV pasal pakcik2 tu hahaha dah tak sabo dah nak tunngu sampai umah hehehehe

11:33 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

kak syikin,
kita org mmg mcm tu. Suka meronda. Ye lah, nanti kalau hang nadim dah skolah tentu tak boleh kan. Keutamaan tentu pd pelajaran.

nbk466,
menari lah jugak. Bab PUJA tu, bukannya digunapakai perkataan tu. Tp org tua dulu2 selalu guna. So, nak mengimbas nostalgia, kv pun guna perkataan tu. Jgn salah faham, eh.Hiksss..;)

Kak lady,
KV mmg tergelak sensorang bila tgk pakcik pakcik dok kutil tongkat ali tu. Seswatuh. Hiksss.
KV pun tak berapa cam pohon kacip fatimah. nanti kalau jumpa, kv publish gambar eh.
Satar tu makanan tradisi org pantai timur yg dok dekat pantai kot. KV pun tak berapa sahih sgt. Nanti kalau kv dpt resepi dan gambar, kv tunjukkan.

Ayu,
gelak jgn tak gelak.Kekekekekekekek

11:58 AM  
Blogger Kopi Suam said...

alaa KV bestnyer rasa nak pegi time2 ni jugak..gila kat pasu2 anyaman2 tu semua....huaarghhh kalau tahu kirim kat KV aje...

3:22 PM  
Blogger WRA said...

bunga kacip fatimah k.we ada dalam simpanan....sokmo buat air selusuh lepas 7 bulan ngandung...hehehehe....

k.we kalu balik KB masa ni haruh gi jale2 jugok nih...huhuhuhu

10:57 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

kv, tumpang jap, kak lady, rupa satar tu dibungkus bntuk 3 segi dlm daun pisang tak salah dan dicucuk dlm batang. sebatang ada 3 bungkus satar tu.mmg sedap.ia mcm dipanggang atas api style pulut panggang tu.asben beli masa kat greenwood dulu.

12:00 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

kopi suam,
best kan kalau gi expo cam ni. Segala bentuk karftangan rasa nak beli. Kat kl kan selalu ada thai festival. Nanti KS beli kat situ lah. Heheheheheh.

kak we,
kv sebenarnya dah tgk pohon kacip fatimah tu. Tp lupa rupa dia. Hmm mmg elok utk wanita kan.
Ye lah, kalau blk kelate sure kak we dah meronda habis habisan. Ye tak?

Kak syikin,
trima kasih tolong bagi tau kak lady. Kv pun terlupa nak cerita rupa satar tu camana.

10:34 AM  

Post a Comment

<< Home